You are on page 1of 9

PLAGIARISM DECLARATION FORM (T-DF)

Instructions
Please complete and attach this Plagiarism Declaration Form to each Assignment that you
submit into the Online Assignment Submission (OAS) system for marking.

I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.

I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.

I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the Assignment) will be
taken against me if I am found to be an offender of Assignment plagiarism.

Full name and IC No: Saw Han Leong 790228-07-5279 Date: 151122

Assignment (Asgmt) Declaration Form


Jan / May / Sept 202_ September 2022
Student’s Name Saw Han Leong
Student’s ID No: 041140266
Course Code MPU3123/03
Course Title Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
Class Code TIT5
Assignment No: 3
No. of pages of this 8
Assignment (including
this page)

Tutor’s Name MR GOPAL A/L R. MAHALINGAM


Course Lead’s Name RABIKHA HASNI
T-DF Assignment Declaration Form (7/2022 / version #005)

1.

i. Tamadun Islam

Sumbangan Tamadun Islam kepada peradaban Malaysia kini:-

Menghapuskan riba, menyembah 1 tuhan, martabat wanita ditinggikan, kewujudan system pentadbiran dan

pemerintahan. Masyarakat Malaysia bersifat lebih terbuka dan kreatif. Pembinaan masjid yang mempunyai

pelbagai fungsi.

Pendidikan

Matematik adalah salah satu contoh sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains dan
teknologi. Tokoh yang bertanggungjawab dalam bidang ilmu matematik ini antaranya adalah
Al Khawarizmi kerana beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap intelektual
dunia. Contohnya, beliau telah memperkenal cabang-cabang matematik seperti Algebra,
sistem nombor, aritmetik, aljabar, geometri dan juga trignometri. Sebagai contoh, beliau telah
memperkenal sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) iaitu konsep angka dari 1, 2, 3,
4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0 yang digunakan sehingga kini. Beliau juga menyempurnakan teori
geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana
membantunya menguasai konsep perbezaan. Jasa beliau yang lain adalah membangunkan
secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan
segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau memperkenalkan algebra dan kaedah
penyelesaian tersusun dan sistematik dalam pengembangan garis lurus serta persamaan
kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih
tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui. Misalnya, (x2 + 2x – 8 = 0). Namun, beliau
sangat dikenali dengan ilmu algebra hinggakan digelar sebagai Bapa Algebra. Malah, algebra
menjadi antara topik utama dalam mata pelajaran Matematik di negara ini.
Matematik adalah salah satu contoh sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains dan
teknologi. Tokoh yang bertanggungjawab dalam bidang ilmu matematik ini antaranya adalah
Al Khawarizmi kerana beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap intelektual
dunia. Contohnya, beliau telah memperkenal cabang-cabang matematik seperti Algebra,
sistem nombor, aritmetik, aljabar, geometri dan juga trignometri. Sebagai contoh, beliau telah
memperkenal sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) iaitu konsep angka dari 1, 2, 3,
4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0 yang digunakan sehingga kini. Beliau juga menyempurnakan teori
geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana
membantunya menguasai konsep perbezaan. Jasa beliau yang lain adalah membangunkan
secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan
segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau memperkenalkan algebra dan kaedah
penyelesaian tersusun dan sistematik dalam pengembangan garis lurus serta persamaan
kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih
tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui. Misalnya, (x2 + 2x – 8 = 0). Namun, beliau
sangat dikenali dengan ilmu algebra hinggakan digelar sebagai Bapa Algebra. Malah, algebra
menjadi antara topik utama dalam mata pelajaran Matematik di negara ini.
Antara sumbangan tamadun Islam terhadap sistem Pendidikan Islam terhadap masyarakat Islam di Malaysia

ialah munculnya pelbagai institusi pendidikan dad pondok hinggalah universiti. Perkembangan sistem sekolah

pondok ini kemudiannya diikuti dengan pertumbuh'an sekolah agama sama ada sekolah rakyat mahupun

sekolah bantuan kerajaan. lanya dianggap sebagai satu sumbangan yang besar kepada Malaysia sejak

kedatangan para pendakwah Islam lebih 500 tahun yang lalu. lanya terus berkembang sehingga kini apabila

beberapa buah universiti dan kolej Islam mula didirikan di Malaysia dari semasa ke semasa.

