You are on page 1of 79

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

SAS/CTU553

BAB 3

KANDUNGAN
3.1 Pengenalan 3.2 Definisi Perlembagaan 3.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia 3.4 Unsur-unsur tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial 3.5 Perkara 3 3.6 Perkara 152 3.7 Perkara 153

SAS/CTU553

BAB 3

PENDAHULUAN

Perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia. Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

SAS/CTU553

BAB 3

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum.

SAS/CTU553

BAB 3

DEFINISI PERLEMBAGAAN
1.

Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

2.

SAS/CTU553

BAB 3

Perlembagaan adalah sumber tertinggi sesebuah negara.

undang-undang

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat Umumnya ia terbahagi kepoda dua jenis: Pertama: perlembagaan bertulis Kedua: perlembagaan tidak bertulis

SAS/CTU553

BAB 3

Perlembagaan bertulis: perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusankeputusan mahkamah.

Malaysia amalkan perlembagaan bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan.
BAB 3

SAS/CTU553

Perlembagaan Malaysia mengandungi: 15 Bahagian 183 Perkara 13 Jadual

Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah/Sarawak dll

SAS/CTU553

BAB 3

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
SAS/CTU553 BAB 3

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

SAS/CTU553

BAB 3

Undang-undang Persekutuan atau Negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh Mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undangundang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.

SAS/CTU553

BAB 3

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


SAS/CTU553 BAB 3

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sepanjang penjajahan, orang sentiasa bangkit menentang.

Melayu

Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan. Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhanpertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.
BAB 3

SAS/CTU553

Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu,

Majlis, Al-Imam, Sarawak.

Saudara

dan

Warta

Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

SAS/CTU553

BAB 3

MALAYAN UNION

SAS/CTU553

BAB 3

MALAYAN UNION

Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945.

Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan rajaraja Melayu.

SAS/CTU553

BAB 3

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION


1.

Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.


British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-raja Melayu.

2.

3.

Menjadi asas kepada British masyarakat tempatan memerintah sendiri.


BAB 3

untuk negara

SAS/CTU553

CIRI-CIRI MALAYAN UNION


1.

Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.

2.

Singapura berasingan.

dijadikan

tanah

jajahan

3. 4.

Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.
BAB 3

SAS/CTU553

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
1.

Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri.


Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli.

2.

3.

SAS/CTU553

BAB 3

4.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.

5.

SAS/CTU553

BAB 3

PENENTANGAN MALAYAN UNION

Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu. Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama. Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. British sedar tanpa sokongan Malayan Union akan gagal.
BAB 3

orang

Melayu

SAS/CTU553

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

SAS/CTU553

BAB 3

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British. Ia bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

SAS/CTU553

BAB 3

Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 1 Februari 1948

SAS/CTU553

BAB 3

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


1.

9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.

2.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli exofficio.
BAB 3

3.

SAS/CTU553

4.

Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi..


Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri

5.

SAS/CTU553

BAB 3

6.

Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

7.

SAS/CTU553

BAB 3

MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN


Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri. 1951- Sistem Ahli diperkenalkan. British melantik beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti menteri.

Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.

SAS/CTU553

BAB 3

KEMERDEKAAN

SAS/CTU553

BAB 3

PILIHANRAYA

Pilihanraya 1: 1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang. UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN. Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya 2: Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 12 kerusi dipertandingkan Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.
BAB 3

SAS/CTU553

1953: Perikatan cadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu. 1955: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi): 8 parti bertanding Perikatan menang 51 PAS menang 1 (di Kerian, Perak)

SAS/CTU553

BAB 3

Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing. Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan. Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.

SAS/CTU553

BAB 3

Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama. Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.

SAS/CTU553

BAB 3

Januari 1956: rombongan 8 orang wakil berangkat ke London (4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan). Diketuai Tunku Abdul Rahman. Wakil Raja-raja Melayu:

En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor) Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor) Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)

SAS/CTU553

BAB 3

Wakil Perikatan: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) selaku KETUA Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran) Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan) Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi) SETIAUSAHA: T.H.Tan

SAS/CTU553

BAB 3

Rombongan ini bertujuan untuk berunding dengan pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan. Rundingan berlangsung 3 minggu mulai 18 Januari 8 Februari 1956.

SAS/CTU553

BAB 3

Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:


1.

British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya

2.

3.

4.

Reid.
5.

Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan.
BAB 3

SAS/CTU553

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956. Keahliannya: 1. Lord Reid (British) 2. Sir Ivor Jennings (British) 3. Sir William Mckell (Australia) 4. B.Malik (India) 5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

SAS/CTU553

BAB 3

Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL.

SAS/CTU553

BAB 3

KONTRAK SOSIAL
SAS/CTU553 BAB 3

KONTRAK SOSIAL

Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu).

SAS/CTU553

BAB 3

Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

SAS/CTU553

BAB 3

UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN & KONTRAK SOSIAL

Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.
Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undnag-undang. Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja.

SAS/CTU553

BAB 3

Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan dilindungi di bawah Akta Hasutan. Dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

SAS/CTU553

BAB 3

PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN


I.

