You are on page 1of 7

02/2 Bahasa Malaysia Akhir Tahun Nov 2009 2 jam PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009 ________________________________________________________________ BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN 1 Kertas 2 Dua jam ________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. ________________________________________________________________ KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAK

Bahagian A ( I ) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Semangat kejiranan sememangnya semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semula konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada waktu malam. Aktiviti gotong royong juga boleh dilakukan bagi memupuk semangat kejiranan. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat kejiranan ini. Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik tentang kepentingan semangat kejiranan sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Kesimpulannya, semangat kejiranan boleh dicapai melalui pelbagai langkah. Semua pihak perlulah berusaha bagi memastikan semangat kejiranan ini terus diamalkan demi menjamin kemakmuran sejagat.

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


http://azmanduniaku.blogspot.com/2009/07/karang memupuk. html.) an-spm-2009-cara-cara-

2 Bahagian A (ii) ; Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan budaya ? [2 markah] 2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memupuk semangat kejiranan? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah kesan jika semangat kejiranan semakin [4 markah]

luntur dalam kalangan masyarakat kini?

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

3 Bahagian B [20 markah] Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang kesan penebangan dan pembersihan hutan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

4 Bahagian C [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata. 1. Anda telah mengganggotai Kelab Komputer atau Kelab ICT di sekolah anda. Pada cuti penggal yang lalu anda bertemu dengan sahabat anda dari sekolah lain. Anda telah berkesempatan berbual-bual tentang kepentingan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tulis perbualan anda selengkapnya. 2. Terdapat segelintir warga emas yang hidup melarat walhal mereka mempunyai anak-anak yang boleh menguruskan mereka. Bincangkan punca-punca kejadian seperti ini berlaku. 3. Pengetua sekolah anda akan menamatkan perkhidmatannya pada hujung tahun ini. Sebagai wakil pelajar, anda diminta menyampaikan ucapan sempena majlis persaraan beliau. Tulis teks ucapan itu selengkapnya. 4. Anda sebagai salah seorang ahli Persatuan Sejarah sekolah anda telah menyertai aktiviti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah di negeri Melaka. Tulis pengalaman anda tentang bangunan bersejarah yang telah anda lawati itu.

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

5. Sungai yang tercemar dan menjadi tempat membuang bahan toksid akan menyebabkan hidupan air akan mati dan pupus Nyatakan pandangan anda terhadap pernyataan ini berserta alasannya. Bahagian D [10 markah] Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan Satu iaitu Novel Limpahan Darah Di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

NILAI

Bekerjasama

Kegigihan

Kebijaksanaan

Satu daripada nilai yang diketengahkan dalam novel Limpahan Darah Di Sungai Semur, ialah nilai kegigihan. Berikan tiga bukti yang terdapat pada watak utama novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

02/2 @ 2009 Hak Cipta PKPSM Pahang

[Lihat sebelah

You might also like