You are on page 1of 11

PENULISAN ILMIAH PENDIDIKAN MORAL

TAJUK: TOKOH NEGARAWAN MALAYSIA-TUN ABDUL RAZAK

NAMA: Lee Jia Quan


NO. MATRIK:MS1916115758
PRAKTIKUM: K2MD8
NAMA PENSYARAH: En. Abdul Hisyam Bin Md. Jani

1
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT


1 LATAR BELAKANG 3
2 KERJAYA POLITIK 4
3 SUMBANGAN DALAM ASPEK 5
PERTAHANAN & KESELAMATAN
NEGARA
4 SUMBANGAN DALAM 6
PERPADUAN MASYARAKAT
5 SUMBANGAN DALAM 6
PEMBANGUNAN MASYARAKAT
LUAR BANDAR
6 SUMBANGAN DALAM ARENA 7,8
POLITIK ANTARABANGSA
7 SUMBANGAN DALAM 9
PENDIDIKAN
8 KESIMPULAN 10
9 SUMBER RUJUKAN 11

2
LATAR BELAKANG
Abdul Razak bin Hussein merupakan anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya
Indera Shah Bandar Pahang, daripada isteri pertamanya, Teh Fatimah binti Daud. Beliau
dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh
datuknya yang menekankan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada
golongan yang berada, beliau bersikap rendah diri dan bersopan santun sejak dari zaman
persekolahannya. Beliau memilih untuk tidak berkasut ke sekolah kerana tidak mahu
terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah.

Dari bangku sekolah lagi, Tun Razak menyedari betapa mundur dan miskin keadaan
kaum Melayu, terutamanya di luar bandar di bawah pemerintahan kolonial British.
Beliau juga merasai keperitan hidup di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu
semasa Perang Dunia Kedua. Pemerhatian beliau serta peristiwa pahit yang beliau alami
mungkin menjadi pendorong besar kepada beliau untuk mengubah nasib rakyat.

Beliau dipilih oleh Residen negeri Pahang untuk bersekolah di Kolej Melayu Kuala
Kangsar (Malay College Kuala Kangsar atau MCKK) di mana kebolehannya sebagai
pemimpin diasah. Di MCKK juga, beliau belajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Pada tahun 1940, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura, di mana
Tun Razak merupakan salah seorang daripada hanya 15 pelajar Melayu. Zaman
persekolahan Tun Razak tergendala apabila tentera Jepun mendarat di Tanah Melayu.

Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, Tun Razak mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajarannya di London dalam bidang undang-undang. Beliau lulus dengan cemerlang
sebagai seorang peguam pada tahun 1950.

3
KERJAYA POLITIK
Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam
bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau
menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak
British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan
Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan
yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1967 dan beliau
memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku
Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan
untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan
antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan
kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti
Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya
"Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976
sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam
Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya,
beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan

4
SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA
1. SUMBANGAN DALAM PENDIDIKAN

Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah
banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1955,
kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Tindakan
awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati
sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu
sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum. Hasil usaha
Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang
berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu
padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa
pengantar utama. Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar
pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman
kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut
mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya
dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

5
2. SUMBANGAN DALAM ASPEK PERTAHANAN & KESELAMATAN
NEGARA

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri,
juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah
membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan
senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau
mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas
komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat',
iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada
tahun 1960. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan
Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada
13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat
diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan
mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengarah MAGERAN. Di
bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

3. SUMBANGAN DALAM PERPADUAN MASYARAKAT

Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau
gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat
alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan
semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir
Melayu. Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah melancarkan
'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang
mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia
yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progres

