You are on page 1of 9

THIS FORM MUST BE COMPLETED AND ATTACHED TO EACH ASSIGNMENT

THAT YOU SUBMIT TO THE OAS FOR MARKING

PLAGIARISM DECLARATION
I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the
requirements of an approved group assignment is the work of the group), except where
materials cited, quoted or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that
this work / assignment has not been submitted for assessment in any other course or
university without due acknowledgement.
I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.
I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the TMA)
will be taken against me if I am found to be an offender of TMA plagiarism.

Full name and IC No: 951204-01-6316 Date: 04.09.2019

Tutor Marked Assignment (TMA)


Semester/Year 02/2019
Student’s Name YEO JYE ENG
Student’s ID No: 071180011
Course Code MPU3113/03
Course Title HUBUNGAN ETNIK
Class Code 7HET2
TMA No: 1
No. of pages of this TMA 8
(including this page)
Tutor GOPAL A/L R.MAHALINGAM
Course Coordinator RABIKHA HASNI BINTI SUPARMAN
T-DF TMA Declaration Form (version #002/2017
Jawapan kepada Soalan 1
Merujuk daripada blogspot.com (2011), Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
pelbagai etnik yang telah mewujudkan hasil sejarah daripada beratus-ratus tahun dahulu.
Hubungan etnik dalam masyarakat merupakan suatu fitrah yang menjadi keperluan bersama.
Namun sejauhmana kukuh dan eratnya hubungan antara masyarakat tersebut, sebenarnya
tujuan ini berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya. Hubungan etnik di
Malaysia perlulah dinilai dalam bentuknya perpaduan dan integrasi. Oleh itu, rakyat Malaysia
haruslah belajar and memahami tentang persoalan hubungan etnik dan cabarannya seperti
latar belakang sejarah yang membawa kepada masyarakat kini. Berpandukan pengalaman
sejarah, hubungan etnik yang mantap sangat penting dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian daei segi agama, bahasa, dan etnik. Hal ini demikian,
masyarakat yang perpaduan and integrasi akan mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya
pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Justeru, hakikat yang ingin
diketengahkan dalam penulisan ini ialah sorotan beberapa pandangan intelektual pelbagai
etnik yang menyatakan pandangan dan penganalisian berdasarkan pengalaman konflik
hubungan etnik di Malaysia yang boleh dijadikan sempadan dan iktibar pada masa depan.
Terdapat faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini
adalah dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. Dasar yang mengamalkan
konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah
British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
pola penempatan kaum. Sebagai contohnya, orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia, orang-
orang Melayu pula tinggal di luar bandar bekerja sebagai nelayan atau petani, manakala
orang-orang india pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Keadaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat Malayu dan India menjadi lemah dan
ketinggalan. Hal ini melahirkan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang antara
kaum dalam kegiatan ekonomi. Berdasarkan daripada blogspot.com (2010), setiap kelompok
atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan
masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu. Oleh itu, ini
boleh menyebabkan kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh
menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat. Rujukan daripada Norliza dan Khoo CK
(2015), pada era pasca merdeka, masyarakat pelbagai etnik bebas mengamalkan nilai,
kepercayaan, bahasa dan cara hidup mereka dan pada masa yang sama menerima
kepercayaan dan budaya kumpulan etnik lain. Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan
atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Hal ini
telah mengukuhkan kedudukan penjajah British serta mengekalkan kuasa mereka.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah menerima cabaran
yang paling besar iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi konflik etnik yang terburuk
dalam sejarah negara. Selepas itu, kerajaan cuba menyemai semangat perpaduan menerusi
pelbagai dasar sosio-ekonomi dan politik. Disebabkan keadaan ini tidak harus dibiarkan,
kerajaan menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 sebagai usaha untuk
memulihkan keadaan berikut.
Seterusnya, latar belakang pendidikan yang berbeza adalah sesuatu faktor yang
mengakibatkan konflik antara etnik di Malaysia. Rujukan daripada blogspot.com (2016),
sistem pendidikan yang ditingglkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara
kaum. Pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan
pandangan dan tumpuan antara kaum. British tidak bercadang menyatukan semua kaum
dalam satu sistem pendidikan hal ini ber laku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah
Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri dan berbeza antara kaum. Bagi sekolah Melayu, mereka menekankan kemahiran
menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Selain itu, guru-
guru dan buku teks kepada sekolah Cina dan India yang digunakan adalah dibawa dari
Negara China dan India. Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada
penduduk asli Sabah dan Sarawak kerana mereka ingin menyimpan kebijaksanaan semula
jadi yang telah wujud dalam budaya mereka. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah wujud. Disebabkan sukatan pelajaran kaum Cina dan India
berasal dari negara asal maka pendidikan ini akan mempengaruhi pemikiran anak-anak
daripada kehidupan dan adat resam. Keadaan ini boleh mewujudkan perasaan prasangka dan
streotaip antara pelbagai kaum. Oleh itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan dirasmikan sebagai
Ordinan Pelajaran 1957. Walaupun, pelbagai pihak bukan Melayu merasakan langkah ini
terlalu mengutamakan bahasa Melayu. Pada awal tahun 1958, sebagaimana bahasa Melayu
telah dirancangkan secara bahasa penhantar di Malaysia.
Ketiga faktor yang mengakibatkan konflik ialah pelbagai pihak bukan Melayu merasakan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. PAP telah secara lantang
menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang
Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Isu sebenarnya yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puashati terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya, kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina. Berikut pada Norliza dan Khoo CK (2015), pada 1970,
kerajaan mengemukakan faktor penyebab yang agak berlainan iaitu ‘sikap permusuhan dan
perasaan yang tidak seimbang antara kaum’. Manakala, pendirian ini bertujuan untuk
mengembalikan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Kerajaan menyedari kebahayaan
yang dipengaruh oleh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku mengambil tindakan untuk
memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Berikutan itu sebuah parti baru
telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengantikan fungsi PAP sebelum, diberi bernama Parti
Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP serta parti-parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sentitif and perkauman termasuk membangkitkan
soal-soal ketidakadilan menyebabkan semangat perpaduan antara kaum susah mencapai.
Di samping itu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara juga sesuatu faktor yang
mengakibatkan konflik dilakukan di Malaysia. Kesedaran tentang kepentingan penyatuan
penduduk telah membawa kepada pengubalan pelbagai dasar yang dibentuk agar kerajaan
berupaya memupuk persefahaman dan memelihara kestabilan politik negara. Berikut
daripada blogspot.com (2011), perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah membentuk dan menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas
sepuluh tahun merdeka, kerajaan mengubahkan kedudukan bahasa Inggeris sebagai
mengugurkan daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu antara kempen yang dijalankan seperti Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan bahasa Kebangsaan. Selain itu,
pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan tela dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Pada pandangan saya, memperbaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan
ekonomi kaum adalah langkah terbaik bagi mengatasi konflik. Dasar Pendidikan negara
perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang
berilmu dan berkemahiran supaya mempu bersaing dalam pelbagai bidang pada masa yang
akan datang terutamanya dalam sektor ekonomi. Disebabkan jurang ekonomi yang jauh
berbeza antara kaum di negara ini, kerajaan haruslah melalui pendidikan, menghapuskan
pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan supaya mencapai agenda perpaduan.
Kaum Cina mendominasi bidang ekonomi di negara ini, akan menimbulkan rasa isi hatikaum
lain terhadap kaum Cina. Kerajaan bolehlah memberi dasar pendidikan kepada pelbagai
kaum dalam bidang ekonomi untuk melahirkan individu-individu daripada pelbagai kaum
untuk menyaingi kaum Cina dalam ekonomi khususnya bidang perniagaan.
Kesimpulannya, hubungan etnik yang mantap amat penting dalam masyarakat Malaysia yang
mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan
etnik akan mempengaruhi kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan
lancar tanpa gangguan. Sejak negara kita telah mencapai kemerdekaan ejak 53 tahun lalu,
banyak cabaran dan dugaan yang telah diselesaikan oleh kerajaan dapat mewujudkan
perpaduan di kalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa yang dilakukan pada 13 Mei 1969
dan peristiwa Kampung Medan 2001 haruslah diambil sebagai pengajaran dalam
mewujudkan persepakatan di antara kaum. Semua pihak rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawb dalam membantu mewujudkan negara yang harmoni.
Jawapan kepada soalan 2
Merujukan daripada myatatyana84.blogspot.com, Tanah Melayu merupakan salah satu
sebuah negara bekas penjajah Inggeris, demi kepentingan ekonomi, pihak Inggeris akhirnya
campur tangan di Tanah Melayu. Berikut daripada Norliza dan Khoo CK (2015) , campur
tangan British di Tanah Melayu adalah bermula sejak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang.
Selepas itu, dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat antara negara-negara
Asia Tenggara telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan
sosial. 

