You are on page 1of 13

Senarai Perdana Menteri pertama hingga keenam...

PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa
kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno
Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah
al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia
pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara
(Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas
penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan
ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura
nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban
apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus
pada 13 Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di
Makam Di Raja Langgar, Alor Star.
PERDANA MENTERI KEDUA 
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika
negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan
kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah
pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan
sosial dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan
Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin
DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei
1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan
MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan
menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10
peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan
Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.
PERDANA MENTERI KETIGA 
NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari
1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan
pembangunan negara.

Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai
pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur
luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada
29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit
jantung.

PERDANA MENTERI KEEMPAT


NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad 
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama
dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.

Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan
pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya,
negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas
hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir
menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan
negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu
memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan
Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur,
penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di
peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat,
termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya
menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1,
Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan
Cyberjaya.

PERDANA MENTERI KELIMA


NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya
KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.
Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber
bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.

Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri
Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai
pertubuhan nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak
sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh
menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran
semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan
tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan
Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan
kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan
dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila
beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus
selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah
diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat,
termasuk Dr. Mahathir.

PERDANA MENTERI KEENAM

Mohd Najib bin Abdul Razak

YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan
Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli
parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteriMalaysia
yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan
Presiden UMNO yang ke 7.

KELUARGA

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga
anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun
1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat
dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang,
Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad
Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein

PENDIDIKAN

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian
belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana
Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England
pada tahun 1974.

KERJAYA POLITIK

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul
Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi
Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan
ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982hingga 1986,
beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan1981-1982- Timbalan Menteri
Kewangan1982-1986- Menteri Besar Pahang1986-1987- Kementerian Belia dan Sukan (Menteri
Kebudayaan, belia dan Sukan)1990-1995- Menteri Pertahanan1995-1996- Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada


tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan
negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO
Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai
tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding
setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO olehAnwar


Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25
Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib
Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau
terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada
tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


