You are on page 1of 13

JURNAL

PENDIDIKAN SEJARAH DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

ABSTRAK

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat
penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Oleh
itu kertas kerja ini akan membincangkan peranan pendidikan Sejarah untuk
meningkatkan kefahaman perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kertas kerja ini
turut mengupas isu-isu perpaduan kaum, matlamat dan kepentingan pendidikan
Sejarah. Malah ia turut memberi beberapa cadangan dan langkah agar pendidikan
Sejarah mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari
aspek kandungan,penerapan nilai serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci: Perpaduan, Integrasi, Pendidikan Sejarah

PENGENALAN

Pendudukan Inggeris selama 171 tahun (1786-1957) ke atas Tanah Melayu telah
mengubah landskap komposisi penduduk Negara ini. Dasar Inggeris membawa masuk
tenaga kerja dari India dan China untuk membantu mereka memeras kekayaan bumi
Tanah Melayu, terutama dalam sektor perladangan dan perlombongan, telah
menjadikan Negara ini sebuah Negara yang berbilang bangsa (Chamil Wariya 2007).

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-


negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan
polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga diamalkan oleh pihak British ke atas
datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan
dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they
mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak
bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan
bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.Selain daripada membentuk dasar
pecah dan perintah dari segi petempatan dan ekonomi, British juga telah meninggalkan
sistem pelajaran yang jelas menggalakkan pemisahan antara kaum.

Peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar kepada
kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di
Malaysia. A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi pengajaran
kepada kita. Kita selama ini rupa-rupanya gagal menyatupadukan rakyat. Perpaduan
mungkin berada di kulit yang nipis secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak
berakar umbi. Peristiwa ini mengajak kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah
baru untuk mengukuhkan perpaduan.

Perisiwa tersebut memberi pengajaran kepada kerajaan untuk mengatasi masalah-


masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Kerajaan memperkenalkan
dua perkara asas penting mulai tahun 1970 iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi
Baru untuk mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan rakyat. Bidang
pendidikan dikekalkan sebagai teras penting untuk menjayakan hasrat Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
pembangunan dalam bidang pendidikan ditumpukan kepada usaha memperkukuhkan
system pendidikan bagi menggalakkan inegrasi nasional (Mohamad Rodzi 2009).

Justeru itu persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas
Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman,
kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

ISU-ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Sistem persekolahan yang pelbagai aliran di Malaysia seperti sekolah kebangsaan,


sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil merupakan isu
yang sering diperdebatkan dan akhirnya tiada jalan penyelesaian. Isu-isu sistem
persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia berbilang bangsa,
kerana bukan suatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarakat
yang mempunyai pandangan dan kepentingan berbeza. Sistem persekolahan Malaysia
tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum. Kewujudan sekolah pelbagai aliran
ini telah menghalang pelajar-pelajar untuk membina hubungan baik seperti beramah
mesra, bergaul, bersukan , makan bersama, saling kenal-mengenal , dan merapatkan
hubungan silaturahim (Mior Khairul Azrin b.Mior Jamaluddin, 2011).

Ridhuan Tee (2010) juga turut bersetuju bahawa kewujudan sistem persekolahan
berasaskan kaum seperti SJKC memberi pengaruh kepada masalah perkauman di
Malaysia. Kebanyakan orang Cina memilih sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan. Masyarakat Cina amat mementingkan
pendidikan kerana melalui pendidikan mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan
bahasa mereka. Hal ini turut diakui oleh Lee Yoke Fee (2004) yang berpendapat orang
Cina tertama yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk
mengekalkan Mandarin sebagai bahasa ibunda. Hal ini berlaku kerana mereka ingin
mengekalkan identiti dan kebudayaan Cina. Oleh yang demikian integrasi nasional
atau perpaduan kaum sukar dicapai kerana perbezaan-perbezaan yang wujud ini.

Selain daripada masalah kewujudan sekolah pelbagai aliran Ridhuan Tee Abdullah
(2010) dan Lee Yoke Fee (2004) turut mengemukakan beberapa isu perpaduan yang
lain antaranya ialah, tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai
bahasa, tradisi, agama dan budaya hidup. Malah kesatuan wilayah juga berbeza
apabila orang Melayu tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju.
Sedangkan orang Cina hidup di kawasan pantai barat yang lebih maju. Seterusnya
menurut Ridhuan lagi tiada keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan
politik. Kuasa poitik berada di tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi
oleh orang Cina.

