You are on page 1of 9

MPU3113/03 – HUBUNGAN ETNIK

TUTOR-MARKED ASSIGNMENT 1 (TMA 1)


JULY 2018
THIS FORM MUST BE COMPLETED AND ATTACHED TO EACH ASSIGNMENT THAT YOU
SUBMIT TO THE OAS FOR MARKING

PLAGIARISM DECLARATION
I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet the requirements
of an approved group assignment is the work of the group), except where materials cited, quoted
or paraphrased are acknowledged in the text. I also declare that this work / assignment has not
been submitted for assessment in any other course or university without due acknowledgement.
I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious offences.
I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the TMA) will be taken
against me if I am found to be an offender of TMA plagiarism.

Full name and IC No: TERESA NUNYA CHIN 960728-13-5716


Date: 31 OGOS 2019

Tutor Marked Assignment (TMA)


Semester/Year 2/2019
Student’s Name TERESA NUNYA CHIN
Student’s ID No: 071170247
Course Code MPU3113 / 03
Course Title HUBUNGAN ETNIK
Class Code 7 HET 2
TMA No: 1
No. of pages of this TMA 9
(including this page)

Tutor ENCIK GOPAL A/L R.MAHALINGAM


Course Coordinator PUAN RABIKHA HASNI BINTI SUPARMAN
1.

Rakyat Malaysia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-62

pada 31 Ogos 2019 dimana tema kita pada tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku:

Malaysiaku Bersih. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 190

kumpulan etnik. Antaranya terdiri daripada melayu, india, cina, iban, kadazan-dusun,

dan lain-lain lagi. Dengan penduduk yang pelbagai budaya, perpaduan etnik sentiasa

menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Hal ini

telah menimbulkan pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik dengan

wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara

ini. Keadaan ini boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan boleh

menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Antara faktor yang mengakibatkan konflik antara etnik di Malaysia ialah

perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat

resam. Oleh kerana rakyat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan adat

resam, hal ini boleh menyebabkan perbezaan fahaman terhadap budaya dan agama

masing-masing. Ini boleh menimbulkan konflik antara kaum jika rakyat saling tidak

menghormati dan memahami agama dan adat resam satu sama lain.

Selain itu, faktor kedua adalah kecenderungan untuk mengekalkan identiti

masing-masing dan keenganan masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada

masyarakat lain. Contohnya, sesuatu etnik hanya mempedulikan identity mereka


sendiri tanpa memikirkan etnik lain dan berkomunikasi dengan hanya sesama mereka

sendiri. “ Walaupun terdapat juga politik bukan berasaskan perkauman, tetapi jika dilihat

kepada masyarakat berbilang kaum, mereka lebih cenderung untuk mengekalkan

identiti masing-masing serta mempertahankan nilai, budaya dan idea yang berbeza di

antara kelompok masyarakat”, (2016).

Faktor seterusnya adalah perbezaan pekerjaan serta tempat tinggal.

Perbezaan ini akan menyebabkan kerenggangan hubungan etnik dan terhapusnya

perpaduan antara kaum. Masyarakat yang mempunyai pendapat yang berbeza dari

segi politik dan lain lagi boleh menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati antara satu

sama lain. Hal-hal ini akan menyebabkan perbalahan serta konflik antara kaum.

“Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih

sahabat dan mencari teman hidup”, (Unknown, 2015).

Faktor keempat adalah dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang

tertentu seperti perniagaan dan politik. Setiap etnik seharusnya akan mengekalkan

dominasi sesuatu kaum dalam bidang mereka dan pekara ini menyebabkan etnik lain

tidak dapat memecah masuk ke dalam bidang tersebut. Dengan masalah ini, maka

usaha untuk mengekalkan serta mengukuhkan hubungan etnik perlu diteruskan oleh

masyarakat kita walaupun usaha ini tidak mudah bagi semua kaum sebab adanya

cabaran-cabaran yang menjadi canggung yang diperkatakan.


