You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LAWATAN
KE
PARLIMEN
MALAYSIA

PENGELOLA
PROGRAM:
PERSATUAN
KEBAJIKAN INSAN
DARUL KHUSUS
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA

TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan sumbangan kewangan serta
sokongan bagi mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia. Lawatan ini akan diadakan
pada 9 Mac 2023 bersamaan dengan hari Khamis.

LATAR BELAKANG

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah P entadbiran


Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam
system pemerintahan Negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia
rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang
membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi mendedahkan ahli Kelab Rukun Negara
untuk mengenali proses pentadbiran dn demokrasi negara dengan lebih dekat lagi.
Pengisian seperti pengetahuan tentang negara dan selok belok sepanjang persidangan
Dewan Rakyat dijalankan dapat difahami oleh pelajar seperti yang diinginkan.
Kehadiran pelajar di dalam Parlimen mendedahkan pelajar sedikit sebanyak tentang
protokol dan peraturan semasa perbahasan Dewan Rakyat
dijalankan.

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini:


1. memberi kesedaran kepada wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan peranan
mereka sebagai rakyat. Di samping itu juga, mendedahkan wanita kepada fungsi Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
2. memberi peluang kepada wanita melihat proses penggubalan undang-undang.
3. mendalami dengan lebih dekat Parlimen Malaysia dan meningkatkan rasa cinta kepada
Negara Malaysia.
4. mewujudkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri.

CADANGAN

Tarikh : 9 Mac 2023


Hari : Khamis
Tempat : Parlimen Malaysia
Peserta : 40 orang

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.25 am Bertolak dari kediaman MB


10.00 am Lawatan dalam Parlimen
01.00 pm Lawatan tamat
01.00 – 02.00 pm Makan tengah hari dan solat zuhur
02.30 – 04.30 pm Lawatan ke Tugu Negara dan Muzium Istana Negara
04.30 pm Bertolak pulang

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara

Pengangkutan (bas) RM1500.00

Makanan
Sarapan (RM5.00x40) RM200.00
Makan tengahari (RM10.00x40) RM400.00
Minum petang (RM5.00x40) RM200.00

Perbelanjaan Luar Jangka RM200.00

JUMLAH RM2500.00

PENUTUP

Kesimpulannya, lawatan ke Parlimen Malaysia mustahil berjaya tanpa kerjasama


pelbagai pihak. Dengan mengadakan lawatan ini, kita dapat merealisasikan impian
Negara dalam mencapai Malaysia MADANI kerana nilai tolong menolong telah wujud di
antara ahli-ahli persatuan. Kestabilan negara dari segi politik mahupun ekonomi dapat
dicapai melalui permuafakatan antara rakyat dan kerajaan. Kita semua yang
merupakan tunjang negara haruslah berganding bahu dalam menjamin kejayaan system
demokrasi berparlimen supaya keharmonian yang sedia ada dapat dikekalkan. Oleh itu,
kami amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan lawatan ini dan kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

Tengku
.................................................
Setiausaha

You might also like