You are on page 1of 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK

KAMPUS TAPAH

TUGASAN: PATRIOTISME

Nama Pelajar: Siti Nuraisyah binti Shabuddin

Nombor Pelajar: 2020973269

Nombor Telefon: 011-19139691

E-mel: 2020973269@isiswa.uitm.edu.my

Kumpulan: HBU111AATPH
1. JAWAPAN SOALAN 1

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku akibat rusuhan kaum dalam kalangan masyarakat. Ini
akibat daripada pembangkitan isu-isu perkauman yang menjadi topik hangat sepanjang
berlakunya kempen pilihanraya pada 10 Mei 1969. Ketika itu, ahli-ahli dan calon-calon
pilihanraya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa
Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan, hak kerakyatan orang bukan Melayu dan
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera. Keputusan pilihanraya diumumkan
dengan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik
(DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang dengan 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang dengan hanya 12 kerusi sahaja.
Berikutan daripada itu, pihak pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan di
jalan raya sekitar Kuala Lumpur pada 11 Mei 1969 dan penyokong-penyokong kaum Cina
Parti Gerakan mengambil tindakan dengan menghina orang-orang Melayu menerusi kawasan
Melayu yang menjadi kubu UMNO. Mereka mendapatkan permit dari pihak polis untuk
melakukan perarakan di jalan ditetapkan di Kuala Lumpur, namun perarakan mereka
melencong dari yang ditetapkan dan melalui di kawasan Melayu bertempat di Kampung
Baru. Orang Cina juga turut mengatakan orang Melayu sebagai “Malai-si” yang bermaksud
“Melayu Mati”. Pada pagi 13 Mei 1969, UMNO telah mengadakan perarakan balas. Orang-
orang Melayu berkumpul di rumah Dato’ Harun Idris yang merupakan Menteri Besar
Selangor pada ketika itu. Beliau cuba sedaya upaya untuk memulihkan keadaan namun telah
mengetahui bahawa mereka yang berkumpul ini telah membawa senjata seperti pedang dan
parang panjang, hanya menunggu arahan daripada Dato’ Harun untuk melakukan rusuhan.
Semasa mereka sedang berkumpul, terdapat kejadian pembunuhan yang berlaku dalam
kalangan orang Melayu dan mengakibatkan orang Melayu mengamuk. Kemudian, dua orang
penunggang motosikal berbangsa Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung
oleh orang Melayu dan mengakibatkan pemuda-pemuda darip PKM serta ahli-ahli kongsi
gelap telah melakukan tindak balas terhadap perkara tersebut. Mereka membunuh orang-
orang Melayu dengan pelbagai senjata besi. Cerita-cerita yang telah tersebar ini telah
mengakibatkan lagi rusuhan antara kaum Melayu dan kaum Cina. Askar-askar Melayu juga
dikerahkan untuk untuk meredakan rusuhan dengan bantuan polis namun tidak dapat
dibendung atas sebab kekurangan tenaga manusia yang berpunca dari pengurangan bajet
negara. Namun, rusuhan kaum ini tidak berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tiada
pergaduhan juga berlaku di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

2. JAWAPAN SOALAN 2

a) Nilai berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Tun Abdul Razak
telah melancarkan Dasar Ekonomi Baharu. Beliau berusaha untuk menghapuskan
kemiskinan tanpa mengira kaum dan meyusun semula masyarakat untuk
menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
b) Nilai menghormati institut ilmu sebagai tempat menimba ilmu. Contohnya, Encik
Arshad telah menegur dan memberi amaran terhadap beberapa pelajar perempuan
yang tidak mengikut peraturan seperti memakai skirt mini di dalam kawasan kampus
dan pulang ke kampus lewat dari waktu yang ditetapkan.
c) Nilai semangat kepimpinan yang tinggi. Contohnya, walaupun Tun Abdul Razak
mengalami kesakitan, namun dia masih mengambil berat untuk memimpin dan
mahukan yang terbaik untuk negara.
d) Nilai mengambil berat. Contohnya, walaupun Rahman tidak mengetahui penyakit
sebenar Tun Abdul Razak, dia sempat memberikan segelas air kelapa muda untuk
diminum oleh Tun yang dikatakan untuk merawat santau setelah Rahman melihat
beliau telah batuk darah.
e) Nilai amanah dalam persahabatan. Selepas Tun Abdul Razak memberitahu kepada
Tun Dr. Ismail bahawa dia mengalami penyakit leukemia peringkat teruk, dia ingin
Tun Dr. Ismail berjanji untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada isteri dan
anak-anaknya.
3. JAWAPAN SOALAN 3

1. Dato’ Harun bin Idris


2. Bapa Pembangunan
3. Acute leukemia
4. Peristiwa 13 Mei 1969
5. 10 Mei 1969
6. Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman
7. Makam Pahlawan
8. Dr Mahathir dipecat kerana mengkritik cara Tunku Abdul Rahman mengendalikan
pentadbiran negara yang dikatakan menguntungkan kaum Cina dan mengedarkan
suratnya secara terbuka kepada Tunku.
9. Majlis Gerakan Negara (Mageran)
10. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein

You might also like