You are on page 1of 11

PELAJARAN 9

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Selepas membaca pelajaran ini, anda seharusnya dapat:

4 Menjelaskan tentang sejarah kewujudan Perlembagaan


Persekutuan;4 Memahami konsep-konsep ketertinggian Perlembagaan; Dan 4 Memahami konsep pengasingan kuasa.

KANDUNGAN

Pengenalan 143 Sejarah Perlembagaan 143 Sejarah Perlembagaan Persekutuan 145 Bentuk-bentuk Perlembagaan 146 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan 147 Pindaan Perlembagaan 148 Kandungan Ringkas Perlembagaan Persekutuan 149

PENGENALAN
Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan UndangUndang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas, takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undangundang

tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat. Sekiranya sesuatu undang-undang yang hendak dibuat atau yang telah dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut akan terbatal setakat mana percanggahan itu berlaku. Perkara ini jelas seperti mana yang terkandung dalam Bahagian 1 perkara 4 Undang-undang utama Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka dan apa yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

SEJARAH PERLEMBAGAAN
Perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Berdasarkan kezaliman dan penyalahgunaan kuasa pemimpin Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang memerintah Perancis pada kurun ke-17, Montesquieu, seorang ahli fikir Perancis, telah mencipta suatu teori yang dinamakan teori pengasingan kuasa. Beliau menjelaskan dalam bukunya Sprit des Lois bahawa apabila kuasa membuat undang-undang dan kuasa memerintah dikawal oleh seorang individu sahaja, kemungkinan berlakunya penyelewengan kuasa adalah lebih besar.

Bagi mengelakkan keadaan ini, beliau berpendapat bahawa teori pengasingan kuasa perlu dilaksanakan. Pada hakikatnya,

teori pengasingan kuasa mempunyai tiga komponen utama: (i) Badan yang membuat hanya perlu membuat atau menggubal undang-undang dan tidak boleh mempunyai kuasa yang lain; (ii) Badan yang memerintah hanya menjalankan pemerintahan dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan penghakiman; dan (iii) Badan kehakiman hanya membuat penghakiman dan tidak boleh menjalankan pemerintahan atau membuat undang-undang. Namun begitu, dalam konteks perlembagaan Malaysia dan kebanyakan negara, teori pengasingan kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya. Di Malaysia misalnya, walaupun Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang, tetapi sebahagian besar daripada undang-undang itu dibuat oleh badan pemerintah seperti Yang di-Pertuan Agong, menteri dan lain-lain. Mengikut teori pengasingan, kuasa pemerintah hanya menjalankan tugas pemerintahan sahaja dan tidak boleh mencampuri urusan kehakiman. Tetapi di Malaysia, pemerintah juga boleh menjalankan fungsi kehakiman, contohnya Menteri Dalam Negeri, iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan, juga boleh menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas alasan keselamatan. Di samping itu, seorang ahli Parlimen yang berfungsi sebagai pembuat undang undang juga dilantik mengetuai mana-mana kementerian dan menjalankan kuasa pemerintahan.

SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan

kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

SOALAN PERBINCANGAN 1
Terangkan secara ringkas tentang kewujudan Perlembagaan Persekutuan.

BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
Secara ringkasnya, terdapat dua jenis bentuk perlembagaan, iaitu bentuk bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Bentuk perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat, contohnya perlembagaan United Kingdom. Ini tidak bermakna bahawa United Kingdom tidak mempunyai perlembagaan, sebaliknya prinsip-prinsip perlembagaan United Kingdom bertaburan dalam Akta Parlimen, keputusan mahkamah dan beberapa sumber lain. Berbeza dengan perlembagaan tidak bertulis, perlembagaan bertulis menpunyai tiga sifat utama iaitu: Pertama, ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan terdapat peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda. Kedua, kuasa Parlimen. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan. Kebanyakan perlembagaan melarang parlimen membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi. Ketiga, mengenai tugas mahkamah. Disebabkan perlembagaan tersebut adalah bertulis, maka amatlah perlu peruntukan perlembagaan mendapat tafsiran yang jelas dan muktamad. Ini bermakna mahkamah memainkan peranan yang penting dalam mentafsir undang-undang dan melindungi aspirasi perlembagaan tersebut.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: (a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

