You are on page 1of 6

SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU

Pengangkutan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu pada lewat


kurun ke- 19. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan
bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan di
sepanjang pantai. British telah meperkenalkan pengangkutan ini untuk
kepentingan ekonomi mereka.
Tokoh yang bertanggungjawab ke
atas pembinaan jalan kereta api yang
pertama ialah Sir Hugh Low, residen
Perak yang kedua. Landasan kereta api
pertama dibina di negara kita adalah
dari Taiping ke Port Weld .Di Selangor,
Frank Swenttenham membina sebuah
landasan kereta api dari Kuala Lumpur
ke Port Swettenham(Kuala Klang) dan
Seremban ke Port Dickson.
Stesen kereta api yang pertama
dibina di Kuala Lumpur pada tahun
1892.Landasan kereta api juga dibina
bagi membolehkan kawasan-kawasan
baharu dibuka untuk kegiatan ekonomi
seperti pelombongan dan penanaman
getah.Sebelum 1908, landasan kerea

api dari Seremban ke Port Dickson dikendalikan oleh sebuah syarikat


swasta.Kemudiannya, landasan itu menjadi milik kerajaan negeri-negeri
Melayu apabila membeli daripada syarikat tersebut. Pembinaan jalan
kereta api antara negeri-negeri hanya dimulakan selepas pembentukan
Persekutuan pada tahun 1896.

Stesen

kereta

api

Tapah

Road di Perak pada tahun


1893.

Menjelang 1941, satu sistem jalan kereta api yang lengkap dibina di
Tanah Melayu. Hanya Terengganu sahaja yang tidak mempunyai sistem
perkhidmatan kereta api.Tambak Johor dibina pada tahun 1923 merentasi
selat Tebrau untuk menghubungkan Tanah Melayu dengan Singapura.
Di Sarawak , landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 .
Manakala di Sabah, dari Weston ke Jesselton. Landasan ini dibina untuk
membolehkan kawasan-kawasan baharu di sepanjang landasan kereta api
itu dibuka untuk pertanian. .Pembinaan landasan kereta api di negara kita
hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi
sahaja.. Di kawasan lain, alat perhubungan yang utama ialah sungai dan
laut.
Perkembangan perhubungan landasan kereta api membawa kepada
pengenalan sistem perhubungan seperti telegraf, telefon,pos,dan radio.

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN KERETA API SEMASA


PENTADBIRAN BRITISH
Kereta api merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di
Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan kereta api telah dibina untuk
mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan
ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan kereta api yang pertama di
Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh
Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan kereta api
sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun
1885.
Beberapa lagi jalan kereta api telah dibina oleh British di Perak.
Jalan kereta api di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada
tahun 1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir
Frank Swettenham telah membina beberapa jalan kereta api di Selangor.
Jalan kereta api yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan
Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan kereta api ini
dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893
British

telah

membina

jalan-jalan

kereta

api

yang

pendek

bagi

menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan


bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian kereta api
tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan kereta
api yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan
Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan Kereta api sepanjang
kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Kereta api Sungai Ujong. Pada
tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membelinya
daripada syarikat tersebut.

Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun


1896, jalan-jalan kereta api yang sedia wujud mula disambungkan atas
initiatif Sir Frank Swettenham. Menjelang tahun 1903, terdapat jalan
kereta api yang menghubungkan Seremban dengan Perai. Jalan kereta api
ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke Singapura
pada tahun 1923. Jalan kereta api di bahagian Utara Semenanjung Tanah
Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor
Setar dan Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun
1918. Jalan kereta api di bahagian Timur yang menghubungkan Gemas
dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan Sungai
Golok disiapkan pada tahun 1931.

PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PERKHIDMATAN KERETA API


SELEPAS MERDEKA DAN PADA HARI INI
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta
api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai
sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini
dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang
diterajui

kerajaan

pada

tahun 1992.

Namun,

KTM

masih

dimiliki

sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya


bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api
asalnya

dibina

untuk

mengangkut timah.

Tambang

keretapi

agak

munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang


rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang

berdaya

saing

berbanding

jenis

pengangkutan yang lain.

Panjang

kesemua laluan keretapi ialah 1,699 km.

Peta laluan Kereta Api Tanah


Melayu di Semenanjung Malaysia.

KTM

mengendali

perkhidmatan

beberapa

antarabandar

di
bawah

jenama KTM

Antarabandar (KTM
Kebanyakan

Intercity).

perkhidmatan

ini

beroperasi dari Stesen Kuala Lumpur


Sentral.

Bagaimanapun,

terdapat

perkhidmatan keretapi ini yang hanya


beroperasi

sepanjang

laluan

Pantai

Timur di antara Tumpat dan Gemas


dan
kepada Singapura.

Terdapat

satu

seterusnya

perkhidmatan

keretapi

menuju
merentas

sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan Bangkok, Thailand.

KTM

Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik

yang

dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna
kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan
kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan

lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan


dilengkapi penyaman udara. Bagi
yang memandu ke stesen atau
hentian, kemudahan 'Park & Ride'
disediakan

pada

kadar

yang

ditentukan.

Rangkaian sepanjang 153 km melalui 42 buah stesen dan dibahagi


kepada dua aliran: Aliran Sentul-Pelabuhan Klang dan Aliran RawangSeremban. Pertukaran antara kedua-dua aliran tersebut boleh dilakukan
di stesen sentral Kuala Lumpur, stesen keretapi lama Kuala Lumpur dan
stesen Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu
menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen
lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.
KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah
ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, stesen Mid Valley
popular kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Subang
Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di
bandar

tersebut.

Penumpang

yang

hendak

ke Lapangan

Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke


stesen Nilai dan seterusnya menumpang bas pengantara ke lapangan
terbang tersebut..

You might also like