You are on page 1of 8

THIS FORM MUST BE COMPLETED AND ATTACHED TO EACH ASSIGNMENT

THAT YOU SUBMIT TO THE OAS FOR MARKING

PLAGIARISM DECLARATION

I declare that the attached work is entirely my own (or when submitted to meet
the requirements of an approved group assignment is the work of the group),
except where materials cited, quoted or paraphrased are acknowledged in the
text. I also declare that this work / assignment has not been submitted for
assessment in any other course or university without due acknowledgement.

I understand that plagiarism, collusion, and copying are grave and serious
offences.

I understand that disciplinary action (which may include deduction of marks in the
TMA) will be taken against me if I am found to be an offender of TMA plagiarism.

Full name and IC No: ANITHA SUKUMARAN (840107145878 ) Date:


26/04/2020

Tutor Marked Assignment (TMA)


Semester/Year 1/2020
Student’s Name ANITHA A/P SUKUMARAN
Student’s ID No: 071190114
Course Code MPU3113/03
Course Title HUBUNGAN ETNIK
Class Code 7HET2
TMA No: 2
No. of pages of this 8
TMA (including this
page)
Tutor GOBAL A/L R.MAHALINGAM
Course Coordinator RABIKHA HASNI BINTI SUPARMAN
T-DF TMA Declaration Form (version #002/2017
Soalan 1

1. Pelbagai dasar telah dikemukakan oleh pihak kerajaan yang bertujuan mewujudkan
perpaduan, keharmonian dan kestabilan sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial dalam
negara. Pilih mana-mana satu (1) dasar / polisi kerajaan yang membentuk perpaduan dan
jawab soalan berikut.

(i) Huraikan tujuan dasar / polisi itu dikemukakan.

Jawapan (1 (i)

Salah satu Dasar kerajaan yang dipilih oleh saya ialah untuk membentuk perpaduan ialah
Dasar Ekonomi Baru atau pun DEB iaitu panggilan ringkasnya. Dasar Ekonomi Baru ini
diperkenalkan untuk mencapai perpaduan nasional diantara Kumpulan etnik dengan
mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira perbezaan kumpulan etnik dan membasmi
pengenalan etnik dengan menyusun semula masyarakat dengen mengikut fungsi-fungi
ekonomi dan kawasan (Faaland et. al., 1991: 12).

Kerajaan memutuskan bahawa perpaduan nasional hanya dapat dicapai melalui program
bantuan kesaksamaan ekonomi terhadap kumpulan etnik yang amat memerlukan iaitu
Bumiputera dan ini dapat menghapuskan ketidaksaksamaan ekonomi yang dihadapi oleh
mereka (Gomez dan Saravanamuttu, 2013: 6). Justeru itu, ini telah menjadi tujuan utama
pelaksanaan DEB kerajaan pada ketika itu.

Selain itu, Dasar Ekonomi juga digubal adalah berikutan dengan Peristiwa 13 Mei yang
disebabkan oleh isu ketidakseimbagan dan ini digubal menerusi penggunaan pendekatan
ketidaksamaan mendaftar (Gomez, Saravanamuttu dan Maznah, 2013: 8).

Tujuan lain DEB dirangka adalah untuk mengurangkan tahap kemiskinan daripada 49.3
peratus kepada 16.7 peratus. Bukan itu sahaja DEB juga dilaksanakan bertujuan
mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga yang dihadapi oleh bumiputera
dengan membentuk masyarakat ini dalam industri perdagangan dan perindustrian. Berikutan
dengan ini mengalakkan peningkatan pemilikan saham bumiputera dan justeru meningkatkan
penglibatan bumiputera dalam pemilikan sektor produktif and mencondorong kepada
peningkatan daya pengeluaran serta mengalakkan peningkatan taraf hidup masyarakat
bumiputera di luar bandar (Faaland et. al., 1991: 70 – 71; Gomez, Saravanammutu dan
Maznah, 2013: 8).
Soalan 1(ii)

(ii) Sejauhmana dasar/polisi tersebut telah mencapai matlamatnya.

