You are on page 1of 4

Tema : Sejarah Politik

Tajuk : Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO di daerah Kubang Pasu pada tahun 2000
sehingga tahun 2015

Pengenalan :

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) merupakan sebuah parti politik yang paling
utuh dan terkenal dalam Sejarah Malaysia sejak tahun 1946 lagi. Parti UMNO telah diasaskan
oleh Dato Onn Ja’afar , dan kemudian jawatan presidennya telah disilih ganti oleh 6 presiden
seterusnya , iaitu dari tahun 1951 sehingga kini. Parti UMNO ini juga merupakan tulang
belakang bagi Barisan Nasional dan ia telah dilabel sebagai parti nasionalisme Melayu atau
ketuanan Melayu. Untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakayat
jelata , part UMNO telah menubuhkan berjuta-juta bahagian dan cawangan UMNO di seluruh
Malaysia. Dan salah satu bahagian yang ditubuhkan oleh UMNO Malaysia ialah UMNO
Bahagian Kubang Pasu. UMNO Bahagian Kubang Pasu mempunyai ini nilai Sejarah yang amat
penting , kerana ia diasaskan oleh Menteri Besar Kedah Ke-6 , Tan Sri Osman Aroff dan pernah
diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-4 , Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Dan pada masa
ini juga , UMNO Bahagian Kubang Pasu telah dterajui oleh Timbalan Menteri Pertahanan ,
Dato’Sri Mohd Johari Bin Baharum.

Objektif Kajian :

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti Sejarah Perkembangan dan
Sumbangan UMNO Malaysia terhadap rakyat jelata.

Seterusnya , kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti Sejarah Penubuhan dan Perkembangan
Parti UMNO di daerah Kubang Pasu.

Di samping itu , kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang visi dan misi serta
perjuangan Parti UMNO kepada generasi kini dan masyarakat umum.

Selain itu , kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sumbangan Parti UMNO kepada
masyarakat setempat di daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Akhirnya , kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai
oleh UMNO di daerah Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Permasalahan Kajian :

Esei ini akan menjelaskan Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Parti UMNO Malaysia
terhadapa rakyat jelata.

Seterusnya , esei ini akan menerangkan Sejarah Penubuhan dan perkembangan Parti UMNO di
daerah Kubang Pasu.
Di samping itu , esei ini akan membincangkan misi dan visi serta perjuangan Parti UMNO
kepada generasi kini dan semua anggota masyarakat kita.

Selain itu , esei ini akan menjelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Parti UMNO di daerah
Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Akhirnya , esei ini akan membincangkan sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat
di daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Skop Kajian :

Kajian ini akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan Perkembangan UMNO Malaysia
kerana parti UMNO merupakan parti yang benar-benar memperjuangkan maruah agama , bangsa
dan tanah air kita. Dan ia juga merupakan parti yang mempunyai nilai Sejarah yang bermakna.

Selain itu , kajian ini juga akan menfokuskan kepada Sejarah Penubuhan dan Perkembangan
UMNO di daerah Kubang Pasu . Hal ini demikian kerana , UMNO Bahagian Kubang Pasu telah
diasaskan oleh Menteri Besar Kedah Ke-6 dan ia pernah diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia
yang Ke-6. Daerah Kubang Pasu ini juga merupakan tempat yang sangat strategik di Malaysia ,
di mana ia terletak di paling utara bagi negeri Kedah Darul Aman.

Akhirnya , kajian ini menfokuskan kepada tempoh 15 tahun dalam UMNO Bahagian Kubang
Pasu , iaitu dari tahun 2000 sehingga 2015. Hal ini demikian kerana , dalam tempoh sepanjang
15 tahun ini , telah menimbulkan begitu banyak pergolakan politik dalam parti UMNO dan ia
menyaksikan Tiga Zaman Pimpinan Perdana Menteri serta Presiden UMNO Malaysia.

