You are on page 1of 26

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 5
DEVANDRAN A/L MOHAN
5 SAINS
29/8/2022 Menerima arahan dan maklumat tugasan daripada Puan Rahimah binti Mahmod.
1
Isnin

30/8/2022 Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai serta memurnikannya.


2
Selasa

31/8/2022
3 Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk dan menghubungi guru melalui aplikasi TELEGRAM untuk menyemak persoalan kajian yang dibuat.
Rabu

8/9/2022
4 Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut tajuk. Menghubungi guru melalui aplikasi TELEGRAM untuk menyemak objektif kajian yang telah ditentukan.
Khamis

10/9/2022
5 Mencari dan membuat KAJIAN LITERATUR melalui pelbagai sumber. Menghubungi guru untuk bertanya lebih lanjut mengenai kajian literatur.
Sabtu

11/9/2022
6 Menentukan KAEDAH KAJIAN yang akan digunakan, Menghubungi guru untuk menyemak 3 kaedah kajian yang dipilih.
Ahad

13/9/2021
7 Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang sahih.
Selasa

21/9/2022
8 Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN.
Rabu

22/9/2022
9 Menulis SUMBER RUJUKAN.
Khamis

23/9/2022
10 Jumaat LAMPIRAN
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(SUHAKAM) merupakan institusi Hak Asasi
Kebangsaan yang ditubuhkan bagi melindungi hak asasi
semua orang di negara kita. Bincangkan.
1 2 3

Ceritakan secara Secara Apakah rasional


ringkas sejarah bergambar, penetapan
pembentukan jelaskan peranan sekatan terhadap
SUHAKAM. SUHAKAM dalam kebebasan asasi
melindungi hak seseorang
asasi rakyat di diadakan?
negara kita.
Kajian Literatur.
1

Berdasarkan tinjauan kajian lepas, terdapat beberapa kajian yang menyentuh tajuk ini. Menurut
kajian yang dibuat oleh KiniTV dalam videonya yang bertajuk "Orang Asal Hantar Memorandum ke
Suhakam" telah menjelaskan tentang peranan SUHAKAM dalam melindungi hak asasi rakyat di negara
kita. Menurut videonya, seramai 104 Orang Asal Gunung Ledang, Johor menghantar memorandum
kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), bagi memberitahu pencabulan hak mereka. Ketua
Kampung Sungai Air Tawas, Mengek Ahcai berkata, pihak Perbadanan Taman Negara Johor telah
membina pagar dan mengorek longkang di tanah perkampungan adat Orang Asal. Kemudiannya,
mereka membawa isu ini kepada pihak SUHAKAM untuk diambil tindakan selanjutnya.
Kajian Literatur.
2
Seterusnya, hasil kajian yang dimuatkan oleh KHAIRIAH
SALWA MOKHTAR dan YESSY OKTAVIA MISDI telah
menulis jurnalnya yang bertajuk Suruhanjaya Hak-hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Kesedaran Masyarakat
telah menerangkan secara terperinci mengenai sejarah
pembentukan dan tanggungjawab SUHAKAM di negara kita.
Dalam jurnalnya, beliau menyatakan bahawa isu yang
berkaitan dengan hak asasi manusia mula mendapat perhatian
serius di peringkat antarabangsa melalui Pengisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948. Ini merupakan titik
tolak kepada pembentukan sebuah organisasi yang berperanan
melindungi hak asasi masyarakat di negara kita.
Kajian Literatur.
3
Seterusnya, hasil kajian yang dimuatkan oleh
MUHAMMAD ISMAIL AHMAD yang telah menulis
bukunya yang bertajuk Kebebasan Dan Kejujuran telah
menerangkan dengan terperinci mengenai sekatan yang
dikenakan terhadap kebebasan asasi seseorang. Menurut
bukunya, kebebasan boleh membawa kesejahteraan
sekiranya digunakan dengan betul. Namun, apabila
kebebasan yang diperoleh disalahgunakan, ia boleh
menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan diri dan
masyarakat. Buku ini juga menyentuh isu-isu yang
berkaitan dengan penyalahgunaan kebebasan yang
diberi kepada seseorang.
Objektif Kajian

