You are on page 1of 2

NAMA

ID

: JASREENA KAUR A/P HARJIT SINGH


: CE 095256

SEKSYEN : 02
Tajuk
Pendidikan Sejarah Dalam Memupuk Perpaduan Kaum Di Malaysia.
Jenis Bahan Bacaan
JURNAL, dari DocSlide, oleh Chong Chin Wit.
Tahun Terbitan
FEBRUARI 18, 2015.
Sinopsis
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan
India menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam mewujudkan
keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Dasar Inggeris yang membawa masuk
tenaga kerja dari India dan Cina tetapi tidak menggalakkan perpaduan serta memecahkan
system pelajaran mengikut bahasa ibunda masing-masing telah mendatangkan bencana
kepada kestabilan sosial and politik negara. Peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969
merupakan satu pengajaran besar kepada kita bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam
negara. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan
sistem pendidikan bagi menggalakkan integrasi nasional. Salah satu isu perpaduan kaum
adalah kewujudan sekolah pelbagai aliran. Mengikut beberapa tokoh, tidak wujudnya
kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi, agama, aspek politik yang
mengamalkan fahaman politik berasaskan kaum tersendiri dan juga kurikulum sejarah
dikatakan bersifat terlalu Melayu centrik. Justeru, salah satu cara untuk mewujudkan
perpaduan dalam sesebuah negara adalah menerusi pendidikan terutamanya Sejarah.
Pendidikan Sejarah telah dijadikan wahana utama dalam sistem pendidikan Malaysia kerana
ia boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam setiap individu. Sejarah juga perlu bersifat
futuristic, berdaya saing, berpusatkan pelajar, realistic, praktikal dan penerapan nilai dalam
sejarah boleh melahirkan generasi pelajar yang intelektual. Kesimpulannya, setiap kaum
perlulah menanam sikap kekitaan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Kurikulum
Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat perpaduan
kaum di Malaysia.

Ulasan
Jurnal ini membincangkan peranan pendidikan Sejarah untuk meningkatkan
kefahaman dan isu-isu perpaduan kaum serta beberapa cadangan dan langkah agar
pendidikan Sejarah mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum.
Dalam jurnal ini, penulis mampu menyatakan atau mengingatkan kita semua tentang
peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran besar kepada kita
bahawa pentingnya semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Selain itu, penulis jurnal ini juga dapat memberi sebab-sebab masalah semua perkauman ini
dengan menyertakan contoh dan ini dapat mengurangkan salah faham masyarakat terhadap
masyarakat Cina. Contohnya, kebanyakan orang Cina memilih sekolah jenis kebangsaan Cina
(SJKC) untuk anak-anak mereka. Ini kerana masyarakat Cina amat mementingkan
pendidikan kerana melalui pendidikan mereka dapat mengekalkan warisan budaya dan
bahasa mereka. Penulis juga telah menyatakan beberapa isu perpaduan. Contohnya, tidak
wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi, agama dan budaya
hidup. Malah kesatuan wilayah juga berbeza apabila orang Melayu tertumpu di kawasan
pantai timur dan utara yang kurang maju. Sedangkan orang Cina hidup di kawasan pantai
barat yang lebih maju. Melalui maklumat ini, masyarakat dapat memahami kaum yang lain
dengan lebih mendalam dan dapat mengurangkan salah faham yang tidak diperlukan.
Terdapat satu kelemahan dalam jurnal ini iaitu kekurangan focus dalam satu kaum. Jurnal ini
boleh menjadi lebih baik jika penulis mendalami setiap kaum dengan lebih. Sebagai
cadangan, pihak kerajaan boleh memperbanyakkan aktiviti dengan melibat seluruh warga
Malaysia. Semua rakyat juga harus berfikiran terbuka dan berinteraksi dengan rakan yang
berbeza kaum untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Semua usaha ini akan membantu
Malaysia menjadi sebuah negara yang gemilang.

You might also like