You are on page 1of 5

TUTOR-MARKED ASSIGNMENT

THIS FORM MUST BE COMPLETED AND ATTACHED TO EACH ASSIGNMENT THAT


YOU SUBMIT TO THE OAS FOR MARKING

PLAGIARISM DECLARATION
I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.
I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.
I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the TMA) will be taken
against me if I am found to be an offender of TMA plagiarism.

Full name and IC No: Dorothy Melody


Date: 27/4/2020

Tutor Marked Assignment (TMA)


Semester/Year 4/19
Student’s Name Dorothy Melody
Student’s ID No: 071170194
Course Code MPU3113/03
Course Title Hubungan Etnik
Class Code 7HET2
TMA No: 2
No. of pages of this TMA 5
(including this page)

Tutor Mr.Gopal

Course Coordinator
T-DF TMA Declaration Form (version #002/2017)
Jawab semua soalan.
1. Pelbagai dasar telah dikemukakan oleh pihak kerajaan yang bertujuan mewujudkan
perpaduan, keharmonian dan kestabilan sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial
dalam negara. Pilih mana-mana satu (1) dasar / polisi kerajaan yang membentuk
perpaduan dan jawab soalan berikut.

(i) Huraikan tujuan dasar / polisi itu dikemukakan. (20 markah)

Dasar merupakan garis panduan dalam pentadbiran dan digunakan sebagai suatu
arahan, pedoman dan peraturan dalam pengambilan pelbagai jenis keputusan. Dasar
merupakan salah satu langkah yang penting untuk menghapuskan ketidakseimbangan yang
wujud dan membentuk sebuah negara yang kukuh dan stabil dari segi perpaduan, ekonomi
dan pembangunan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik,
bangsa dan budaya (Razak, 2009). Oleh kerana itu, kerajaan Malaysia menubuhkan pelbagai
dasar bagi mengukuhkan perpaduan dan membangun negara dalam semua aspek.
Salah satu dasar yang dikemukakan selepas kemerdekaan yang bertujuan untuk
mencapai perpaduan dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya ialah Dasar
Pelajaran Kebangsaan (DPK) yang termaktub juga dalam Akta Pelajaran 1961 (Don, 2005).
Dasar ini berjaya mencapai perpaduan dari segi sosioekonomi dan politik. Usaha pertama
untuk mencapai perpaduan antara kaum ialah dengan permulaan Penyata Rahman Talib di
mana strategi yang digunakan ialah dengan menjadikan Bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar. Ini dapat membantu rakyat Malaysia ke arah perpaduan kerana langkah ini dapat
meningkatkan persefahaman yang lebih mendalam antara satu sama lain terutamanya bagi
sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum dan yang berbahasa
berlainan. Kerajaan juga menyelaraskan dan mewujudkan sistem pembelajaran yang sama
berteraskan Malaysia di semua sekolah. Ini berjaya mewujudkan sistem yang menyatu dan
menstabilkan masyarakat.
Selain itu, tujuan kedua dasar ini diperkenalkan ialah sebagai suatu usaha untuk
menghasilkan insan-insan yang harmonis, berfikiran secara positif dan stabil dari segi emosi,
rohani dan politik telah diwujudkan Penyata Razak (Sidin, 1994). Langkah yang diambil ke
arah merealisasikan tujuan ini ialah dengan mencadangkan supaya semua kanak-kanak diberi
peluang untuk menerima pelajaran dan juga mewujudkan sistem yang selaras bagi semua
sekolah. Ini dapat membina generasi yang bijak dan cerdik dari segi pemikiran perlakuan dan
memberi peluang untuk masa depan yang cerah

(ii) Sejauhmana dasar/polisi tersebut telah mencapai matlamatnya. (20 markah)

Langkah pertama untuk ialah untuk membina perpaduan antara semua kaum di
Malaysia. Melalui beberapa tahun ini kita dapat melihat betapa banyak rakyat Malaysia telah
berjaya memahami kepentingan perpaduan antara masyarakat yang berada di Malaysia.
Terutamanya apabila berlakunya pandemik Covid-19 ini, kita boleh melihat ramai yang
menghulurkan tangan pertolongan untuk keluarga-keluarga yang tidak mempunyai barang
barang keperluan pada masa Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana banyak keluarga tidak
dapat keluar bekerja untuk menyediakan makanan di meja. Semua insan yang melakukan
perkara ini melakukan dengan sepenuh hati tanpa melihat warna kulit atau latar belakang
sesiapa.
Usaha kedua untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berfikiran jauh dan
matang juga menunjukkan kadar peningkatan yang stabil sejak usaha ini dimulakan iaitu pada
tahun 1961. Ini dapat dilihat dalam abad kedua ini, di mana generasi yang mendapat pelajaran
yang sepatutnya mempunyai mentaliti yang berbeza dan berjaya menjadi insan yang
cemerlang seperti angkasawan pertama Malaysia pada tahun 2006 yang bernama Sheikh
Muszaphar Shukor. Selain itu, juga terdapat banyak pemuda pemudi yang berjadi usahawan
dan usahawati. Ini bukan sahaja merupakan pembangunan diri sendiri tetapi juga memajukan
negara dari segi ekonomi, politik dan sosial di mana kes – kes jenayah juga berkurangan.

