You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.A JALAN21/37, PETALING JAYA SELANGOR.

KERTAS KERJA LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN KETUA UNIT PENGAJIAN AM DAN KETUA UNIT PENGAJIAN AM BERSAMA-SAMA PERSATUAN TINGKATAN 6 TAHUN 2011

Pengenalan Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Justeru, lawatan ke Parlimen yang akan mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran penting bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk mengenali proses pentadbiran dan demokrasi negara dengan lebih dekat lagi. Tambahan lagi, sejarah kenegaraan Malaysia turut boleh didalami oleh semua pelajar. Proses pembelajaran secara lawatan diharapkan memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam subjek Sejarah, subjek Ekonomi dan juga Subjek Pengajian Am. Bagi merealisasikan lawatan ini, Ketua Unit Panitia Pengajian Am, Ketua Unit Ekonomi dan Ketua Unit Sejarah telah bekerjasama dengan Persatuan Tingkatan 6 untuk menjayakan lawatan ini. Berikut merupakan butir-butir terperinci berkaitan lawatan yang ingin diadakan ini. Objektif Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini : 1. Membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 lebih memahami ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia. Hal ini demikian terdapat beberapa bab dalam sukatan pelajaran Pengajian Am seperti Badan Perundangan Persekutuan : Parlimen, Pilihanraya, serta bab yang berkaitan dengan badan eksekutif di Malaysia. 2. Menyedari kepentingan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun melalui dasar-dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seperti yang termaktub dalam huraian sukatan pelajaran Sejarah STPM 3. Melahirkan pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa. 4. Sebagai salah satu maklumat sumber pengetahuan ekonomi semasa seperti objektif yang dinyatakan dalam huraian sukatan subjek ekonomi. 5. Melahirkan warganegara yang mengetahui peranan mereka sebagai rakyat dalam proses pilihanraya. 6. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli-ahli. 7. Mewujudkan cirri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar Tingkatan 6.

Ahli Jawatankuasa Pengerusi Persatuan : Kuhanraj Balan Pengarah Sub-Projek : Tan Shen Yeng Penolong Pengarah Sub-Projek : Kong Shu Ning Setiausaha : Sam Pei Ying Bendahari : Tan Hzu Kim : Jasmine Abdullah Ahli Jawatankuasa kecil 1. AJKK Pendaftaran : Nurul Syazwani bt Abdul Razak 2. AJKK Keselamatan : Goh Jong Kit (Bas A ) Thenmoli a/p Paramesiven (Bas B)

3. AJKK Makanan 4. AJKK Aktiviti Guru penasihat Am)

: Nur Fatihah Bt.Mohamed : Saystri Elanchelian : Muhamad Najmudin Bin Fadzil Daniel Joseph Tay Li-Chung : Puan Tan Sin Wah (Ketua Unit Pengajian Puan Hanim Salleh (Guru Pengajian Am) Puan Sumathi (Guru Pengajian Am) Cik Ceku Nor Afizah (Guru Pengajian Perniagaan) Puan Wan Hajimah Rosita (Ketua Unit Sejarah) Puan Suaihala Juhari (Ketua Unit Ekonomi)

Tentatif Program Masa 7.25 a.m 8.20 a.m 8.30 a.m 10.00 a.m 1.00 p.m 1.30 p.m Aktiviti Pendaftaran pelajar mengikut bas AJK pengangkutan dan keselamatan memastikan pelajarpelajar menaiki bas mengikut senarai nama Bertolak dari SMK Taman S.E.A Lawatan dalam Parlimen Lawatan tamat Pulang ke SMK Taman S.E.A

Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan Anggaran sumber pendapatan : Pihak sekolah : RM 250 Sumbangan pelajar: RM 259 (74 pelajar X RM3.50) Jumlah Pendapatan : RM 509.00 Anggaran perbelanjaan Pengangkutan (Bas) Jumlah besar : RM 500 : RM 500.00

Penutup Dengan megadakan lawatan ini, kita dapat merealisasikan impian Negara dalam mencapai 1 Malaysia kerana nilai tolong-menolong telah wujud antara para pelajar Tingkatan 6. Kestabilan Negara dari segi politik mahupun ekonomi dapat dicapai melalui permuafakatan antara rakyat dan kerajaan. Remaja yang merupakan tunjang negara haruslah berganding bahu dalam menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen supaya keharmonian yang sedia ada dapat dikekelkan. Pendedahan sebenar dan bukan setakat teori yang dipelajari di kelas penting bagi mendalami aspek kenegaraan Malaysia, ekonomi Malaysia dan juga aspek sejarah kenegaraan Malaysia. Oleh itu, kami amat berharap agar pihak puan dapat meluluskan lawatan ini dan kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai. Sekian, terima kasih. Kertas kerja disediakan oleh, .......................................... (TAN SHEN YENG) PENGARAH PROJEK PARLIMEN Disahkan oleh, ..................................................... . (PN. TAN SIN WAH) KETUA UNIT PENGAJIAN AM TINGKATAN 6 ................................................... (PN SUAIHALA JUHARI) KETUA UNI EKONOMI TINGKATAN 6 ................................................... (PN YIP CHENG YUE) PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM Diluluskan oleh, ............................................................ (PN SITI MASRAH BINTI NAPIAH) PENGETUA SMK TAMAN SEA ................................................... (PN. WAN HAJIMAH ROSITA) KETUA UNIT SEJARAH

You might also like