01 02 03
Menghuraikan sejarah Membuktikan peranan Merasionalkan
ringkas pembentukan SUHAKAM dalam penetapan sekatan
SUHAKAM. melindungi hak asasi terhadap kebebasan
rakyat di negara kita. asasi seseorang
diadakan.
Kaedah Kajian
Buku Ilmiah.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, saya telah
merujuk pelbagai sumber rujukan seperti buku
ilmiah. Saya telah membuat beberapa rujukan
menerusi buku rujukan bagi mendapatkan fakta
yang sahih dan tepat. Contoh buku rujukan yang
saya kaji ialah BUKU TEKS SEJARAH KSSM
TINGKATAN 5. Saya telah menemui kandungan
yang berkaitan yang berkaitan dengan objektif
kajian saya dalam buku tersebut seperti peranan
SUHAKAM di negara kita.
Audio Visual. Kaedah Kajian

Selain itu, kaedah seterusnya ialah


kaedah rujukan audio visual. Saya telah
menonton beberapa video pilihan yang
boleh dijadikan rujukan tambahan bagi
mengkaji peranan SUHAKAM dalam
melindungi hak asasi rakyat di negara
kita. Saya juga telah menemui
beberapa fakta yang berkaitan dengan
sejarah pembentukan SUHAKAM.
Kaedah Kajian
Melayari Internet
Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah melayari
internet. https://waqafilmunusantara.com/wp-
content/uploads/2021/08/5_artikel_hak-asasi-
manusia_competition.pdf telah menjadi sumber rujukan
tambahan dalam kajian kes ini.

https://waqafilmunusantara.com/wp-content/uploads/2021/08/5_artikel_hak-asasi-
manusia_competition.pdf
LAPORAN KAJIAN
a) Ceritakan secara ringkas sejarah pembentukan SUHAKAM.

Inisiatif untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia kebangsaan di Malaysia bermula dengan
penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNCHR) pada 1993-95 apabila ia dipilih sebagai ahli oleh Majlis Ekonomi dan Sosial
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam ketua delegasi Malaysia, telah
dipilih sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR pada tahun 1995, diikuti oleh penggal kedua dan
penggal ketiga pada 1996-98, dan 2001-2003 masing-masing.
Pada tahun 1994 Tan Sri Musa mencadangkan kepada Kerajaan menubuhkan institusi hak asasi
manusia negara sendiri yang bebas. Beberapa faktor mempengaruhi cadangan ini termasuk
penekanan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap hak asasi manusia dan pengiktirafan
bahawa ia merentasi sempadan dan kedaulatan, penglibatan aktif Malaysia dalam sistem
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, perubahan iklim politik di Malaysia dengan pengundi yang
lebih sedar politik dan masyarakat sivil yang dinamik.
Pada 24 April 1999, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa satu
Rang Undang-undang akan dibentangkan pada Julai 1999 persidangan Parlimen untuk
menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang undang-undang itu dipandu oleh
Prinsip Paris 1993 yang menyediakan kriteria antarabangsa untuk sebuah suruhanjaya hak asasi
manusia yang bebas dan pengalaman institusi hak asasi manusia yang ditubuhkan, terutamanya
di rantau Asia-Pasifik.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh Parlimen di bawah
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, yang telah diwartakan pada 9
September 1999. Mesyuarat julung kali diadakan pada 24 April 2000.
Pada 3 April 2000, telah diumumkan bahawa Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam telah dilantik sebagai
Pengerusi pertama SUHAKAM, bersama 12 ahli lain untuk berkhidmat dalam penggal dua tahun
yang boleh diperbaharui. Ahli SUHAKAM dipilih untuk mencerminkan kepelbagaian dan pluralisme
masyarakat Malaysia dan juga berdasarkan pengalaman, komitmen, kemerdekaan, dan integriti
individu.
Sekretariat SUHAKAM mula beroperasi dari kabin kontena di Kementerian Luar Negeri (Wisma
Putra). SUHAKAM berpindah ke premisnya di tingkat 29 dan 30 Menara Tun Razak di Jalan Raja
Laut, Kuala Lumpur pada 24 November 2000. Pada Januari 2011, SUHAKAM telah berpindah ke
premisnya sekarang di tingkat 10, 11, 12, dan 13 Menara. TH Perdana di Jalan Sultan Ismail, Kuala
Lumpur. Bangunan ini dipilih khususnya kerana lokasinya yang berpusat dan akses mudah kepada
orang ramai.
Pejabat Suruhanjaya Kanak-Kanak telah ditubuhkan di dalam SUHAKAM, di bawah Akta yang
sama pada 23 Ogos 2019. Pesuruhjaya Kanak-kanak memberi tumpuan kepada promosi dan
perlindungan hak kanak-kanak termasuk hak kanak-kanak orang asli, pendatang, pelarian, tanpa
dokumen, tanpa kerakyatan dan kanak-kanak kurang upaya , yang semuanya disokong oleh
Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pejabat sementara SUHAKAM di Wisma Putra


