You are on page 1of 32

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya,


tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876,
Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry
Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih
benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu
bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British
terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih
dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di
perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley
yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan
peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah
Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat
sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang
ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan


industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya
mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di
Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta
Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8
juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain
seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain.
Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada
tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun
1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906
hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu
menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan


perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan
harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan
disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk. Harga kopi $45
sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899.
Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada
tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan
Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati
dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari
Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi
menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal
dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah
ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912,
Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan
kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu
melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani,
buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orangorang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan
kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran
India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu.
Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan
getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat
dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak
tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta,
pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina,
perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan
yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta
benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk
menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak,


Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman
dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem
cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman
pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah
memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan
ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan


pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk
dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan
jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang
menghubungkan antara Taiping Port Weld, 1886 Kuala Lumpur Kelang, 1891
Seremban Port Dickson, 1893 Ipoh Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah
terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor
Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian
kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram
membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan
bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan
yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di
Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing


memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya
membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak
kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun
1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman
getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam
dengan getah hanya sebanyak 10 seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas
tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50 seekar setahun. Cukai
yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun
pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi
5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah
diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888
bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu
menanam getah sehingga digelar Ridley Getah atau Ridley Gila. Pada
peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa
orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh,
pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40
ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam
5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah
diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang
dikenali sebagai Tulang Ikan Herring yang membolehkan pokok getah hidup
lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta
cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang
lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899


sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905,

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada


tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan
penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan
baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lainlain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914)
juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negerinegeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British
telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam
perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu.


Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada
tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah
tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan
sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan


Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi
melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah
membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk


membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

dengan

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah


dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk


Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan
getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan


Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah
menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam
bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918,


tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920,
harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British
terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi
menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan
Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat
kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan
dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia
yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan
ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5
sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara
pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah
Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun
pada tahun 1937.

Bincangkan factor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada


kurun ke 19 dan awal abad ke-20
Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada
abad ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negerinegeri Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah
menyebabkan ramai yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang
begitu tinggi terhadap getah telah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah
melibatkan diri secara besar-besaran dalam perusahaan ini.

Terdapat banyak factor yang telah menyumbang kepada perkembangan


perusahaan getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga
getah telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman
ini. Kejatuhan harga getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di
pasaran. Keadaan bertambah buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang
pelbagai
penyakit
yang
memerlukan
perbelanjaan
tambahan
untuk
mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabkan mereka tidak
berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi.

Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandang
rendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan
kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada
berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok
getah dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan
sebagai sistem torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke
ladang-ladang dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anakanak getah ini tidak mati atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini
ternyata berhasil apabila getah menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan
awal abad ke-20

Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan


jentera-jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang
memerlukan getah sebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan
barangan tersebut. Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai
bahan penebat juga memberi kesan kepada peningkatan terhadap getah.
Permintaan yang tinggi ini menyebabkan harga getah meningkat naik. Keadaan
ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka ladang-ladang di Tanah Melayu
bagi meningkatkan keluaran.

Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukkan buruh


dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh
kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini
digunakan kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini
lagipun bayaran untuk tenaga buruh India ini murah. Kemasukkan tenaga buruh
ini telah menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu

Kerajaan British juga telah memberi galakkan untuk memperkembangkan


perusahaan ini. Galakkan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah
yang rendah. Kerajaan British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada
tahun 1905 bagi membuat penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai
dan masa yang elok untuk melakukan torehan. Selain itu Jabatan ini telah
mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman getah dan tanaman penutup
bumi yang boleh ditanam diantara pokok-pokok getah. Sesungguhnya galakan
dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada tanaman getah.

Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh


kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru.
Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran
seperti yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan
ini, pengeluaran getah telah meningkat dan Tanah MElayu telah muncul sebegai
pengeluar getah asli utama di dunia

Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah.
Hasil daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara
penanaman getah yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu
tinggi. Selain itu penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan
susu getah, kawalan penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member
sumbangan yang besar dalam memajukan serta meningkatkan industry tanaman
getah di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring


dengan perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat
1920-an ekonomi Tanah Melayu telah merundum kesan daripada kemelesetan
terhadap perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan

getah akibat kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil
langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan harga getah.

Kedatangan Imigran
Pengenalan

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja
mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi.
Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang
Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi
kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari
Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

ORANG INDONESIA
1. Pengenalan

Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah


Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang
Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke
Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah

datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa
berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di
lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada
penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin
meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi
dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor politik

Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan


orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah
dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini
telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap
pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga
menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

b. Faktor sosial

Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah


bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan
pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan
telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.
c. Faktor ekonomi

Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain
adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah
Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan
dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang
Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan
pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia
ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan
tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan
dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat
resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan di Tanah Melayu.
3. Sumbangan

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan


bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan
dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama

dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang


Indonesia ke Tanah Melayu.
4. Cara kemasukan

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk
datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.
5. Komposisi penduduk orang Indonesia

a. Orang Jawa

Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah
Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan
Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong
bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak.
b. Orang Banjar

Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan


penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir
pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun
1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.
c. Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor,


Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian.
d. Orang Boyan

Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti
Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam
pemeliharaan kuda lumba.
e. Orang Minangkabau

Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan


mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian.
6. Bilangan penduduk orang Indonesia

Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih
kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa.

Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah
2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

ORANG CINA
1. Pengenalan

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka
dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China
menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin
bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negerinegeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura
serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar
memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada
masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading
gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada
pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja
sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan
sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya.
Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan
akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat
bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak
seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil
pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta
pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak
dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung
perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan
terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan
tanah.
ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan


orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada
tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan.

Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan


untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang
terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin
oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu,
kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak
puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa
melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.
b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan


orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan
perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang
perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk
mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi
kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk
mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.
ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi
salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang
Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan
sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak.
Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin
lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal
Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan
ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk
datang ke Tanah Melayu.
3. Sumbangan

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih


timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti
Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan
kepada peningkatan eksport: pada 1850 6500 tan, 1890 15101 tan, 1900
43000 tan, 1905 57733 tan, 1937 77000 tan. Dari segi perniagaan pula,
banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang
terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah
berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

4. Cara kemasukan

a. Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang
oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu
tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali
sebagai singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang
tambang perjalanan mereka.
b. Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya
ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila
Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan
penduduk pada tahun 1897.
c. Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk


menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah
sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada
hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.
5. Komposisi penduduk orang Cina

a. Orang Hokkien

Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhanpelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
b. Orang Kantonis dan Hakka

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan


perlombongan bijih timah.
c. Orang Teochew

Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan.


Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di
Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.
d. Orang Hailam

Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang
Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai
minuman.
6. Bilangan penduduk orang Cina

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah


Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di
Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua
besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka
(18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang
Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina
merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang
merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22%
daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang
Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina
dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu.

ORANG INDIA
1. Pengenalan

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka
dipercayai
datang
sebagai
pedagang.
Pedagang-pedagang
India
ini
menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India
hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal
abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan
keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan
orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura
(1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa
masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan
awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat
berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah
masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah
Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.
2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak keadaan sosioekonomi di India

Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang


teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai

contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam
seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30
peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah
juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah
negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika
dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka
masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India
terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang
mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang
mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan
penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk,
contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat
kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga
mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam
bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang
India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah
dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga
Vaisya dan akhir sekali Sundra.
b. Faktor penarik

i. Perkembangan perusahaan getah

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah


menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan
tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi
dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.
ii. Galakan daripada Kerajaan British

Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India
ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan
bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti
kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan
lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong
kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara
Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan
lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang
lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan
lebih ramai orang India.
3. Sumbangan

Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak


kawasan getah. Buktinya pada 1897 345 ekar, 1900 46 ribu ekar, 1905 48
ribu ekar, 1906 85 ribu ekar, 1909 200 ribu ekar, 1911 1 juta ekar, 1914
1.5 juta ekar, 1918 2.5 juta ekar dan 1940 3.5 juta ekar. Di samping dalam

perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional


seperti guru, doctor, kerana dan lain-lain lagi.
4. Kemasukan

a. Sistem buruh kontrak

Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil
buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini,
pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh
melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan
mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang
pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat
pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan
kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja
dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerjapekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10
jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit,
dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar
sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada
tahun 1910, sistem ini dihapuskan.
b. Sistem Kangani

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin
mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari
ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan
mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang
ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lainlain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan.
Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan
dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negerinegeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui
tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi
setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap
kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah
daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari
India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun
1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang
menyebabkan permintaan buruh dikurangkan.
5. Komposisi penduduk orang India

a. Orang Tamil

Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah


Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estetestet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat
dalam jabatan-jabatan kerajaan.
b. Orang Malayali

Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di


Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan
dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional.
c. Orang Telugu

Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah


Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet.
d. Orang India Utara

Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati,
Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh
berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.
6. Bilangan penduduk orang India

Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah
172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun
1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah
Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan
di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada
tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11%
daripada penduduk Tanah Melayu).

MASYARAKAT IMIGRAN DI MALAYSIA


Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk
masyarakat
yang
sememangnya
telah
wujud
secara
asalnya
di
sini.Sebaliknya,masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah
dicampuri pelbagai asal-usul,budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza.
Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang
Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum
orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan
Sarawak
pula,penduduk
asalnya
ialah
terdiri
daripada
kaum
Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.

Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum
Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang
datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya
sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka
bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu.
Kenapa mereka berhijrah ke Tanah Melayu?Atas alasan apa?Bagaimana?Bila?
Bagaimana mereka hidup di Tanah Melayu?

