You are on page 1of 39

MALAYSIA

Malaysia.. Tanah Airku..


Kedudukan Malaysia

Di Benua asia dan


di bahagian
tenggara
Malaysia
terletak di
kawasan
tengah
Asia
Tenggara
FAKTA NEGARA MALAYSIA
• Keluasan - 329 847 kilometer persegi
• Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan
bandaraya terbesar di Malaysia
• Putrajaya menjadi pusat pentadbiran
persekutuan
• 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, iaitu
11 negeri dan dua wilayah persekutuan
Peta Malaysia
Malaysia Barat Malaysia Timur

1. Perlis 11. Kelantan


2. Kedah
10. Terengganu 13. Sabah
3. P. Pinang
4. Perak

5. Selangor 9. Pahang
6. Melaka
7. N. Sembilan 8. Johor 12. Sarawak
• Bersempadan dengan Thailand, Indonesia
dan Brunei di kawasan daratan
• manakala bersempadan dengan Singapura,
Indonesia dan Filipina di seberang laut
• Tanjung Piai yang terletak di negeri
selatan Johor merupakan titik paling selatan di
tanah besar Asia
• Dilingkumi oleh Laut China Selatan, Selat
Melaka, Selat Tebrau, Laut Sulu
• Tulang belakang semenanjung Malaysia ialah
Banjaran Titiwangsa yang juga merupakan
punca bagi kebanyakan sungai
• Gunung tertinggi di Malaysia dan juga Asia
Tenggara ialah Gunung Kinabalu setinggi
4,095.2 meter
• Malaysia ialah sebuah negara
megadiversiti kerana bilangan spesies yang
banyak serta tahap kepelbagaian yang tinggi
Negeri-negeri Di Malaysia
1. Perlis
2. Kedah
3. Pulau Pinang
4. Perak
5. Selangor
6. Melaka
7. Negeri Sembilan
8. Johor
9. Terengganu
10. Pahang
11. Kelantan
12. Sarawak
13. Sabah

Terdapat 3 wilayah persekutuan iaitu


1. Wilayah persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah persekutuan Putrajaya
3. Wilayah persekutuan Labuan
Perlis Info
Negeri : Perlis
Ibu negeri : Kangar
Tip: Negeri paling utara di
Semenanjung
1. Perlis
• Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil
di Malaysia
• Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia
• Ibu negeri Perlis ialah Kangar
• Kawasan Chuping terkenal dengan aktiviti
penanaman tebu
Kedah Info
Negeri : Kedah
Ibu negeri : Alor Setar
Tip: Paling banyak
penanaman padi
2. Kedah