(2000)
SUHAKAM berpindah ke premisnya di tingkat 29 dan 30
Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada
24 November 2000

Pada Januari 2011, SUHAKAM telah berpindah ke


premisnya sekarang di tingkat 10, 11, 12, dan 13 Menara. TH
Perdana di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

b) Secara bergambar, jelaskan peranan SUHAKAM


dalam melindungi hak asasi rakyat di negara kita.

1 Isu Orang Asli



BEKALAN AIR DAN ELETERIK SERTA TAHAP
MASYARAKAT ORANG ASLI BERDEPAN MASALAH JANGKA HAYAT RENDAH, AKSES
UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN,
PENDAPATAN DAN PENDIDIKAN YANG RENDAH. MASALAH INI KIAN MEMBURUK DI
SAAT PENULARAN WABAK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.
ADA SEJUMLAH SEBAB MENGAPA MASALAH INI MASIH KEKAL DAN DI TENGAH-
TENGAHNYA ADALAH ISU HAK TANAH ADAT ORANG ASLI. HAK TANAH ADAT ADALAH
KUNCI UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN MEREKA TETAPI HAK INI SERING DICEROBOHI.
IA DI SEBALIK KEWUJUDAN AWAL NENEK MOYANG MEREKA DI SEMENANJUNG,
SEBELUM WUJUDNYA KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU.TANAH ORANG ASLI
SECARA TRADISIONALNYA SUBUR TETAPI DENGAN PERSEMPADANAN YANG LEMAH,
MENYEBABKAN IA MENJADI SASARAN MUDAH UNTUK SYARIKAT PEMAJU.

OLEH ITU, PIHAK SUHAKAM BERSAMA MAJLIS PEGUAM AKAN MEMBUAT LEBIH
PERINCIAN DARI SUDUT PERUNDANGAN MEMBABITKAN ENEKMEN TANAH KELANTAN,
AKTA PERHUTANAN DAN AKTA ORANG ASLI SERTA APAKAH TANGGUNGJAWAB YANG
SEHARUSNYA DILAKSANAKAN OLEH SETIAP PEGAWAI KERAJAAN. MEREKA JUGA
AKAN MELAKUKAN PEMANTAUAN DALAM UNDANG-UNDANG APAKAH ALASAN
KERAJAAN NEGERI TIDAK MAHU MENOLONG ORANG ASLI MEMBERIKAN TANAH
WALAUPUN MEREKA MENGAKUI KAWASAN TANAH ITU KEPUNYAAN ORANG ASLI.
2 Isu Transgender
ISU TRANSGENDER BERMULA DI NEGARA KITA APABILA GOLONGAN INI TIDAK DIIKTIRAF
DI NEGARA KITA. MALAH, MEREKA TURUT DIKENAKAN PELBAGAI BENTUK DISKRIMINASI.
KADAR KES BUNUH DIRI MELIBATKAN GOLONGAN INI TURUT MENINGKAT SABAN TAHUN.
OLEH ITU, PIHAK KERAJAAN TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGEKANG ISU INI
AGAR GOLONGAN INI TERUS TERBELA. MAKA, PIHAK SUHAKAM TELAH DITUGASKAN
UNTUK MENYELIDIK SERTA MEMBUAT LAPORAN MENGENAI ISU INI.