Perkara 3(1) : Islam Agama Persekutuan dan kebebasan beragama.

II.

Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Rajaraja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.

III.

IV.

SAS/CTU553

BAB 3

IV.

Perkara 150 (6a) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Perkara 153: kedudukan istimewa orangorang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara 89 : Tanah Rezab Melayu Perkara 14-30 : Kewarganegaraan
BAB 3

V.

VI.

VII. VIII.
SAS/CTU553

PERKARA 3

SAS/CTU553

BAB 3

PERKARA 3

Agama Islam adalah agama persekutuan.


Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu. Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11(1)

SAS/CTU553

BAB 3

Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4).

Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam.
BAB 3

SAS/CTU553

Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tipa kumpulan agama berhak: i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri ii. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat iii. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undangundang

SAS/CTU553

BAB 3

RASIONAL PERKARA 3

Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris. Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.

SAS/CTU553

BAB 3

Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada rajaraja Melayu.

Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

SAS/CTU553

BAB 3

PERKARA 152

SAS/CTU553

BAB 3

PERKARA 152

Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
BAB 3

SAS/CTU553

RASIONAL PERKARA 152

Perlunya bahasa kebangsaan menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

bagi

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya. Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
BAB 3

SAS/CTU553

PERKARA 153

SAS/CTU553

BAB 3

PERKARA 153

Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain.

SAS/CTU553

BAB 3

RASIONAL PERKARA 153

Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu. Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan. Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.

SAS/CTU553

BAB 3

Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.


Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing. Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga rendah.

PERKARA 89

PERKARA 89:TANAH REZAB MELAYU


89(1)

secara dasarnya menyatakan bahawa mana-mana tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah rezab Melayu dibawah Enakmen Rezab Melayu Negeri-Negeri Melayu kekal statusnya kecuali telah ditukar taraf oleh 2/3 ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan yang hadir dan mengundi dan disokong oleh 2/3 bilangan ahli keseluruhan kedua-dua Dewan Parlimen.

Perkara 89(2) membenarkan taraf

sesuatu kawasan atau tanah dijadikan tanah rezab Melayu Perkara 89(3) memberi kuasa khusus kepada Kerajaan Negeri berkenaan. Tetapi jika kawasan yang akan diisytihar itu terdapat tanah yang dimiliki oleh pemilik bukan Melayu, haknya ke atas tanahnya tidak berubah sepertimana Perkara 89(4).

Perkara 89(5) meliputi pengurusan tanah rezab. Perkara 89(6) memberi takrifan kepada phrase

rezab Melayu : tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu
atau kepada bumiputera2 bagi Negeri di mana tanah terletak; dan orang Melayu termasuk seseorang yang disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud-maksud merezab tanah di bawah undang-undang bagi Negeri di mana ia bermastautin.

Perkara 89(8) melanjutkan peruntukan ini kepada

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Latar belakang :
Undang-undang

Tanah Rizab Melayu (ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 1933 dan digantikan dengan ERM 1933.

ERM 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan diterbitkan

semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.
Negeri- negeri lain selain daripada NMB kemudiannya juga

telah mewujudkan ERM mereka masing-masing iaitu;


Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di Pulau Pinang,

Melaka dan Singapura.

Rasional Perkara 89
Menyekat atau melarang tanah kerajaan di

dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu.
Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau

Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apaapa urusniaga persendirian (private dealings) diantara orang Melayu dengan orang Bukan Melayu.

Matlamat

Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan

Melayu akan kekal dikuasai oleh orang Melayu.

Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:


Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan

sebagai Tanah Persekutuan) Tanah Hutan Simpan Tanah Rizab Awam Tanah Milik

Samb
Tanah

Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954] Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar di bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab 142)

PERKARA 14-30

CARA MEMPEROLEHI KEWARGANEGARAAN MENURUT PERLEMBAGAAN

TEMPAT LAHIR

KETURUNAN

PERKAHWINAN

BERMASTAUTIN

TEMPAT LAHIR
Seseorang yang lahir selepas merdeka Seseorang yang lahir selepas Sept

1965

*Disyaratkan kedua-dua ibu bapa


warganegara.

KETURUNAN
Seseorang yang berketurunan warganegara

(bapa) tetap akan menjadi warganegara wp dilahirkan di luar negara.

PERKAHWINAN
Wanita asing yang berkahwin dengan

warganegara, boleh memohon jadi warganegara.

BERMASTAUTIN
Terbahagi kepada 2 :

1. Kaedah Pendaftaran
2. Masukan

PERLEMBAGAAN ISLAM & HUBUNGAN ETNIK

Perlembagaan bertulis pertama di dunia. Mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua

PIAGAM MADINAH

bahagian:

Bahagian pertama: 23 fasal menyentuh hubungan

yang dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar). Bahagian kedua: 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

PRINSIP UMUM SAHIFAH MADINAH


1.
2.

Wahyu Allah merupakan undang-undang negara.

sumber

utama

Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah.

3.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah masyarakat dan ketua negara.

pemimpin

4. 5.

Semua anggota sahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan.

6.
7.

Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.


Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.

SAS/CTU553

BAB 3

You might also like