Ishak Saat (2010) pula menyatakan aspek politik yang menyumbang kepada masalah
perpaduan kaum. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepelbagai
latarbelakang cenderung mengamalkan fahaman politik berasaskan kaum masing-
masing . Malah ahli-ahli politik sendiri sering menggunakan isu-isu perkauman dan
perpaduan untuk mendapat sokongan politik yang semakin pudar. Keadaan ini seperti
ini secara tidak langsung turut menjejaskan integrasi dan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat.
Manakala Ahmad bin Rahim, et.all (2011), membawa faktor isi kandungan kurikulum
seperti Sejarah yang menjejaskan perpaduan. Kurikulum Sejarah dikatakan bersifat
terlalu ”Melayu centrik” .Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan
memakmurkan negara perlu diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah
orang Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain
juga perlu dilihat dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah agar mata pelajaran lebih
menarik, bersifat universal dan mempunyai nilai tambah. Setiap kaum mempunyai
tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara.

Mohd Rozi (2009) turut bersetuju bahawa bahawa sumbangan kaum, masyarakat dan
tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara
menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku
Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun
Sambanthan perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia yang seterusnya boleh
meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

MATLAMAT DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah
menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan
agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan generasi muda atau pelajar. Pendidikan, sering kali
dianggap sebagai teras utama ke arah perpaduan nasional dan pemupukan kesetiaan
dalam kalangan rakyatnya. Setelah peristiwa 13 Mei 1969, kurikulum yang dirangka
bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang
berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan
yang sempit antara mereka. Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan
negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam
kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.
Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam sistem pendidikan di Malaysia
untuk mencapai matlamat di atas. Malah, cabaran pertama yang digariskan dalam
gagasannegara adalah ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang mempunyai
matlamat yang sama. Ia perlu menjadi bangsa yang aman dengan integrasi wilayah
dan etnik, hidup dalam harmoni, adil, saksama ke arah bangsa Malaysia yang taat dan
setia kepada Negara. Masyarakat yang bersatu padu, berintegrasi, mengamalkan
toleransi serta beridentiti nasional menjadi tonggak utama Dasar Wawasan Negara bagi
membina bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni
(Haminah binti Suhaibo:2010).

Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang


boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama.
Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan
kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan
negara. Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri
seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum
serta amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong -menolong, berbelas kasihan,
bertimbang rasa, hormat menghormati dan bertoleransi (Ee Ah Meng 1996).

Kepentingan mata pelajaran Sejarah ini turut disentuh oleh Omar Mohd Hashim
(1991) yang berpendapat Sejarah ialah satu mata pelajaran yang memainkan peranan
penting kearah mencapai matlamat pembangunan. Bagi negara kita yang masih
dalam proses pembangunan, murid-murid di sekolah dapat ditanamkan semangat
patriotik, kebangsaan serta kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah,
diharap dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati
terutama dalam masyarakat berbilang kaum, keturuan, agama dan adat resam.
PENDIDIKAN SEJARAH KE ARAH PERPADUAN KAUM

Antara cadangan yang dikemukakan adalah mengenai isi kandungan kurikulum sejarah.
Kurikulum yang ditampilkan perlulah bersifat futuristic dan berdaya saing di mana
keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Dalam isi kandungan
kurikulum, perlulah ditampilkan ilustrasi yang menarik agar dapat menarik perhatian
pelajar untuk mengikutinya. Kurikulum sejarah pada masa kini perlulah bersifat
progresif, dinamik dan seimbang. Dengan kata lain, kurikulum yang dihasilkan perlulah
berpusatkan pelajar, realistic serta praktikal dan juga boleh diaplikasikan dalam konteks
kehidupan seharian. Isi kandungan kurikulum sejarah juga perlulah dilihat kembali agar
sumbangan semua kaum di Negara ini dapat dilihat dan dihargai (Ahamad bin Rahim,
et . all, 2011).

Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian
kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Contohnya dalam menuntut
kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun
Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalusi dari perspektif perpaduan dan integrasi
kaum di Negara ini. Hal ini adalah untuk mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari
lebih menjuruskan kepada sejarah orang-orang melayu atau ‘melayu centric’.
Seharusnya kurikulum sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat
merasakan sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Hal ini sangat
penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain.
Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar dari semua kaum dalam
menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan Negara. Hal ini
secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan di kalangan mereka (Ahamad bin
Rahim, et.all, 2011).

