You are on page 1of 6

Kertas Kerja Perasmian Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPPDa) peringkat sekolah sesi 2011 SK Taman Teknologi

TARIKH : 16 MEI 2011 HARI : ISNIN ( PERHIMPUNAN PAGI) TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK TAMAN TEKNOLOGI. MASA : 7.50 8.30 PAGI DIRASMIKAN OLEH : EN SHAHARI B EMBON (GURU BESAR SK TAMAN TEKNOLOGI) (ANJURAN BERSAMA J/KUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK TAMAN TEKNOLOGI)

KERTAS KERJA PERASMIAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEK. KEB. TAMAN TEKNOLOGI, 32610 SERI ISKANDAR. TAHUN 2011

TAJUK PROJEK : PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2011 TARIKH : 16 MEI 2011 / ISNIN MASA : PERHIMPUNAN PAGI TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK TAMAN TEKNOLOGI DIRASMIKAN OLEH ; EN SHAHARI B. EMBON, GURU BESAR SK TAMAN TEKNOLOGI. PENGENALAN : Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang buat pertama kali di adakan di SK Taman Teknologi ini adalah salah satu program utama yang dibawah Jawatankuasa Pendidikan

Pencegahan Dadah SK Taman Teknologi dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling di sini. Pendidikan pencegahan dadah merupakan strategi utama dalam program pencegahan awalan. Masalah dadah di negara ini telah sampai ke tahap yang mana kerajaan menganggapnya sebagai masalah keselamatan. Memandangkan sebilangan besar muda-mudi terlibat dengan rokok dan dadah, sudah pasti keadaan ini mengancam keselamatan pelajarpelajar terdedah serta berada di dalam keadaan risiko tinggi akan terlibat dengan dadah dan seumpama dengannya. VISI : Menjadi sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk bertindak secara bersepadu bagi merealisasikan : SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 NEGARA BEBAS DADAH 2015

MISI : Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/AIDS.

RASIONAL : Masa dan tenaga tidak mencukupi untuk memberi pendedahan tentang bahaya-bahaya dadah kepada semua kumpulan sasaran yang terdiri daripada masyarakat sekolah dalam masa yang singkat dan menyeluruh. Oleh itu dengan adanya program seumpama ini tidak secara langsung dapat menangani masalah dadah di negara ini.

MATLAMAT : Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru-guru, kakitangan pendidikan dan ibu

bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012dan Negara Bebas Dadah 2015.

OBJEKTIF : 1. Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar daripada perlakuan negatif. 2. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati. 3. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia. 4. Untuk melahirkan murid-murid dan warga sekolah yang bertanggungjawab, bermoral dan berakhlak mulia. KUMPULAN SASARAN : Kepada semua murid-murid , guru-guru , warga sekolah dan ibu bapa SK Taman Teknologi, Seri Iskandar.

SUMBER / ANGGARAN PERBELANJAAN : Bahan Tempahan banting perasmian dan hadiah i. Hadiah pertandingan melukis poster Tahap 2 ii. Hadiah pertandingan mewarnai Tahap 1 iii. Hadiah Pertandingan Menulis Esei Tahap 2 iv. Deklamasi Sajak Tahap 1 Sumber : Sumbangan Pusat Sumber Sekolah SK Taman Teknologi Sumbangan individu JANGKAMASA :

16 hb hingga 20 Mei 2011 JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SK TAMAN TEKNOLOGI 2011 Penasihat: Guru Besar SK Taman Teknologi, En Shahari B Embon Pengerusi I: Penolong Kanan HEM Pn NorShamsuniah Bt Musa Pengerusi II : Pen Kanan Pentadbiran Pn Hjh Khairiah Bt Lahamad Pengerusi III: Pen Kanan Kokurikulum En Abdullah Radzi Setiausaha: Pn Mariam Bt Megat Alang Mohamad Pen Setiausaha: Pn Zurina Bt Ahmad J/Kuasa: Pn Hjh Aniah Bt Mohd Noh En Mohd Fadzli B Ariffin Pn Nor Sykainah Bt Mohd Nasir Pn Noraini Bt Kamaruddin

ATUR CARA PROGRAM ( 9 HINGGA 13 MEI 2011 ) :

Isnin 16 Mei 2011 1. Perasmian Program Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah oleh En Shahari B Embon ( Guru Besar SK Taman Teknologi) 2. Ceramah Pengenalan Dadah oleh Guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Teknologi ( Pn Hjh Aniah). 3. Deklamasi Sajak Dadah

Selasa 17 Mei 2011 1. Cuti Wesak

Rabu 18 Mei 2011 1. Ceramah 5 minit bertajuk Akta Dadah Berbahaya dan Undang-undang Dadah di Malaysia oleh Pn Syakinah Bt Mohd Nasir 2. Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan melukis Poster Tahap 2 Khamis 19 Mei 2011 1. Ceramah 5 minit bertajuk Dadah dan Kesannya kepada Fizikal, Mental dan Sosial remaja hari ini oleh Pn Noraini Bt Kamaruddin. 2. Pameran Bertema Program Pendidikan Pencegah Dadah di ruangan terbuka SK Taman Teknologi ( Anjuran bersama J/Kuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dan Bimbingan & Kaunseling SK Taman Teknologi) 3. Pertandingan menulis esei Tahap 2 Jumaat 20 Mei 2011 1. Majlis Penutupan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Taman Teknologi. 2. Ceramah 5 minit bertajuk Penglibatan Dadah di kalangan murid-murid sekolah oleh En Mohd Fadzli B Ariffin 3. Deklamasi Sajak Tahap 1

PENUTUP / KESIMPULAN:

Semoga jalinan program secara bersepadu ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah yang terlibat dalam arah mewujudkan permuafakatan yang berterusan di dalam membenteraskan najis dadah di Malaysia ini. Sekolah Bebas Dadah 2012, Negara Bebas Dadah 2015

Disediakan oleh: . ZURINA BT AHMAD Setiausaha J/Kuasa Pendidikan Pencegahan Dadah, Sek Keb Taman Teknologi, Seri iskandar.

You might also like