You are on page 1of 5

KEWUJUDAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DI THAILAND

PENGENALAN
Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai
tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai
gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan
mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Raja merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan utama kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan
Perundangan dan Badan Kehakiman. Sistem demokrasi berparlimen di Thailand pula berdasarkan
kedudukan raja sebagai penaung dan pelindung. Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun
raja mempunyai keistimewaan tertentu dan dihormati dari segi perundangan. Selepas Revolusi Thai
1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja Thailand merupakan
ketua negara dan Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan. 1

PERLEMBAGAAN THAI

Sebelum perlembagaan diperkenalkan pentadbiran negara Thai dijalankan melalui sistem


Sobornaya Settirach iaitu monarki mutlak. Monarki mutlak ini telah bertapak lebih dari tujuh abad. Di
masa pemerintahan Raja Chulalongkorn (1868-1910) banyak reformasi dijalankan dalam
pemerintahan dan penatdbiran tetapi monarki mutlak masih dikekalkan. Ekoran daripada reformasi
yang dijalankan oleh Raja Chulalongkorn timbul titik permulaan kearah tuntutan kerajaan
berperlembagaan. Tuntutan ini dimulai oleh golongan elit yang menghantar petisyen R.S 103/1885
kepada raja Chulalongkorn, meminta politik thai diasaskan kepada sistem kerajaan berperlembagaan.
Raja Chulalongkorn menerima tuntutan itu pada dasarnya, tetapi baginda berpendapat perlu menuggu
masa yang sesuai untuk dilaksanakan.2 Walaubagaimanapun baginda mengambil langkah awal untuk
menuju kearah sistem itu. Diantaranya mengadakan sistem Pendidikan moden dan diterapkan
keseluruh negara. Apabila Vajiravudh ditabalkan menjadi raja pada tahun 1910, baginda diingatkan
supaya menepati janji yang yang ditinggalkan oleh bapanya untuk mengadakan perlembagaan. Dia
atas alasan rakyat belum bersedia, perlembagaan ini ditangguhkan sekali lagi.

Untuk mengambil usaha menguatkan kedudukan monarki baginda telah melancarkan kempen
menegak nasionalisme dibawah kepimpinan Monarki Mutlak seta menubuhkan Kang Suapa atau
Pasukan Harimau Liar dan Lukaua yang digunakna sebagai saluran untuk menanamkan perasaan taat
setia dan sanggup berkorban untuk raja dan negara. Apabila Raja Prajadiphok mewarisi takkhta
kerajaan baginda telah menubuhkan tiga sapha penting iaitu Sapha Apirattamonteri, Sapha
1
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. hlm
70
2
Ibid hlm 75
Ongkomuntori dan Sapha Sanabhadi. Di atas kelicikan tektik dan perhitungan strategik yang bijak,
maka berlaku kudeta pada 24 Jun 1932 dan berjaya menjatuhkan monarki mutlak tanpa pentumpahan
darah.3

Oleh kerana Kudeta itu bertujuan untuk mnegadakan perlembagaan negara, maka kudeta
disambut baik oleh Raja Prajadhipok dengan menandatangani draf perlembagaan sementara yang
ditandatangani oleh Pridi Phanamyong. Perlembagaan itu diisytiharkan berkuatkuasa pada 27 Jun
1932 dan dianggap sebagai perlembagaan pertama dalam sejarah politik Thai. Dengan itu struktur dan
sistem politik Thai telah berubah menjadi sistem kerajaan berpelembagaan. Draf perlembagaan
disediakan oleh golongan Khana Rasadon sebagai pihak yang menguasai politik pemerintahan negara.
Dengan itu, isi perlembagaan yang ditandatangani oleh Raja Prajadhipok secara terdesak itu adalah
mengikut Hasrat dan kehendak Khana Rasadon. Oleh kerana tujuan utama Kudeta adalah untuk
mengehadkan kuasa raja dan meletakkan dibawah perlembagaan, maka perlembagaa itu cuba
menghapuskan segala kuasa politik raja.4 Dalam perlembagaan itu dinyatakan bahawa untuk terima
sah pada sisi undang-undang dia atas setiap setiap tindakan yang dilakukan oleh raja, hendaklah
ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang ahli jawatankuasa rakyat.