Perkara inilah yang akan kita kupas sekadar yang boleh didalam ruangan yang
terbatas ini,Kita akan mengenalpasti cara-cara kemasukan golongan ini sekaligus
mengikuti perkembangan mereka apabila menetap di Tanah Melayu dalam ruang
waktu antara abad ke-15 hinggalah abad ke 19 Masehi.

Para ahli akademik,sama ada seorang sejarawan,sosiologis dan sebagainya


seakan sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila
British berusaha membawa masuk golongan imigran untuk berkerja di dalam
beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.Bahkan
bukan sedikit yang berpendapat,masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini
ialah kerana kontruksi pihak British.

Namun,perlu kita akui migrasi yang pertama sekali sebenar-benarnya berlaku di


Tanah Melayu amat sukar untuk ditentukan.Apa yang pasti ianya bukanlah hanya
berlaku apabila era penjajahan itu bermula,tetapi sudah berlaku jauh ketika
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi(abad ke-15).Bahkan ada
yang mengatakan bahawa orang Arab(imigran) itu sudah mula memasuki

Kedah(Tanah Melayu)seawal abad ke-9 lagi dan kemasukan Cina pada abad ke
7.Walau bagaimanapun,pendapat itu tidak popular kerana tidak mempunyai
bukti yang cukup kukuh.
Secara mudahnya,kita akan mengguna pakai pendapat ramai sarjana sejarah
yang menyatakan,asas proses migrasi yang boleh dipertanggunjawabkan ialah
bermula pada pada abad ke-15 iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
ianya hanya jelas kelihatan pada era pendudukan British di Tanah
Melayu.Jadi,dua pembahagian yang utama dalam kajian ini ialah kajian
pekembangan masyarakat imigran pada era sebelum pendudukan British dan
era selepas pendudukanya.
Sebagai awalan,kita perlu tahu garis pemisah zaman bebas dan zaman dijajah
di Tanah Melayu ialah apabila jatuhnya kerajaan Melaka ditangan Portugis pada
1511.Bermula daripada penjajahan Portugis inilah Tanah Melayu telah mula
dijajah.Namun dari segi penstrukturan masyarakat,perubahan yang jelas,hanya
terlihat bermula ketika bermulanya pendudukan British di Pulau Pinang pada
tahun 1800.Bermula dari situlah berlaku perbagai proses tranformasi dalam
masyarakat Tanah Melayu.Pada zaman sebelum pendudukan British,antara kaum
yang dikenalpasti memasuki dan menetap di Tanah Melayu ialah khususnya di
Melaka ialah:1-India
2-Cina
3-Arab
4-WargaIndonesia
Kita akan mengkaji cara kemasukan,sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan
yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika
itu.
Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama.Candi di
Lembah Bujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan
tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu.Begitu juga tentang teori
kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari
India.Namun sejarah titik mula pertapakan masyarakat India di Tanah Melayu
tidak akan dibincangkan disini kerana ianya telah mendahului abad ke 15 hingga
abad ke 18 yang menjadi fokus tulisan ini. Apabila Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri
daripada golongan pedagang,sami Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya
tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai
kepentingan. Antara faktor penolak yang membawa kepada penghijrahan
mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran
Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga
merupakan faktor utama penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
sebelum pendudukan British di Tanah Melayu.Melaka yang pada ketika itu sangat
terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta berniaga disitu.
Melaka yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jaminan untuk pedagang
juga telah memberi keyakinan kepada pedagan India.Mereka membawa
barangan seperti ubat ubatan dan candu untuk diniagakan di Melaka serta

membawa pulang barangan seperti ubat akar kayu dan bijih timah dari Melaka.
Kemasukan India ke Tanah Melayu yang mempunyai sejarah yang panjang ini
sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat
peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama,ekonomi,dan kebudayaan.

Dari aspek agama,kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu


dan Buddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang seperti
yang kita sebutkan tadi yang melambangkan anutan masyarakat tempatan ialah
Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan sebagainya.
Dalam ekonomi pula,kesan penghijrahan komuniti India yang paling utama
dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan
Melaka semakin berkembang.Ini kerana,Pedagang India merupakan antara
pedagang luar yang pertama sampai ke Tanah Melayu.Oleh itu kita tidak dapat
nafikan,perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak
ialah kerana usaha masyarakat India yand bermigrasi ke Tanah Melayu.

