You are on page 1of 12

PRINSIP RUKUNEGARA, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

DALAM KALANGAN GENERASI BARU MASYARAKAT MAJMUK


MALAYSIA: KAJIAN TERHADAP PEMAHAMAN, PERSEPSI,
PENERIMAAN DAN CABARAN

Rosfazila Abd Rahman


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tel: +60123313020 Email: rosfazila@kuis.edu.my
Jessica Ong Hai Liaw
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Tel: +60123976778 Email: jessica@upnm.edu.my
Adlina Abdul Khalil
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah(UniSHAMS)
Tel: +60173248156 Email: adlina@unishams.edu.my
Sharifah Shahirah Syed Sheikh
Universiti Poly-Tech MARA (UPTM)
Tel: +60196321987 Email: shsyahirah@kuptm.edu.my
Djhoanna mama
Davao Oriental State University (DOrSU)
Email: djhoanna.mama@doscst.edu.ph
Munira Abd Razak
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Tel: +60123880277 Email: munira@ump.edu.my

ABSTRAK
Rukunegara adalah suatu ideologi kebangsaan yang menyeragamkan fahaman dalam
kalangan pelbagai kelompok etnik di Malaysia. Rukunegara juga bermatlamat untuk
membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara
kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Kesetiaan kepada raja dan negara
merupakan prinsip kedua dalam Rukunegara Malaysia. Satu daripada objektif
Rukunegara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama. Justeru, Rukunegara perlu sentiasa dihayati
oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia. Oleh
yang demikian, amat penting bagi semua rakyat dapat memahami, menghayati dan
mengamalkan prinsip Rukunegara terutamanya dalam kalangan generasi baru yang
merupakan pemimpin masa hadapan. Sehubungan itu, kajian tahap pemahaman,
persepsi, penerimaan dan cabaran prinsip keluhuran perlembagaan dalam kalangan
generasi baharu bertujuan mengkaji sejauh mana mereka benar-benar memahami,
merasai dalam hati dan mengamalkan prinsip Rukunegara berasaskan indikator dan

1468
kriteria yang dipilih. Teknik dan strategi kajian ini adalah kualitatif dengan
menggunakan data temu bual dan strategi kajian fenomena. Kajian ini diharapkan dapat
memberi gambaran tentang tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan generasi
baharu masyarakat majmuk Malaysia terhadap prinsip kesetiaan kepada raja dan negara
dan sekaligus cadangan-cadangan di dalam kajian ini dapat diterapkan di dalam
kehidupan masyarakat ke arah perpaduan dan keharmonian dalam kemajmukan.

Kata kunci : Rukunegara Malaysia, kesetiaan kepada raja dan negara, generasi baru

1.0 Pengenalan
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di – Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di – Pertua Negeri bagi negeri
– negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja – Raja dan Yang Di – Pertua
Negeri adalah lambang perpaduan rakyat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur, dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang Di –
Pertuan Agong. Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab
dan sanggup berkorban untuk Negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan yang
teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti: Menghormati
harta awam; Menghormati simbol – simbol kedaulatan Negara; Berusaha
meningkatkan nama baik Negara melalui aktiviti – aktiviti sosial, ekonomi, dan politik;
Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk pembangunan masyarakat dan
Negara; Mematuhi undang – undang; Setia, sanggup dan berani mempertahankan
Negara daripada sebarang ancaman oleh kuasa luar dan Produktif (Baharuddin, S. A. ,
2012).

2020 ialah ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara. Ejaan asalnya Rukunegara,
namun kini ditulis sebagai Rukun Negara. Rukun bermaksud dasar, tiang, asas atau
sendi. Dalam maksud lain, rukun bermakna tenang dan tenteram. Maka amat sesuai
frasa Rukun Negara digunakan kerana ia adalah dasar asas negara demi mencapai
kehidupan bernegara yang aman tenteram. Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah
permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya kesatuan hati.
Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa
bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna konflik yang tidak
berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk
sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina
kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya (Hashim,
M. S.,1987).

1469
Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan
ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang,
objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara
digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa
tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu
formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Secara
umumnya, ideologi negara, iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang
murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia. Rukun Negara juga digubal sebagai satu
bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.
Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi
kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini (Sani, H. Y.,1983).

