You are on page 1of 2

Bincangkan penglibatan Filipina dalam SEATO.

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) merupakan sebuah organisasi


pertahanan yang ditubuhkan melalui Perjanjian Kolektif Pertahanan Asia Tenggara (The
South East Asia Collective Defence Treaty atau Manila Pact) pada tahun 8 september 1954.
Pembentukan SEATO juga merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa Asia
Tenggara akan dilindungi oleh pengaruh komunis. SEATO juga ditandatangani oleh lapan
buah negara iaitu Filipina, Thailand, Pakistan, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, New
Zealand dan Australia. Filipina merupakan salah sebuah negara yang menjadi penaja utama
kepada penubuhan SEATO. Tambahan pula, Filipina turut menyertai SEATO juga untuk
kepentingan faktor politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, jelaslah bahawa Filipina juga
mempunyai penglibatannya yang tersendiri dalam SEATO.

Dari segi politik, Filipina mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan
Amerika Syarikat disamping berasa bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di
Filipina. Hal ini kerana Amerika Syarikat merupakan salah sebuah negara maju yang
memegang kuasa veto. Sekiranya Filipina berbaik dengan Amerika Syarikat, maka
keselamatan Filipina dapat dijamin oleh negara tersebut terutamanya bagi mengelakkan
pengaruh komunis yang semakin berleluasa di Filipina. Misalnya, Filipina telah membantu
pentadbiran Amerika Syarikat dengan menghantar bantuan tentera ketika tercetusnya perang
Vietnam. Oleh itu, jelaslah bahawa Filipina menganggotai SEATO bagi menjamin keakraban
hubungan antara Amerika Syarikat bagi mengelakkan pengaruh komunis berleluasa di
Filipina.

Seterusnya, penglibatan Filipina dalam SEATO juga telah membawa manfaat dari
segi ekonomi. Hal ini demikian kerana SEATO juga menjalin kerjasama dalam meningkatkan
pembangunan ekonomi negara angggota melalui pemberian bantuan teknikal. Sebagai
contohnya, projek latihan pekerja mahir dijalankan bagi meningkatkan bilangan pekerja yang
berkualiti. Oleh itu, jelaslah bahawa Filipina juga mendapat faedah ketika menganggotai
SEATO melalui faktor ekonomi.
Kesimpulannya, dalam pakatan SEATO, Filipina merupakan salah satu pihak yang
menandatanganinya dan perjanjian ini diadakan di Manila. Walau bagaimanapun, Filipina
menganggap SEATO tidak mempunyai kuasa yang kuat kerana Filipina mahukan SEATO
berkuasa seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Malah, penglibatan Filipina
dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan
sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi

You might also like