Melihat kesan dari segi kebudayaan pula,perlu diakui bahawa kebanyakan adat
yang diamalkan oleh majoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan
kebudayaan
Hindu.Sebagai
contoh,adat
bersanding
ketika
majlis
perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan
adat memakan manisan pada hari raya.Adat-adat ini ternyata masih diamalkan
walaupun selepas proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan
cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana dan Mahabrata yang cukup
berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa
karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh
Hindu dalam penulisanya.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para
sejarawan dikatakan bermula sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi.Namun
kemasukan yang agak jelas,bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya
berlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke
18.Namun,dalam bahagian ini,kita hanya akan menfokuskan perihal kemasukan
dan perkembangan komuniti Cina di Tanah Melayu pada lingkungan abad ke 15
sahaja.
Seperti kemasukan orang India,dan juga kebanyakan komuniti lain ke Tanah
Melayu pada zaman Melaka,Kaum Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk
berdagang.Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletak antara
laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau
singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu,dan jika kita hendak menceritakan
kenapa Melaka begitu menarik perhatian kaum imigran secara terlalu,sudah
tentu ianya akan mengalih fokus utama tulisan ini.
Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan,bijih
timah,gincu,lada hitam,candu dan ubat akar kayu.Mereka juga memperniagakan
barangan mereka seperti kain sutera,kain benang emas,tembikar,pinggan
mangkuk dan sebagainya.Hubungan perniagaan yang luas dan mewah ini

membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten
dan berterusan.
Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pelbagai aspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu.Antara yang
utama ialah dari aspek politik,sosial,ekonomi dan kesenian di Tanah Melayu.

Dari aspek politik,kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah


membawa kepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan
China.Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan salah
seorang Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi
hubungan politik antara Melaka dan China.Bahkan,seawal tahun 1404 lagi
hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti
oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja
China.Parameswara dan bakal penggantinya pula telah mengadakan kunjungan
hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411.Kesan daripada
hubungan baik ini juga,Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak
China sudi menaungi keselamatan Melaka khususnya dari ancaman Siam ketika
itu.

Kesan kemasukan masyarakat Cina kepada Tanah Melayu dari aspek sosial pula
ialah berlaku perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat
tempatan khususnya dalam kalangan pelayan Cina yang mengiringi
keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti Sultan Mansur
Shah.Melalui perkahwinan dan pembaharuan sosial inilah,wujud suatu golongan
yang digelar baba cina yang memang mengamalkan budaya Melayu dalam
kehidupan mereka.Pembaharuan sosial inilah yang dikaitkan dengan proses
amalgamasi di Malaysia oleh para sarjana antropologi dan sosiologi.

Dalam aspek ekonomi pula,hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu
dikatakan telah bermula semenjak abad ke 7 lagi.Justeru hal ini pasti dapat
menunjukkan kesan utama dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu.China
sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu mempopularkan pelabuhan
Melaka kepada dunia pada abad ke 15 kerana hubungan ekonomi yang telah
lama terjalin antara China dan Kepulauan Melayu.Seperti yang kita bahaskan
dalam esei ini tadi,China datang dengan membawa banyak benda-benda yang
dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar,teh dan
sebagainya.Ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan
perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan
yang mereka perolehi dari pedagang dari China ini.

Dari aspek kesenian juga,pengaruh masyarakat Cina bukanlah kecil.Jika dilihat di


Melaka sahaja,Beberapa buah masjid tua di Melaka nyata mempunyai pengaruh
senibina masyarakat Cina yang jelas.Sebagai contoh,menara masjid Tengkera di
Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China.Begitu juga dengan seni tempa
yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina.Pengaruh lain ialah dalam

pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan
secara meluas semenjak dahulu lagi.

Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan


Islam ke Tanah Melayu iaitu pada abad ke 13.Seperti yang diketahui,proses
perkaitan antara bangsa Arab dengan teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
adalah amat dominan.Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini dikatakan telah
bermula di Terengganu brikutan penemuan batu bersurat di negeri
tersebut.Namun kebanyakan sarjana berpendapat pengislaman besar-besaran
hanya jelas kelihatan pada zaman Melaka pada abad ke 15.Maka,berdasarkan
teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita pertanggungjawabkan keatas
kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 15.

Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan
pelabuhan Melaka ketika itu merupakan perlabuhan entrepot tersohor di rantau
ini.Disini berlaku pelbagai urus niaga yang merangkumi ruang lingkup antara
Timur dan Barat.Faktor penarik ini juga turut menarik kemasukan masyarakat
Arab ke Tanah Melayu yang kita bincangkan tadi.Disamping memasarkan
barangan dagangan mereka,mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu
seperti rempah ratus,bijih timah,bunga cengkih dan sebagainya.Mereka juga
dapat membeli barangan dari lain-lain negara yang turut berdagang di Tanah
Melayu.

Masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas tanggungjawab untuk
meneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi
S.A.W.Bahkan
ada
dikalangan
warga
Arab
yang
digelar
guru
professional,bermigrasi ke Tanah Melayu semata-mata untuk berdakwah tanpa
mempunyai kepentingan lain selain dari itu.

Seperti yang kita bahaskan di awal tadi,kemasukan Orang Arab ke Tanah Melayu
adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu.Justeru,Proses
Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesan
yang paling jelas sekali.
Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan memeluk
Islam pada tahun 1409 M dan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain.Ini
menyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun
masyarakan imigran yang lain menjadi begitu berkesan.Apabila Melaka
mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456,Maka proses Islamisasi ini
semakin meluas dan dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga
merupakan kesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu.
Dari aspek politik dan perundangan,kesan yang jelas ialah penggunaan gelaran
Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu.Penggunaan hukum
Islam sebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu
seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka juga menunjukan

betapa kuatnya pengaruh Islam ketika itu.Jawatan mufti juga sudah mula
diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan mengenai hal ehwal
agama.Mufti juga berperanan sebagai guru agama di Istana.Diperingkat awal
Islamisasi,golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab,sebagai
contoh,Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang.