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif
dengan menggunakan sains dan teknologi moden (Hashim, M. S.,1987).

Walaupun negara kita mengejar arus kemajuan namun Rukun Negara perlu sentiasa di
hayati oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat
Malaysia. Prinsip Rukun Negara perlu diperhebatkan semua peringkat masyarakat dan
hebahan asas-asas Rukun Negara perlu diperluaskan di seluruh negara. Ia sekali gus
meningkatkan rasa cinta kepada negara dan masa sama menanamkan semangat patuh
kepada perlembagaan di negara ini (Sani, H. Y., 1983).

Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang
tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah
kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.
Masyarakat di Tanah Melayu (Malaysia) pada sekitar kurun ke-19 didominasi oleh dua
bangsa yang berbeza selain daripada masyarakat Melayu , Cina dan India. Abad ke-19
adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami
perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah
membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain
orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu
orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-
lain kepulauan Indonesia (Baharuddin, S. A. , 2012).

Secara umunya, isu berkenaan rukun negara, kesetiaan kepada raja dan negara ini sering
kali diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Timbul beberapa persoalan seperti
bagaimana masyarakat memahami isu rukun negara, kesetiaan kepada raja dan negara,
bagaimana persepsi dan pemahaman mereka terhadap isu tersebut, adakah mereka

1470
menerima atau menolak kegiatan prinsip-prinsip kesepaduan dalam kehidupan mereka
dan apakah cabaran-cabaran yang masyarakat hadapi dalam menyemai prinsip-prinsip
rukun negara dan kesetiaan mereka kepada raja. Memandangkan negara Malaysia kaya
dengan keunikkan dan kepelbagaian budaya dan bangsa, penerapan prinsip-prinsip
rukun negara ini sangat perlu dititkberatkan bagi melahirkan masyarakat yang
bersepadu. Persoalan yang timbul berkenaan masyarakat Malaysia ini sangat
memerlukan kepada jawapan tambahan pula kepelbagaian bangsa di Malaysia
menimbulkan lebih banyak ruang persoalan. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk melihat pemahaman, persepsi, penerimaan serta cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun negara, kesetiaan kepada raja dan
negara.

2.0 Metodologi
Teknik dan strategi kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan data temu bual
dan strategi kajian fenomena. Jenis temu bual yang digunakan adalah temu bual separa
berskruktur kerana ianya lebih berfleksibel dan memudahkan informan menghuraikan
apa yang difikirkan kepada penyelidik. Selain itu, jumlah informan yang ditemu bual
dalam kajian ini adalah seramai sepuluh orang yang terdiri daripada Generasi Baru
Masyarakat Majmuk di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Informan terdiri daripada
tiga kategori utama iaitu daripada kelompok etnik Melayu, India dan Cina berumur di
antara 20 hingga 25 tahun.

3.0 Hasil dan Perbincangan


Hasil dan perbincangan ini dihuraikan dengan memfokuskan kepada empat objektif
utama iaitu pemahaman, persepsi, penerimaan dan cabaran masyarakat majmuk
terhadap prinsip rukun negara kesetiaan kepada raja dan negara.

3.1 Pemahaman masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun negara kesetiaan


kepada raja dan negara
Hasil kajian mendapati, para informan memahami prinsip rukun negara kesetiaan
kepada raja dan negara dengan mendalam. Sememangnya masyarakat negara ini
mengambil peduli berkenaan prinsip rukun negara serta memberikan pendapat yang
rasional. Para informan mendapat maklumat atau sumber berkenaan dengan prinsip
rukun negara di pelbagai sumber. Ini dibuktikan dengan kenyataan daripada informan
informan seperti berikut:

…Berdasarkan kefahaman saya tentang konsep rukun negara iaitu kesetiaan kepada
raja dan negara, ianya bermaksud bahawa setiap warganegara perlu menumpukan
sepenuh taat setia, bersikap jujur dan ikhlas kepada seri paduka baginda, YDPA.

