You are on page 1of 9

AMALI TAJUK 1 : BUMI DAN ANGKASA

HANIS MUNIRAH BINTI ZULKIFLI

PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAJUK

Mengkaji awan dan cuaca.

TUJUAN

Untuk mengkaji hubungan antara jenis awan dan cuaca.

TEORI

Awan merupakan suatu gumpalan atau kumpulan wap air yang terapung di atmosfera yang
dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Ia secara umumnya berwarna putih atau kelabu
dan kelihatan seakan-akan kapas di udara. Dalam istilah meteorologi, awan merupakan
suatu jisim yang terdiri daripada cecair atau kristal beku, kedua-duanya diperbuat daripada
air atau pelbagai bahan kimia. Titisan atau zarah tersebut terapung dalam atmosfera di atas
permukaan planet. Awan terhasil daripada wap-wap air yang terdapat dalam udara di
sekeliling kita.

Apabila udara menjadi panas akibat pancaran matahari, air yang berada di
permukaan bumi akan tersejat sehingga menjadi wap air dan bergerak ke lapisan yang lebih
tinggi. Awan akan terbentuk apabila wap-wap air tersebut sampai di satu lapisan yang
mempunyai suhu yang lebih rendah. Semakin lama, semakin banyak wap air yang
terkumpul dan awan akan menjadi lebih besar dan berat. Daya tarikan bumi akan
menariknya ke bawah sehinggalah satu peringkat wap-wap tersebut akan turun ke bumi
sebagai hujan. Wap-wap air dalam awan akan bersilih ganti, oleh itu awan akan selalu
berubah-ubah bentuknya. Awan juga dapat dikelaskan mengikut ketinggiannya. Pada
ketinggian 6,000 m ke atas, terdapat awan sirus,sirostratus dan sirokumulus manakala di
peringkat yang lebih rendah daripadanya terdapat awan altostratus dan altokumulus iaitu
pada ketinggian 2,000 hingga 5,000 m ke atas. Awan stratus, nimbostratus, kumulus
humilis, kumulus mediokris serta stratokumulus terdapat pada ketinggian 2,000 ke bawah.
Akhir sekali, kumpulan awan menegak iaitu awan kumulonimbus dan pirokumulus.

HIPOTESIS

Cuaca bergantung kepada jenis awan yang kelihatan.


PEMBOLEH UBAH

Manipulasi : Jenis awan yang kelihatan

Bergerakbalas : Cuaca pada waktu petang

Dimalarkan : Lokasi dan masa.

ALAT RADAS

Kamera

PROSEDUR

1. Cari maklumat mengenai awan dan cuaca daripada buku, majalah, jurnal, surat
khabar atau internet.
2. Dapatkan ramalan cuaca bagi daerah atau tempat anda menjalankan pemerhatian.
Ramalan cuaca ini boleh didapati daripada televisyen, radio, surat khabar, laman
sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia atau daripada AccuWeather.com.
3. Pilih lokasi yang sesuai untuk menjalankan pemerhatian terhadap awan dan cuaca.
Lokasi yang dipilih adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di
Seremban, Negeri Sembilan.
4. Dengan menggunakan mata kasar, perhatikan jenis awan yang terdapat di kawasan
itu serta cuaca semasa pemerhatian dijalankan.
5. Menggunakan kamera yang bersesuaian, ambil foto awan ketika pemerhatian
dijalankan untuk tujuan rekod dan dokumentasi.
6. Rekodkan juga tarikh, masa dan hasil pemerhatian yan dijalankan.
7. Jalankan pemerhatian pada waktu pagi dan tengahari.
8. Berdasarkan pemerhatian pada waktu pagi dan tengahari, ramalkan cuaca pada
waktu petang di tempat anda.
9. Bandingkan ramalan anda dengan cuaca sebenar pada waktu petang.
10. Pemerhatian dan ramalan perlu dibuat setiap hari selama seminggu.
11. Rekodkan semua maklumat dan data yang diperoleh dalam laporan.
KEPUTUSAN