Dari segi sosial,penggunaan nama berunsur Islam dan Arab dalam kalangan
pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah
Melayu.Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad,Abdul
dan Abdullah begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam
kalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.Masyarakat juga tidak lagi
mengamalkan sistem kasta yang membezakan darjat seseorang individu itu
dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindu dahulu.
Begitu juga dalam bidang ekonomi,kesan utama yang dapat dilihat ialah
berkenaan dengan amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai
lagi.Penggunaan sistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan.Melalui warga
Arab yang ada ketika itu jugalah,fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam
ekonomi Islam mula digunapakai.Contohnya melalui institusi kebajikan untuk
orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat
daripada harta yang diperolehi seseorang.

Dari aspek pendidikan,kesan utama yang dapat dilihat ialah pendidikan Islam
mula diajar oleh pedagang-pedagang Arab kepada warga tempatan bagi
mengantikan pendidikan yang beorientasikan Hindu dan Buddha.Pada mulanya
Islam diajar di Istana Sultan,tetapi apabila sambutan dari masyarakat tempatan
makin memberangsangkan,penubuhan institusi pendidikan Islam seperti Pondok
dan Madrasah-madrasah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Kebanyakan
institusi sebegini wujud di Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penguasaan bahasa
Arab dan tulisan jawi dalam kalangan warga tempatan juga menjadi bukti
penting pendudukan masyarakat Arab di Tanah Melayu

Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke 14


lagi seiiring dengan kemasukan dari India,Arab,China dan lain-lain kaum
pendatang yang lain.Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah
Melayu khususnya Melaka pada abad ke 15 ialah kerana ingin meluaskan
perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.
Mereka yang datang daripada pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan
yang berbeza-beza untuk diperniagakan.Sebagai contoh,masyarakat dari
Sumatera membawa barangan seperti emas dan rempah,dari Pulau Jawa
membawa bahan makanan,dari Maluku membawa bunga cengkih dan dari Pulau
Banda membawa buah pala.

Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah ke
Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu.Sehinggalah pada abad

ke 17,Masyarakat tempatan di Sungai Ujung,Johol,Naning dan Jelebu menerima


seorang raja dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri
Sembilan.

Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di
Selangor,Perak dan Johor ketika itu.Pada 1766 pula,Raja Lumu yang berasal
daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang
pertama.Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap
kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak
bersempadan.
Kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu adalah amat jelas
sekali dan tidak boleh dipertikaikan.Kesan-kesan ini dapat dilihat antaranya dari
aspek politik,sosial,bahasa,kesenian dan kebudayaan.

Dari aspek politik,kita dapat melihat hubungan persahabatan yang amat baik
antara Tanah Melayu dengan Kepulauan Indonesia telah berlaku.Seperti yang
kita tahu,Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan
akrab dengan Majapahit,bahkan Baginda telah mengahwini Peteri kepada Betara
Majapahit dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan
Majapahit.Penubuhan kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor seperti yang kita
sebutkan diatas tadi juga merupakan kesan besar kemasukan masyarakat
Indonesia ke Tanah Melayu.Begitu juga dengan hubungan baik kerajaan-kerajaan
di kepulauan Indonesia dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedah
dan sebagainya.
Dari aspek sosial,kita melihat kehadiran masyarakat Indonesia ini telah
membuka penempatan-penempatan baru di Tanah Melayu khususnya di Negeri
Sembilan seperti Johol,Sungai Ujong dan Naning.Di Selangor seperti Parit Jawa
dan kampong Jawa seperti yang dicatatkan oleh Tom Pires,seorang penulis
berbangsa Portugis.Tidak dinafikan juga dari segi kependudukan,mengikut
pandangan Pires lagi,Orang Jawa pula adalah golongan paling ramai di Melaka
ketika era kejatuhanya pada 1511.Ini menunjukkan betapa meluasnya kesan
pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.

