You are on page 1of 4

SOALAN 1

1. Tujuan dasar/polisi itu dikemukakan


Malaysia ialah sebuah negara yang disanjung tinggi oleh negara-negara lain di dunia
ini kerana ia merupakan hanya sebuah negara yang terdapat penduduk berbilang
kaum, bangsa dan etnik serta budaya, bahasa, adat dan etnik mereka tersendiri. Dalam
konteks Malaysia, perpaduan kaum dan pembangunan sosial memainkan peranan
penting bagi mengekalkan keseimbangan dan kestabilan negara. Hal ini kerana,
berbilang kaum di Malaysia sukar untuk mencapai perpaduan maka, tanpa perpaduan
kaum kita tidak dapat membayangkan keadaan malaysia yang aman sekarang.
Misalnya, perbandingan keseimbangan sosial dengan Iran menjelaskan bahawa
negara tersebut tidak mengamalkan perpaduan kaum dan juga sikap bertolak ansur
seperti negara kita sesama sendiri sehingga mencetuskan peperangan yang kerap.
Justeru, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan salah satu dasar yang telah
dikemukakan oleh kerajaan negara kita. Secara lanjutnya, DPN ini telah dilancarkan
oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1971. Tujuan
perlaksanaan dasar ini adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju
menjelang tahun 2020 sebagai titik permulaan kepada perkembangan era baru yang
dipenuhi oleh perkembangan dari segi teknologi. Dasar ini diharapkan untuk
mengukuhkan lagi kestabilan politik dengan mengekalkan perpaduan kaum. DPN
juga bermotif untuk membasmi tahap kemiskinan rakyat menjelang tahun 2020 bagi
meningkatkan lagi kestabilan negara dari ekonomi dan juga politik. Hal ini kerana,
keadaan ekonomi dan politik sesuatu negara amat berkait rapat dengan kestabilan
hidup rakyat. Maka, dasar ini menfokuskan terhadap peningkatan kehidupan rakyat
Malaysia.

2. Sejauhmana dasar/polisi itu mencapai matlamatnya.


Perlaksanaan dasar ini di negara kita telah menyumbang kepada beberapa
perkembangan positif dari segi semua aspek termasuk politik, sosial, ekonomi dan
juga kualiti hidup rakyat. Antara usaha yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia
melalui Dasar Pembangunan Nasional bagi mencapai objektifnya termasuklah
wawasan 2020, konsep pembasmian kemiskinan dan juga penyusunan semula
masyarakat. Kita tidak dapat menafikan bahawa negara kita telah berjaya mencapai
beberapa matlamat atau cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020. Sebagai
buktinya, masyarakat Malaysia mengamalkan sifat demokrasi yang tinggi sehingga
kini di mana semua rakyat hidup dalam keadaan bertolak ansur dan damai tanpa
menimbulkan sebarang pertelingkahan kaum. Mereka amat berpegang teguh pada
konsep ‘Satu Malaysia’ yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Najib
Tun Razak. Selain itu, tindakan kerajaan yang adil dan saksama dalam isu pengagihan
kekayaan negara pada seluruh masyarakat terutamanya pada musim penyebaran virus
Covid-19 yang kini berlaku di seluruh dunia ini membuktikan bahawa kerajaan telah
mencapai wawasan 2020 dalam pembasmian kemiskinan rakyat. Bukan itu sahaja,
Dasar Pembangunan Nasional juga bermatlamat untuk membasmikan kemiskinan
negara kita bagi meningkatkan lagi pembangunan ekonomi. Antara cara yang
dipraktikkan oleh kerajaan termasuklah melalui pendidikan awal, perkhidmatan
kesihatan yang efektif, peningkatan kemudahan pengangkutan dan jalan raya bagi
mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat di kawasan pedalaman (Kartini Aboo Talib
& Rachel Chan Suet Kay, nd). Hal ini secara tidak langsungnya akan memberikan
kesejahteraan hidup dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tersebut.
Konsep penyusunan semula masyarakat juga terkandung dalam Dasar Pembangunan
Nasional. Dalam konsep ini kerajaan amat prihatin terhadap taraf sosial dan ekonomi
Bumiputera maka, pelbagai usaha dari segi projek keusahawanan telah diperkenalkan
kepada masyarakat tersebut.