Seterusnya adalah cadangan mengenai konteks penerapan nilai dalam sejarah.


Hal ini adalah kerana subjek sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk
nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan social untuk mencorakkan perkembangan
personality yang lebih seimbang.menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam
pendidikan sejarah dapat dibahagikan kepada empat iaitu, nilai individu, nilai politik,
nilai sosial dan kemasyarakatan dan juga nilai intelek. Oleh yang demikian, kurikulum
sejarah yang dibentuk perlulah memberi penekanan kepada nilai unsur ini selari dengan
hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi
dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Negara
ini.

KESIMPULAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum melalui pendidikan Sejarah tiada
jalan noktahnya.Pendidikan Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan
hasrat ini.Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan
mahupun badan-badan bukan kerajaan.Dalam konteks Malaysia yang mempunyai
masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk
memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini.
Langkah kabinet untuk membentuk

sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum Sejarah


dianggap satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat
Malaysia, semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik
noktahnya. Untuk itu,semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan
saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan
kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing. Kita tidak mahu isu
dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun
yang akan datang. ‘Gagasan1 Malaysia’yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri,
Dato’ SriMohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa
perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini.Oleh itu, kurikulum
Sejarah dilihat sebagai mediumyang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.

RUJUKAN

Chamil Wariya. 2007. Malaysia 50 Fakta Asas Kenengaraan. Kuala Lumpur: Media
Global Matrix Sendirian Berhad
A. Aziz Deraman.2000.Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.Kuala:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Rahim Abd. Rashid.2000. Wawasan & Agenda Pendidikan.Kuala Lumpur:

Utusan Publications

Abdul Rashid Suratnu dan Abdul Rahmad Daud. 2008. Khidmat Negara
Tak

Maka Tak Cinta. Kuala Lumpur: Permasik Holdig

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan –


Teori, Analisis Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional

Burchardt. J. 1998. Reflection on History. Indiana Polis: Liberty University Press

Butterfield, H. 1973. The Whig Interpretation History. Australia: A Pelican Book.

Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan di Malaysia Satu Falsafah Pendidikan Guru dan


Sekolah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng.1997. Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester
II).Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin. 1997.Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Mohd Rodzi.2009. Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah


dan Dasar Pelajaran Kebangsaan, JEBAT .36(90): 106

Mok Soon Sang.1999. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Muhammad Ismail Ahmad. 2004. Sejarah Malaysia. Shah Alam: Pustaka Mawar.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ramlah Adam et.al.2004. Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Robert F.Mager. 2006. Teknik Mendorong Pelajar Belajar…tanpa membunuh semangat


mereka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Ruhanie Haji Ahmad.2005. Patriotisme Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn.Bhd.

Shahabuddin Hashim et.al. 2007. Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan
Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Suffean Hussin. 2002. Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro dan Mikro. Kuala
Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd.

Tanggung jawab Mengisi Kemerdekaan. 2010.Berita Harian, 31 Ogos: 18

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Sejarah 2003. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ULASAN JURNAL AKADEMIK

Kekuatan dalam jurnal ini beliau mampu menyatakan atau mengingatkan kita semua
tentang peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar
kepada kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk
seperti di Malaysia. A.Aziz Deraman (2000) menjelas peristiwa ini banyak memberi
pengajaran kepada kita. Beliau menekankan kita bahawa selama ini rupa-rupanya
gagal menyatupadukan rakyat.,perpaduan kita yang lihat pada sekarang mungkin
berada di kulit yang nipis secara luaran dalam lingkungan politik, tetapi tidak berakar
umbi. Beliau juga memberi cadangan bahawa peristiwa ini juga boleh mengajak
kerajaan berfikir semula dan mengatur langkah baru untuk mengukuhkan
perpaduan.Cadangan ini mampu mengambil perhatian daripada kerajaan yang lebih
supaya kerajaan boleh melihat masalah yang rakyatnya sedang menghadapi sekarang
dan cuba selesaikan.