• Negeri Kedah atau juga dikenali


sebagai Kedah Darul Aman
• Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia
• Kedah mempunyai rupa bumi yang agak rata,
yang digunakan untuk menanam padi.
• Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan bandar
Dirajanya ialah di Kaki Bukit
Pulau Pinang Info
Negeri : Pulau Pinang
Ibu negeri : Georgetown
Tip: Terdapat dua
bahagian termasuk pulau
3. Pulau Pinang
• Pulau Pinang ialah sebuah negeri pantai yang
terletak di pantai barat laut
• Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau
dan juga tanah besar yang dikenali sebagai
Seberang Perai.
• Georgetown adalah
ibu negeri Pulau Pinang
Perak
Info
Negeri : Perak
Ibu negeri : Ipoh
Tip: Maju kerana
perlombongan bijih timah
pada zaman penjajah
4. Perak
• Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak
Darul Ridzuan
• Negeri Perak merupakan negeri yang kedua
terbesar di Semenanjung Malaysia selepas
Pahang
• Ibu negeri Perak ialah Ipoh
• Negeri Perak telah mengalami proses
pembandaran yang pesat kerana penemuan
bijih timah
Selangor
Info
Negeri : Selangor
Ibu negeri : Shah Alam
Tip: Negeri yang maju
kerana pelbagai kegiatan
ekonomi
5. Selangor
• Negeri Selangor juga
dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan
• Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan
Bandar diraja negeri ini ialah Klang
• Selangor juga merupakan negeri yang terkaya
di Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis
kegiatan ekonomi yang dijalankan di negeri ini
Negeri Sembilan
Info
Negeri : Negeri Sembilan
Ibu negeri : Seremban
Tip: Negeri yang terkenal
dengan adat pepatih
• Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri
Sembilan Darul Khusus
• Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja
ialah Seri Menanti yang terletak di dalam
daerah Kuala Pilah
• Penduduknya mengamalkan adat pepatih
• Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah
dan dataran yang begitu
indah mata memandang
dikelilingi bukit-bukau dan
pergunungan
Melaka
Info
Negeri : Melaka
Ibu negeri : Bandaraya
Melaka
Tip: Negeri yang terkenal
dengan aktiviti
pelancongan
6. Melaka
• Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri
Bersejarah
• Ibu negerinya Bandaraya Melaka
• Negeri Melaka terkenal dengan aktiviti pelancongan
• Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan
oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World
Heritage)
• Sektor pelancongan dan perkilangan ialah sektor
utama dalam menjana ekonomi negeri.
Johor
Info
Negeri : Johor
Ibu negeri : Johor Bahru
Tip: Negeri paling selatan
di Semenanjung Malaysia
• Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri
di Malaysia yang terletak di
selatan Semenanjung Malaysia
• Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu
sebuah bandar raya di selatan negeri ini.
Bandar raya tersebut merupakan bandar
kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala
Lumpur
• Johor mempunyai pelabuhan kedua terbesar
di Malaysia iaitu Pelabuhan Tg Pelepas
Pahang Info
Negeri : Pahang
Ibu negeri : Kuantan
Tip: Negeri paling luas di
Semenanjung Malaysia
• Pahang Darul Makmur adalah negeri yang terbesar
di Semenanjung Malaysia
• Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan
ialah bandar diraja
• Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit
Fraser merupakan tempat peranginan kawasan tanah
tinggi
• Pahang juga mempunyai dua tasik air tawar yang
terluas di Malaysia iaitu Tasik Bera dan Tasik Chini
• Taman Negara yang terbesar juga terletak di negeri
Pahang
Terengganu Info
Negeri : Terengganu
Ibu negeri : Kuala
Terengganu
Tip: Kaya dengan hasil
bumi petroleum
• Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah
sebuah negeri di pantai timur
• Kegiatan utama negeri Terengganu ialah
perikanan yang merupakan kegiatan tradisi
rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya
yang terletak berhampiran Laut China Selatan.
• Namun semenjak petroleum ditemui, sumber
minyak merupakan penyumbang terbesar
kepada hasil pendapatan negeri Terengganu
Kelantan
Info
Negeri : Kelantan
Ibu negeri : Kota Bharu
Tip: Negeri bersempadan
dgn Thailand
• Negeri paling utara di pantai timur.
• Ibu negerinya adalah Kota Bharu
• Bersepadan antarabangsa dengan Narathiwat,
Thailand.
• Kelantan ialah sebuah negeri pertanian yang
mempunyai banyak
kawasan tanaman padi
dan perkampungan
nelayan.
Sarawak
Info
Negeri : Sarawak
Ibu negeri : Kuching
Tip: Negeri paling luas di
Malaysia
• Merupakan negeri paling luas di Malaysia
• Terpisah lebih 600 km dari Semenanjung
Malaysia
• Ibu negerinya adalah Kuching
• Mempunyai banyak sumber alam seperti
petroleum dan kayu balak
Sabah
Info
Negeri : Sabah
Ibu negeri : Kota Kinabalu
Tip: Dikenali sebagai
negeri di bawah bayu
• Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di
Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri
tersebut yang sangat strategik di bawah laluan
angin monsun.
• Ibu negerinya ialah Kota Kinabalu
• Sabah juga mempunyai gunung yang tertinggi
di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu
negara dan bandar terbesar di Malaysia.
Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang
meliputi tanah seluas 244 km2
• Kawasannya padat penduduk
Wilayah Persekutuan Putrajaya
• Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Malaysia yang menggantikan
Kuala Lumpur pada 1999.
• Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman
terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur
yang menempatkan pusat pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Labuan
• Wilayah Persekutuan Labuan merupakan
Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia
merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang
mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan
terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah

You might also like