You are on page 1of 5

PLAGIARISM SCAN REPORT

Date February 05, 2024

Exclude URL: NO

Unique Content 89 Word Count 799

Plagiarized Content 11 Records Found 0

CONTENT CHECKED FOR PLAGIARISM:

Praktikum : H8T01B

Nama ahli kumpulan:

1. NIK NUR KHADIJA DALILAH BINTI HUSNI

2. SYAH NUR IMAN BIN SYAHRIL KHAZLEE

3. NUR AINA FARISHA BINTI MOHD NADZRI

Tajuk kenegaraan: Kesan-kesan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua skrip editor/penghantar dalam GC: NIK NUR KHADIJA DALILAH BINTI HUSNI

Tarikh ahli submit isi yang dipertanggungjawabkan kepada ketua editor: ni apa

Tajuk Isi Visual Audio Masa

Pengenalan Rukun Negara telah disusun pada 31 Oktober 1970, oleh

Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail

Nasiruddin Shah, selepas tahun ketiga belas kemerdekaan

Malaysia. Oleh sebab itu, tidak dinafikan juga setiap

daripada kita tahu kelima-lima prinsip Rukun Negara yang

menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara yang

maju. Prinsip-prinsip Rukun Negara jelas menyatakan

keharmonian dan kestabilan Malaysia, sementara juga

bertujuan menanamkan kepercayaan kepada rakyat,

menghormati penguasa dan bangsa, kerjasama dengan

Perlembagaan dan pihak berkuasa lain yang berkaitan, dan

mewujudkan sifat toleransi dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, berapa ramaikah orang di negara kita

Page 1 of 5
ini yang benar-benar cakna akan manfaat dan seribu satu

kesan baik jika mengamalkan prinsip-prinsip ini?

Suara

mmm

mar

0.00.30

Isi pertama Pertama sekali, manfaat menghayati Rukun Negara

ialah amalan budi bahasa dapat disemarakkan dalam

masyarakat seperti yang tercatat dalam prinsip Rukun

Negara yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

Setiap kaum di negara ini memahami bahawa bersopan

santun dan kesusilaan dapat dilihat melalui tutur kata dan

tingkah laku seseorang. Misalnya, menukilkan kata-kata

yang lembut dan bersopan santun ketika bergaul akan

menggalakkan hubungan harmoni dalam masyarakat

berbilang kaum di negara ini. Jika prinsip ini diikuti, ia

akan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih baik,

berkompeten dan mandiri, serta masyarakat Malaysia yang

bermuafakat ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah

semua. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa

memanfaatkan prinsip rukun negara mampu meluaskan

horizon pemikiran masyarakat untuk terus bersatu padu

sekali gus dapat merealisasikan tujuan utama terwujudnya

Rukun Negara di negara kita.

Suara

latar

0.00.45

Isi kedua Selain itu, penghayatan Rukun Negara dapat mewujudkan

keamanan dan keharmonian dalam negara. Hal ini

dikatakan demikian kerana prinsip Rukun Negara menjadi

Suara

latar

0.00.45

panduan kepada masyarakat di Malaysia ke arah

Page 2 of 5
pembentukan perpaduan antara satu sama lain tanpa

mengira kaum,bangsa dan agama .Masyarakat yang hidup

bersatu padu dapat mewujudkan kerjasama dan toleransi

yang dapat memelihara negara daripada berlakunya rusuhan

dan konflik yang dapat menggugat kestabilan negara seperti

peristiwa 13 Mei iaitu, rusuhan kaum yang menjadi titik

hitam kepada negara Malaysia kerana telah mengorbankan

ramai orang berpunca daripada ketidakpuasan hati terhadap

keputusan pilihan raya pada masa itu. Bagi mengelakkan

hal ini daripada berulang kembali, rakyat Malaysia haruslah

mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara supaya

kemuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan

masyarakat demi memelihara keamanan dan keharmonian

negara. Jelaslah bahawa amalan pinsip Rukun Negara

masih relevan sehingga kini dalam membentuk sebuah

negara yang maju dan sejahtera.

