You are on page 1of 8

KAJIAN KES

NAMA :

TINGKATAN :

NAMA GURU :

TAJUK :

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat ramai tokoh yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara kita. Salah
seorang tokoh tersebut ialah Tunku Abdul Rahman. Buktikan.

PERSOALAN KECIL

a) Terangkan latar belakang Tunku Abdul Rahman.

b) Jelaskan sumbangan Tunku Abdul Rahman dalam bentuk jadual.

c) Huraikan nilai-nilai yang boleh dicontohi daripada Tunku Abdul Rahman .

OBJEKTIF KAJIAN

a) Melalui kajian kes ini, saya akan mengetahui latar belakang Tunku Abdul Rahman.

b) Selain it

c) u, saya juga dapat mengetahui sumbangan Tunku Abdul Rahman dalam bentuk
jadual.

d) Seterusnya, saya dapat menganalisis 3 sifat peribadi/nilai yang wajar dicontohi


daripada Tunku Abdul Rahman .
KAEDAH KAJIAN

a) Apabila saya membuat kajian kes ini, saya telah menggunakan kaedah melayari
internet untuk mendapat maklumat tentang Tunku Abdul Rahman daripada
beberapa laman sesawang seperti
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman.

b) Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah akhbar online untuk mendapat
maklumat Tunku Abdul Rahman dari akhbar Berita Harian Online.

c) Disamping itu, saya juga dapat maklumat Tunku Abdul Rahman dari audiovisual
youtube .

DAPATAN KAJIAN

Menurut laman sesawang https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman dan


youtube https://www.youtube.com/watch?v=G1DQ-YgI95Q Tunku Abdul Rahman dilahirkan
di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku
merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid
Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul
Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang
pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan
bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul
Hamid, telah pun berumur 30 tahun pada ketika itu.

Menurut laman sesawang hhtps://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman dan


akbar online https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/02/34010/legasi-
tunku-abdul-rahman-dipertahan menjelaskan sumbangan Tunku Abdul Rahman dengan
lebih terperinci lagi. Berikut merupakan sumbangan beliau kepada negara kita dengan lebih
terperinci.
TAHUN SUMBANGAN
1931 Kadet dalam Perkhidmatan Awam Kedah Kulim
Penolong Pegawai Daerah
Pegawai Daerah Padang Terap.
1940 Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
1949 Pengerusi UMNO

Terdapat banyak nilai peribadi yang kita boleh pelajari dari Tunku Abdul Rahman.
Menurut https://iluminasi.com/bm/5-pengajaran-daripada-kepimpinan-tunku-abdul-
rahman.html Tunku Abdul Rahman merupakan seorang yang berbuat baik kepada semua
orang. Semasa beliau bertugas sebagai kadet di Kedah beliau sentiasa membantu rakyat dan
mendengar masalah rakyat.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Sebagai kesimpulan , melalui kajian kes ini saya telah mempelajari latar belakang,
sumbangan dan nilai-nilai peribadi dari Tunuku Abdul Rahman.Antara nilai tersebut ialah
sentiasa berbuat baik kepada semua orang,mendengar masalah rakyat dan menang dalam
keamanan.

Cadangan saya agar generasi muda menghargai sumbangan Tunku Abdul Rahman ialah
dengan mendidik mereka sejak kecil lagi. Pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai
pertandingan seperti kuiz kemerdekaan, drama, sudut tokh untuk mengetahui lebih lanjut
lagi tentang Tunku Abdul Rahman. Di samping itu ibu bapa boleh membawa anak mereka ke
Memorial Tunku Abdul Rahman untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tunuk Abdul
Rahman.

RUJUKAN

i) Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
https://iluminasi.com/bm/5-pengajaran-daripada-kepimpinan-tunku-abdul-
rahman.html

ii) Akhbar
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/02/34010/legasi-tunku-
abdul-rahman-dipertahan

iii) Audiovisual
https://www.youtube.com/watch?v=G1DQ-YgI95Q

LAMPIRAN
LAMAN SESAWANG INTERNET
AKHBAR
AUDIOVISUAL YOUTUBE
LAMAN SESAWANG INTERNET

You might also like