You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL CAR BOOT SALES DAN OUTREACH KVKK


KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
JELEBU, NEGERI SEMBILAN
29 DAN 30 APRIL 2017 / KUALA KLAWANG

ANJURAN :
BIRO PELAJAR LUAR ASRAMA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, KVKK

LATAR BELAKANG
TAJUK : CAR BOOT SALE KUALA KLAWANG JELEBU, NEGERI SEMBILAN
TAJUK : Perancangan mengadakan jualan dan outreach KVKK sempena Jamboree
Car Boot Sales Peringkat Daerah Jelebu tahun 2017.

ANJURAN BERSAMA : Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu & Persatuan Peniaga Car
Boot Sales Kuala Klawang serta Kelab Catur PATEH.

AKTIVITI SAMPINGAN: Permainan Rakyat, Karaoke, Dam Aji & Dam Ular, Mewarna,
Congkak, Mini Catur, Ceramah Agama, Gubahan, Busking, Dan Lain-Lain.

1. Tujuan
Kertas ini bertujuan membentangkan cadangan menganjurkan Program Car Boot
Sale yang akan dilangsungkan di sekitar kawasan Padang Kuala Klawang Jelebu
Negeri Sembilan.Penglibatan MPP dalam program jualan ini adalah untuk
menambahkan lagi pendapatan untuk menampung setiap aktiviti yang dilangsungkan
oleh Majlis Pewakilan Pelajar. Di samping itu, pada masa yang sama dapat
mempromosi KVKK sebagai sebuah institusi yang aktif dan tidak asing bagi
masyarakat di kawasan Kuala Klawang. Program ini akan melibatkan penyertaan
semua ahli Majlis Pewakilan Pelajar ( MPP).

2. Rasional
Projek ini diadakan untuk memupuk kerjasama pasukan dan menambahkan lagi
pendapatan untuk MPP. Selain itu, projek ini juga dapat meluaskan lagi pemikiran
semua MPP dalam pengurusan sesuatu perniagaan. Di samping itu, hubungan
silaturahim antara MPP, KVKK dan orang awam dapat dieratkan. Seterusnya, dapat
mewujudkan suasana yang menceriakan dan menyenangkan MPP dalam melakukan
sesuatu prniagaan dengan jayanya dan mendapat keuntungan daripada hasil jualan.
3. Objektif
3.1 menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan.
3.2 dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli MPP dan orang awam.
3.3 mendapatkan keuntungan yang boleh menampung kos perbelanjaan program
yang akan dilangsungkan oleh ahli MPP.

4. Kumpulan Sasaran
Sasaran program adalah kepada SEMUA WARGA KUALA KLAWANG, DAERAH
JELEBU DAN KAWASAN SEKITARNYA. DI SAMPING, PARA PENGUNJUNG
KARNIVAL INI.

5. Jawatankuasa program

JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT
En Abdul Rahim bin Kassim.
(Pengarah KVKK)

PENGERUSI
Cik Rozailah binti Othman @ Ali
(Timb. Pengarah Sokongan Akademik)

NAIB PENGERUSI (1)


Cik Suraini bt. Hj. Md. Yusof
(Timb. Pengarah Akademik)

NAIB PENGERUSI (2)


Pn. Habsah binti Zakaria
(Ketua Jaminan Kualiti)
JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELIA PROJEK
En. Shaiful Izham bin Ahmad
(Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar-HEP)

En. Nor Hasyim bin Ibrahim


(Penyelaras MPP)

Cik Nor Bariyah binti Mohd Zaidi


(Pen. Penyelaras MPP)

PENYELARAS
Mohd Akma Hafiz Bin Mohamat
(Presiden MPP)

KETUA PROJEK
Nurul Farihah Binti Qhamaruzzaman
(Timbalan Exco, Biro Pelajar Luar Asrama)

PENOLONG KETUA PROJEK


Nurafasha Binti Mohd Sharidi
(Exco Biro Pembangunan, Ekonomi Dan Keusahawanan)

SETIAUSAHA
Alif Leya Cyrul Nesha Bin Rosli

BENDAHARI
Mohamad Zazlan Bin Zamri

AJK / PETUGAS GERAI JUALAN


SEMUA AHLI MPP
6. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA UNIT JUMLAH SEUNIT JUMLAH (RM)

1 10.00 10.00
Kemah

1 60.00 60.00
Sewa tapak

26 5.00 130.00
Modal jualan

200.00
JUMLAH

7. Penutup
Diharapkan kertas cadangan ini mendapat sokongan, kelulusan dan bantuan
kewangan daripada pihak-pihak tertentu dan pengurus jabatan yang terlibat agar
program car boot sale yang hendak dilakukan berjalan dengan lancar dan teratur.
Selain itu, dapat jugak menambahkan lagi pendapatan ahli-ahli MPP.

Disediakan oleh,

.....................................
(NURUL FARIHAH BINTI QHAMARUZZAMAN)
Ketua Projek,
Program Car Boot Sales dan Outreach KVKK.
PENGESAHAN

Dimurnikan oleh, Disemak oleh,

..................................... ...............................................
(NOR HASYIM BIN IBRAHIM) (SAIFUL IZHAM BIN AHMAD)
Penyelaras, Ketua Unit HEP,
MPP KVKK. Kolej Vokasional Kuala Klawang.
Tarikh : Tarikh :

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

........................................... .....................................
(ROZILAH BT. OTHMAN @ ALI) (ABDUL RAHIM BIN KASSIM)
Timb. Pengarah Sokongan Akademik, Pengarah,
Kolej Vokasional Kuala Klawang. Kolej Vokasional Kuala Klawang.
Tarikh : Tarikh :

ULASAN PENGARAH :-

...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................

You might also like