You are on page 1of 2

NOTIS TATACARA KELUAR KELAS

SEMASA SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


1. Guru yang sedang mengajar di dalam kelas mesti memastikan murid
yang mahu keluar daripada kelas mendapatkan PAS KEBENARAN
KELUAR KELAS terlebih dahulu.

2. Murid mesti menggantung PAS KEBENARAN KELUAR KELAS di leher


setiap kali keluar dari kelas.

3. Guru mesti memastikan murid memulangkan PAS KEBENARAN KELUAR


KELAS selepas digunakan.

4. SEMUA GURU hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa


menggantungkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS supaya berbuat
demikian.

5. SEMUA GURU hendaklah mengarahkan murid supaya kembali semula ke


kelas jika tidak menggantungkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS dan
mendapatkannya daripada guru yang mengajar.

6. Penguatkuasaan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS hanya tertakluk


pada waktu pembelajaran sahaja.

7. Ketika waktu rehat dan pergerakan murid untuk sesi pembelajaran di


bilik-bilik khas/surau/padang, murid tidak perlu menggunakan PAS
KEBENARAN KELUAR KELAS.

8. SEMUA GURU hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa tujuan
supaya kembali semula ke kelasnya dengan segera (contoh : berada di
luar tandas / koridor dan sebagainya).

9. PAS KEBENARAN KELUAR KELAS tidak diperlukan jika murid keluar


bersama-sama dengan guru.

10. Guru diharap tidak memberikan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS


sewenang-wenangnya kepada murid. Seboleh-bolehnya elakkan murid
daripada keluar kelas.

11. Jika ada murid yang baru masuk ke kelas semasa pengajaran sudah
bermula, guru hendaklah menanyakan sebab kelewatannya/ tujuan
keluar/ dsb. Jika alasan tidak munasabah, catat nama murid yang
berkenaan dalam Buku Pengesanan Murid. Denda jika perlu/ kesalahan
berulang.

You might also like