You are on page 1of 4

Kertas Kerja

Jamuan Akhir Tahun Persatuan


Pembimbing Rakan Sebaya
SMKA Falahiah, Pasir Pekan

1.PENGENALAN

Persatuan Pembimbing Rakan merupakan badan rasmi para pelajar di SMKA Falahiah.
Pembimbing Rakan Sebaya merupakan individu yang dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah bagi
tujuan membantu pihak sekolah membantu para pelajar yang menghadapi masalah dan
inginkan orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

2.MATLAMAT

Penganjuran majlis ini bukan hanya berpaksikan peranannya sebagai acara tahunan
semata-mata tetapi penganjuran program ini menggalas misinya yang tersendiri.Program ini
dilihat sebagai satu medium yang berkesan untuk mengukuhkan lagi pautan ukhuwah antara
ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Bukan itu sahaja,melalui penganjuran program ini,Pembimbing
Rakan Sebaya sekolah turut dapat menimba pengalaman yang berguna dalam mengendalikan
majlis-majlis rasmi.Pengalaman seperti ini sememangnya penting untuk diaplikasikan oleh
semua ahli sebagai persediaan untuk menongkah arus globalisasi masa di masa hadapan.

3.NAMA PROGRAM
Jamuan Akhir Tahun PRS

4.ANJURAN
Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah.

5.OBJEKTIF

5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara Pembimbing Rakan Sebaya dan


guru-guru.

5.2 Melahirkan semangat kerjasama antara ahli dalam mengendalikan majlis ini.
5.3 Mengenang jasa guru – guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya dan Pembimbing
Rakan Sebaya.

6.TEMPOH PELAKSANAAN
6.1 Tarikh : 22 Oktober 2015

6.2 Hari : Khamis

6.3 Waktu :8.00 malam

7.TEMPAT
Dewan Tok Selehor, SMKA Falahiah

8.SASARAN
8.1 Pihak Pentadbiran

8.2 Guru – guru penasihat Pembimbing Rakan Sebaya

8.3 Pembimbing Rakan Sebaya

9.JAWATANKUASA MAJLIS

Penaung : Puan Faridah Bt Mond Nor

Ketua : Ahmad Ammar Bin Fauzi


P.Ketua : Nur Anis Farhana Bt Abdul Aziz

Setiausaha : Abdul Azim Bin Azmi


P.Setiausaha : Siti Sarah Bt Zolkefly

AHLI JAWATAN KUASA

Exco makanan dan minuman : Nur Azlin Bt Zulkifli


: Nur Azlin Bt Abdul Aziz
: Wan Nur Aimi Sarah Bt Wan Salleh

Exco aturcara majlis : Anis Aisyah Bt Mohamad Marzuki

Exco Jemputan : Nur Sharmila Bt Suhaimi


: Nor Haslinda Bt Mohd Zaki

Exco Kebersihan dan penyediaan : Nurferhana Bt Ali


: Siti Nabihah Bt Amran

10.TENTATIF PROGRAM
8.00 malam : Ketibaan VIP dan para jemputan

8.30 malam : -Majlis dimulakan


- Ucapan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya
- Ucapan Pentadbir
- Bacaan doa makan

9.15 malam : jamuan makan

10.00 malam :Bersurai

11.PERBELANJAAN
11.1 Anggaran Perbelanjaan

a. Makanan + minuman RM 30.00 x 42 orang = RM 1260.00


b. Cenderamata dan Hadiah = RM 850.00
c. Kos Luar Jangka = RM 100.00
JUMLAH RM 2210.00

JUMLAH RM 2210.00

11.2 Anggaran Pendapatan

a. Yuran PSS 30 X 42 orang RM 1260.00


b. Sumbangan unit bimbingan dan
kaunseling RM 200.00
JUMLAH RM 1460.00

12.PENUTUP

Majlis akhir tahun pusat sumber ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa
mendapat kerjasama dan kooperasi daripada semua pihak. Oleh yang demikian, adalah
diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program ini dapat memberi
sokongan dan komitmen yang persis lagi jitu demi memastikan kelancaran dan
keberkesanan program ini.
Sekian,terima kasih

Disediakan oleh,

………………………………………..
(ABDUL AZIM BIN AZMI)
SETIAUSAHA MAJLIS,
SMKA Falahiah,
Pasir Pekan.

Disahkan,

…………………………………………….
(FARIDAH BT MOHD NOR)
GURU PENYELARAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,
SMKA Falahiah,
Pasir Pekan.

Diluluskan oleh,

…………………………………………….
(TUAN HAJI JUSOH BIN OMAR)
PENGETUA
SMKA Falahiah,
Pasir Pekan.

You might also like