You are on page 1of 3

JABATAN SAINS , SM SAINS DUNGUN

PERATURAN MAKMAL, LANGKAH KESELAMATAN


DAN
PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL
Peraturan makmal
1. Pelajar dikehendaki beratur ditepi makmal.
2. Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.
3. Beg pelajar, makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam
makmal.
4. Pelajar dilarang sama sekali makan dan minum di dalam makmal seperti gulagula dan sebagainya.
5. Bahan dan radas tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
6. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.
7. Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki.
8. Pelajar dilarang bermain dan berlari di dalam makmal
9. Segala kerosakan radas perlu dilaporkan kepada guru dengan segera.
10.
Tutup pili air dan gas serta suis elektrik selepas digunakan.
11.
Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol
asalnya.
12.
Semua radas perlu dibersihkan dan diletakkan ke tempat asalnya selepas
digunakan.
13.
Bersihkan tempat anda selepas eksperimen.
14.
Jangan bazirkan bahan kimia, air, gas atau elektrik.
15.
Sebelum keluar makmal, sila pastikan bangku(stool) diletakkan di atas
meja.

Langkah keselamatan
16.
Jangan rasa sebarang bahan kimia tanpa kebenaran guru.
17.
Sebarang kemalangan atau kecederaan perlu dilaporkan kepada guru
secepat mungkin.
18.
Batang mancis yang bernyala perlu dipadamkan dengan air sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
19.
Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan
suatu bahan kimia.
20.
Bahan kimia pepejal mesti dikendalikan dengan menggunakan spatula.
21.
Kendalikan semua bahan kimia meruap yang beracun dalam kebuk wasap.
22.
Nyalakan Penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api atau mancis.
Jangan gunakan kertas.

Pertolongan cemas

JABATAN SAINS , SM SAINS DUNGUN

23.
Jika asid atau alkali terkena pada kulit atau mata, basuh segera dengan air
yang banyak.
24.
Jika bahan kimia termasuk ke dalam mulut, kumuh dengan air yang
banyak.
25.
Jika tertelan bahan kimia, minum air yang banyak dan laporkan kepada
guru dengan segera.
26.
Jika terkena renjatan elektrik, matikan suis elektrik utama dengan segera.
27.
Jika berlaku kebakaran, laporkan kepada guru dengan segera.
28.
Jika pakaian terbakar, gulingkan badan dengan cepat di atas lantai
sehingga api padam.

Penggunaan Bahan Biologi


1. Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan
2.
3.
4.
5.

semula ke habitatnya.
Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
Jika piring petri yang mengandungi mikroorganism retak atau pecah, ianya
hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.
Semua eksperimen hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja
yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui
bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen.

PERINGATAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang
tidak diingini sekiranya seseorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang
tersebut di atas
PENGAKUAN
" Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku
akan mematuhi segala peraturan di dalamnya."
Utamakan keselamatan anda dan rakan-rakan anda
Nama
Pelajar :
No. Mykad:

Nama
Penjaga:
No. Telefon:

Tandatanga
n:
Tarikh:

Tandatangan
Saksi:
Nama Saksi:

Pengesahan oleh,

JABATAN SAINS , SM SAINS DUNGUN

.
(
Tarikh :
Ketua Panatia/Guru Sains
Sekolah Menengah Sains Dungun

You might also like