3.2 Persepsi masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun negara kesetiaan


kepada raja dan jata negara

1471
Persepsi yang ingin dibincangkan di sini merupakan pendapat dan pandangan para
informan sama ada dari sudut yang positif atau negatif berkenaan dengan prinsip rukun
negara kesetiaan kepada raja dan negara. Hasil kajian mendapati bahawa para informan
mempunyai pandangan yang positif terhadap prinsip rukun negara dan fungsi jata
negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat berpendapat bahawa rukun negara adalah
panduan hidup agar mereka patuh dengan segala prinsip rukun negara. Para informan
juga berpendapat bahawa jata negara adalah simbol atau lambang yang menunjukkan
ianya hak milik kerajaan Malaysia. Jata negara dan rukun negara juga boleh dilabelkan
sebagai satu hak cipta terpelihara di mana apabila ia diamalkan ia akan melahirkan
warga yang bersifat positif. Hal ini disokong oleh para informan berikut:

…Prinsip rukun negara merupakan satu perkara yang akan menimbulkan perkara
positif dalam diri jika diamalkan dan fungsi jata negara ialah memberitahu bahawa
sesuatu perkara yang mempunyai logo itu adalah milik kerajaan seperti kereta yang
mempunyai jata negara ianya adalah milik kerajaan Malaysia.

Prinsip rukun negara dan jata negara juga dapat memberi implikasi atau impak kepada
masyarakat majmuk dengan mendisiplinkan diri. Para informan juga menyatakan
bahawa masyarakat yang memahami prinsip rukun negara dan jata negara dapat
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu.

… jata negara dan rukun negara dapat memantapkan mutu disiplin seseorang individu
dalam mengetahui aspek ataupun maksud maksud yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkuasa.

… jata negara pada hidup saya secara personal ialah dapat mendisiplinkan diri saya
sebagai seorang rakyat yang hebat. Selain itu, ia dapat memupuk semangat cintakan
akan negara.

…pada persepsi saya, rukunegara dapat membentuk sahsiah yang terpuji apabila saya
mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan seharian.

3.3 Penerimaan masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun negara kesetiaan


kepada raja dan jata negara
Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan masyarakat majmuk Malaysia menerima
kewujudan rukun negara dan jata negara secara personal. Hal ini demikian kerana, para
informan dididik dan diajar sejak kecil mengenai prinsip rukun negara dan jata negara.
Mereka sudah diajar berkenaan dengan prinsip rukun negara ini sejak peringkat sekolah
rendah dan hal ini membuktikan bahawa mereka benar benar menerima prinsip rukun
negara sebagai sangat relevan. Masyarakat berpendapat bahawa prinsip rukun negara
bukan sahaja untuk dihafal malah untuk difahami dengan lebih terperinci. Hal ini
disokong oleh para informan berikut:

1472
…saya menerima dan akur dengan prinsip rukunegara. Ianya dapat memupuk
semangat jati diri yang bertujuan supaya dapat dicontohi kepada rakyat dan generasi
yang akan datang dapat mencontohi kita.

…Dapat menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat di luar dengan semangat
yang ditonjolkan dari diri sendiri.

3.4 Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun
negara kesetiaan kepada raja dan jata negara.
Para informan menerangkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh masyarakat majmuk
terhadap prinsip rukun negara adalah berkenaan dengan kurangnya kefahaman atau
sinergi ataupun berlakunya perselisihan pendapat antara kaum, perbezaan adat dan
kepercayaan masing masing, sifat assabiah iaitu sifat taksub dan hanya berinteraksi
ataupun berkomunikasi sesama kaum mereka sahaja dan tidak mempedulikan kaum
kaum yang lain. Seterusnya, isu politik antara kaum juga menjadi cabaran besar yang
dihadapi dalam masyarakat majmuk Malaysia. Hal ini boleh dilihat kenyataan daripada
para informan:

…Kita sering berselisihan faham dengan orang yang berlainan kaum kerana
berdasarkan adat dan keturunan yang berbeza menjadikan mereka tidak dapat
memahami antara satu sama lain.

…Akan wujudnya salah faham antara satu kaum dengan kaum yang lain dari adat dan
kepercayaan masing masing untuk mengamalkan rukun negara dalam masyarakat
yang berbilang kaum sehinggakan terdapat sesetengah kaum lari daripada landasan
mengamalkan rukun negara.

