You are on page 1of 3

SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

PENGENALAN

Sekretariat Rukun Negara (SRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) seiring dengan
namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijankan menerusi sekreteriat ini adalah berlandaskan
kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermatlamat agar ianya bukan sahaja difahami
dan dihayati malah dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia khususnay dikalangan golongan mahasiswa.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) di sekoalh-sekolah telah disarankan oleh Y.A.B.
Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana
Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di
Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentaiasa berpegang
kepada prinsip-prisip rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran Negara
terus berkekalan. Beliau berharap agar menerusi kelab rukun Negara ini, para pelajar
dapat didedahkan tentang kelima-lima prisip rukun Negara supaya mereka benar-benar
dapat memahami serta menghayatinya dan seterusnya dapat diamalkan dan dijadikan
sebagai budaya hidup seharian.

Selaras dengan saranan tersebut, pihak kementerian pendidikan pada masa itu telah
mengambil enisiatif untuk menubuhkan kelab rukun Negara disekolah-sekolah menengah
di seluruh Negara. Enisiatif ini dilaksanakan melalui surat pekeliling ikhtisas
bil.17/2000:penubuhan kelab rukun Negara di sekolah bertarikh 16 november 2000
kepada semua pengarah pendidikan negeri.
Pada bulan Ogos 2004, jabatan perpaduan Negara dan integrasi nasional (JPNIN) yang
pada ketika itu terletak dibawah jabatan perdana menteri (JPN) telah diarahkan supaya
menyediakan kertas jemaah menteri berhubung dengan pengukuhan pelaksanaan kelab
rukun Negara di sekolah-sekolah serta perluasan kelab rukun Negara di institut pengajian
tinggi awam dan swasta. Bagi mencapai matlamat ini, mewujudkan kerjasama erat dan
berterusan dengan kementerian pelajaran Malaysia dan kementerian pelajaran tinggi.

OBJEKTIF

Menjadi mekanisma kepada kerajaan diperingkat ipt dalam memperkaya pengetahuan,


pemahaman ,penghayatan, penilaian dan pengalaman mahasiswa terhadap prinsip-prinsip
rukun Negara.
Menyediakan sekreteriat rukun Negara sebagai “platform” berkesan untuk menyemai dan
memperkukuhkan semangat petrotism dikalangan mahasiswa.
Meningkatkan kesedaran khususnya dikalangan mahasiswa untuk mempraktikkan
prinsip-prinsip rukun Negara dalam kehidupan seharian kearah melahirkan masyarakat
yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka
dan beretika sejajar dengan wawasan Negara.
Mewujudkan Negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dipersada
dunia.

VISI

Menjadi tonggak dan pemangkin kepada pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional
dikalangan mahasiswa berlandaskan kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara.

MISI

Melahirkan warga mahasiswa yang sentiasa mendukong dan mempertahankan rukun negara
sebagai landasan hidup yang menyatukan seluruh rakyat kearah mencapai negara malaysia yang
bersatu padu dan harmoni.
AKTIVITI SEKRETERIAT

Sekreterian rukun Negara yang diwujudkan di IPT akan menjadi peneraju utama dalam
menjalankan aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan, pengetahuan, pemahaman,
penghayatan, penilaian dan pengalaman (5p) rukun Negara dikalangan mahasiswa.selain
daripada matlamt untuk memperkenal dan menyedarkan mahasiswa tentang kepentingan
rukun Negara, sekreteriat ini juga akan dijadikan salah satu mekanisma kearah
pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional serta memupuk sikap saling
hormat menghormati budaya dan pengamalan masyarakat pelbagai kaum di Negara ini.
Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti sekreteriat rukun Negara dirangka dan dilaksanakan
berlandaskan kepada lima prinsip rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan,
kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang,
kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu dari masa kesemasa jabatan perpaduan Negara dan integrasi nasional dengan
kerjasama daripada majlis sekreteriat rukun negar juga akan terus merancang dan
merangka pelbgai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, mantap dan relevan dengan
situasi semasa. Jawatankuasa sekteriat rukun Negara yang ditubuhkan di IPT juga
digalakkan untuk melaksanakan aktiviti –aktiviti yang menjuruskan kepada rukun
Negara serta pengukuhan semangat petrotism, perpaduan dan integrasi nasional
dikalangan mahasiswa.

You might also like