Dari aspek bahasa,memanglah Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia adalah


serumpun,sebahasa dan sebudaya.Tetapi sedikit sebanyak,proses peminjaman
dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetap
berlaku.sebagai contoh,istilah sihat dan makan merupakan bahasa Jawa yang
digunapakai oleh masyarakat Tanah Melayu hingga ke hari ini.Awalan tuna juga
adalah
berasal
daripada
dialek
atau
bahasa
Indonesia.Sebagai
contoh,tunakarya(penganggur) dan tunawisma(tidak berumah).Begitu juga
dengan kata akhiran wan yang jelas mempamerkan pengaruh bahasa Indonesia
yang kental.Sebagai contoh,budayawan,sukarelawan dan sejarawan.
Pengaruh Indonesia juga dapat dilihat dari segi kesenian dalam masyarakat di
Tanah Melayu.Proses mencanting batik merupakan khazanah yang berasal dari
kepulauan Jawa,begitu juga dengan seni ukir dan penulisan khat,walaupun ianya

merupakan kesenian Islam,tetapi ianya sampai ke Tanah Melayu melaui


Indonesia.Begitu juga halnya dengan seni pembuatan senjata yang mana
memang jelas senjata tradisi di Tanah Melayu seperti keris dan tombak adalah
berorientasikan senjata-senjata tradisi dari Indonesia.
Begitu juga dari aspek kebudayaan,ada pendapat yang mengatakan bahawa
wayang kulit yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu juga
berasal dar Indonesia.Begitu juga dengan Nobat yang menjadi kebanggaan
Pemeritah Tanah Melayu,adalah berasal dari Kepulauan Indonesia.Sama juga
halnya dengan Ulik Mayang yang cukup popular di Terengganu,adalah berasal
dari Indonesia.Ini menunjukkan betapa kuasnya pengaruh Indonesia kepada
kebudayaan Tanah Melayu.
Cacatan sejarah memperlihatkan hanya sebahagian kecil Tanah Melayu didiami
antara abad 15 menjelang penubuhan Kerajaan Melaka hingga abad 17 selepas
sekian lama kejatuhan Melaka.Pada ketika itu juga cacatan menunjukkan
walaupun
perkembangan
masyarakat
imigran
telah
merebak
ke
Kedah,Terengganu,Negeri Sembilan,Johor dan Kelantan,jumlah penduduk yang
ada tidaklah sebanyak mana.Pada awal 1800 di Tanah Melayu,Orang Melayu
sekadar berjumlah 250,000 dan orang asli berjumlah 9000.
Selepas pendudukan British di Pulau Pinang,Melaka dan Singapura pada abad ke
19,kepadatan penduduk Tanah Melayu adalah meningkat.Pada tahun
1826,penduduk Melaka dianggarkan berjumlah 25000 orang yang mana selain
daripada kaum Melayu,16% ialah imigran Cina dan India sebanyak 9%.Di Pulau
Pinang,jumlah penduduknya ialah seramai 30,000.Selain Melayu sebagai kaum
utama,28% dari jumlah itu ialah kaum India dan 27% ialah kaum Cina.begitu
juga situasinya di lain-lain negeri.Ini menunjukkan betapa meningkatnya
kemasukan imigran ketika zaman pendudukan British.Kenapa?Sama-samalah
kita mencari jawapanya.
Dalam bahagian penceritaan berkenaan sejarah proses migrasi selepas
pendudukan British ini,kita akan melihat cara kemasukan,sebab mereka
bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sosiobudaya di Tanah Melayu ketika itu.Antara masyarakat imigran utama yang
mampu dikaji ialah:-

1-Cina.
2-India.
Masyarakat Cina mula memasuki Tanah Melayu secara beramai-ramai apabila
Britis mula bertapak di Singapura,Pulau Pinang dan Melaka.Menurut
cacatan,pada 1881,seramai 89 900 orang Cina telah tiba di Pulau Pinang dan
Singapura,dan jumlah ini tentulah semakin meningkat pada tahun-tahun
berikutnya.

Antara sebab utama mereka berhijrah ke Tanah Melayu ketika itu ialah British
kerana kekayaan hasil yang belum dikeluarkan secara komersil di Tanah Melayu
ketika itu.Masyarakat Melayu hanya menggunakan kekayaan tanahnya dengan