ARTIKEL KEMERDEKAAN

SAMBUTAN Hari Kebangsaan diadakan pada setiap tahun bagi meraikan kemerdekaan negara,
manakala sambutan Hari Malaysia pula disambut bagi meraikan ulang tahun penubuhan
Malaysia.
Seperti kebiasaannya sambutan Hari Kebangsaan akan dimulakan dengan Pelancaran Bulan
Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sebagai menandakan bermulanya kempen
sambutan Hari Kebangsaan dengan pengibaran Jalur Gemilang secara besar-besaran di seluruh
negara.
Pada tahun ini, tema Malaysia Prihatin yang dipilih menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan
memberi makna mendalam kepada rakyat Malaysia dan negara kerana kita masih berdepan
pandemik Covid-19.
Ringkas temanya, hanya gabungan dua patah perkataan, tetapi ia sudah cukup
menggambarkan kebersamaan seluruh rakyat Malaysia memerangi wabak ini dan kecaknaan
kerajaan yang melaksanakan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi serta kebajikan demi
kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh sukar ini.
Angkara Covid-19 juga kerajaan sudah memutuskan acara sambutan Bulan Kebangsaan pada
tahun ini akan diadakan tanpa acara perbarisan seperti kelazimannya, tetapi masih disambut
dengan sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala
Hari Malaysia diraikan di Sibu, Sarawak pada 16 September.
Pada tahun ini juga, Malaysia turut meraikan usia Jubli Emas Rukun Negara yang diisytiharkan
secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu,
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Antara tujuan utama Rukun Negara diwujudkan ialah bagi memupuk dan memperkasakan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya.
Sejak merdeka lebih enam dekad ini, jika ditelusuri pemimpin terdahulu amat berhati-hati apabila
mengambil tindakan yang menyentuh kontrak sosial, agama, pendidikan dan kebudayaan
kerana tidak mahu keharmonian antara kaum diperjudikan.
Tindakan yang cermat ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak
berselerak, inilah rahsia kemakmuran Malaysia sehingga kini.
Bersempena kita sudah berada dalam sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020
bertemakan Malaysia Prihatin, ambillah peluang untuk kita juga prihatin terhadap sejarah negara
ini, kembali menghayati jerih-perih dan onak duri pembentukan pertiwi ini supaya rasa cinta
padanya terus mekar dan harum mewangi.
Antara yang perlu kita hayati adalah berkaitan prinsip keadilan kerana ini tidak boleh
dikesampingkan. Apa yang kita fahami dengan konsep bahagi dalam matematik selama ini ialah
sama rata, tidak lebih dan tidak terkurang.
Bagaimanapun, dalam realiti kehidupan, pendekatan bahagi yakni kesamarataan tidak boleh
terpakai pada semua keadaan kerana kita perlu bersandar pada satu lagi prinsip yang lebih
utama iaitu keadilan.
Adalah kurang tepat jika berpegang utuh pada kepercayaan bahawasanya dengan mengambil
pendekatan kesamarataan ia akan membawa kepada keadilan. Perlu difahami kesamarataan
(equality) tidak semestinya membawa kepada keadilan (equity) kerana kedua-duanya
mempunyai pemberat yang berbeza dan tidak boleh terpakai pada semua keadaan.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali dengan kemajmukan rakyatnya,
mengambil pendekatan kesamarataan dalam menggubal sebarang dasar khususnya berkaitan
rakyat perlu dibuat secara berhati-hati oleh kerajaan. Teringat penulis pada satu dialog yang
dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah yang dilakonkan oleh Datuk M Nasir dalam filem epik
Puteri Gunung Ledang. Pesan Hang Tuah, "kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar
pintar!"
Sememangnya diakui jelas tertulis dalam Perlembagaan Malaysia Fasal (8) Perkara 1 bahawa
semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang, tetapi penafsirannya tidak harus dibuat secara selapis saja kerana terbukti ada
pihak kurang bertanggungjawab menggunakan hujah ini untuk menghapuskan hak kaum lain
pula.
Ketaasuban memperkenalkan konsep kesamarataan pastinya akan membunuh konsep keadilan
yang lebih insani dan tidak menzalimi. Tragedi rusuhan 13 Mei adalah antara peristiwa sejarah
hitam yang besar pasca pembentukan Malaysia sewajarnya mengajar kita akan bahaya untuk
melaksanakan konsep kesamarataan sebagai asas utama kepada sebarang pelaksanaan dasar
yang membabitkan kaum di negara ini.
Penulis berpegang kepada prinsip bahawa sesuatu dasar yang ingin diangkat perlu berdasarkan
kepada realiti sebenar dan teras sejarah pembentukan negara ini. Ia bukannya bersandarkan
kepada andaian yang tidak berpijak di bumi yang nyata, diselubungi sentimen berlebihan dan
lebih malang lagi demi memenuhi kepentingan sesetengah pihak saja.
Ayuh semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kibarkan Jalur Gemilang!
KARANGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham


Bapa Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah.
Laungan yang sama akan terus berulang. Namun, kelihatankah lagi bauran perasaan sayu,
insaf dan gembira seperti dulu? Atau kita sekadar tidur sebantal, tetapi dilamuni mimpi
masing-masing?

Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna
yang besar kepada masyarakat dan negara. Sambutan ini memberi makna bahawa kita
memiliki sebuah negara berdaulat. Usia kemerdekaan yang sudah mencapai 52 tahun ini tidak
seharusnya melalaikan kita daripada mengingati negara. Sambutan ini diadakan agar rasa
cinta akan negara di kalangan generasi baru dapat terus disemai Rasa cinta yang mendalam di
kalangan rakyat akan menjanjikan negara terus mencapai kemajuan. Sebarang bibit
perpecahan dan ancaman terhadap kestabilan negara akan dapat ditangkis.
Namun, sambutan hari kemerdekaan yang cuma sekali setahun itu begitu rapuh
fungsinya dalam membina perasaan cinta akan negara. Usaha-usaha awal lagi berterusan
pada semua peringkat usia perlu diadakan. Lantaran itulah, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri mengesyorkan agar langkah membina semangat patriotik ini dimulakan di peringkat
tadika lagi. Pengajaran mudah tentang negara, raja, pemimpin dan kemerdekaan, misalnya
akan mampu membangkitkan rasa setia dan kasih mereka kepada negara. Bukankah
”melentur buluh itu mesti bermula daripada rebung”.
Baca juga : Karangan kesan sambutan hari kemerdekaan