(b) Sebagai negara raja berperlembagaan. (c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama. (e) Perlembagaan undang-undang. (f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi.Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan. kuasa yang eksklusif untuk menentukan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan

PINDAAN PERLEMBAGAAN
Dalam mengambil kira perubahan masa dan keperluan semasa, Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen itu sendiri. Seperti yang dijelaskan dalam perkara 159 dan perkara 161E, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. Terdapat tiga cara perlembagaan boleh dipinda iaitu: (i) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara lebih

dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar dewan Parlimen. Peruntukan ini dijelaskan dalam Perkara 159 (4); (ii) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas terhadap Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih dua pertiga dalam tiap-tiap Dew an Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua bagi mana-mana negeri. Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 161E iaitu pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak; dan (iii) Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih dua pertiga dalam tiap-tiap Dew an Parlimen, dengan syarat ia mendapat persetujuan Majlis RajaRaja. Perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan.

KANDUNGAN RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan mengikut cara persekutuan iaitu kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebutkan dengan nyata sementara segala baki kuasa (yang tidak disebut dalam Senarai I dan II terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Persekutuan juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia diterangkan melalui: (i) Senarai Persekutuan meliputi hal-ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan acara sivil jenayah serta kewarganegaraan, dan beberapa perkara lain;

(ii) Senarai Bersama Senarai ini meyenaraikan perkaraperkara yang membolehkan badan perundangan Negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dengan undangundang Persekutuan, undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai. Antaranya ialah perlindungan bagi kanakkanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain; dan (iii) Senarai negeri Senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri semata-mata bertujuan untuk membuatundang-undang. Ia meliputi hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain.Sama seperti perlembagaan lain, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dengan cara yang berbeza daripada cara pindaan yang diperuntukkan dalam Akta-akta Parlimen. Perkara 4 memperuntukkan bahawa Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan. Ketua Utama dalam Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja untuk tempoh lima tahun. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Agama Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.Perlembagaan menggariskan dengan Persekutuan juga jelas tentang doktrin pengasingan kuasa,prinsip-prinsip

kewarganegaraan,Parlimen, kebebasan asasi, bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa darurat dan pihak berkuasa negeri.

RINGKASAN PELAJARAN 9
1. Perlembagaan Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. 2. Perlembagaan Malaysia sebenarnya bermula sejak Inggeris mula menjadikan Tanah Melayu sebagai negara naungannya. 3. Perlembagaan terdiri daripada bentuk bertulis dan tidak bertulis. 4. Di Malaysia, perlembagaannya boleh dipinda dengan tiga cara. 5. Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti Malaysia sebagai sebuah Persekutuan, negara raja berperlembagaan, negara demokrasi berparlimen, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang dan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.

SOALAN KENDIRI
1. Jelaskan secara ringkas ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan berasaskan pendapat Tun Mohamed Suffian.

JAWAPA N
Soalan Perbincangan 1 Bermula sejak Tanah Melayu berada di bawah naungan Inggeris. Selepas Jepun menyerah kalah, Inggeris telah memperkenalkan gagasan Malayan Union yang kemudiannya di mansuhkan kerana tentangan daripada orang Melayu dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa British di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuatkuasa sehingga sekarang. Soalan Kendiri 1 Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan, negara raja berperlembagaan, yang mengamalkan demokrasi berparlimen, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang serta memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan.

10

RUJUKAN
1. Perlembagaan Persekutuan 1994. International Law BookServices. 2. Mohamad Salleh Abas 1987. Sejarah Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim dan Ahilemah Joned 1987. Sistem Undang-undang di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Tun Mohamed Suffian 1990. Pengenalan Sistem Undang-undang Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jawan 1997 Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

11

You might also like