Jawapan 1(ii)

Sejauhmana Dasar Ekonomi Baharu telah mencapainya matlamatnya dapat dilihat melalui
kejayaan yang tercapai melalui matlamat dasar ini. Pertama melalui DEB kadar kemiskinanan
berjaya dikurangkan dimana kadar kemiskinan berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun
1970 kepada 15 peratus pada tahun 1990.Bukan itu sahaja , Dasar ini juga mencapai
matlamatnya melalui kadar kemiskinan orang melayu menurun dengan mendadak daripada
64.8 peratus pada tahun 1970 kepada 20.4 peratus pada tahun 1990.Berikutan dengan
pelaksanaan Dasar ini juga telah mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan etnik lain
dengan begitu drastik. Ini menunjukkan pencapaian DEB yang telah membentuk negara ke
era baharu.Pencapaian matlamat DEB ini juga dapat lihat melalui pengurangan pemilikan
saham asing daripada 63.4 peratus kepada 1970 kepada 25.4 peratus pada 1990 (Gomez,
2013: 89).

Melalui dasar DEB juga telah mengwujudkan ketidakseimbagan diantara kumpulan etnik dari
segi intra-etnik,wilayah (negeri) dan kawasan (bandar luar bandar). Walaupun DEB berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang Bumiputera dan matlamat dasar tercapai
tetapi juga telah mengwujudkan jurang perbezaan ekonomi yang besar dalam kalangan
masyarakat bumiputera yang kita dapat dilihat melalui kelompok bumiputera yang berada di
Sabah dan Sabah yang jauh terpinggir dengan kemajuan ekonomi berbanding dengan orang
melayu (Aeria, 2013). Ini telah menimbulkan sentimen nasionalisme etnik dalam kalangan
masyarakat Dayak dan Kadazan-Dusun. DEB juga gagal melahirkan usahawan Bumiputera
dan menigkatkan ekuiti Saham kelompok ini. Bukan itu sahaja, DEB juga menglahirkan
perdebatan mengenai hak dan identiti.
Soalan 1(iii)

(iii) Berikan satu cadangan penambahbaikan dasar /polisi tersebut.

Jawapan 1 (iii)

Pada pendapat saya Dasar Ekonomi baru ini perlukan diteruskan kerana ia menyusun semula
masyarakat tanpa mengira entnik bagi mengurangkan serta menghapuskan pengenalan etnik
tetapi dasar eknomi baru perlu ada penambahbaikan iaitu menghapuskan sistem kuota atau
menaikkan kuota bagi kaum bukan bumiputera supaya semua akan berasa adil dan saksama
Malahan ini akan mengurangkan jurang perbezaan antara orang bukan bumiputera dan
bumiputera dan dapat mengwujudkan keharmonian masyarakat kerana orang bukan
bumiputera tidak rasa diabaikan atau tidak diberi perhatian oleh kerajaan dalam usaha
mengwujudkan perpaduan dan memajukan ekonomi negara. Dengan penambaikan dasar ini
juga dapat mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 terjadi sekali lagi berikutan dengan
ketidakseimbagan eknomi dan sosial dikalangan bumiputera dan bukan bumiputera.
Soalan 2

2. Anda diminta untuk mengepilkan satu foto yang melambangkan perpaduan kaum/
hubungan etnik/keunikan kebudayaan pelbagai etnik di Malaysia. Foto ini haruslah tulen
yang dirakam oleh anda sendiri. Jika didapati anda mengambil dari sumber internet, markah
akan ditolak. Anda diminta menulis di antara 150-200 patah perkataan berkenaan dengan foto
yang dipilih oleh anda. Hanya satu foto yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.

Jawapan 2

Tajuk : MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA


Foto ini diambil pada tarikh 14.06. 2017 di sebuah Restoran Makanan Mamak di Johor
Bahru.

