You are on page 1of 8

Dan yang terakhir ialah sumbangan dalam aspek ekonomi.

Tunku Abdul
Rahman telah mengetuai kabinet dan beliau telah membentuk strategi jangka
panjang dengan telah melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap
tempoh lima tahun bermula dengan rancangan malaya pertama pada tahun 1956
sehingga 1960. Ada rancangan terdapat dalam aspek ekonomi yang telah dibuat
oleh tunku abdul rahman iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
iaitu dengan mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang
pekerjaan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara. seterusnya ialah
PENCAPAIAN TUN ABDUL RAZAK BIN
DATUK HUSSIEN.
bagi pencapaian tun abdul Razak bin Hussein beliau telah Menerima
darjah seri mahkota negara (D.M.N) pada tahun 1976 dan seri maharaja mangku
negara (SMN) pada tahun 1959 dan tun Razak diberi gelaran bapa
pembanggunan secara anumerta di malaysia. Seterusnya beliau juga telah
menerima
Menerima darjah kebesaran bintang dan pingat negeri Pahang (DKI) dan darjah
kebesaran, bintang dan pingat negeri Pahang (SIMP) dan beliau telah Menerima
kebebasan negeri Kelantan / darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri
Kelantan (DK) dan darjah seri paduka mahkota Kelantan (Al-Muhammad)
(SPMK). Manakalah di pulau pinang beliau mendapat darjah utama pengakuan
negeri (DUPN) dan Di kedah beliau mendapat darjah utama (DUK) di sabah
beliau menerima seri panglima darjah Kinabalu (SPDK)……….. SAMBUNG
BACA DI SLIDE
SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK
Pertama ialah sumbangan dalam aspek Pendidikan ialah Sebelum menjawat
jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah banyak
memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1955,
kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu
Dan seterusnya, Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan
tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta
sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan
kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan
perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum Hasil usaha Tun Razak, telah
membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya
menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa yang bersatu
padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi
bahasa pengantar utama. Oleh itu, Penyata Razak telah mengemukakan dua
elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang
sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak
kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan
semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan
Pelajaran 1957.

Dan yang kedua ialah sumbangan dari aspek pertahanan dan kemajuan
negara Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein apabila dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri, juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan
pada tahun 1957. Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan
tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien.
Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman
dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah
melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu
tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun
1960
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan
Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin
keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum
tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen
dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara. Dan Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran
kerajaan. Dan setelah itu, Beliau telah dilantik oleh Tunku Abdul Rahman
Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengarah MAGERAN.
Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Dan akhir sekali ialah sumbangan pembanggunan masyarakat luar bandar.
Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah
ditubuhkan di bawah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kementerian ini
telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan
pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA dan MARA
(dahulunya RIDA) telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk
menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar dan tun abdul

rzak juga telah merangka program pembangunan luar bandar dengan


menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan
prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian.
Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan
kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah dibuka untuk
pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar
pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai
'Buku Merah'. Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah
ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan
kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul Razak
melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara
secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga
1990. Beliau sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-

ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein


berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan
Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu
memutuskan rantaian kemiskinan. Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya
pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan
'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud
rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik.
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar
Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari
1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus
mencapai 30% di akhir tempoh itu Justeru bagi memastikan matlamat
pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun Abdul
Razak telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember
1974.Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil
makanan. Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih
cergas dalam sektor ekonomi pertanian. Antara program yang diatur
ialah menggalakkan tanaman jangka pendek, iaitu tanaman selingan dan bukan
tanaman seperti kacang tanah, sekoi, jagung, ikan air tawar, memelihara kerbau,
lembu dan sebagainya.
PENCAPAIAN TUN HUSSEIN ONN
BACA DEKAT SLIDE JE……..

SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN


Sumbangan tu hussien onn dalam bidang pelajaran. Tun Hussein onn telah
memegang jawatan sebagai perdana Menteri pelajaran pada tahun 1970. Dan
beliau telah dilantik oleh perdana Menteri Malaysia Ketika itu iaitu tun abdul
Razak. Tun Hussein onn telah dilantik sebagai perdana Menteri pada masa itu
adalah kerana beliau merupakan pilihan yang tepat dan sesuai dengan suasana
politik negara yang berlaku pada tahun 1970 an. Ketika beliau menjadi Menteri
pelajaran, dasar pelajaran kebangsaan telah diperkenalkan oleh beliau iaitu
beliau telah memberi komitmen yang penuh terhadap usaha menjayakan dasar
pelajaran kebangsaan. Dasar ini diperkenalkan bertujuaan mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Negra Malaysia. Tun
Hussein onn juga telah menggunakan system pelajaran yang menggunakan satu
Bahasa penghantar untuk mencapai matlamat perpaduan kaum. Bagi beliau,
Pendidikan merupakan satu pendekatan utama dalam usaha mencapai objektif
dasar ekonomi baru iaitu DEB. Bukan itu sahaja, Ketika beliau menjadi Menteri
pelajaran banyak sumbangan dalam bidang Pendidikan yang telah beliau
sumbangkan kepada rakyat dan juga negara. Antaranya ialah beliau telah
memperkenalkan system penjaga atau mentor di beberapa buah sekolah
berasrama penuh sebagai satu Langkah yang wajar dan perlu diperluaskan ke
semua sekolah berasrama penuh, sekolah menengah sains dan juga maktab
rendah sains mara yang lain.
Seterusnya sumbangan dalam perpaduan ialah. Tun hussien onn dikenali
sebagai bapa perpaduan dan beliau merupakan seorang yang sangat berdisiplin
dan sangat tegas dalam perkara yang melibatkan hal perkauman di Malaysia.
Perpaduan telah menjadi sebahagian daripada perjuagan uatama kerjaya politik
bagi tun Hussein onn, beliau juga telah bekerja kuat demi mengukuhkan
perpaduan kaum di negara berbilang bangsa dan agama ini. Sepanjang tun
hussien onn berkhidmat sebagai perdana Menteri, beliau sentiasa memberi
sepenuh tumpuan kepada keruknan hidup dalam masyarakat berbilang kaum
dan kesajahteraan setiap rakyat bahkan beliau juga turut meniktik beratkan soal
perpaduan melaui Tindakan politik, ekonomi, dan pentadbiran.
Seterusnya, ialah maksud akronim HUSSEIN.
H ialah harmony iaitu kemesraaan
U ialah unity iaitu perpaduan
S ialah security iaitu keselamatan
S ialah survival iaitu kelangsungan
E ialah efficiency iaitu kecekapan
I ialah integrity iaitu kejujuran
N ialah national iaitu kenegaraan
Perwatakan tun Hussein onn yang sederhana tetapi tegas telah
memperlihatkan keiklahsan beliau dalam memperjuankan perpaduan di
Malaysia. “bapa perpaduan” ialah nama yang diberi kepada beliau adalah amat
sesuai seperti akronim huruf nama beliau. Yang menjelaskan ciri-ciri perpaduan
yang hendak dicapai dalam sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh
yang demikian gelaran “bapa perpaduan” yang diberi kepada tun Hussein onn
sangat bersesuain dengan beliau.

You might also like