You are on page 1of 5

LAPORAN KEMPEN JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT

1.0

Nama Aktiviti
Kempen Membaca Bersama 10 Minit

2.0

Penganjur
Sekolah Kebangsaan Ulu Majau, Kanowit

3.0

Pendahuluan
Program ini merupakan sebahagian dariada gerakan membaca yang dijalankan setiap
tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat
membaca. Pada tahun ini, kesemua

perpustakaan awam negeri bersetuju untuk

melaksanakan secara serentak pada hari, tarikh, masa dan yang sama, iaitu pada 23 April
2015 jam 10.00 hingga 10.10 pagi. Konsepnya diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di
mana dalam program ini, semua peserta tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang
sedang dilakukan akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara
serentak.
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan
rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri SeMalaysia relevan dalam
masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah. Ia
merupakan inisiatif membaca di bawah kelolaan setiap perpustakaan awam negeri masingmasing bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia.
4.0

Objektif
Kempen Membaca Bersama 10 Minit diadakan sebagai langkah pertama ke arah
menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi
yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school).
Mewujudkan sinergi yang cekap antara 13 perpustakaan awam negeri seluruh
Malaysia dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri, jabatan dan agensi lain di peringkat negeri
dan nasional dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistik.
Melahirkan masyarakat dan generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia,
mentaati agama dan berkemahiran tinggi.

5.0

Tarikh aktiviti
23 April 2015 (Khamis )

6.0

Tempat aktiviti
Dewan RMT, SK Ulu Majau, Kanowit.

7.0

8.0

Penyertaan Peserta Mengikut Pecahan Kaum


Bil

Pecahan Kaum

1.
2.
3.
4.

Melayu/ Bumiputra
Cina
India
Lain-lain
Jumlah

Perempuan
59

107

Penyertaan Pegawai (Guru) Mengikut Kaum


Bil
1.
2.
3.
4.

9.0

Jantina
Lelaki
44
4

Pecahan Kaum
Melayu/ Bumiputra
Cina
India
Lain-lain
Jumlah

Jantina
Lelaki
6
0
0
0

Ahli Jawatankuasa
Penaung

: Pn. Malsiah binti Jamal


(Pegawai Pelajaran Daerah Kanowit)

Pengerusi

: En. Mohd Amin bin Abdullah


(Guru Besar SK Ulu Majau)

Setiausaha

: Cik Siti Nur Ajjah Khamisnah Binti Musa

Bendahari

: En. Antalai anak Mereng


(Penolong Kanan HEM SK Ulu Majau)

AJK Pendaftaran

1. Pn. Paulin John Little


2. Pn. Lantong anak Bongkong

Juruacara

1. En. Antalai anak Mereng

Perempuan
8
0
0
0
14

AJK Sijil

1.Pn. Diana anak Kunding


2.Cik Atikh binti Che Agoh @Shukeri

Susun Atur Dewan


& Hiasan Pentas

1.Pn Nor Sharnida binti Daud


:

2.Pn. Norsarini binti Mohd. Noor


3. En. Muhammad Qawiem bin Ibrahim

AJK Siaraya

1. En. Peter Narawie anak Wilson Janang


2. En. Mohd Noor bin Japar Lui

10.0

Jurugambar

1. Cik Masnizan binti Hamdan

Dokumentasi

1. Cik Siti Nur Ajjjah Khamisnah binti Musa

Aturcara
Bil
1
2
3
4
5

11.0

Masa
09.40 pagi
9.55 pagi
10.00 pagi
10.10 pagi
10.15 pagi

Aktiviti
Pendaftaran Murid
Taklimat ringkas
Kempen Jom Membaca bermula
Kempen tamat
Bersurai

Gambar Aktiviti
a) Sebelum pelaksanaan program

Gambar 1 : Penyediaan pentas dan


"back drop"

b) Semasa pelaksanaan program

Gambar 2 : Pendaftaran peserta Kempen Jom


Membaca Bersama 10 Minit

Gambar 3 : Murid membaca bahan bacaan yang


disediakan

12.0

Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan adalah diharapkan pada masa akan datang program ini akan
melibatkan bukan sahaja murid-murid sekolah dan guru-guru tetapi juga para ibu bapa untuk
menyemarakkan lagi sikap suka membaca dalam kalangan masyarakat yang pelbagai.

13.0

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, matlamat kempen ini diharap akan dapat dicapai dan
dilaksanakan dengan berkesan diseluruh Negara ke arah memupuk rakyat Malaysia sukakan
pengetahuan, cintakan ilmu serta membudayakan membaca.
Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi kelancaran program ini.
Program ini merupakan langkah pertama hasil kerjasama daripada pelbagai pihak. Adalah
menjadi satu harapan agar program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh:
______________________
(SITI NUR AJJAH KHAMISNAH BINTI MUSA)
Setiausaha,
Kempen Jom Membaca Bersama 10 Minit
SK Ulu Majau, Kanowit.

You might also like