minimum
melalui
kegiatan
ekonomi
sara
diri
yang
kurang
menguntungkan,walaupun
terdapat
perusahaan
bijih
timah
yang
diusahakan,mereka yang terlibat amatlah sedikit dimana kebanyakan golongan
ini adalah dari kalangan pembesar dan orang-orang kaya seperti Long Jaafar dan
Ngah Ibrahim sahaja. Apabila British berjaya mencengkamkan kukunya di Tanah
Melayu,British telah memulakan projek melombong bijih timah secara besarbesaran yang kebanyakan berada di negeri Perak dan Terengganu.Maka orang
Cina dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja di lombong bijih timah
tersebut.
Antara cara dan kaedah kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ketika itu
ialah melalui sejenis sistem kemasukan khas yang dipanggil tiket kredit. Tiket
kredit dipraktikan dalam usaha membawa masuk imigran dari Cina secara
sistematik dan berkesan.Usaha British ini dibantu oleh agensi-agensi kerja yang
menguruskan kemasukkan imigran Cina ke Tanah Melayu.
Ejen-ejen ini kebanyakanya ialah orang tengah yang dilantik British untuk
membawa buruh kasar dari China untuk berkidmat dalam sektor perlombongan
dan perladangan.Pekerja yang berminat untuk mencuba nasib di Tanah Melayu
akan diberikan tiket kredit yang mana,segala tambang dan kos untuk ke Tanah
Melayu akan ditanggung oleh ejen yang dikenali sebagai Khek Thau.Apabila tiba
di Tanah Melayu,ejen-ejen ini akan menjual buruh-buruh ini kepada majikan yang
memerlukan khidmat buruh di Tanah Melayu khususnya pengusaha lombong
bijih timah yang dimiliki British.Buruh yang dibeli,terpaksa berkerja untuk
tempoh tertentu tanpa gaji,kerana gaji mereka dikira telah dibayar ketika
majikan membeli mereka dari ejen dahulu.
Mereka ini dikenali sebagai Sin Khek atau pendatang baru.Mereka ini kebanyakan
tertindas dan menjadi mangsa mulut manis ejen yang membawa mereka ke
Tanah Melayu yang mengatakan bahawa kebajikan mereka di sini akan dijaga
sepenuhnya oleh majikan,hakikatnya,mereka menjadi mangsa penindasan
majikan.Selepas tamat kontrak bekerja dengan majikan yang membeli
mereka,barulah mereka akan dilepaskan dan dibenarkan berkerja dengan
majikan lain.Apabila sudah tidak terikat,mereka dikenali sebagai Lau Khek.
Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah
wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh.Seperti yang sedia
dimaklumi,masyarakat Melayu hanya menumpukan perusahaan ekonomi sara
diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata tidak
menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara.Apabila British
membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi
yang lebih komersial,ekonomi Tnah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan
moden.
Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui
telah mampu meningkatkan hasil mahsul Tanah Melayu yang sebelum ini lebih
banyak dibiarkan didalam tanah.Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku
peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu terutama dalam hasil bijih
timah.Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah
menjadi pengeluar bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan
datang bertali arus dan banyak lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka.Ini

berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada
buruh dari China adalah murah.
Sejarah moden penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu bermula pada 1824
selepas termeterainya perjanjian antara British dengan Belanda.Dibawah
perjanjian itu,kaum India yang menjadi banduan di Bengkahulu telah
dipindahkan ke Negeri-Negeri Selat oleh British.Namun jumlah mereka ini
tidaklah terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan
kerja-kerja pembanggunan Tanah Melayu seperti membina jalanraya dan jalan
kereta api.
Sebaliknya,penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu
hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai
diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman getah.Maka oleh sebab
itulah jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu.
Cara kemasukan kaum India ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh
British.Ianya dipaggil sebagai sistem kontrak ataupun indented labour.Sistem ini
digunakan untuk menggalakkan dan untuk menarik perhatian rakyat India untuk
datang ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai buruh disini.Sistem ini mula
diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk
megambil buruh untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.Namun apabila
British memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah
di Tanah Melayu,ejen perkerja yang kebanyakan berada di Madras dan
Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India
yang hendak berkerja di Tanah Melayu.
Pekerja yang akan ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang
mana disebutkan beberapa perkara utama seperti tempoh berkerja yang
dipersetujui, dan perkara-perkara yang difikirkan perlu ada didalam kontrak
tersebut.Apabila kontrak telah dimeterai,majikan akan menguruskan pemergian
mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji.Setelah kontrak pekerja-pekerja
ini tamat,mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus
berada di Tanah Melayu dan berkerja disini.
Selain sistem kontrak,sistem kangani turut digunakan untuk menarik kemasukan
masyarakat India ke Tanah Melayu.Melalui sistem kangani ini,pengusaha ladang
atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk
menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah Melayu.Setiap
kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari,menggunakan
wang yang diberikan oleh majikan itulah,kangani membiayai tambang dan koskos lain untuk membawa masuk buruh dari India.Apabila tiba di Tanah
Melayu,pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah kawalan kangani yang
membawa mereka.
Untuk memudahkan urusan kemasukan,British menempatkan beberapa orang
pegawainya di perlabuhan-perlabuhan India khususnya Madras dan
Nagapatinam.Buruh-buruh ini akan menaiki kapal dan diturunkan di beberapa
buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak,seterusnya akan diagihkan
mengikut majikan masing-masing.
Sistem kangani ini lebih bersifat personalised dan ternyata lebih berjaya menarik
kemasukan imigran berbanding dua sistem yang telah dibincangkan tadi.Ini

