You are on page 1of 23

Zulhazlia bt Zulkifli

SMK Seri Berang


Geografi Ting 1
Sistem Fizikal Bumi
• Sistem fizikal bumi terdiri daripada 4 komponen
iaitu:-

1. Atmosfera – udara
2. Hidrosfera – Air
3. Litosfera – Kerak bumi/ tanih
4. Biosfera – Benda hidup

 Setiap komponen di bumi saling melengkapi di antara


satu sama lain
Udara Air

Tanah Kehidupan
Atmosfera
 Atmosfera adalah ruang udara yang meliputi
permukaan bumi
 Kepentingan atmosfera ialah

- membekalkan gas oksigen utk benda hidup


- mengawal suhu persekitaran bumi
- perubahan iklim dan cuaca di bumi
- penting untuk telekomunikasi – seperti satelit
- pengangkutan – seperti penerbangan udara
Hidrosfera
 Hidrosfera mewakili kawasan yang berair seperti laut,
tasik, sungai dan air bawah tanah
 Hidrosfera penting untuk
- Sumber minuman
- Sumber hidroelektrik
- Jalan pengangkutan
- Sumber protein
- Habitat hidupan akuatik
Litosfera
 Litosfera mewakili kerak bumi iaitu tanih dan batuan
 Litosfera penting untuk
- habitat/ tempat tinggal manusia, flora serta fauna
- Kawasan pertanian
- Kawasan perlombongan
Biosfera
 Biosfera mewakili kehidupan di bumi. Biosfera
termasuklah manusia, flora dan fauna
 Biosfera memerlukan ketiga-tiga komponen bumi
yang lain untuk hidup.
 Sebagai contoh, manusia
memerlukan udara, air dan
tanih untuk bernafas, minum dan
mendirikan tempat tinggal.
Struktur bumi
Teras
dalam

Teras luar
Mantel

Kerak bumi
Struktur bumi
Struktur bumi

1. Kerak bumi
- lapisan paling luar
- sangat nipis jika dibandingkan dengan mantel
- juga dikenali sebagai litosfera
- terbahagi kepada dua bahagian iaitu

a) sial (daratan) b) sima (lautan)
Sial dan sima Plat daratan
SIAL

Plat lautan
SIMA Lapisan sial lebih tebal
berbanding dengan lapisan sima
2. Mantel

- Membentuk lebih 85% berat bumi. Hampir 2/3


jisim bumi

- Bersifat separa pepejal dan cecair

- Suhu dari 800 ºC sehingga 1600 ºC


3. Teras bumi

- Lapisan paling dalam


- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras
dalam
- Mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi
Benua Dan Lautan
Benua
• Benua ialah kawasan daratan yang sangat luas
• Terdapat 7 benua di dunia iaitu
1. Benua Asia
2. Benua Afrika
3. Benua Eropah
4. Benua Australia
5. Benua Amerika Utara
6. Benua Amerika Selatan
7. Benua Antartika
 Benua yang paling luas ialah benua Asia. Ianya
meliputi banyak negara. Negara Malaysia juga terletak
di benua Asia
 Benua Eropah adalah gabungan banyak negara-
negara yang mempunyai keluasan yang kecil. Contoh
negara di benua ini adalah England, Sepanyol,
Belanda, Itali dan lain-lain
 Benua Australia hanya terdiri daripada beberapa
buah negara sahaja.
 Manakala benua Antartika kebanyakannya diliputi
salji sepanjang tahun kerana berada di kutub selatan
Lautan
• Terdapat 5 lautan di dunia iaitu
1. Lautan Pasifik
2. Lautan Atlantik
3. Lautan Hindi
4. Lautan Artik
5. Lautan Selatan
Celik Geografi?
 Sehingga kini, berita tentang MH370 masih
menjadi misteri. Pesawat ini dikatakan telah
hilang dan dikesan berada di Lautan Hindi pada
kali terakhir.

 Tahukah anda berapakah keluasan dan kedalaman


Lautan Hindi?
Soalan
Apakah perbezaan antara laut
dan lautan?
Kawasan Perairan Malaysia
Kawasan Perairan Malaysia
 Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir
pantai.
 Malaysia dipisahkan dengan Indonesia oleh Selat
Melaka manakala selat Tebrau memisahkan Malaysia
dengan Singapura
 Perairan yang paling luas di Malaysia ialah Laut China
Selatan. Malaysia juga dikelilingi oleh Laut Sulu dan
Laut Sulewasi di Sabah
 Ini membolehkan kegiatan perikanan laut dapat
dijalankan di seluruh negeri di Malaysia
Uji minda..

Selain daripada kegiatan perikanan, kelebihan


negara kita yang dikelilingi dengan kawasan laut?
Bincangkan.

You might also like