6
4. SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan
di bawah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kementerian ini telah ditugaskan untuk
menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan di kawasan luar
bandar. Agensi seperti FELDA dan MARA (dahulunya RIDA) telah diletakkan di
bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar
bandar. Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperuntukkan 44.5%
daripada bajet keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi pembangunan ekonomi.
Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi buta huruf
di kalangan tiga juta rakyat. Tun Abdul Razak telah mengumumkan rancangan
pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara pada 24 Oktober 1960.
Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tanah
sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah dibawah
pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah rancangan
yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut telah menjadi
asas kepada kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar. Beliau juga mengumumkan
penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Persekutuan pada 20 September 1964. Penubuhan FELCRA adalah sejajar dengan
hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di negara ini. Melalui dasar
tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan adapt dilaksanakan. Beliau juga
bertanggungjawab merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani
masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar
serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan
pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah
dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang discipline termasuk merangka satu dasar
pembangunan yang melalui setup keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku
Merah'. Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah ke arah
pembangunan Malaysia. Tajuana beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan,
kahili dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru
yang memantapkan pembangunan negara secara bartering melalui Rancangan-
Rancangan Malaysia dari 1970 hinge 1990. Beliau sear masyarakat Melayu josh
kaingin dalam kemajuan ossia-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein berupipam meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui

7
Rancangan Buku Hijab (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Rancangan-rancangan ini barber membranate masyarakat Melayu memantapkan retain
kemiskinan. 'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang millenarian pada 21 Jun 1970 adalah
satu failsafe pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan
sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya untuk
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan mennghapuskan identifikasi kegiatan
ekonomi berdasarkan kaum. Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan
pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan
Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia
Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya
tidak secara kolektif dan pragmatik. Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua
merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu
20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus
mencapai 30% di akhir tempoh itu. Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB
ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka
tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini
sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan
berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan
minyak kelapa sawit. Selain itu terdapat beberapa agensi lain yang ditubuhkan untuk
membantu penduduk di kawasan luar bandar ialah Lembaga Beras dan Padi Negara
(LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah atau RISDA dan Lembaga Pertubuhan Peladang. Justeru bagi
memastikan matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun
Abdul Razak telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974.
Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan. Rancangan
ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi
pertanian. Antara program yang diatur ialah menggalakkan tanaman jangka pendek,
iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang tanah, sekoi, jagung, ikan air
tawar, memelihara kerbau, lembu dan sebagainya.

8
5. SUMBANGAN DALAM ARENA POLITIK ANTARABANGSA

Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein juga adalah orangnya yang
bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang
dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis
Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili
Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan
ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Demi keselamatan negara dan
kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah mengubah dasar luar yang bersifat probarat
dan antikomunis kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan apabila semua negara
ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau
ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. Tun Abdul Razak juga
mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan sokongan kuasa besar tersebut
terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah menghantar Tengku Razaleigh
Hamzah mengetuai rombongan perdagangan ke China pada bulan Mei 1971. Kejayaan
dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan diplomatik antara
kedua-dua negara apabila China menyokong cadangan mewujudkan ZOPFAN.

9
KESIMPULAN

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein adalah seorang pemimpin yang peka
terhadap masalah-masalah yang dialami oleh rakyat. Beliau merupakan seorang
pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan negara. Beliau turut merupakan
salah seorang tokoh yang telah berbakti dalam bidang pendidikan, pembangunan,
pertahanan dan sosioekonomi. Pelbagai kurniaan dan darjah kebesaran dicurahkan
kepada beliau sama ada di dalam atau luar negara sebagai tanda aprisiasi terhadap
perkhidmatan beliau sehingga menyandang gelaran ‘Bapa Pembangunan Malaysia’

10
SUMBER RUJUKAN
 BIOGRAFI TUN ABDUL RAZAK. (2018) Retrieved 16 August 2019 from
http://www.perdana.org.my/index.php/pms-of-malaysia/tun-abdul-
razak/biography-tunku-abdul-razak
 Ghazalie Shafie. Bibliografi Tun Abdul Razak. Selangor: Dinamika Kreatif
 SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA. (2014, September) Retrieved 16 August 2019 from
http://cikgustpm.blogspot.com/2014/09/sumbangan-tun-abdul-razak-
dalam.html
 Tun Abdul Razak. (2014). Retrieved 17 August 2019 from
http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/tun-abdul-razak.html
 Zurina Ismail.1985. Tun Abdul Razak. Selangor: Pelanduk Publications (M)
Sdn.Bhd..

11

You might also like