kerana kangani akan memujuk orang yang mereka kenali dan rapat untuk ke
Tanah Melayu.Secara tidak langsung,mereka akan dapat memancing keyakinan
buruh untuk berkerja dengan selesa dan kegiatan penipuan serta penindasan
perkerja dapat dihapuskan.
Antara kesan utama kehadiran kaum India ataupun boleh kita katakan
masyarakat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi ialah,orang
Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana sudah mula
sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama menikmati
hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh kaum
Imidran seperti India dan Cina.
Orang Melayu menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan
utama untuk menyelidik dan memperbaiki industri kecil di kampung seperti
barang kesenian,kraf tangan,pemilihan biji benih padi,kelapa serta mengubah
suai kedai runcit dan kedai kopi di kampung-kampung.Jabatan yang ditubuhkan
ini juga bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari
diceroboh oleh bangsa lain.Dengan semangat bersaing yang semakin memuncak
inilah jurang pendapatan yang pada asalnya sangat jauh menjadi semakin rapat
antara orang Melayu,India dan Cina.
Hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu juga ketika itu mewujudkan daerahdaerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum.Dan situasi ini masih
berlaku sehingga ke hari ini.Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan
tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini.Kaum Cina pula
dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan
sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di
sesuatu kawasan petempatan iaitu istilah pekan cina dan ianya diguna pakai
sehingga ke hari ini.Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok
mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini.Pengkelasan ini
nyata sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan
masyarakat yang ada.
Setelah melihat serba sedikit berkenaan dengan kemasukan dan perkembangan
masyarakat imigran di Tanah Melayu dari abad ke 15 hingga abad ke 18,apa
yang pasti terdapat banyak perbezaan baik dari cara kemasukan,sebab
kemasukan dan kesan-kesan kemasukan seperti yang telah kita bahaskan tadi
baik sebelum pendudukan British mahupun selepasnya.
Kesimpulan yang dapat dibuat terbahagi kepada dua iaitu mengenai
perkembangan imigran sebelum pendudukan British dan selepasnya.Sebelum
pendudukan British iaitu bermulanya kajian pada abad ke 15,Kita tidak dapat lari
daripada mengaitkan kemasukan imigran dengan kemasyhuran pelabuhan
Melaka yang bermula pada abad itu.Tanah yang subur dan ruang niaga terbaik di
Melaka sudah cukup untuk menjadi faktor penarik kemasukan imigran asing ke
Tanah Melayu.Ia juga didorong oleh faktor penolak di tempat asal imigranimigran tersebut yang memaksa mereka untuk berhijrah dan memasuki Tanah
Melayu.Hakikatnya,pada era tersebut,proses migrasi mereka secara umumnya
adalah kerana ekonomi dan tidak terlalu memberi kesan kepada peribumi Tanah
Melayu.
Berbeza dengan proses migrasi masyarakat imigran selepas pendudukan
British,penghijrahan mereka ialah kerana dikonstruk oleh British.Hubungan baik

British dengan China dan India memudahkan British membawa masuk


masyarakat dari negara-negara tersebut untuk kepentingan British di Tanah
Melayu.Dimasa inilah hampir kebanyakan perkara di Tanah Melayu telah berubah
kerana lambakan masyarakat imigran disini.Kita juga melihat masyarakat
imigran yang banyak memasuki Tanah Melayu pada ketika ini ialah masyarakat
Cina dan India kerana dasar British ketika itu yang menyekat kemasukan lain-lain
kaum ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka.

BIBLIOGRAFI

Bastin.J
&
Robin
W.
Readings,Netherlands.KTO Press.

Winks,1979,Malaysia:Selected

Historical

Buyong Adil,1981,Sejarah Perak.K.Lumpur,DBP.


Fatimi Q.S,1963,Islam Comes To Malaysia,Singapore,Malaysian
Intitute.

Sosiological

Fuziah Shafie & Ruslan Zainudin.2000.Sejarah Malaysia.K.Lumpur.Penerbit


Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hall D.G.E.,1987,Sejarah Asia Tenggara,K.Lumpur.DBP.
Jamaie
Hamil,2005,UMNO
MELAYU.Bangi.Penerbit UKM.

dalam

POLITIK

dan

PERNIAGAAN

John Gullick,1981,Malaysia:Economic Expansion and National


Unity,London,Westview Press.
Kamaruzaman Yusof,Oong Hak Ching & Rupawan Ahmad.2004,Mahyudin Hj.
Yahaya,Sumbangan dan Ketokohan,Tulisan Prof. Mahyudin dalam Nusantara 1984
( sejarah masyarakat Islam di Pahang).Bangi.PPSPS.FSSK.
Katiman Rostam,1984,Penduduk Malaysia,K.Lumpur.Nurin Enterprise.
Md. Salleh B. Md Gaus,1984,Politik Melayu Pulau Pinang,K.Lumpur,DBP.
Mohd Jasmin B. Jasni,2006,Kupasan
Melayu),K.Lumpur.Eastview.

Grafikal

Sulalatus

Salatin(Sejarah

Mohd Isa Othman,2002.Sejarah Malaysia(1800-1963),K.Lumpur,Utusan


Publications.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid
Mahmood,2003,Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.K.Lumpur,DBP.
PJJ.UKMalaysia,1999,Islam
Melayu,Bangi,Penerbit UKM.

Dalam

Sejarah

Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon.2004.Kesenian


Melayu.K.Lumpur.APM.U.Malaya.

Dan

Kebudayaan

Shamsul Amri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,Shah Alam,Penerbit UiTM.


Shellabear W.G. ,1995,Sejarah Melayu,Shah Alam,Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Sivamaniam.J,1986,Indian in Malaysia,K.Lumpur.Persis Sdn. Bhd.

You might also like