3. Cadangan penambahbaikan dasar/polisi tersebut.


Walaubagaimanapun, pelbagai usaha masih diperlukan bagi perlaksanaan Dasar
Pembangunan Nasional ini. Misalnya, untuk mencapai dasar ini kerajaan
bertanggungjawab untuk meningkatkan lagi dasar ini melalui wawasan 2020. Antara
cadangan bagi penambahbaikan ini adalah pihak kerajaan perlu mewajibkan semua
pelajar untuk menceburi bidang teknologi melalui pendidikan. Pendedahan ilmu ini
bermula dari zaman persekolahan akan membantu melahirkan generasi baru yang
cekap dan produktif. Kebebasan untuk mengikut budaya kaum lain bagi rakyat
Malaysia merupakan satu lagi cadangan bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam
kalangan rakyat seperti mana ternyata dalam wawasan 2020. Perpaduan kaum hanya
akan berlaku jika mempunyai kesefahaman yang sama antara berbilang bangsa. Jadi,
usaha membolehkan kita mencapai lagi wawasan tersebut. Seterusnya, melalui DPN
kita dapat mengatasi tahap kemiskinan manusia dengan cara menyediakan peluang
pekerjaan terutamanya kepada pelajar yang berasal daripada kawasan pedalaman dan
juga yang berpendidikan tinggi. Lama-kelamaan individu tersebut boleh
menyumbangkan balik sumbangannya kepada generasi muda.

SOALAN 2

Tajuk: Malaysia Tetap Dihati.

Gambar ini telah diambil pada 31 Ogos 2018 di SMK Aminuddin Baki sempena Hari
Kebangsaan negara kita. Saya telah memilih gambar ini kerana ia menunjukkan sifat
keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berlainan bangsa. Bukan itu
sahaja, pelajar-pelajar tersebut juga menunjukkan keunikkan budaya masing-masing
yang melambangkan kebanggaan negara kita. Misalnya, para pelajar yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India memaki pakaian tradisional mereka yang
melambangkan keunikan budaya masing-masing. Di samping itu, terdapat juga para
pelajar yang memakai tradisional kaum lain. Hal ini menunjukkan keharmonian
mereka sesama sendiri. Konsep bertolak ansur dan juga sikap saling menghormati
merupakan antara sifat yang telah saya pelajari melalui subjek hubungan etnik dan
sikap ini harus ada pada semua rakyat Malaysia bagi mengelakkan berlakunya
perselisihan faham. Di samping itu, kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia
merupakan negara yang amat terunggul dan dikenali oleh semua negara di dunia ini
disebabkan penduduk negara yang berlainan bangsa dan budaya serta mempunyai
masyarakat yang hidup dalam perpaduan. Maka, sebagai rakyat Malaysia kita harus
menghormati budaya dan keunikkan kaum masing-masing dan harus saling
membantu sesama sendiri. Hal ini akan melahirkan kita sebagai insan yang mulia.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat hidup di negara yang aman bersama
masyarakat berbilang kaum.

Rujukan

Kartini Aboo Talib & Rachel Chan Suet Kay. (ND). Dasar-Dasar ‘Top-Down’ dan

Mekanisme Penyatupaduan Kaum. Pp: 127-142. Retrieved on 17th March 2020

from http://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/8.Manuskrip-ICIP. Dr-Kartini-

_-Dr-Rachel-B.pdf.

Blogspot. 2016. Pengajian Malaysia. Bab 4: Pembangunan Negara. Retrieved on 11th

18th April 2020 from http://dasardasarutamamalaysia.blogspot.com/2016/08/

dasar-pembangunan-nasional-dpn.html

You might also like