Selain itu, langkah menanamkan rasa kasih dan cinta akan negara juga boleh
disemadikan melalui sekolah ataupun universiti. Guru berperanan membantu pelajar
menghormati bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku yang dinyanyikan sewaktu
perhimpunan. Manakala mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan
Sejarah pula mempunyai potensi besar dalam memupuk rasa cinta dan jihad demi negara. Di
peringkat lebih tinggi, Pasukan Latihan Pegawai-pegawai Simpanan (PALAPES) boleh
diperluas ke Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej. Dengan latihan dan disiplin
yang tinggi, mereka mampu keluar sebagai tenaga profesional yang menghayati erti sebenar
kemerdekaan.

Masyarakat juga harus digerakkan agar mencintai negara. Hal ini dapat dilakukan
dengan memperluas penubuhan dan peranan Rukun Tetangga (RT), Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKK) dan lain-lain. Menerusi motivasi dan program-program latihan khusus,
mereka mampu dilentur sebagai ahli masyarakat yang berdisiplin dan patriotik. Walaupun
peranan mereka agak kecil, namun hares diingat daripada perasaan cinta kepada kampung
dan penduduk sekitarlah berputiknya rasa cinta terhadap negara.

Akhir sekali, kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hari kemerdekaan


perlu diperluas agar diterima oleh semua lapisan rakyat. Kempen-kempen dan aktiviti perlu
diadakan sepanjang masa dan bukan hanya terhad pada Bulan Kemerdekaan sahaja. Hal ini
kerana perasaan cinta kepada negara perlu dipupuk dan disemai dalam jangka masa panjang
agar terus subur. Media massa seperti televisyen dan radio perlu kerap menyiarkan lagu-lagu
patriotik. Aktiviti mempamerkan Jalur Gemilang di institusi pendidikan perlu diteruskan agar
murid-murid mengenali dan mencintai bendera negara mereka. Program-program Larian
Merdeka dan Perayaan Bulan Merdeka, misalnya holeh menarik minat masyarakat
menghayati erti sebenar kemerdekaan. Kerjasama pihak swasta seperti Petronas yang
mendermakan Jalur Gemilang dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang meraikan
anak-anak merdeka akan meningkatkan lagi rasa cinta rakyat kepada negara.

Kesimpulannya, rasa cinta rakyat kepada negara sukar dipupuk dengan hanya
menyambut hari kemerdekaan sahaja. Hari kemerdekaan yang disambut setiap 31 Ogos itu
seharusnya menjadi klimaks daripada rasa cinta yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara
sebelum ini. Usaha bersepadu dan berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak agar
semangat nasionalisme di kalangan rakyat terus bersinar.

SYAIR ANAK MERDEKA

Lima puluh tahun negara merdeka

Masa yang lalu dingat sentiasa

Susah derita pejuang bangsa

Menentang penjajah tak kita masa.

Masih kuingat ketika dulu

Bendera berkibar di tangan tuanku

Laungan keramat menusuk di kalbu

Itulah bukti merdeka negaraku.


Tidak sedikit pejuang yang gugur

Berani mereka di medan tempur

Rela berkorban bakti nan luhur

Tersebut namamu terkenal masyhur.

Mereka berjuang kerana bangsa

Semangat tak luntur jiwa perkasa

Jasa pejuang diingat sentiasa

Kita hargai sepanjang masa.

Apa ertinya kita merdeka

Jika fikiran sentiasa leka

Lebih sedihnya ada derhaka

Budaya penjajah itu yang disuka.

Merdeka kita merdeka di minda

Pentingkan ilmu bukannya benda

Tingkatkan usaha berlipat ganda

Kukuhkah iman di dalam dada.

Ingat pesanku anak merdeka

Janganlah alpa janganlah leka

Pertahankan negara sekalipun terluka

Jangan terjajah kali kedua.

Bukti merdeka di tangan kita

Berusaha gigih majukan negara

Tidak mengharap ehsan semata

Membangun dalam acuan kita.


Tingkatkan ilmu dan juga agama

Iman dan amal usahakan bersama

Merdeka kita lebih bermakna

Pertahankan ia selama-lama.

You might also like