…Masyarakat tidak mencapai tahap kesepakatan dalam kesefahaman berkenaan kaum


yang tidak bercampur antara kaum sebagai contoh apabila hendak menolong hanya
menolong kaum sendiri sahaja ia menimbulkan tidak senang dikalangan kaum lain.

…Dari segi politik kerana sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari
kaum yang lain yang mana pemimpinnya sudah semestinya mempunyai corak yang
tersendiri. Mereka akan berburuk sangka dan sentiasa mencari kesalahan agar dapat
dijadikan bukti untuk menampakkan kepincangan pemimpin.

Akhir sekali, apa yang boleh disimpulkan berkenaan dengan prinsip rukun negara
kesetiaan kepada raja dan jata negara adalah masyarakat berpengetahuan dan
mempunyai ilmu tentang perkara perkara ini. Mereka juga memberi kerjasama dalam
memberi pendapat berkenaan prinsip rukun negara dan mencadangkan idea idea yang
bernas untuk membentuk masyarakat yang berguna dan berwibawa kepada raja dan
negara pada zaman muasir ini dan juga masa akan datang. Hal ini dapat menjamin
kesejahteraan dan keharmonian negara serta menambah baik lagi kefahaman
masyarakat majmuk terhadap prinsip rukun negara dan jata negara.

1473
…Pada pendapat saya, saya memang merasakan bahawa penghayatan terhadap
prinsip rukun negara semakin pudar ditelan era pemodenan. Sikap rakyat yang kurang
memahami dan mengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan. 5 prinsip rukun
negara semakin kurang diamalkan oleh rakyat kerana mereka selalu mengejar arus
kemodenan hidup dan negara sehingga terlupa untuk memanfaatkan prinsip rukun
negara dalam kehidupan. Cadangan untuk meningkatkan penghayatan tersebut adalah
dengan menetapkan 5 prinsip rukun negara dalam sistem pendidikan. Tidak kira di pra
sekolah, sekolah rendah/menengah dan institusi pendidikan tinggi, pelajar perlu
diterapkan dengan penghayatan prinsip rukun negara untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang dan berdisiplin.

4.0 Kesimpulan
Kajian ini membincangkan tentang prinsip rukunegara kesetiaan kepada raja dan negara
daripada aspek pemahaman, persepsi, penerimaan dan juga cabaran. Bangsa Malaysia
bersatu di bawah perlembagaan dan Rukun Negara menjadi payung perpaduan
masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian mendapati bahawa aspek pemahaman,
persepsi, penerimaan dan cabaran prinsip rukun negara, kesetiaan kepada raja dan
negara dalam kalangan generasi baru masyarakat majmuk Malaysia adalah positif dan
baik. Walaubagimanapun, aspek cabaran perlu diambil perhatian dalam memastikan
kelangsungan dan kerelevanan prinsip ini dalam memacu undang-undang dan
keharmonian hidup dalam kepelbagaian masyakat majmuk Malaysia. Hal ini
membuktikan bahawa semangat menjiwai kesetiaan kepada raja dan jata negara harus
kekal sehingga dapat dipupuk ke generasi hadapan agar tidak akan melahirkan warga
yang boleh merosakkan keharmonian negara atas sebab ketidakfahaman dan kurangnya
toleransi serta kebersamaan.

5.0 Bibliografi
Baharuddin, S. A. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Hashim, M. S. (1987). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Perlembagaan Persekutuan. (n.d.). Retrieved from Portal Rasmi Bahagian Pasca


Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam:
http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/Perlembagaan%20Perse
kutuan-Ma.Html

Perlembagaan Persekutuan Ulang Cetak. (2016). Retrieved from Attorney General's


Chambers of Malaysia Official Portal:

1474
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/FC/PERLEMBA
GAAN%20PERSEKUTUAN%20ULANG%20CETAK%202016.pdf

Sani, H. Y. (1983). Perlembagaan Kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers Sdn.
Bhd.

1475
6.0 LAMPIRAN

Nama Adakah anda merasakan Apakah yang Apakah pandangan Apakah kesan jata negara Pada pandangan
Informan bahawa penghayatan anda faham masyarakat terhadap dan rukun negara pada anda,apakah cabaran
terhadap prinsip rukun tentang konsep prinsip rukun negara hidup anda secara yang dilalui oleh rakyat
negara semakin pudar ditelan rukun negara iaitu dan apakah fungsi peribadi? Malaysia dalam
era pemodenan?Apakah kesetiaan raja dan jata negara? mengamalkan rukun
cadangan untuk negara? negara dalam masyarakat
meningkatkan penghayatan yang berbilang kaum?
tersebut?