Cuaca
Pemerhatian Suhu Kelembapan yang Cuaca
Tarikh Masa Tempat Cuaca
(awan) (oC) udara (%) diramal sebenar
(5 petang)
8:00 awan stratus
Ipgkrm mendung 25 92
am kelihatan
19/01/17 cerah hujan
12:00 awan kumulus
Ipgkrm cerah 30 83
pm kelihatan
awan
8:00
Ipgkrm altostratus mendung 25 94
am
kelihatan
20/01/17 hujan mendung
awan hujan
12:00
Ipgkrm nimbostratus rintik – 25 94
pm
kelihatan rintik
8:00 awan stratus
Ipgkrm cerah 25 95
am kelihatan
21/01/17 awan cerah mendung
12:00
Ipgkrm sirostratus cerah 30 85
pm
kelihatan
awan
8:00
Ipgkrm sirokumulus redup 25 86
am
22/01/17 kelihatan mendung hujan
12:00 awan kumulus
Ipgkrm mendung 29 84
pm kelihatan
awan
8:00 hujan
Ipgkrm nimbostratus 24 92
am rebut
kelihatan hujan
23/01/17 hujan
awan dan petir
12:00
Ipgkrm nimbostratus mendung 26 90
pm
kelihatan
awan
8:00
Ipgkrm nimbostratus hujan 24 94
am
24/01/17 kelihatan hujan hujan
12:00 awan hujan
Ipgkrm 25 88
pm nimbostratus rebut
kelihatan

8:00 awan kumulus


Ipgkrm mendung 27 78
am kelihatan hujan
25/01/17 awan mendung rintik-
12:00
Ipgkrm sirokumulus redup 25 91 rintik
pm
kelihatan

PERBINCANGAN

Melalui pemerhatian yang dijalankan melalui amali ini, kami telah memerhatikan jenis-jenis
awan yang kelihatan di lokasi yang dipilih iaitu di IPGKRM selama tujuh hari atau seminggu
dengan menetapkan masa dan lokasi sepanjang menjalankan pemerhatian ini. Jenis-jenis
awan yang kelihatan direkodkan ke dalam laporan beserta dengan gambar-gambar yang
diambil sepanjang pemerhatian dilakukan. Pemerhatian dilakukan pada waktu pagi, iaitu
pada pukul 8:00 pagi dan pemerhatian pada waktu tengahari pula dijalankan pada pukul 12
tengahari setiap hari selama seminggu. Lokasi adalah dimalarkan, begitu juga dengan masa
untuk mengelakkan sebarang ketidakseragaman data dalam laporan ini.

Ramalan cuaca pada waktu pagi dan tengahari diperolehi dari sumber-sumber yang
bersesuaian seperti surat khabar dan laman sesawang. Ramalan cuaca dalam laporan
adalah diperolehi daripada laman sesawang AccuWeather.com dan dimasukkan dalam
laporan. Apabila pemerhatian telah dilakukan pada waktu pagi dan tengahari, cuaca pada
waktu petang pula diramal berdasarkan hasil pemerhatian yang dijalankan. Seterusnya,
cuaca sebenar pada waktu petang pula dicatatkan dan dibandingkan dengan ramalan yang
telah dibuat sebelum ini.

Pada hari pertama, awan stratus telah kelihatan memenuhi langit pada waktu pagi.
Suhu adalah 25oC dengan kelembapan udara sebanyak 95%. Awan stratus merupakan
awan yang kelihatan rata atau kadang-kadang kasar serta menyerupai kabus tinggi. Awan
ini sering menyeliputi kawasan langit yang luas dan membawa hujan yang ringan sahaja.
Cuaca semasa waktu pagi adalah mendung. Pada waktu tengahari, pemerhatian dijalankan
dan didapati awan kumulus kelihatan di langit pada suhu 30oC dan kelembapan adalah pada
83%. Cuaca yang dialami semasa waktu tengah hari adalah cerah dengan langit yang
terang bersama awan kumulus. Suhu adalah lebih tinggi serta kelembapan adalah lebih
rendah berbanding waktu pagi, ini adalah kerana langit yang cerah membolehkan haba dan
pancaran matahari sampai ke permukaan bumi dengan lebih banyak daripada waktu pagi di
mana awan stratus menjadi pelindung permukaan bumi dari pancaran matahari.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami membuat ramalan bahawa cuaca cerah
akan berterusan sehingga ke petang. ini adalah berpandukan kepada awan kumulus yang
kelihatan pada waktu tengahari. Awan kumulus tersebut merupakan awan kumulus humilis
yang menandakan cuaca yang baik. Namun, pada waktu petang cuaca sebenar yang
dialami adalah hujan. Ini berkemungkinan berlaku akibat awan kumulus yang bergerak ke
tempat yang lebih tinggi kerana aliran udara yang tidak stabil. Seterusnya, awan mula
mengalami pertumbuhan secara menegak dan menghasilkan awan kumulus congestus dan
akhirnya membesar menjadi awan kumlonimbus yang membawa hujan dan ribut. Oleh itu,
cuaca yang dialami adalah hujan dan bukannya cuaca cerah seperti yang diramalkan.