Isi ketiga Seterusnya, dengan penghayatan yang mendalam terhadap

Rukun Negara dapat meningkatkan jati diri bangsa yang

berbilang kaum. Rukun Negara dapat membentuk identiti

rakyat Malaysia kerana ia berperanan sebagai ideologi,

pegangan hidup, dan garis panduan untuk semua kegiatan

dan aktiviti hidup rakyat. Prinsip kesopanan dan kesusilaan

yang disepadukan ke dalam Rukun Negara merupakan

proses pembentukan masyarakat yang bersopan santun,

mulia, berdisiplin, berhemah, berbudi bahasa dan juga

mempunyai jati diri yang berwibawa. Prinsip Kepercayaan

kepada Tuhan pula dapat menerapkan kepercayaan

beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran

yang luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat

membina jati diri yang cemerlang. Hal ini demikian kerana

etiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama

masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan

perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat

mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama

Page 3 of 5
di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme

agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan

yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak

ansur atau saling bertoleransi yang akan menjadikan

Malaysia sebuah negara yang terbilang.

Suara

latar

0.00.45

Penutup

bahagian B

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa Rukun

Negara mempunyai impak yang besar dalam kalangan

rakyat Malaysia.Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan

peranan penting dalam memastikan prinsip Rukun Negara

diamalkan oleh semua lapisan umur terutamanya generasi

muda kini yang semakin hari semakin hilang semangat

patriotisme. Pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak

sekolah untuk menerapkan amalan prinsip Rukun Negara

dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi kerana

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Suara

latar

0.00.30

Sumber

Rujukan

1. ESEI: KEPENTINGAN RUKUN NEGARA. . ..

(2015, February 14). ESEI: KEPENTINGAN

RUKUN NEGARA. . . | Cikgu Azemi’s Blog.

https://azemi09.wordpress.com/2015/02/14/esei-ke

pentingan-rukun-negara/

2. Manfaat Prinsip Rukun Negara. (2019, November

17). Karangan Net.

https://karangan.net/manfaat-penghayatan-prinsip-p

rinsip-rukun-negara/

Page 4 of 5
3. B. (2019, May 12). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran

perlunya masyarakat bersatu padu | Sinar Harian.

LobservateurDuMaroc.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/27800

4. Yusof Othman, M., Dakir;, J., Latif Samian;, A.,

Safar Hasim;, M., Aziah, N., Awal;, M., Yahya;, S.,

Hanapi;, R., Omar;, N., & Abu Bakar, M. (2012).

JATI DIRI KEBANGSAAN DALAM

KALANGAN PELAJAR INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI (National Identity amongst

Students of Higher Education Institutions). In

Jurnal Hadhari Special Edition (pp. 67–78).

https://journalarticle.ukm.my/6098/1/JD005862_67

-78.pdf

4 minit

MATCHED SOURCES:

www.studocu.com › my › documentRukun negara - Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ...

https://www.studocu.com/my/document/multimedia-university/ma.... (https://www.studocu.com/my/document/multimedia-
university/materials-sciences/rukun-negara/20633363/)

Modul Ideologi Negara (Cikgu Cia Yee) SMK Kidurong

https://anyflip.com/plmbn/lpml/basic (https://anyflip.com/plmbn/lpml/basic)

www.researchgate.net › publication › 341987367(PDF) PKP Menggalakkan Penghayatan Rukun Negara -


ResearchGate

https://www.researchgate.net/publication/341987367_PKP_Mengg....
(https://www.researchgate.net/publication/341987367_PKP_Menggalakkan_Penghayatan_Rukun_Negara/)

Report Generated on February 05, 2024 by https://www.check-plagiarism.com/ (https://www.check-


plagiarism.com/)

Page 5 of 5

You might also like