Rafiqi Masyarakat zamn sekarang Masyarakat dapat Penghayatan terhadap Dapat menunjukkan Dalam kalangan
tidak ambil peduli tentang memajukan rukun negara semakin tauladan yang baik berbilang kaum di negara
rukun negara dan negara dengan kurang terutama dalam kepada masyarakat di Malaysia ini,kita sering
kesejahteraan negara mematuhi segala kalangan generasi muda luar dengan semangat berselisihan faham
Malaysia ini.Oleh itu,pihak peraturan dan dan ini amat yang ditonjolkan dalam dengan orang yang
berkuasa boleh mengambil perintah raja dan membimbangkan.Rama diri sendiri berlainan kaum kerana
berat dan mengadakan negara dengan i rakyat yang tidak lagi berdasarkan adat dan
kempen-kempen untuk membangunkan melihat kepentingan keturunan berbeza
memupuk sifat patriotik penjualan dalam rukun negara pada masa
dalam diri seseorang negara.Contohny ini dalam keadaan
a, membina menuju kemajuan.
syarikat
pengeluaran
produk ke luar
negara dan
mengeksport
barang seperti
makanan
Mohammad penghayatan terhadap prinsip Konsep yang Menunjukkan keperluan Negara aman dan Sesetengah kaum tidak
Shafieqqal rukun negara semakin pudar berteraskan semua pihak tanpa makmur kerana negara mahu menerima
Aidiel ditelan era kepada amalan mengira Malaysia menitik kempipinan dri kaum
permodenan.Antara sistem demokrasi kedudukan.Rakyat beratkan tentang hidup yang lain yang mana
cadangan untuk berpalimen dan dikehendaki ematuhi kebudayaan.Dalam pemimpinnya sudah
meningkatkan penghayatan raja dan menghormati masa yang sama semestinya mempunyai
tersebut ialah pihak kerajaan berperlembagaan undang-undang kerajaan tetap corak tersendiri.Mereka
perlu mengadakan program dengan Seri negara.Fungsi Jata mengamalkan sistem akan berburuk sangka
yang bertemakan rukun Paduka Baginda Negara ialah sebagai Raja Berpelembagaan dan sentiasa mencari
negara bagi memastikan yang Di-Pertuan simbol utama di kulit kesalahan agar dapat
rakyat sentiasa menghayati Agong sebagai pasport untuk dijadikan bukti untuk
prinsip rukun negara ketua membuktikan menampakkan
negara.Setiap kewarganegaraan kepincangan pemimpin
warganegara seseorang.
hendaklah taat
dan setia kepada
baginda

1476
Lau Jing Xi Tujuan untuk mengadakan Melahirkan Memberi impak dalam Menahan diri daripada Bertujuan supaya dapat
kempen kesedaran ailah rakyat yang usaha menyuburkan melakukan perbuatan dicontohi kepada rakyat
untuk menanamkan dan bertanggungjawa kesedaran dan provokasi dan dan generasi yang akan
menghayati prinsip rukun b dan sanggup penghayatan konsep keganasan yang akan datang dapat mencontohi
negara dalam diri individu berkorban untuk rukun negara serta mengakibatkan konflik kita
negara demi fungsi sebagai simbol dan kekacauan
keamanan dan utama yang dilihat
kemajuan sebagai simbol kerajaan