Perkembangannya terus meluas apabila sistem pendidikan Islam telah diintegrasikan dengan beberapa bidang

lain yang dianggap sekular sebelum ini. Harapannya adalah dengan pengintegrasian tersebut maka akan lahir

jurutera hafiz, doktor pakar Islam, arkitek muslim dan sebagainya. Antara institusi-institusi yang lahir hasil

kesan daripada pembinaan tamadun Islam di Tanah Melayu ialah institusi Pondok. Kewujudan sekolah pondok

dikatakan telah bermula semenjak zaman kerajaan Pasai dan Aceh kemudian dibawa masuk ke Tanah Melayu

melalui Patani sekitar abad ke 17 serta menjadi popular pada abad ke 18 dan 19. Sistem pengajian pondok yang

terdapat di Malaysia sekarang ini adalah adaptasi dad Patani, selatan Thai.

Model pendidikan tradisional ini telah diimport ke negeri Kedah, Kelantan, Seberang Prai, Perak, Selangor dan

Terengganu. Dengan sebab itulah sistem pendidikan pondok dilihat banyak berada di negeri-negeri utara

semenanjung Tanah Melayu. Daripada segi perbezaan sistem pondok dengan sistem sekolah agama hanyalah

terletak pada metodologi pembelajaran sahaja manakala kurikulumnya tidaklah ketara perbandingannya.

Sistem Pemerintahan

Islam telah memperkenalkan cara pemerintahan Islam yang adil kepada semua rakyat meskipun berbeza agama

dan keturunan. Sebagai penghormatan kepada orang bukan Islam dilantik ketua-ketua daripada kalangan

mereka. Mereka juga mempunyai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul dikenali sebagai Qadi al-

Ajam. Tamadun Islam mengemukakan kepada peradaban manusia sistem pemerintahan dan konsep kepimpinan

yang meletakkan tanggungjawab secara keseluruhannya berasaskan perspektif syariah untuk tujuan
kemaslahatan yang kesannya dinikmati manusia di dunia dan di akhirat secara bersama. Hal ini kerana ia pada

hakikatnya tanggungjawab untuk menjaga agama dan menguruskan dunia dengan agama. 

ii Tamadun Melayu

Sumbangan Tamadun Melayu kepada peradaban Malaysia kini:-

Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambunganmelalui pelbagai sumber dari

penulisan hingga penemuan berbentuk arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara

bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan Melayu sebelumnya. Dari segi kerajaan dan system

pemerintahan Negara Malaysia pada hari ini. Malaysia mengamalkan sistem beraja melalui sistem pentadbiran

berparlimen dan berperlembagaan yang merangkumi seluruh 16 buah negeri. Walau bagaimanapun, empat buah

negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak diperintah melalui Ketua Menteri dan Gabenor berbanding

dengan 12buah negeri selainnya yang diketuai oleh Sultan. Biarpun begitu kesemua negeri tersebut diletakkan di

bawah ‘Kerajaan Persekutuan’.

Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambunganmelalui pelbagai sumber dari

penulisan hingga penemuan berbentuk arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau

Negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau kerajaan Melayu sebelumnya. Sistem berkerajaan

dan pemerintahan Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun

Melayu lama seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Lingga yang lain-lain. Dari segi kerajaan dan

system pemerintahan Negara Malaysia pada hari ini. Malaysia mengamalkan sistem beraja melalui sistem

pentadbiran berparlimen dan berperlembagaan yang merangkumi seluruh 16 buah negeri. Walau bagaimanapun,

empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak diperintah melalui Ketua Menteri dan

Gabenor berbanding dengan 12 buah negeri selainnya yang diketuai oleh Sultan. Biarpun begitu kesemua negeri

tersebut diletakkan di bawah ‘KerajaanPersekutuan’ yang diketuai oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan

Agong.
Setiap politik Melayu yang dinyatakan di atas, diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertuan menjadi

system pemerintahan raja berpelembagaan. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja, iaitu Yang

di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai komponen penting dalam pemerintahan demokrasi

berparlimen di negara kita. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama Negara yang mengetuai tiga buah

badan didalam kerajaan iaitu badan pemerintahan, badan perundangan dan badan kehakiman.

iii Tamadun India

Sumbangan Tamadun India kepada peradaban Malaysia kini:-

Agama

Tamadun India seperti mana tamadun lain sudah mula bertapak di abad ini buat satu tempoh yang agak lama.

