You are on page 1of 2

Hubungan di antara jepun dan amerika

Apabila kapten kapal salem dan boston membawa pulang sutera, the dan juga rempah daripada timur,
dan apabila pelaut dari amerika melayari lautan jepun untuk memburu paus, ianya menjadi keperluan
kepada amerika untuk membuka jalan perdagangan di Jepun setelah Jepun mengamalkan dasar isolasi
iaitu dasar tutup pintu selama 300 tahun. Perkembangan perdagangan amerika kemudiannya telah
mendorong para negarawan mereka untuk menjalankan perdagangan di bahagian timur. Pada tahun
1832, perlantikan Edmund Roberts sebagai pemeriksa kawasan lautan india bagi tujuan pemerluasan
kawasan dagangan oleh Presiden Jackson, beliau telah diarahkan untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat mengenai Jepun bertujuan untuk mengadakan perbincangan dengan Jepun serta untuk
mewujudkan hubungan yang rasmi dengan negara Jepun. Pada tahun 1833, amerika telah memeterai
perjanjian persahabatan dengan Siam dan Muscat tetapi beliau tidak sempat untuk pergi ke Jepun.
Edmund Robert kemudiannya telah meninggalkan Washington utk ke jepun pada tahun 1835. Beliau
telah membawa pesanan dari Presiden Jackson kepada maharaja jepun serta membawa bersama
beberapa hadiah/persembahan. 1836- Edmund Roberts mati di Macao dan skuadronnya telah
kembali ke Washington sebelum mereka sempat sampai ke Jepun.

Beberapa percubaan utk membuka jepun telah dilakukan. Akhirnya presiden Millard fillmore arahkan
Commodore M.C Perry utk ke jepun bawa mesej kepada maharaja jepun. Beliau dihantar utk
membincangkan tentang perjanjian Persahabatan mengenai perdagangan, pembekal arang serta
pelindung kepada pelaut2 amerika yang memerlukan perlindungan. Pada 8 july 1853, skuadron hitam
commodore Perry telah mendarat di teluk yedo dan para masyarakat serta kerajaan Shogun Tokugawa
menjadi panik. Namun begitu, kerajaan Shogun Tokugawa telah menolak cadangan perjanjian yang
dibawa oleh Perry serta Perry mengatakan bahawa dia akan kembali selepas musim bunga utk mmberi
jawapan dari Amerika. Para negarawan Jepun telah berbincang mengenai hal ini dan menyatakan
bahawa perlunya kerajaan jepun membuka jalan perdagangan mereka kepada kuasa2 asing. Pada
bulan februari 1854, Perry telah muncul sekali lagi di teluk yedo bersama dengan kapal2 perang serta
2 kapal kargo bagi menuntut hak perdagangan di kawasan jepun.

Jepun telah menghantar 4 pegawainya dan salah seorangnya adalah Hayashi Daigakunokami untk
berbincangan dengan wakil amerika. Pada 31 march 1854, satu2 nya perjanjian pertama melibatkan
negara jepun dan negara luar telah termeterai di kanagawa. Segala usaha yang dilakukan oleh amerika
nyata membuahkan hasil. Perjanjian kanagawa telah membolehkan 2 pelabuhan dibuka utk warga
amerika iaitu pelabuhan shimoda dan hakodate di mana warga amerika menikmati lebih
keistimewaan berbanding orang-orang belanda di Nagasaki. Bagi mengukuhkan kedudukan amerika
di jepun, amerika hantar Townsend Harris ke Shimoda utk memeterai perjanjian perdagangan dengan
jepun. Pada tahun berikutnya amerika telah mengikat perjanjian dengan jepun utk beberapa hal iaitu
perdagangan di Jepun, penempatan kepada penduduk amerika, cukai import yg rendah, dan kawasan
tambahan kepada penduduk amerika di Jepun. Diplomasi yang dibawa Harris telah menyebabkan niat
amerika itu dipandang baik oleh orang2 jepun.

Amerika telah menjadi sekutu kepada jepun bagi mengekang kemaraan negara2 asing serta menjadi
contoh kepada negara jepun utk membangun. Amerika juga telah memberikan sokongan moral
kepada jepun apabila jepun terlibat dengan perang melawan Russia. Namun begitu, apabila jepun
berjaya mengalahkan Russia, rasa tidak puas hati serta curiga mula dirasai oleh amerika kerana
mereka bimbang jepun akan menguasai kawasan pasifik/asia.

Amerika telah mewujudkan sentiment anti jepun melalui pendidikan di sekolah di mana sekolah di san
Francisco yang mempunyai kanak2 jepun telah dijadikan sebagai motif utama utk membangkitkan
sentiment tersebut. Sekolah yang ditadbir oleh Mayor Schmitz dan O.L Macnamara itu telah
menyatakan bahawa jepun mempunyai niat utk menguasai amerika serta negara2 lain. president
Roosevelt juga telah menyebarkan kata2 yang berbaur anti jepun di California. Jepun telah
menghantar Baron Ishii utk menyiasat keadaan rakyatnya. Baron ishii telah melihat bagaimana orang
jepun dilayan dengan tidak adik serta hina di sesetengah tempat di usa. Pada 4 disember 1904,
presiden Roosevelt telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat jepun yang tinggal di usa boleh
mendapatkan taraf kewarganegaraan utk tinggal di us. Akta tersebut menyebabkan ramai rakyat
jepun berpindah ke hawai bagi mendapatkan hak kerakyatan. Namun rakyat jepun di Hawaii
kemudiannya tidak dibenarkan masuk ke mexico dan Canada disebabkan kemasukan yang tidak
terkawal. Jepun telah dipaksa menandatangai perjanjian gentlemens agreement begi mengekang
kemasukan rakyat jepun ke usa.

Ketidakadilan tersebut telah menyebabkan Count Komura iaitu menteri perhubungan luar
menegaskan pada 2 februari 1909 bahawa jepun menuntut keadilan terhadap rakyatnya di usa.

You might also like