Rajah 1 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Pada hari kedua pula, pemerhatian pada waktu pagi menunjukkan awan altostratus
yang berwarna kelabu kebiruan dan tersebar dengan luas di langit membuatkan langit
menjadi mendung. Altostratus biasanya terdiri daripada titisan air dan mungkin bercampur
dengan kristal ais pada ketinggian yang lebih tinggi. Awan altostratus juga dapat
menghasilkan hujan rintik-rintik secara berterusan ataupun terputus-putus. Bacaan suhu
menunjukkan suhu adalah 25oC dengan kelembapan yang tinggi iaitu 94 %. Cuaca pada
waktu pagi tersebut adalah mendung dan seakan-akan hujan akan turun. Seterusnya pada
waktu tengahari, awan nimbostratus telah kelihatan bersama cuaca hujan rintik-rintik. Awan
altostratus yang dilihat pada waktu pagi telah menjadi awan nimbostratus yang membawa
hujan pada waktu tengahari. Bacaan suhu dan kelembapan adalah sama dengan waktu
pagi. Untuk ramalan cuaca pada waktu petang pula, kami telah meramalkan cuaca akan
terus hujan berdasarkan kehadiran awan nimbostratus dan ini bertepatan dengan cuaca
sebenar yang dilihat pada waktu petang di mana cuaca adalah mendung dengan hujan yang
sedikit. Ramalan adalah bertepatan dengan hipotesis yang menyatakan bahawa cuaca
bergantung kepada jenis awan yang kelihatan.

Rajah 2 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Hari ketiga, pemerhatian dilakukan dan didapati awan stratus telah kelihatan pada
pukul 8 pagi dengan cuaca yang agak cerah. Bacaan suhu menunjukkan nilai 250C dengan
kelembapan 95%. Kelembapan pada pagi adalah agak tinggi oleh itu, keadaan pada pagi
tersebut agak sejuk. Cahaya matahari yang panas telah dihalang oleh awan stratus yang
tersebar luas dengan membolehkan sedikit cahaya menembusinya oleh itu cuaca masih lagi
cerah tetapi sejuk . Pada waktu tengahari, cuaca masih lagi cerah namun bacaan suhu telah
meningkat kepada 300C daripada 250C pada waktu pagi. Kelembapan juga menunjukkan
penurunan dari 95% kepada 85%. Pemerhatian pada jenis awan yang kelihatan
menunjukkan awan sirostratus yang tipis dengan langit yang terang dan tidak terlindung
sepenuhnya dengan awan. Awan sirostratus merupakan awan yang lebih gelap dari stratus
dan menandakan sejumlah besar kelembapan dan udara panas yang muncul atau telah
bergerak pada tahap yang lebih tinggi tetapi tidak membawa hujan. Berdasarkan
pemerhatian terbabit, cuaca pada petang ini telah diramal akan cerah. Pada waktu petang,
cuaca sebenar yang diperhatikan ialah mendung. Ini bertentangan dengan ramalan yang
telah dilakukan sebelum ini. Ramalan ini mungkin tersasar akibat perubahan tekanan yang
menyebabkan awan sirostratus berubahan kepada awan sirostratus nebulosus yang
mempunyai perkembangan bahagian bawah awan yang pesat hingga menutupi sebahagian
besar langit menjadi mendung.
Rajah 3 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Pada hari keempat pula, pemerhatian pada waktu pagi menunjukkan awan
sirokumulus kelihatan di langit dan cuaca redup dengan kelajuan udara yang tinggi. Bacaan
suhu menunjukkan nilai 25oC dengan kelembapan sebanyak 86%. Pada waktu tengahari
pula, cuaca adalah mendung dengan suhu 29oC dan kelembapan 84%. Awan yang
kelihatan semasa pemerhatian dilakukan ialah awan kumulus yang terkumpul dengan
banyak memenuhi langit. Mengikut awan yang dilihat, ramalan cuaca mendung berterusan
sehingga petang kerana pertambahan awan kumulus dengan bannyak menandakan cuaca
yang mendung dan membawa hujan. Ramalan yang dilakukan menepati cuaca sebenar
pada waktu petang.