Dan buktinya perisiwa tersebut memberi pengajaran kepada kerajaan untuk mengatasi
masalah-masalah yang menyebabkan pertembungan antara etnik. Selepas perkara
itu,kerajaan telah memperkenalkan dua perkara asas penting mulai tahun 1970 iaitu
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk mewujudkan keseimbangan kaum dan
perpaduan rakyat. Bidang pendidikan dikekalkan sebagai teras penting untuk
menjayakan hasrat Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Dalam Rancangan
Malaysia Kedua (1971-1975), pembangunan dalam bidang pendidikan ditumpukan
kepada usaha memperkukuhkan system pendidikan bagi menggalakkan inegrasi
nasional (Mohamad Rodzi 2009). Oleh itu,kekuatan jurnal ini amat bagus sebab dapat
memberi maklumat dan sejarah-sejarah Negara kita yang penting tetapi tidak sering
diingati oleh rakyat Malaysia.

Selain daripada itu,kekuatan jurnal ini juga dapat memberi bukti atau maklumat yang
penting dan wujud kepada pembaca.Sebagai contohnya,beliau mengatakan kewujudan
sekolah pelbagai aliran ini telah menghalang pelajar-pelajar untuk membina hubungan
baik seperti beramah mesra, bergaul, bersukan , makan bersama, saling kenal-
mengenal , dan merapatkan hubungan silaturahim (Mior Khairul Azrin b.Mior
Jamaluddin, 2011). Kewujudan sistem persekolahan berasaskan kaum seperti SJKC
memberi pengaruh kepada masalah perkauman di Malaysia. Bukan begitu
sahaja,penulis jurnal ini juga dapat memberi sebab-sebab masalah semua perkauman
ini dengan menyertakan contoh.Ini adalah amat baik.Contohnya,sebab-sebab mengapa
Kebanyakan orang Cina memilih sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) untuk anak-
anak mereka mendapat pendidikan,sebab masyarakat cina amat mementingkan
pendidikan kerana melalui pendidikan mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan
bahasa mereka.

Hal ini turut diakui oleh Lee Yoke Fee (2004) yang berpendapat orang Cina tertama
yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk mengekalkan Mandarin
sebagai bahasa ibunda. Hal ini berlaku kerana mereka ingin mengekalkan identiti dan
kebudayaan Cina. Oleh yang demikian integrasi nasional atau perpaduan kaum sukar
dicapai kerana perbezaan-perbezaan yang wujud ini.Jurnal ini juga amat bagus sebab
boleh membantu orang-orang memahami sebab-sebab mengapa masyarakat Cina
memilih sekolah jenis kebangasaan Cina(SJKC),dan ini dapat mengurangkan salah
faham masyarakat terhadap masyarakat Cina.

Selain daripada masalah ini,penulis juga telah megatakan dan memberi maklumat yang
amat bagus untuk masyarakat kita untuk membaca dan boleh lebih memahami budaya
dan sejarah rakyat yang berlainan kaum.Contohnya,beberapa isu perpaduan yang lain
ialah, tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi,
agama dan budaya hidup. Malah kesatuan wilayah juga berbeza apabila orang Melayu
tertumpu di kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju. Sedangkan orang Cina
hidup di kawasan pantai barat yang lebih maju. Seterusnya menurut Ridhuan lagi tiada
keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan politik. Kuasa poitik berada di
tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina.Melalui
maklumat ini,masyarakat dapat memahami kaum yang lain dengan lebih mendalam dan
dapat mengurangkan salah faham yang tidak diperlukan.

Kelemahan jurnal ini ada satu sahaja,iaitu kekurangan focus dalam satu kaum.Sebagai
contoh,penulis jurnal tidak menekankan kaum cina bagaimana,orang melayu
bagaimana,dan beliau hanya mengatakan di atas lapisan kulit sahaja.Beliau boleh
memperbanyakkan dan lebih mendalami setiap satu kaum.
Cadangan bagi jurnal ini adalah,pihak kerajaan boleh lebih memperbanyakkan aktiviti
satu Malaysia.Ini dapat membantu dengan banyak supaya semua masyarakat boleh
melakukan satu aktiviti yang berfaedah bersama-sama.Selain daripada itu,rakyat juga
boleh saling memahami budaya kaum yang lain dengan lebih mendalam dan boleh
menghormati kaum lain.

Selain daripada cadangan tersebut,rakyat juga boleh lebih berinteraksi dengan rakan
yang berbeza kaum.Sebagai contoh,orang melayu boleh mengajak orang cina ke majlis
perkhawinan mereka ataupun open house.Semua usaha ini akan lebih membantu
merapatkan hubungan antara semua kaum dan mengurangkan jurang.

You might also like