You are on page 1of 2

Pengenalan parlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi


berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada
perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
 
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan
institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan
Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan
menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

 Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan


aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan
penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Ya ng Di -Pe rt ua n Ago ng
2. Dew an Neg ar a
3. Dew an Ra ky at

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan,
Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada
11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut,
Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan
Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-
Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh
kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan
Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan
Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat
satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya
sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2
hektar.

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan
222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang
dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi
berparlimen negara untuk selama-lamanya

You might also like