Pada pendapat saya, salah satu langkah terbaik mengatasai konflik yang

mempunyai perbezaan sesuatu etnik dalam bahasa, agama dan lain lagi adalah melalui

toleransi. Toleransi bermaksud sikap yang memberikan hak kepada orang lain agar

saling menghargai antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam kata lain,

mengamalkan sikap toleransi dalam sesuatu kaum terutamanya masyarakat yang

mempunyai pelbagai etnik dapat memahami setiap perbezaan masing-masing. Sikap ini

terus memupuk nilai tolong-menolong antara satu sama lain tanpa memikirkan agama,

budaya dan adat resam yang berbeza. Selain daripada itu, semangat perpaduan

dipupuk oleh semua masyarakat di Malaysia terutamanya pada generasi muda kerana

kanak-kanak muda senang dibentuk. Setiap orang dapat menerima keunikan orang lain

supaya dapat hidup bersama saling menghormati dan saling percaya di bawah konsep

perpaduan. Perpaduan yang kuat dan kukuh antara satu sama lain mampu menjana

kejayaan dan kecermelangan bagi kesejahteraan semua. Tanpa perpaduan, nescaya

kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan

hilang dalam sekelip mata.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei pada tahun 1969, beberapa pekara penting

yang harus dipandang serius dalam membina negara bangsa yang bersatu padu.Dalam

hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi

keseimbangan antara kukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Kesimpulannya, negara

mesti melibatkan sama semua etnik yang ada supaya semua etnik dapat merasai

perasaan kekitaan terhadap negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama.
2.

Kuasa penjajahan Inggeris mempunyai tanah jajahan yang terbesar di dunia. Tanah

Melayu, Sabah dan Sarawak atau lebih dikenali sebagai Malaysia merupakan sebuah negara

jajahan Inggeris. Penjajahan Inggeris pada masa lalu didorong oleh banyak faktor sama ada

luaran atau dalaman. Apapun juga faktor itu, penjajahan ini memberi kesan yang sangat

mendalam ke atas Malaysia kini sama ada dari aspek ekonomi, politik mahupun sosial

masyarakat di Malaysia sehinggalah ke hari ini.

Kesan yang paling ketara akibat dari penjajahan Inggeris adalah dari segi politik.

Sebelum berlakunya penjajahan Inggeris di Malaysia, sultan berkuasa mutlak untuk

memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara manakala para pembesar berkuasa

untuk memungut cukai daripada rakyat. Selepas kedatangan penjajah Inggeris, kuasa-kuasa

sultan dan raja telah menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat

melayu dan keagamaan sahaja. Hal ini ekoran daripada sistem corak pentadbiran baru yang

telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris isitu sistem Residen. Sistem ini adalah satu bentuk

pentadbiran Inggeris yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan secara tidak langsung di

negeri-negeri Melayu. Oleh kerana ini, sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang

dilantik di setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentadbiran. Hal ini kerana

nasihat-nasihat yang diberikan oleh residen yang dilantik oleh pihak Inggeris hendaklah di

terima oleh sultan-sultan Melayu . Contohnya; kegiatan rompakan dan lanun yang sering

berlaku di sepanjang pantai Negeri Selangor dan sistem residen telah diperkenalkan.
“J.W.W. BIRCH, dilantik sebagai residen British di Perak”, (Faizjuha, 2011)

Seterusnya, kesan sosial campur tangan Inggeris di Malaysia ialah “Pihak Inggeris telah

membawa masuk buruh-buruh dari cina dna india untuk bekerja di lombong bijih timah dan

lading getah kepunyaan Inggeris”, (Unknown, 2016). Ini telah menimbulkan pelbagai masalah.

Antaranya adalah masalah jenayah berleluasa, khasnya di negeri-negeri Kawasan lombong bijih

timah seperti di Negeri Sembilan dan Perak, Selangor. Kumpulan kaum cina yang berbeza telah

mewujudkan kumpulan kongsi gelap untuk menjaga kepentingan masing-masing dan sering

bermusuhan untuk mengukuhkan kedudukan serta mempertahankan kawasan lombong bijih

timah. Contoh kumpulan kongsi gelap tersebut adalah Ghee Sin dan Hai San. Kesan sosial

seterusnya adalah pembentukkan bandar-bandar baru. Kaum Cina dan kaum India membuat

penempatandan p berkelompok seperti di Ipoh, Kinta, Taiping, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Seremban. Oleh kerana kewujudan bandar-bandar baru tersebut, kerajaan British membina

jaringan jalan pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan kereta api. Sistem jaringan

jalan ini menghubungkan antara lombong bijih timah dan lading getah dengan kilang serta

pelabuhan.