(iii) Berikan satu cadangan penambahbaikan dasar /polisi tersebut. (10 markah)

Cadangan yang boleh saya berikan untuk menambahbaikkan impak positif kepada
individu, masyarakat dan negara ialah dengan menambah peluang untuk pelajar yang telah
taat pelajaran tingkatan 5 atau 6 untuk meneruskan pelajaran mereka ke tahap yang lebih
tinggi. Usaha ini boleh dilakukan dengan mempermudahkan sistem permohonan dan
menyediakan sistem di mana pelajar boleh mengakses dan mencari informasi yang mereka
perlukan dari segi cara kemasukan dan tarikh akhir untuk memohon universiti atau institusi
kerajaan. Perkara ini penting kerana banyak pelajar yang datang daripada keluarga yang
sederhana dan sudah menamat SPM dan STPM dengan keputusan yang memuaskan tidak
berjaya memasuki universiti untuk meneruskan pelajaran mereka atas sebab kekurangan
wang dan tidak mempunyai informasi untuk memasuki universiti kerajaan. Perkara ini akan
membantu banyak pelajar merealisasikan impian dan cita-cita mereka dan dalam masa yang
sama dapat membentuk insan yang dapat menyumbang ke pembangunan negara dalam semua
aspek.
2. Anda diminta untuk mengepilkan satu foto yang melambangkan perpaduan kaum/
hubungan etnik/keunikan kebudayaan pelbagai etnik di Malaysia. Foto ini haruslah
tulen yang dirakam oleh anda sendiri. Jika didapati anda mengambil dari sumber
internet, markah akan ditolak. Anda diminta menulis di antara 150-200 patah
perkataan berkenaan dengan foto yang dipilih oleh anda.

Tajuk : Bersatu Membina

Ini merupakan suatu aktiviti yang berlaku pada 13hb Oktober 2019 di mana
sekumpulan pelajar daripada Wawasan Universiti Terbuka melakukan projek untuk
menghasilkan sebuah taman untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan
tumbuh-tumbuhan dan di salah satu hutan simpanan di Tanjung Piai, Johor. Kenapa saya
memilih foto di atas ialah kerana ia menunjukkan gambar beberapa orang yang datang
daripada perjalanan hidup yang berbeza, berlainan kaum, bangsa, umur dan jantina tetapi
masih boleh bertolak ansur dan saling memahami untuk mencapai sesuatu matlamat. Salah
satu konsep yang saya pelajari dalam hubungan etnik yang berkaitan dengan gambar di atas
ialah konsep pendidikan yang digunakan sebagai medium menguatkan perpaduan antara
kaum di negara ini. Gambar ini dapat membuktikan konsep ini kerana semua pelajar di atas
merupakan pelajar universiti dan melalui itu mereka dapat kesedaran betapa pentingnya
untuk saling bekerjasama dan saling memahami untuk menyiapkan projek yang sudah kita
bincangkan berbulan. Ini merupakan suatu sikap yang bukan sahaja kita amalkan semasa
belajar atau semasa di universiti tetapi akan membesar bersama. Lama-kelamaan ini akan
membawa impak yang sangat besar kepada masyarakat dan negara kita dari segi
pembangunan sosial, ekonomi dan rohani individu.
Rujukan

Alhabhi, S. O., & Hakim, H. (2010). Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan
kebangsaan. Kertas kerja.
bin Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan
pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).
Don, Y. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Professional.
Lebar, M. S. (1988). Perubahan dan kemajuan pendidikan di Malaysia. Nurin Enterprise.
Razak, M. R. A. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics &
Strategic Studies, 36, 90-106.
Sidin, R. (1994). Pendidikan di Malaysia: cabaran untuk masa depan. Penerbit Fajar Bakti.
Unknown. (1970, January 1). NOTA DASAR-DASAR KERAJAAN. Retrieved from
http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-dasar-dasar-kerajaan.ht

You might also like