Tajuk foto saya ialah “Malaysiaku Sejati Sejiwa” . Saya memilih foto ini adalah kerana
foto ini mengambarkan kaum yang berbilang bangsa yang terdiri daripada kaum india,
melayu ,cina dan kaum kristian yang mengambarkan perpaduan dan persefahaman di antara
mereka dimana mereka berkumpul bersama di sebuah restoran makanan untuk bertemu
sesama sendiri dan ini megambarkan perpaduan diantara mereka .Bukan itu sahaja, Saya
juga memilih gambar ini kerana situasi gambar mengambarkan suasana saling hormat
menghormati dan memahami sensitiviti kaum dari segi kebudayaan, amalan keagamaan dan
pantang larang kaum masing -masing kita dapat lihat melalui restoran makanan yang dipilih
untuk bertemu iaitu sebuah restoran makanan halal, oleh kerana mengikut islam orang
melayu hanya boleh makan and minum di tempat halal , dengan itu masyarakat kaum
cina,india dan lain-lain memahami ini dan menghormati pantang larang agama islam dan
mengadakan pertemuan di sebuah restoran halal. Ini menunjukkan perasaaan saling
menghormati kerpercayaan oleh semua kaum di Malaysia.Justeru iti, foto ini juga
mengambarkan suasana ramah mesra antara kaum yang berbilang bangsa, Ini kita dapat
melihat melalui senyuman di muka pada setiap invidu di photo, Di mana semua berasa
gembira dengan pertemuan dan saling berkongsi cerita masing -masing. Melalui suasana
ramah mesra ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain dan adalah satu
langkah ke arah perpaduaan negara tercapai di Malaysia.

Satu konsep yang berkaitan yang saya pelajari dalam kursus Hubungan Etnik ialah
Pluralisme yang merujuk kepada suatu bentuk integrasi yang sering dirujuk sebagai proses
perpaduan menggalakkan kepelbagaian kumpulan tetapi pengekalan sempadan etnik (Marger,
2011: 122). Konsep ini adalah sangat penting kerana ini melambangkan kekuatan negara itu
dengan memilikinya. Dengan mempertahankan dan mengekalkan konsep indentiti masing
masing dalam unsur kebudayaan ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perlancongon di mata dunia untuk perbezaan kebudayaan pelbagai kaum yang menarik
menyebabkan kedatangan lebih ramai pelancong untuk melawat Malaysia.

Selain itu. Perpaduan/keunikan/kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia dapat dilihat ialah
melalui contoh budaya di Melaka dimana budaya cina digabungkan ke dalam adat Melayu
iaitu Baba & Nyonya. Baba & Nyonya mengekalkan amalan kebudayaan cina dan pada masa
yang sama juga menyesuaikan tradisi melayu dalam kehidupan harian mereka, Ini kita dapat
melihat melalui dari segi pakaian dimana Nyonya biasanya memakai sarung atau kebaya
yang serupa dengan Melayu.Bagaimanapun mereka bukan Muslim tetapi mengamalkan
tradisi Melayu dan mereka masih mengamalkan adat cina dalam kepercayaan dan
perkahwinan. Keunikan ini mengambarkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Bukan itu
sahaja makanan di Malaysia juga mempunyai keunikan yang tersendiri yang mengambarkan
pemakanan tradisi setiap kaum seperti tosai dari kaum india, nasi lemak dari kaum melayu
dan yong ta fu dari kaum cina. Perpaduan antara kaum yang berbeza mengwujudkan politik
kerajaan yang stabil dan membantu rakyat Malaysia hidup aman and tenteram.

RUJUKAN

Aeria, A (2013) ‘Skewed economic development and inequality: The new economic policy in
Sarawak’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New Economic Policy
in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya: SIRD
Press.

Gomez, E T dan Saravanamuttu, J (eds.) (2013) The New Economic Policy in Malaysia:
Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya: SIRD Press.

Gomez, E T (2013) ‘Nurturing Bumiputera capital: SMEs, entreprenurship and the new
economic policy’ dalam Gomez, E T dan Saravanamuttu, J. (eds.) (2013) The New Economic
Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities and Social Justice, Petaling Jaya:
SIRD Press.

Faaland, Just et al., (1991) Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian
Ekonomi Orang Melayu, Shah Alam: Spektra.

Marger, M N (1997) Race and Ethnic Relations: American and Global Perspectives, 4 th edn,
Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company

You might also like