Setiap tamadun tidak kira apa pun ceritanya pasti mempunyai agamanya yang tersendiri. Sinonim dengan

Tamadun India,menurut kajian  melalui mohor, patung dan bahan tembikar yang ditemui membuktikkan

bahawa masyarkat Lembah Indus mempunyai agama dan  kepercayaan  tersendiri. Agama di Tamadun India

boleh diklasifikasikan keadaan beberapa agama antaranya ialah Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina

dan Agama Sikh. Secara literal, Tamadun India meninggalkan pengaruh yang besar kepada Tamadun Malaysia

melalui penyebaran agama secara khususnya adalah agama Buddha dan Agama Hindu yang banyak dianuti

oleh masyarakat di tamadun Malaysia.

Agama Hindu  sememangya sudah tidak asing lagi di Nusantara dan agama ini merupakan agama tertua di

dunia. Tidak sebagaimana agama-agama besar dunia yang lain, sejarah awal agama ini sukar ditentukan malah

tarikh mulanya tidak diketahui. Menurut N. M Idaikkadar (1979), agama Hindu diberi nama berdasarkan nama

Sungai Sindu (Indus). Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma, Karma
Mokhsa dan Samsara. Brahman merujuk kepada Tuhan manakala Atman ialah roh individu yang terdapat

dalam badan setiap manusia. Atman sentiasa berusaha untuk bersatu bersama Brahman namun itu hanya akan

berlaku bergantung kepada Karma. Penganut agama Hindu sentiasa berusaha untuk membebaskan diri daripada

Samsara dan mencapai Mokhsa.Mokhsa dalam erti kata lain adalah syurga. Selain daripada itu, agama Hindu

juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Veda.

Adat istiadat

Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu yang kedua ialah adat melenggang perut. Adat

melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung manakala di

sebelah Utara Semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang

dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan

bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi

memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Upacara melenggang perut ini akan di

lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang

digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan

selamat. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.

Seterusnya tepung tawar akan dicalit ke muka wanita hamil tersebut dan beras kunyit akan ditabur. Adat ini

dipercayai mengandungi unsur-unsur budaya Hindu dan telah menjadi ikutan masyarakat Melayu di Malaysia.

Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai

dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.

Secara ringkasnya berinai curi ini biasanya diadakan pada waktu petang hari. Manakala berinai kecil pula

dilakukan selepas berinai curi dan dilakukan pada sebelah petang. Bagi istiadat berinai besar pula, ianya

dijalankan pada malam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikah untuk para jemputan khas

daripada kedua-dua pihak pengantin. Pengantin perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan dan

kaki termasuklah pada tapak tangan. Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking, jari
manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat Melayu

bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Corak ini adalah dari pengaruh tamadun Hindu di India.

iv Tamadun Cina

Sumbangan Tamadun Cina kepada peradaban Malaysia kini:-

KESIHATAN 

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep

kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah

agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan

holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang

dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea

bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi

rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan

melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan

dalam kehidupannya. 

PENDIDIKAN 

Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang.

Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari

perkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan

agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya

tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara

transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid

memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran

Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri. 
KEKELUARGAAN 

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun

tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga tambahan. Dalam sesebuah keluarga

wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. pengamalan

seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme,

kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap

konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.

Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah

keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-

masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati. 

List of Internet References

http://www.pmm.edu.my/zxc/pustaka/writing/pmmfasa4567/SUMBANGAN%20TAMADUN

%20ISLAM%20TERHADAP%20PENDIDIKAN%20ISLAM%20DI%20%20%20MALAYSIA.PDF

Accessed on 161122

https://www.coursehero.com/file/66768151/TITAS-Topik-5-Sumbangan-Tamadun-Melayu-Terhadap-

Peradaban-Duniapptx/

Accessed on 161122

https://www.coursehero.com/file/66768151/TITAS-Topik-5-Sumbangan-Tamadun-Melayu-Terhadap-

Peradaban-Duniapptx/

Accessed on 161122

https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-tamadun-india-di-malaysia/

Accessed on 161122
https://titasprojectupm.blogspot.com/2018/05/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-tamadun.html

Accessed on 161122

https://titasprojectupm.blogspot.com/2018/05/sumbangan-tamadun-cina-terhadap-tamadun.html

Accessed on 171122

You might also like