You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN S.E.

A
JALAN21/37, PETALING JAYA
SELANGOR.

JALAN KERJA LAWATAN KE PARLIMEN ANJURAN PERSATUAN TINGKATAN 6


TAHUN 2010

Pengenalan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan Negara
manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan
melalui pilihan raya.

Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tingkatan
6 untuk mengenali proses pentadbiran dan demokrasi negara dengan lebih dekat lagi.
Tambahan lagi, sejarah kenegaraan Malaysia turut boleh didalami oleh semua pelajar. Proses
pembelajaran secara lawatan diharapkan memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam subjek
Sejarah dan juga Subjek Pengajian Am. Bagi merealisasikan lawatan ini, Ketua Unit Panitia
Pengajian Am dan Ketua Unit Sejarah telah bekerjasama dengan Persatuan Tingkatan 6 untuk
menjayakan lawatan ini. Berikut merupakan butir-butir terperinci berkaitan lawatan yang ingin
diadakan ini.

Objektif
Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini :
1. Membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 lebih memahami ciri-ciri kerajaan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
2. Melahirkan warganegara yang mengetahui peranan mereka sebagai rakyat dalam
proses pilihanraya.
3. Memupuk sikap bekerjasama antara ahli-ahli.
4. Mewujudkan cirri-ciri kepimpinan dalam diri para pelajar Tingkatan 6.
Carta Organisasi
Pengetua : Pn. Siti Hajah Masrah bt Napiah
Penolong Kanan Tingkatan 6 : Pn. Yip Cheng Yue
Guru Penasihat : Pn. Tan Sin Wah
: Pn. Hanim Salleh
: Pn. KN Vasanthy
Pengerusi Persatuan : Kuhanraj Balan
Pengarah Sub-Projek : Tan Shen Yeng
Penolong Pengarah Sub-Projek : Kong Shu Ning
Setiausaha : Sam Pei Ying
Bendahari : Tan Hzu Kim
: Jasmine Abdullah
Ahli Jawatankuasa
1. AJK Pendaftaran : Nurul Syazwani bt Abdul Razak
:
2. AJK Keselamatan : Goh Jong Kit (Bas A )
: Thenmoli a/p Paramesiven (Bas B)

Tentatif Program

Masa Aktiviti
7.25 a.m Pendaftaran pelajar mengikut bas
8.20 a.m AJK pengangkutan dan keselamatan memastikan pelajar-
pelajar menaiki bas mengikut senarai nama
8.30 a.m Bertolak dari SMK Taman S.E.A
10.00 a.m Lawatan dalam Parlimen
1.00 p.m Lawatan tamat
1.30 p.m Pulang ke SMK Taman S.E.A

Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan

Sumber pendapatan :
Pihak sekolah : RM 800
Sumbangan pelajar : RM400 (80 pelajar X RM5)
Jumlah Pendapatan : RM1300.00

Pengangkutan (Bas) : RM 1000


Kudapan : RM200
Jumlah besar : RM 1300.00
Penutup
Kesimpulannya, lawatan ke Parlimen mustahil Berjaya tanpa kerjasama pelbagai pihak.
Dengan megadakan lawatan ini, kita dapat merealisasikan impian Negara dalam
mencapai 1 Malaysia kerana nilai tolong-menolong telah wujud di antara para pelajar
Tingkatan 6. Kestabilan Negara dari segi politik mahupun ekonomi dapat dicapai melalui
permuafakatan antara rakyat dan kerajaan. Remaja yang merupakan tunjang negara
haruslah berganding bahu dalam menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen
supaya keharmonian yang sedia ada dapat dikekelkan.

Oleh itu, kami amat berharap agar pihak puan dapat meluluskan lawatan ini dan
kerjasama daripada pihak puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Kertas kerja disediakan oleh,

..........................................
(TAN SHEN YENG)

Disahkan oleh,

..................................................... ....................................................
(PN. TAN SIN WAH) (PN. WAN HAJIMAH ROSITA)
KETUA UNIT PANITIA PENGAJIAN AM KETUA UNIT SEJARAH TINGKATAN 6

Disahkan oleh,

..........................................
(PN YIP CHENG YUE)
PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM

You might also like