You are on page 1of 2

PERATURAN DORM (TERBARU / TAMBAHAN 2016 DORM SAHAJA)

1. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN DORM

1.1 Lantai Dormitori


1.1.1 Penghuni hendaklah membersihkan domitori mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh Ketua Dorm.
1.1.2 Lantai hendaklah disapu dan dilap supaya sentiasa berkeadaan bersih.
1.1.3 Sebarang tumpahan air atau minyak perlu dibersihkan segera untuk
mengelakkan berlaku kemalangan.

1.2 Tingkap
1.2.1 Sentiasa bersih dan tidak berhabuk.
1.2.2 Tingkap boleh berfungsi dengan baik.

1.3 Sampah
1.3.1 Sampah mesti dibuang ke dalam bakul sampah dan elakkan daripada
bertaburan di merata-rata tempat di dalam dorm.
1.3.2 Bakul sampah mesti dilapik dengan beg plastik yang sesuai.
1.3.3 Bakul sampah mesti dikosongkan setiap pagi.

1.4 Katil
1.4.1 Susunan katil mestilah kemas dan teratur.
1.4.2 Hanya bantal dan selimut sahaja yang boleh diletak di atas katil.
1.4.3 Cadar mesti sentiasa dipasang dengan tegang dan kemas.
1.4.4 Warna cadar dan sarung bantal mesti seragam mengikut pilihan sekolah.
1.4.5 Cadar dan sarung bantal mesti dicuci/diganti dengan segera.
1.4.6 Tidak boleh meletakkan sebarang benda di bawah katil.
1.4.7 Tempat tidur mesti dikemaskan tiap-tiap pagi selepas bangun pagi

1.5 Almari atau Loker


1.5.1 Tidak dibenarkan meletakkan barang-barang di atas almari/loker
1.5.2 Pakaian di dalam almari/loker mesti dilipat atau digantung dengan kemas.
1.5.3 Tidak dibenarkan menampal sebarang poster atau gambar pada
almari/loker
1.5.4 Setiap almari/loker mestilah berkunci.

1.6 Dinding
1.6.1 Tidak dibenarkan sebarang contengan kecuali mural yang mendapat
persetujuan pihak pentadbir.
1.6.2 Tidak dibenarkan menampal poster atau gambar yang tidak ilmiah.
1.6.3 Dinding boleh diceriakan dengan kata-kata hikmat dan sebagainya dengan
kebenaran pihak pentadbir.

1.7 Keseluruhan Dormitori


1.7.1 Sebarang peralatan tambahan tidak dibenarkan kecuali mendapat
kebenaran pihak pentadbir.
1.7.2 Tuala atau pakaian tidak dibenarkan disangkut di merata-rata tempat di
dalam dormitori.
1.7.3 Tuala mandi dan kain baju yang basah hendaklah digantung di ampaian luar

1.8 Kekemasan, keceriaan, kebersihan dan ketenteraman dorm


adalahtanggungjawab penghuni pada setiap masa.

1.8.1 Tilam dan bantal mestilah bercadar/sarung putih/warna beridentitikan


sekolah/asrama.
1.8.2 Dorm adalah kawasan larangan pada waktu sekolah, prep, riadah dan
kuliah agama.
1.8.3 Pelajar dilarang berpindah bilik/katil.
1.8.4 Pakaian, kasut dan keperluan hendaklah sentiasa disusun/diletakkan
dengan kemas.
1.8.5 Tutup suis lampu/kipas jika tidak digunakan.
1.8.6 Tutup lampu pada jam 11.45 malam. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari
dorm selepas jam 12.00 malam melainkan dengan kebenaran warden.
1.9 Rak Kasut
1.9.1 Kasut dan selipar mesti disusun dengan kemas dan teratur di rak kasut.
1.9.2 Rak kasut dan selipar hendaklah diletakkan di luar dormitori.
1.9.3

1.10 Barang / bahan larangan


1.10.1 Semua bahan larangan asrama tidak di benarkan dibawa masuk ke dalam
dorm
1.10.2 Peralatan sukan
1.10.3 Peralatan dewan makan
1.10.4 Makanan ( bermasak, biskut, buah-buahan, gula-gula dan minuman) tidak
dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam domitori. Perkara ini
adalah untuk mengelak semut, lipas dan tikus

You might also like