You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA ASNAF 2020


SERTA HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA

TARIKH :

16 SEPTEMBER 2020

TEMPAT :

SEKITAR DUN SG LUI

ANJURAN :

GABUNGAN SUKARELAWAN SUNGAI LUI NEGERI SEMBILAN


1.0 TUJUAN
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatannya serta menyemarakkan semangat mengibarkan Jalur Gemilang
sepanjang masa.

2.0 PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak kami terhadap perkara-perkara berikut :
2.1 Program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk lebih
menghargai keamanan negara dan jasa mereka yang banyak berkorban dalam mencapai
kemerdekaan
2.2 Program ini dilaksanakan bagi melahirkan semangat pengorbanan
di samping melahirkan sifat patriotik dalam kalangan masyarakat

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.
3.2 Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara.
3.3 Menyemai semangat sayang akan negara.
3.4 Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama dan
mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara
3.5 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan

4.0 JUSTIFIKASI
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia ini
adalah bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan juga diharap dapat mengeratkan
silaturahim di kalangan masyarakat disamping membantu keluarga yang kurang berkemampuan
( asnaf ).

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 16 SEPTEMBER 2020
Masa : 10.00 AM – 2.00 PM
Hari : RABU
Tempat Program: SEKITAR DUN SG LUI
6.0 KUMPULAN SASARAN
7.1 Penduduk kawasan Sg Lui, keluarga asnaf dalam kawasan Dun yang mempunyai 11
MPKK.

7.0 TENTATIF PROGRAM


10.30 pagi - Kehadiran penduduk dan keluarga asnaf
11.00 pagi - Kehadiran VIP ke pentas utama
11.10 pagi - Bacaan doa
11.20 pagi - Majlis bermula (Perasmian dan ucapan daripada tetamu kehormat)
12.00 tengahari - Sumbangan kepada asnaf
2.00 petang - Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

Sumbangan kepada asnaf


3 RM 5,000.00
(50 keluarga x RM 100.00)
Pembelian bendera
4 RM 260.00
(RM 2.60 x100 helai)
Pembelian Hamper
5 RM 1,000.00
(50 keluarga x RM 20.00)

JUMLAH KESELURUHAN RM 6,260.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan
bagi melancarkan program yang telah dirangka ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan
didahului dengan sekalung ucapan terima kasih.

Di sediakan oleh

hafidz
Abdul Hafidz Bin Abdul Malek
Setiausaha

You might also like