Kesan yang terakhir adalah kesan terhadap ekonomi. “Wujud dua jenis ekonomi,

ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalan kan

bertujuan sara diri”, (Pengajian, 2015). Sebelum kemasukkan Inggeris, kaum melayu

mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila berlakunya perleluasaan kuasa Inggeris,

sistem komersil telah diperkenalkan. Sistem komersil merujuk kepada lebihan hasil secara

berleluasa dan melibatkan ramai pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara

satu sama lain. Ia bermula pada abad ke-19 dan ke-20 selepas kemasukkan Inggeris. Hal ini

kerana pihak Inggeris lebih memberi perhatian kepada kegiatan ekonomi yang berorientasikan

eksport seterusnya mendorong pelabur asing ke Malaysia. Pihak Inggeris telah membawa

teknologi serta sistem pengurusan ekonomi. Contohnya; penggunaan kapal korek dan pam

kelikir untuk mengantikan Teknik lama iaitu mendulang, Teknik penorehan getah yang

mengunakan teknologi lebih moden membawa kepesatan kepada hasil pengeluran getah dan

pembukaan jalan raya ke daerah pendalaman untuk mewujudkan pembukaan bandar baru.

Pada pendapat saya, aspek positif yang membawa perpaduan dan kemakmuran

kepada masyarkat Malaysia hari ini ialah telah melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada
masalah pertelingkahan antara kaum. Negara Malaysia juga dihormati dan disegani oleh negara

asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum. Pihak luar yang

berminat untuk menguasai negara ini akan membatalkan niat mereka kerana semangat

rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara. Justeru hal ini, ekonomi negara juga terjamin

kerana para pelabur asing tidak merasa was-was untuk melabur kerana negara yang aman dan

bersih dari segala masalah. Pelancong luar juga berminat untuk melancong ke negara yang

makmur.

Kesimpulannya, kemasukkan kaum cina dan india telah memberikan

Kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Malaysia . Kaum-kaum tersebut yang telah

berhijrah telah memainkan peranan penting dalam pembentukkan masyrakat majmuk. Mereka

terlibat secara tidak langsung dalam ekonomi dan kehidupan sosial di Malaysia. Kehidupan

masyarakat majmuk ini telah mewujudkan kehormanian antara kaum. Hal ini juga telah

mewujudkan beberapa aspek positif yang membawa perpaduan dan kemakmuran kepada

Malaysia hari ini. Kemakmuran negara berkait rapat dengan sejarah Malaysia dari kesan

penjajahan Inggeris dan hubungan baik antara kaum selama 62 tahun.


RUJUKAN

Faizjuuha, Mac 15, 2011. Residen Menguggat Kuasa Sultan dan Pembesar. 5 September 2019 @
4:22am. http://sketchbooksejarah.blogspot.com/2011/03/residen-menggugat-kuasa-sultan-
dan.html?m=1

Malaysia, Pengajian, Mac 15, 2015. Zaman Penjajahan di Tanah Melayu. Kesan-kesan
Kedatangan British ke Tanah Melayu. 5 September 2019 @ 3:22am.
http://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html?m=1

Unknown, Januari 3, 2016. ISU PERKAUMAN DAN PERPADUAN. 1 September 2019 @ 5:31pm.
http://kakiwriter96.blogspot.com/2016/01/punca-berlakunya-isu-perkauman-dalam.html

Unkown, September 28, 2015. ETNIK – ETNIK DI MALAYSIA. Kepelbagaian Etnik Di Malaysia. 1
September 2019 @ 5:53pm. https://zekezemo.blogspot.com/2015/09/kepelbagaian-etnik-di-
malaysia.html

Unknown, Julai 24, 2016. Impak Kedatangan Penjajah ke atas Negara Malaysia. 5 September
2019 @ 3:46am. https://sejarah-kupis.blogspot.com/2016/07/impak-kedatangan-penjajah-ke-
atas.html?m=1

You might also like