Muhd Nur Pihak kerajaan ataupun pihak Konsep kesetiaan Pandangan masyarakat Kesan Jata Negara dan Pada pandangan
Hilmi berkuasa seharusnya raja dan negara terhadap prinsip rukun rukun negara ialah dapat saya,cabaran yang dilalui
meningkatkan taaf adalah panduan negara ialah merupakan memantapkan mutu oleh rakyat Malaysia
pendidikan tentang hidup rakyat salah satu keutuhan disiplin seseorang dalam mengamalkan
pemahaman atau untuk mendukung perpaduan dan individu dalam rukun negara masyarakat
kepentingan mentaati prinsip perlembagaan keharmonian antara mengetahui aspek akan melakukan perkara
rukun negara dan kesetiaan negara.Seperti kau,manakala fungsi ataupun maksud yang yang dapat melanggar
kepada raja kepada generasi rakyat dapat jata negara ialah perkara telah ditetapkan oleh syariat Islam yang dapat
muda serta masyarakat menjadi sopan yang menandakan pihak yang berkuasa menjatuhkan imej negara
santun terhadap negara itu sudah dan agama .Contohnya,
masyarakat lain merdeka melakukan seks bebas
seperti yang telah antara kaum
ditetapkan dalam
prinsip rukun
negara

Lam Mei Pihak bertanggungjawab Setiap Masyarakat Kesan jata negara pada Akan wujudnya salah
Thong harus membuat kempen warganegara berpandangan bahawa hidup saya secara faham antara satu kaum
tentang prinsip rukun harus prinsip rukun negara peribadi ialah dapat dengan kaum yang lain
negara,kesetiaan kepada raja menumpukan ialah panduan hidup mendisplinkan diri saya dari aspek adab dan
dan negara agar rakyat sedar sepenuh taat sebagai sebagai rakyat sebagai seorang rakyat kepercayaan masing-
tentang masalah ini. setia,jujur dan agar patuh dengan yang hebat.Selain itu, masing untuk
ikhlas kepada segala prinsip rukun dapat memupuk mengamalkan rukun
Yang Di-Pertuan negara manakala fungsi semangat cintakan akan negara dalam masyarakat
Agong kerana jata negara pada agama negara yang berbilang kaum
Baginda adalah ialah melambangkan sehinggakan terdapat
ketua agama dan keutuhan sebuah negara sesetengah kaum telah
ketua negara lari daripada landasan
mengamalkan rukun
negara dalam masyarakat
berbilang kaum.

1477
Kevin Setuju kerana Malaysia Konsep rukun Prinsip rukun negara Pada saya kesannya Cbaaran yang dilalui
menuju ke dunia moden. negara ini boleh dikaitkan dengan ialah saya dapat ialah kurangnya
Sekiranya hendak melakukan bermaksud rakyat satu prinsip yang perlu membentuk sahsiah kesefahaman antara
satu Malaysia dipatuhi oleh yang terpuji apabila saya rakyat yang berbilang
pembaharuan kita perlu hendaklah setiap golongan dalam mengamalkan prinsip kaum
mengirbankan sesuatu dan menunjukkan negara dan tidak rukun negara dalam yang menyebabkan
pada saya perkara yang nilai mengira lapisan umur. kehidupan seharian berlaku pergaduhan dan
dikorbankan adalah rukun kesetiaan kepada Jata negara berfungsi tidak bertegur sapa dalam
negara. raja dan negara sebagai satu logo atau kalangan
tidak mengira lmbang yang digunakan masyarakat
waktu dan dalam urusan surt
sanggup menyurat yang
berkorban apa melibatkan kerajaan
sahaja demi
negara

Mr.Andrew Saya tidak bersetuju kerana Ia menunjukan Prinsip rukun negara Memberikan rasa Perselisihan faham yang
pendedahan tentang rukun bahawa merupakan satu perkara hormat dalam diri berlaku akibat dari
negara sudah diberi sejak masyarakat perliu yang akan menimbulkan kerana mempunyai satu kurangnya nilai hormat
mereka kanak – kanak patuh dengan perkara positif lambang yang digeruni antara kaum
sehingga remaja dalam arahan raja dan dalam diri jika oleh orang ramai dan
pembelajaran mereka negara serta diamalkan dan fungsi rukun negara dapat
melalui pend. setia bersama jata negara ialah melatih diri menjadi
Sivik. dalam keadaan memberitahu bahawa seseorang yang
senang dan susah. sesuatu berfikiran positif dan
perkara yang disiplin
mempunyai logo itu
adalah milik kerjaan
seperti kereta yang
mempunyai jata negara
ianya adalah milik
kerjaan Malaysia

Brutus a/l Ya, cadangan saya adalah Apa yang saya Jata negara ialah simbol Kesannya ialah cinta Dengan adanya undang-
subramania dengan mewajibkan pelajar faham ialah yang menunjukkan dan setia pada raja dan undang yang harus
m sekolah menghafal rukun menghormati raja perpaduan negara meningkat di diikuti oleh semua
negara supaya dididik dari dan sultan serta perlembagaan negara dalam diri. masyarakat berbilang
kecil untuk mematuhi rukun patuh pada dan kaum dan sopan santun
negara perintahnya. kesatuan rakyat. Ini antara satu sama lain
ditunjukkan dengan masih lagi masih
simbol harimau yang diamalkan sehinga kini.
menunjukkan
keberanian rakyat
malaysia.