Sorotan kajian lepas :

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini , terdapat penyelidikan yang
dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap UMNO , iaitu sebuah buku yang bertajuk “ Daulat
UMNO ” ( Edisi Khas ) karya Tok Ayah Zahalan Bin Man , sebanyak 528 muka surat. Kajian
dalam buku ini mengandungi fakta dan gambar bersejarah yang menarik dalam Sejarah
Penubuhan dan Perkembangan UMNO Malaysia , tetapi kajian ini tidak mengkaji Sejarah
UMNO Bahagian Kubang Pasu dan lokasi kajian ini tidak dibuat di daerah Kubang Pasu.

Kaedah Kajian :

Kaedah kajian pertama yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah melalui analisis
dokumen ataupun yang juga dikenali sebagai kajian arkib. Dokumen yang akan dikaji adalah
Surat yang dikirim oleh UMNO Bahagian Kubang Pasu kepada Dato Pengarah Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional , Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan
pertukaran guru ke sekolah lain atas sebab-sebab tertentu.

Seterusnya , kaedah kajian yang kedua ialah melalui kaedah temu bual. Demi menyempurnakan
dan menjayakan hasil kajian ini , pelbagai sesi temu bual telah diadakan bersama dengan
pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Kubang Pasu. Sebagai contohnya , bersama Datuk Haji
Shamsuddin Haji Ahmad selaku Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu , dan Dato Hasmuni
Hassan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Di samping itu , adalah melalui kaedah lawatan dan pemerhatian. Dalam kaedah ini , pengkaji
telah membuat lawatan ke Pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu , Jalan Masjid , 06000 Jitra ,
Kedah Darul Aman demi mengumpul pelbagai maklumat bersejarah yang penting dan bermakna.

Selain itu , adalah melalui kaedah kepustakaan. Demi mengumpul maklumat dan fakta Sejarah
yang tepat dan banyak ,pengkaji telah mengunjungi Perpustakaan Negeri Kedah dan Arkib
Negara yang terletak di Alor Setar.

Akhirnya , adalah melalui kaedah ICT ataupun yang juga dikenali sebagai penggunaan internet.
Dalam kaedah ini , pengkaji telah melayari laman web rasmi UMNO Malaysia dan laman web
lain yang ada kaitan dengan Sejarah dan Perkembangan UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Pembahagian Stuktur Esei :

Pengenalan :

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara
dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat
dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun
dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia juga dihormati
oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya dalam
menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Isi-isi Penting :

Esei ini akan mencerita dan mengenal pasti Sejarah Perkembangan dan Sumbangan UMNO
Malaysia terhadap rakyat jelata.

Seterusnya , esei ini juga kan mencerita dan mengenal pasti Sejarah Penubuhan dan
Perkembangan Parti UMNO di daerah Kubang Pasu.

Di samping itu , esei ini memberikan pendedahan tentang visi dan misi serta perjuangan Parti
UMNO kepada generasi kini dan masyarakat umum.

Selain itu , esei ini akan menceritakan sumbangan Parti UMNO kepada masyarakat setempat di
daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Akhirnya ,esei ini akan mendedahkan kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh UMNO di
daerah Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga tahun 2015.

Kesimpulan :
Dalam bahagian ini , pengkaji akan menyatakan mengenai iktibar daripada peristiwa-peristiwa
lampau dan harapan untuk masa depan UMNO bertambah kuat bagi membentuk kerajaan yang
mesra dan prihatin kepada rakyat. Dalam bahagian ini juga , rumusan bagi keseluruhan kajian
akan dibuat.

Penutup :

Pada keseluruhannya , kajian yang dijalankan terhadap Parti UMNO di daerah Kubang Pasu
adalah tertumpu kepada latar belakang , perkembangan , pendedahan , sumbangan , pencapaian ,
aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh UMNO di daerah Kubang Pasu dari tahun 2000 sehingga
tahun 2015

Bibliografi :

http://www.umno-online.my/sejarah/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/7782-sejarah-umno.html

https://zanas.wordpress.com/sejarah-penubuhan-umno/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu

https://www.scribd.com/document/215308254/Sejarah-Penubuhan-UMNO

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_02.htm

You might also like