Kesan yang paling dipengaruhi akibat penguasaan Inggeris di Tanah Melayu ialah dari segi
politik. Rujukan daripada blogspot.com (2015), aspek pemerintahan dan pentadbiran yang
dahulunya adalah diguasai oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir
British. Setelah kedatangan British di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah
terjejas. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir British telah membawa
bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu
pengetahuan sebagai menjalankan pengenalan sistem perundangan Barat. Prinsip, sistem,
struktur dan dasar yang diamalkan dalam pentadbiran mereka adalah jauh berbeza berbanding
dengan sistem dan dasar pemerintahan digunapakai di Tanah Melayu. Ini dapat dilihat
apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara langsung oleh pihak penjajah
melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Selepas Sistem Residen ini telah
diperkenalkan oleh British , sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang dilantik
bagi setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentadbiran kecuali segala
perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat. Selain itu, penjajahan British juga telah
membawa perubahan terhadap politik negara di mana telah wujudnya sistem pentadbiran
berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur yang penting iaitu, legislatif, eksekutif dan
juga badan kehakiman diperkenalkan. Tiga bidang kuasa telah diteruskan dalam operandi dan
pentadbiran negara sehingga hari ini, di mana setiap unsur penting tersebut mempunyai
bidang kuasa mereka yang tersendiri, contohnya perbincangan ini berkisar pada aspek dasar
imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing dan undang-undang buruh. Akibat peristiwa
tindakan sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan keperluan British untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan raya dan kereta api. Kewujudan Jabatan
Perlindungan Orang Asing adalah bermakna para buruh imigran ini dilindungi oleh
pemerintah British dan ini juga dapat mempastikan tidak kehilangan buruh bagi menjana
ekonomi Tanah Melayu.  
 
Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi. Berdasarkan kepada blogspot.com (2015),
kedatangan kuasa British di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi
sara diri. Manakala selepas kedatangan British, kegiatan perlombongan dan perladangan
getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britian.
Bentuk ekonomi masyarakat di Tanah Melayu telah berubah kepada sektor berorientasikan
perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan
nanas. Hal ini demikian, British lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan
eksport seterusnya mendorong pelabur-pelabur asing ke Tanah Melayu dan membawa
teknologi serta sistem pengurusan ekonomi. Contohnya, melalui teknologi moden yang
dibawa oleh British untuk mengantikan teknik lama menjadikan hasil pengeluaran bijih timah
yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu tenaga buruh yang banyak.
Disebabkan perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud
jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Imperialisme Barat yang dijalankan di
Tanah Melayu mewujudkan kemelesetan ekonomi menimbulkan keinginan orang tempatan
supaya membebaskan diri daripada penjajah British.  
 
Kesan sosial campur tangan British di Tanah Melayu ialah kemasukan orang Cina dan orang
India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Kehidupan di Tanah Melayu yang
berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan
penduduk tempatan. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat
tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Selepas perkahwinan campur telah berlaku
antara mereka, tetapi mereka masih mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu.
Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan British adalah berbeza dengan
zaman sebelumnya. Walaupun, mereka menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-
masing, kehidupan yang harmoni tetap wujud antara mereka tanpa mengganggu antara satu
sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga hari ini. Penekanan aspek
ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Dasar pendidikan
pemerintahan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi
jawatan rendah seperti kerani, juru kira dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden.
Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang
kerjaya. Seterusnya, pengajaran menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan
akan melebarkan jurang perpaduan di Tanah Melayu. Oleh itu, kepincangan dalam sistem
pendidikan ini telah memaksa kerajaan tempatan memperbaikinya selepai mencapai
kemerdekaan.

Pada pandangan saya, berikut daripada Zainafsiah (2011), aspek-aspek positif yang akan
membawa perpaduan dan kemakmuran kepada masyarkat Malaysia ialah sebagai rakyat
Malaysia seharusnya memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua
kaum di negara ini. Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan
ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Berdasarkan senario hari ini,
rakyat Malaysia sepatutnya bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang
berlainan agama dengan fikiran yang terbuka. Sebagai contohnya, nyanyain lagu kebangsaan
dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Selain ini,
rakyat Malaysia seharusnya memahami tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-
menhormati antara satu sama lain kaum. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dalam
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang
masih berada di sekolah kebangsaan.
Kesimpulannya, kemasukan orang-orang asing telah memberikan kesan terhadap
sosioekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina dan orang India merupakan sesuatu
peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum,
agama dan budaya. Mereka adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam kehidupan
sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Selain itu, kehidupan secara bersama antara kaum di
Tanah Melayu telah mewujudkan keharmonian kaum. Pengajarannya daripada blogspot.com
(2014) merujukan dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mestilah
mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap
kaum perlulah saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum lain.
Rujukan
blogspot.com (2010) Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras. Diambil daripada laman web:
https://wzwh.blogspot.com/2010/08/faktor-faktor-konflik-etnik-dan-ras.html (Tarikh
dicapai: 04 Sep 2019)

blogspot.com (2011) Konflik perkauman mudah berlaku dalam masyarakat plura(majmuk) di


malaysia seperti dalam Peristiwa 13 mei 1969, Peristiwa Kampung Medan (2001)dan
sebagainya. Bincangkan punca dan kesan konflik-konflik tersebut dan bagaimana kita
boleh mengelak daripada berlaku rusuhan etnik pada masa hadapan? Diambil
daripada laman web: https://hagemarucweety.blogspot.com/2011/11/konflik-
perkauman-mudah-berlaku-dalam.html. (Tarikh dicapai: 04 Sep 2019)

blogspot.com (2016) Etnik kaum di Malaysia. Diambil daripada laman web:


https://masyarakat1malaysia.blogspot.com/2016/02/faktor-faktor-mempengaruhi-
perpaduan.html. (Tarikh dicapai: 04 Sep 2019)

blogspot.com. (2014) Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Diambil daripada


laman web: https://masyarakat-majmuk.blogspot.com/.(Tarikh dicapai: 04 Sep 2019)

Rodzi Norliza & Khoo CK (2015) Hubungan Etnik. Wawasan Open University.
Penang: (Unit 1 dan Unit 2) (Tarikh dicapai: 04 Sept 2019)

Zainafsiah. (2011) Perpaduan kaum di Malaysia. Diambil daripada laman web:


https://zaizak69.blogspot.com/2011/09/perpaduan-kaum-di-malaysia.html. (Tarikh
dicapai: 04 Sep 2019)

You might also like