OLEH ITU, PIHAK SUHAKAM MENGKAJI MENGENAI KEBOLEHLAKSANAAN UNDANG-


UNDANG KHUSUS DI MALAYSIA BAGI MENGIKTIRAF GOLONGAN TRANSGENDER.
WALAUPUN TINDAKAN ITU MENGUNDANG KECAMAN WARGANET DAN PAS YANG RATA-
RATA MENYIFATKAN IA TIDAK SESUAI UNTUK MALAYSIA, TETAPI SUHAKAM TETAP
MENJALANKAN KAJIANNYA DENGAN MENUBUHKAN SATU JAWATANKUASA
PENYELIDIKAN KHAS BAGI MENELITI MENGENAI KEBOLEHLAKSANAAN PERUNDANGAN
MENGENAI PENGIKTIRAFAN GENDER KETIGA DI MALAYSIA.

HASILNYA, WALAUPUN TIADA PERUBAHAN SECARA MENYELURUH DARI SEGI


PERUNDANGAN MENGENAI ISU INI, TETAPI GOLONGAN TRANSGENDER TETAP DIIKTIRAF
DAN MEREKA MEMPUNYAI KEBEBASAN YANG SAMA SEPERTI ORANG AWAM YANG LAIN.
3 Isu Kebebasan Beragama.

HAK KEBEBASAN BERAGAMA ADALAH MELIPUTI HAK UNTUK BERAGAMA, MENUKAR AGAMA, HAKUNTUK BERIBADAH SESUAI DENGAN
KEYAKINAN DAN HAK UNTUK MENGAJAR AGAMANYA. TANPAMENGIRA AGAMA DAN LATAR BELAKANG, HAK-HAK TERSEBUT DIJAMIN KEPADA
SETIAP INDIVIDU DAN KUMPULAN. DALAM KONTEKS MALAYSIA, KEBEBASAN BERAGAMA ADALAH BERSIFAT BERSYARATIAITU SELAGI TIDAK
MENJEJASKAN KESELAMATAN AWAM, KESIHATAN, MORAL, KETERATURAN DANKESTABILAN NEGARA. HAK KEBEBASAN BERAGAMA
SERINGKALI MENIMBULKAN POLEMIK DANKONTROVERSI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT BERAGAMA DI MALAYSIA. ANTARA ISU
HAKKEBEBASAN BERAGAMA YANG AKAN DIPERBINCANGKAN ADALAH ISU MURTAD, PENGISLAMAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR DAN
PENYEBARAN AGAMA.

DENGAN ITU, BAGI MENYELESAIKAN ISU INI, PIHAK SUHAKAM DENGAN KERJASAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA ( JAKIM )
MENGEMUKAKAN BEBERAPA CADANGAN PINDAAN PADA UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN. HASILNYA, BEBERAPA PINDAAN DILAKSANAKAN
BERKENAAN DENGAN PENGISLAMAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR.
1
c) Apakah rasional penetapan sekatan terhadap kebebasan asasi seseorang diadakan?
Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak, tetapi
tertakluk pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang yang digubal oleh Parlimen
Malaysia. Sekatan tersebut bertujuan memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam
terjamin dalam masyarakat yang demokratik.