Rajah 4 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Hari kelima menampakkan awan nimbostratus pada waktu pagi yang membawa
hujan yang agak lebat. Hujan ini telah menyumbang kepada suhu yang agak rendah iaitu
24oC dan kelembapan tinggi 92%. Awan nimbostratus merupakan awan tahap rendah yang
membawa hujan renyai sehingga lebat. Manakala pada waktu tengahari, awan yang sama
dapat dilihat iaitu awan nimbostratus dengan cuaca yang agak mendung. Terdapat
perbezaan suhu antara waktu pagi dan tengahari dengan peningkatan suhu sebanyak 2oC
kepada 26oC serta kelembapan 90%. Ramalan cuaca dibuat dengan ramalan cuaca akan
hujan pada waktu petang memandangkan awan jenis nimbostratus yang membawa hujan
kelihatan pada waktu tengahari. Pada waktu petang, hujan bersama ribut berlaku bertepatan
dengan ramalan berpandukan jenis awan yang dilakukan pada waktu tengahari.
Rajah 5 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Kemudian pada hari keenam, awan jenis yang sama seperti hari sebelumnya iaitu
awan nimbostratus dapat dilihat pada waktu pagi dan tengahari. Suhu pada waktu pagi ialah
agak rendah iaitu 24oC beserta kelembapan yang tinggi iaitu sebanyak 94%. Selain itu, suhu
pada waktu tengahari pula ialah 25oC yang juga agak rendah dengan kelembapan 88%.
Nimbostratus menunjukkan ciri-ciri awan yang gelap, tebal dan mampu menghalang cahaya
matahari. Oleh kerana itu, suhu pada hari ini agak sejuk dengan kelembapan yang tinggi.
Seperti hari sebelumnya, cuaca pada petang hari diramalkan akan hujan. Ramalan ini
bertepatan dengan cuaca sebenar yang dialami pada waktu petang.

Rajah 5 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Hari ketujuh pula menampakkan kumulus yang bergumpal di kawasan yang sama
memenuhi sebahagian besar langit menjadikan cuaca agak mendung pada waktu pagi.
Suhu adalah agak hangat dengan nilai 27oC dan kelembapan yang rendah iaitu 78%. Pada
waktu petang pula, awan sirokumulus jelas kelihatan di langit. Cuaca adalah redup dengan
suhu yang rendah, 25oC dan kelembapan tinggi 91%. Awan sirokumulus merupakan awan
kecil yang wujud dengan banyak, sangat tinggi dan tersusun secara barisan. Awan ini
menandakan ribut pada waktu tengahari atau petang kerana perolakan angin pada altitud
yang tinggi. Seterusnya, ramalan cuaca mendung dibuat berdasarkan pemerhatian pada
waktu petang. Cuaca sebenar pada petang adalah mendung dengan hujan rintik-rintik dan
ramalan yang dibuat adalah tepat.

Rajah 7 menunjukkan awan yang kelihatan pada waktu pagi (kiri) dan pada waktu tengahari
(kanan).

Menurut hipotesis yang dikemukakan, cuaca adalah bergantung kepada jenis awan
yang kelihatan. Melalui pemerhatian yang dijalankan selama seminggu, didapati lima
daripada tujuh hari menunjukkan keputusan bahawa cuaca yang diramal adalah sama
dengan yang sebenar ketika ramalan dibuat berdasarkan jenis awan yang kelihatan. Hanya
terdapat dua hari sahaja, ramalan tidak begitu tepat oleh kerana wujud faktor seperti
pergerakan angin. Semasa pemerhatian dilakukan, gambar-gambar awan hendaklah diambil
dari sudut yang terbaik dan jelas serta menggunakan kamera yang bersesuian untuk
dijadikan bukti dalam laporan. Gambar-gambar tersebut haruslah dimasukkan dalam
laporan secara lengkap dan teratur. Selain itu, lokasi haruslah malar agar data yang diambil
adalah lebih tepat dan segala pemerhatian haruslah dicatat dalam laporan.

KESIMPULAN

Cuaca pada waktu petang dapat diramal melalui jenis awan yang kelihatan pada waktu pagi
dan tengahari. Hipotesis diterima.

You might also like