You are on page 1of 6

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DI PERAK

Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di

Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang

Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring

dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah

berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya,

pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.1

Perusahaan bijih timah telah berkembang dengan pesat sewaktu pemerintahan

Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Daripada segi pengeluaran, usaha-usaha

Inggeris telah menyediakan perkhidmatan bantuan seperti pengangkutan dan perhubungan

untuk menambahkan pengeluaran hasil bumi yang diusahakan oleh Inggeris. Perkembangan

pesat pengeluaran bijih timah dan pengenalan perkhidmatan sistem keretapi mempunyai

hubung kait antara satu sama lain. Eksploitasi bijih timah merupakan sebab utama bagi

pembinaan sistem pengangkutan darat dan melalui cukai yang dikenakan ke atas eksport bijih

timah, pentadbiran Ingeris memperoleh wang untuk membiayai pembinaan jalan keretapi. 2

Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah telah terjejas akibat daripada masalah anarki

di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar

Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga

merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada

campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus

memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan

Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan

kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan

untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan
1
Yip Yat Hoong. (1969). The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala Lupur: University of
Malaya Press. hlm 69
2
Ibid hlm 73
Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan

lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah.3

Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan

dengan permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian

yang berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam

perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi

mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini

telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini

turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di

Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini

telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga

menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.4 Selepas

berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, permintaan bijih timah semakin meningkat

dalam industri pengetinan, kenderaan, wayar, keretapi dan sebagainya. British melihat

fenomena ini sebagai suatu yang perlu dimanfaatkan kerana perusahaan perlombongan bijih

timah sememangnya mendatangkan hasil yang lumayan. Kemudian berlakulah pelaburan

secara besar-besaran di Tanah Melayu oleh pemodal dari Eropah misalnya Straits Trading

Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tanjung Rambutan dan Syarikat Malayan

Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi

perlombongan moden misalnya pam kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang digunakan

di New Zealand dan Australia.5

KESAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

3
Mohamad Rashidi Pakri & Nik Haslinda Nik Hussain, Klian Intan: Perlombongan Bijih Timah dan
Perkembangan Sosioekonomi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2017, hlm.2
4
Wong Lin Ken. (1965). The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: The Association for Asian Studies,
Monographs and Papers, No XIV. hlm 3
5
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd. 2002) hlm 193.
PENINGKATAN HASIL PENGELUARAN BIJIH TIMAH

Bagi menguruskan perlombongan bijih timah agar dapat mengeluarkan hasil yang

lebih banyak, maka suatu cara yang sistematik perlulah dibuat agar berjaya mencapai

matlamat yang ditetapkan. Perkara ini merujuk kepada pihak British yang telah menguasai

ekonomi di Malaysia bermula pada abad ke-19 sehinggalah negara mencapai kemerdekaan.

Berbalik kepada perbincangan yang dikehendaki oleh soalan, polisi atau dasar yang

diperkenalkan oleh British dalam usaha meningkatkan perlombongan bijih timah telah

memberikan kesan ke atas ekonomi pusat ataupun lebih dikenali sebagai ekonomi British dan

juga ekonomi pinggiran ataupun ekonomi di Malaysia. Dalam erti kata lain yang lebih mudah

berdasarkan hujahan Wallerstein, negeri-negeri pinggir adalah negeri-negeri yang kurang

membangun seperti Malaysia pada ketika itu telah menyalurkan sumber bahan mentah iaitu

bijih timah kepada negara-negara pusat ataupun negara membangun khususnya Britain

sebagai salah satu kuasa yang menjajah Tanah Melayu dan juga salah satu negara yang

sedang menghadapi zaman revolusi industri.6

Oleh itu, antara kesan yang dapat dilihat berdasarkan dasar perlombongan bijih timah

yang dibuat oleh British ialah peningkatan hasil pengeluaran bijih timah untuk dieksport ke

negara luar termasuk Britain. Setelah British berjaya menguasai politik orang Melayu

melalui penempatan Residen di setiap negeri, maka ini memudahkan lagi pihak British

mengaut keuntungan melalui eksploitasi terhadap sumber ekonomi di Malaysia terutamanya

bijih timah. Bukti yang boleh dilihat ialah penempatan Residen British di negeri-negeri

Melayu bertujuan untuk menjadi penasihat sultan dalam hal-ehwal pentadbiran kecuali soal

adat dan agama telah memberi peluang kepada British untuk mengaut keuntungan ke atas

kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu terutamanya perlombongan bijih timah.

Peningkatan hasil pengeluaran bijih timah semakin memberansangkan dari tahun ke tahun
6
Mohamad Rashidi Pakri & Nik Haslinda Nik Hussain. Klian Intan: Perlombongan Bijih Timah dan
Pembangunan Sosioekonomi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. (2017) hlm 7
terutamanya dan pada penghujung abad ke-19 Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah

terbesar dunia yang dianggarkan sebanyak 38 000 tan setahun.7

WUJUDNYA DWI EKONOMI

Konsep ekonomi dualisme adalah satu konsep yang mula digunakan oleh J.H Boeke (1953)

untuk mewakili ekonomi dan masyarakat yang dibahagikan antara sektor tradisional dan

moden. Menurut I. Little,

“An economy is dualistic when a significant part of it operates under a paternalist or

quasi-feudalist regime, while another significant part operates under a system of

wage employment-which may be capitalist or socialist”.

Dualisme ekonomi yang dilakukan oleh British telah menyebabkan industri

perlombongan meningkat terutamanya industri perlombongan bijih timah. Peningkatan

industri perlombongan adalah disebabkan oleh kemasukan buruh daripada China khususnya

di negeri Perak. Kemasukan buruh China secara besar-besaran telah mendorong orang Cina

membuka lombong-lombong di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong.

Kemasukan buruh-buruh ini secara tidak langsung mereka telah memperkenalkan kaedah

perlombongan yang lebih efektif iaitu lombong dedah dan lombong pam. Selain itu mereka

juga turut memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya pengeluaran bijih timah telah

bertambah dari 6500 tan dalam tahaun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904. Dualisme

yang dilakukan oleh British yang membahagikan kegiatan ekonomi berdasarkan etnik telah

membawa hasil yang lumayan kepada pihak British apabila industri perlombongan bijih

timah yang dijalankan oleh orang Cina telah menjadikan perlombongan bijih timah di Tanah

Melayu sebagai pengeluar terbesar di dunia.8

7
Wallerstein, Immanuel. (1987). The Capitalist World Economy. Cambridge University Press. hlm 13
8
Khairul Asraf Shah, Terjemahan British Malaya karya Frank Swettenham, Geroda Merah Press,
Kuantan,2018, hlm. 287
RUJUKAN

Khairul Asraf Shah. (2018) Terjemahan British Malaya karya Frank Swettenham. Kuantan:

Geroda Merah Press

Mohamad Rashidi Pakri & Nik Haslinda Nik Hussain. (2017) Klian Intan: Perlombongan

Bijih Timah dan Perkembangan Sosioekonomi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication

& Distributors Sdn. Bhd.

Wong Lin Ken. (1965). The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: The Association for

Asian Studies, Monographs and Papers.

Wallerstein, Immanuel. (1987). The Capitalist World Economy. Cambridge University Press.

Yip Yat Hoong. (1969). The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala

Lupur: University of Malaya Press.

You might also like