Sebagai contoh, setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun


secara aman dan membentuk persatuan. Namun, Sekatan terhadap kebebasan bersuara
seseorang dikawal kerana, dalam situasi Malaysia yang mana masyarakatnya adalah terdiri
daripada agama, kaum serta bangsa yang majmuk. Maka, kerajaan lebih cermat dalam
menangani hak-hak bersuara terutamanya ucapan yang melibatkan hal-hal agama dan
perkauman. Sejak kebelakangan ini, ucapan yang berunsurkan kebencian terhadap kerajaan,
perkauman, serta kaum lain semakin meningkat Ahli-ahli politik juga mengambil kesempatan
ini dengan menggunakan taktik perkauman dan menyebarkan maklumat palsu demi
memastikan mereka masih berpegang pada kuasa.
Contohnya, dalam isu pergaduhan di Plaza Low Yat yang hanya disebabkan
oleh kecurian telefon oleh seorang pemuda akhirnya diperbesarkan sehingga
mencetuskan pergaduhan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang majoriti
merupakan peniaga di sana. Bukan itu sahaja, isu “Kalimah Allah” juga telah
mencetuskan perasaan tidak puas hati antara penganut Islam dengan penganut
Kristian.
Peristiwa-peristiwa ini harus diambil perhatian oleh kerajaan bagi mengelakkan
berulang sejarah hitam yang pernah berlaku di Malaysia, iaitu peristiwa 13 Mei 1969.
Oleh itu, sekatan terhadap kebebasan mampu memelihara keharmonian dalam
kalangan masyarakat di negara kita
2
Selain itu, sekatan dikenakan ke atas kebebasan asasi seseorang adalah bagi
menjamin keselamatan dalam negara. Secara dasarnya, peruntukan kebebasan
asasi dalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan antara lainnya untuk
melindungi nyawa, harta benda dan maruahrakyatnya.Dalam Perkara 5 Kebebasan
Diri, tiada seorang pun yang boleh diambilnyawanya atau dilucut kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-undang. Setiap rakyatMalaysia mempunyai hak
masing-masing yang dilindungi oleh undang-undang.

Seseorang yang membunuh atau mencederakan individu lain tanpa kebenaran


atau kuasa, maka individu itu akan dikenakan hukuman. Hal ini penting bagi
memelihara keselamatan dan keharmonian sesuatu komuniti dan seterusnya
negara.
KESIMPULAN
&
CADANGAN
Penubuhan institusi hak asasi manusia seperti SUHAKAM adalah wajar dan
penting bagi sesebuah negara khususnya negara yang bebas merdeka seperti
Malaysia. Penubuhan SUHAKAM akan dapat membantu dalam usaha
mempromosikan dan melindungi hak asasi di negara ini. Namun, kebebasan yang
dberi dan dilindungi ini seharusnya digunakan dan dinikmati dengan sebaiknya
berlandaskan sekatan yang dikenakan.

Kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak,


tetapi tertakluk pada sekatan yang ditentukan oleh undang-undang yang digubal
oleh Parlimen Malaysia. Sekatan tersebut bertujuan memastikan ketenteraman dan
kesejahteraan awam terjamin dalam masyarakat yang demokratik. Sebagai rakyat
dalam sebuah negara bebas, kita sewajarnya memahami kebebasan yang diberikan
kepada kita serta perlu bertindak dengan bijak dan sewajarnya bagi memelihara
keharmonian serta kesejahteraan negara.
Rujukan
a) Internet
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Hak_Asasi_Manusia_Malaysia
2. http://natranadea.blogspot.com/2010/08/suhakam.html
3. http://chiewpl.blogspot.com/2016/10/suruhanjaya-hak-asasi-manusia-
malaysia.html
4. https://suhakam.org.my/
5. https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-12-10/ST.14.2018%20-
%20ST%2014.pdf
6. https://malaysiadateline.com/suhakam-sokong-tuntutan-tanah-adat-orang-asli-
di-lojing/
7. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/beri
-kami-kebebasan-kaji-isu-transgender-kata-suhakam/
8. https://www.academia.edu/49016279/Isu_Isu_Hak_Kebebasan_Beragama_di_Mala
ysia
Rujukan
b) Buku
1. Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan dan
Ishak , 2020. Buku Teks Sejarah KSSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Muhamad Ismail Ahmad, 2005. Kebebasan dan Kejujuran. Kuala Selangor :
Penerbit Orkid.
Rujukan
c) Audio Visual
1. https://www.youtube.com/watch?v=qTbgYahuZEI
Lampiran

You might also like