1478
Lee li wen Pada pendapat saya, saya Berdasarkan Masyarakat wajib Kesan jata negara dan Pada pandangan saya
memang merasakan bahawa kefahaman saya mematuhi rukun negara. prinsip rukun negara cabaran yang dilalui oleh
penghayatan terhadap tentang konsep Hal ini kerana untuk terhadap peribadi saya rakyat Malaysia dalam
prinsip rukun negara semakin rukun negara iaitu memastikan ialah , saya dapat mengamalkan rukun
pudar ditelan era pemodenan. kesetiaan kepada kemakmuran antara meningkatkan kasih negara dalam masyarakat
sikap rakyat yang kurang raja kaum di Malaysia sayang terhadap negara yang berbilang kaum
memahami dan dan negara , ianya terjamin. Pematuhan dengan menghormati ialah kurangnya sifat
mengamalkan prinsip rukun bermaksud kepada rukun negara maksud setiap keterbukaan dalam
negara dalam kehidupan. 5 bahawa setiap menjadikan masyarakat lambang yang ada pada kehidupan sosial. Rakyat
prinsip rukun warganegara lebih berdisiplin dan jata negara tersebut dan Malaysia kini kurang
negara semakin kurang perlu mempunyai nilai meningkatkan disiplin menghormati adat
diamalkan oleh rakyat kerana menumpukan patriotisme yang diri dengan dan budaya kaum2 lain
mereka terlalu mengejar arus sepenuh taat setia, tinggi. Fungsi jata menghayati prinsip dan menyebabkan
kemodenan hidup dan negara bersikap jujur dan negara kepada negara rukun negara. perselisihan faham antara
sehingga terlupa untuk ikhlas kepada seri ialah sebagai identiti kaum.
memanfaatkan prinsip rukun paduka baginda negara, lambang
negara dalam kehidupan. YDPA, kedaulatan negara,
Cadangan untuk sebagai simbol
meningkatkan penghayatan perpaduan dan lambang
tersebut adalah rasmi negara
dengan menetapkan 5 prinsip
rukun negara dalam sistem
pendidikan. Tidak kira di
pra-sekolah, sekolah rendah/
menengah dan institusi
pendidikan tinggi, pelajar
perlu
diterapkan dengan
penghayatan prinsip rukun
negara untuk melahirkan
modal insan
yang cemerlang dan
berdisiplin.

Shobana Ya. Membuat ujian bertulis Konsep rukun Jata negara dan rukun Cabaran untuk Pada pandangan saya
di sekolah berkaitan dengan negara tersebut negara boleh dilabelkan mengamalkan rukun cabaran yang dilalui oleh
rukun negara bagi bermaksud kita sebagai satu hak cipta negara ini ialah rakyat Malaysia dalam
memperbaiki golongan yang hendaklah terpelihara masyarakt tidak mengamalkan rukun
lemah tentang prinsip rukun mempunyai dimana apabila ia mencapai negara dalam masyarakat
negara dan sebagainya. semangat diamalkan ia akan tahap kesepakatan yang berbilang kaum
patriotism dalam menimbulkan insan dalam kesefahaman ialah kurangnya sifat
diri agar dapat yang mempunyai sifat – berkenaan kaum dan keterbukaan dalam
mempunyai sifat positif. tidak bercampur kehidupan sosial.
semangat antara kaum. Sebagai
kesetiaan kepada contoh, apabila hendak
raja dan menolong hanya
negara tidak menolong kaum
mengira tempat sendiri sahaja. Ia
dan waktu menimbulkan rasa yang
tidak senang di kalangan
kaum lain.

1479

You might also like