Raja tidak lagi diberikan kuasa veto,bahkan dalam dalam masalah mengganti takhta pun raja
tidak lagi boleh memilih sesuka hatinya. Perlembagaan itu menggariskan bahawa pemilihan pengganti
raja mesti berdasarkan kepada Undang-Undang Warisan Takhta dengan mendapat kelulusan Dewan
Rakyat. Badan yang berkuasa dalam menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan ialah Dewan
Rakyat dan Jawatankuasa Rakyat. Kalau diperhatikan kedudukan perlembagaan Thai sejak 1932
sentiasa dalam keaddan yang tidak tetap. Sebarang kudeta atau revolusi yang dijalankan, langkah
pertama yang dibuat adalah membubarkan perlembagaan dan perlembagaan baru diganti mengikut
kehendak dan kepentingan pihak berkuasa yang keseluruhannya adalah golongan tentera. 5

KERAJAAN PHIBUN DAN POLITIK RATTANIYOM

Dalam pilhanraya Disember 1938, seramai 19orang wakil rakyat yang memenangi pilihanraya
tersebut, pada umumnya dari kalangan mereka yang menyokong Khana Rasadon. Perkara ini terjadi
kerana tidak ada parti politik yang lain dibentuk. Di atas pengaruh dan dominen Khana rasadon dalam
parlimen, maka Phibun Songkram yang mempunyai kedudukan terkuat dalam parti itu dipilih sebagai
perdana Menteri. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara ketika institusi monarki yang sudah
tidak berwibawa dan berpengaruh dalam politik Thai. Di atas perkembangan ini, Phibun yang

3
Corrine Phuangkasem. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich CO., LTD, 1973. Hlm. 48.
4
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
Hal. 226.
5
John L. S. Girling, Thailand, Society and Politics. Ithaca: Cornell University Press, 1981. Hlm. 23.
mempunyai latar belakang pendidikan di Eropah berusaha untuk membentuk negara Thai sebagai
sebuah negara nasional moden dan bertmanadun tinggi. 6

Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam
pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa sebarang
kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh
rakyat melalui pilihanraya. Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu
badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang
berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan
eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-
dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi
majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri. Badan
perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan
Negeri.7 Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ahli-ahlinya
dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan
dibubarkan empat tahun sekali. Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan
perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman
berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim
yang dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan
kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Sivil.

Setersunya Revolusi Thai 1932 juga telah menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan
dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di
bawah perlembagaan negara. Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan
revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di
Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera,
ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan yang
muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan agenda politik yang tersendiri. Kebangkitan
golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi yang
membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca
penghasilan negara termasuk tanah tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan
ekonomi Pridi sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke luar negara. Pya
Manopakorn menangguhkan persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan
bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi berparlimen. 8

6
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Hlm. 289.
7
Hirsch, P. Devolopment Dilemmas in Rural Thailand. Singapore: Oxford University Press, 1990. Hlm. 50.
8
Mokarapong, Thawatt. History of The Thai Revolution. Bangkok: Chalermnit, 1972. Hlm 43
Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. Semasa Pya Bahol,
pilihan raya diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh Pridi
Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan.
Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak dilaksanakan. Pada tahun 1938 Phibun Songkhram
dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang uzur. Perlantikan Phibun mula
meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan Thailand. Phibun seorang nasionalis
Siam yang melampau dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang diktator
tentera dan bekerjasama dengan Jepun. Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di
Tahiland dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal kerana perselisihannya dengan
Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Bulan November 1947 golongan tentera
rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa dan kerajaaannya sering
bertukar kuasa.9

KESIMPULAN

Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 telah berlaku banyak rampasan kuasa, namun
bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik
Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak
mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan raja
Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Raja menjadi
institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem
demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand.

9
Corrine Phuangkasem. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich COTD, 1973. Hlm. 48.
BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991.

Corrine Phuangkasem. Thailand and SEATO. Bangkok: Thai Watana Panich CO., LTD, 1973.

Girling, John L. S. Thailand, Society and Politics. Ithaca: Cornell University Press, 1981.

Hirsch, P. Devolopment Dilemmas in Rural Thailand. Singapore: Oxford University Press, 1990.

Mokarapong, Thawatt. History of The Thai Revolution. Bangkok: Chalermnit, 1972.

You might also like