You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM CERAMAH : REMPIT DAN MASALAH SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

Tarikh : 11 April 2018

Masa : 1.30 – 3.10 p.m

Tempat : Bilik Komunikasi , SMK Bandar Banting

Anjuran : Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dengan kerjasama Badan Pengawas SMK Bandar

Banting.

Pada 11 April 2018 yang lalu telah diadakan ceramah bertajuk Rempit dan Masalah Jenayah di
kalangan pelajar sekolah.Ceramah telah disampaikan oleh Inspektor Nor Azlan bin Mokhtar,Pegawai
Bahagian Trafik ,IPD Kuala Langat .Pada tepat jam 1.30 petang , Jurucara majlis iaitu Pn Yoohana bt
Mamat telah mengalu-alukan kehadiran penceramah ke SMK Bandar Banting . Seterusnya diteruskan
dengan pengisian ceramah . Penceramah telah menerangkan kesan dari aktiviti merempit di kalangan para
pelajar serta menayangkan pelbagai video tentang kesan kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia
kepada para pelajar.

Selain itu penceramah juga berkongsi beberapa kes kemalangan yang mengerikan yang kerap
berlaku di kalangan pelajar sekolah.Penceramah menyeru semua pelajar supaya menjauhkan diri dari
aktiviti merempit kerana kesannya bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan turut membabitkan pihak
lain terutamanya ahli keluarga terdekat.Penceramah juga ada menyelitkan tentang jenis-jenis masalah
sosial yang kian meruncing berlaku dikalangan pelajar sekolah.

Walaupun sesi ceramah berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam tetapi sangat padat
dan telah menarik perhatian pelajar untuk terus mendengar.Setelah selesai ceramah dibuka sesi soal
jawab . Seramai 3 orang pelajar telah bertanyakan soalan iaitu Khairul Hakimi bin abdulllah (2 cekap),
Mohd Adam Danial b. Abdul Hadi (2 Cemerlang) dan Afiqah Aqilah bt Mawardi (2 Bestari). Antara soalan
yang dikemukakan adalah apakah bentuk hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang merempit
sekiranya ditangkap oleh pihak polis.

Setelah sesi soal –jawab ,majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Guru
Penolong Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ ), En Zulkhairi b. Muda. Pada tepat jam 3.10 ptg
penceramah diiringi pulang. Program ditamatkan pada jam 3.15 ptg dan pelajar dibenarkan bersurai.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Disiplin pelajar adalah baik. Penceramah ada
memberi tawaran kepada pihak sekolah supaya menganjurkan sesi lawatan pelajar yang bermasalah ke
IPD kuala langat untuk mengunjungi tapak pameran bahagian jenayah dan narkotik .

Disediakan oleh,

……………………………….

FARIDAH AKMAL BT NAWI


Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)
SMK Bandar Banting
LAMPIRAN

You might also like