You are on page 1of 12

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE

Faculty of Social Science and Humanities


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3133 FALSAFAH DAN ISU SEMASA


BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1 - TUGASAN BERTULIS
(Semester 3, Year 2021/2022) - 202201

TAJUK : RUKUN NEGARA. KESOPANAN DAN KESUSILAAN TERAS


PEMBANGUNAN

PROG. / KUMPULAN : R….. Year …. Sem…. Group….


NAMA PENSYARAH :
Nama Pelajar No. I.D

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

PENILAIAN 1 : TUGASAN BERTULIS (30 %)

KRITERIA SKOR

Kejelasan Penulisan

Analisis

Daya Usaha

Inisiatif

Minat

Jumlah (100 markah)


____ / 25 x 100 =
Komen umum:

*For Reviewer use only:


Name of Examiner

Name of Reviewer

Signature of Reviewer

Date

Isi Kandungan
Kandungan Muka Surat

1. Pengenalan

2. Isi
- Signifikan Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Teras
Pembangunan

- Cabaran Pelaksanaan Kesopanan dan Kesusilaan

- Langkah Menjadikan Kesopanan dan Kesusilaan


sebagai Amalan dan Budaya

3. Kesimpulan

4. Rujukan

5. Lampiran
1
Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan darurat diisytiharkan di seluruh Malaysia dan
kesan daripada itu, Majlis Perundingan Negara (MPN) menjelaskan bahawa kita memerlukan
satu ideologi yang boleh diamalkan oleh seluruh masyarakat ke arah membentuk sebuah
negara yang bersatu padu (Jabatan Penerangan Malaysia, 2020: 5). Oleh itu, Rukun Negara
telah diwujudkan bagi memastikan pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan,
ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. Rukun Negara merupakan satu ideologi
kebangsaan yang dibentuk untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira
umur, kaum dan agama. Ia juga merupakan satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang
dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Tanah
Melayu atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Jabatan Penerangan Malaysia, 2020: 9).

Terdapat lima prinsip yang menjadi teras kepada Rukun Negara iaitu, kepercayaan
kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan
undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan. Kelima-lima prinsip yang terdapat dalam
Rukun Negara berkait rapat dengan dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Ianya
menyentuh mengenai nilai hidup yang perlu dijadikan sebagai pegangan, amalan dan dihayati
untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara. Secara amnya, boleh dikatakan bahawa
masyarakat pada hari ini mengetahui mengenai lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun
Negara. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian daripada kita kurang memahami
prinsip-prinsip tersebut.

Dalam perbincangan ini, isu utama yang akan dibincangkan adalah prinsip kesopanan
dan kesusilaan. Prinsip ini merupakan prinsip yang kelima atau yang terakhir dalam Rukun
Negara yang boleh dijelaskan sebagai satu keadaan di mana masyarakat saling bertolak ansur,
bertimbang rasa dan berkelakuan baik (Jabatan Penerangan Malaysia, 2020: 22). Prinsip yang
kelima ini djadikan sebagai isu utama perbincangan kerana ianya berkaitan dengan tingkah
laku masyarakat yang boleh mempengaruhi sosial, ekonomi dan politik. Jika ianya mampu
diamalkan dan dihayati kestabilan dalam tiga aspek tersebut mampu dibentuk dan jika tidak,
ianya mampu untuk mencipta masalah.

2
Signifikan Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Teras Pembangunan
Kesopanan dan kesusilaan bukan sahaja penting dalam menyelesaikan isu darurat yang
berlaku pada 13 Mei 1969, tetapi ianya signifikan sehingga hari ini. Hal ini kerana
pendekataan yang mengambil kira kepentingan semua pihak seperti amalan kesopanan dan
kesusilaan dalam mewujudkan keadaan yang lebih positif adalah lebih mudah untuk diterima
walaupun wujudnya perbezaan latar belakang. Keadaan ini boleh dilihat menerusi kejadian
banjir pada Disember 2021. Masyarakat Sikh menyediakan bekalan makanan kepada mangsa
banjir yang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah dipersoalkan sama ada ianya
halal atau haram untuk dimakan bagi mereka yang beragama Islam. Bekas Menteri Hal Ehwal
Agama, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohammad al-Bakri mengatakan bahawa tiada masalah
untuk makan makanan yang disediakan oleh gudwara kerana ianya tidak mengandungi daging
yang disembelih oleh penganut Sikh dan makanan yang disediakan merupakan makanan
vegetarian (Zainal, F., The Star, 24 Disember 2021). Beliau tanpa menunggu masa yang lama
telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan kekeliruan tersebut bagi mengelakkan isu yang
lebih besar daripada berlaku. Kesopanan dan kesusilaan jika diamalkan dan dihayati akan
menjadikan kita sebagai individu yang tahu menghargai individu lain. Jika keadaan ini
berlaku, secara tidak langsung kita akan berusaha untuk menjaga kebajikan setiap ahli
masyarakat tanpa mengira situasi kerana kita memerlukan satu sama lain demi masa depan
negara kita.

Selain daripada itu, ia juga mampu membantu meningkatkan pembangunan ekonomi


negara dan begitu juga rakyat. Menurut En. Tan Khye Chuin, beliau mengatakan bahawa jika
kesopanan dan kesusilaan diamalkan dalam semua aktiviti dan sektor ekonomi, ia boleh
meningkatkan kepercayaan pengguna dan ini akan membantu meningkatkan keuntungan para
peniaga (Tan, K.C., t.t) Beliau turut menambah, kepercayaan masyarakat tempatan terhadap
sektor ekonomi negara akan meningkatkan minat pelabur asing untuk melabur di negara kita
akibat daripada perkembangan positif tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan memberi
manfaat kepada negara dan masyarakat Malaysia. Kesopanan dan kesusilaan dalam sektor
ekonomi boleh dilihat apabila pihak peniaga tidak membezakan latar belakang sesorang
pengguna dengan pengguna yang lain. Dalam masa yang sama juga, mereka tidak melakukan
sebarang unsur penipuan atau meletakkan harga yang tidak sepatutnya demi
memaksimumkan keuntungan. Jika keadaan seperti ini berlaku kesopanan dan kesusilaan

3
peniaga terhadap pengguna boleh dipersoalkan. Maka, kita boleh katakana bahawa prinsip
kelima ini memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan ekonomi.

Ketidakstabilan politik yang boleh dilihat pada hari ini boleh menggunakan prinsip
rukun negara yang kelima dalam menyelesaikan isu tersebut. Sekiranya terdapat perbezaan
pendapat antara dua kumpulan yang berbeza kesopanan dan kesusilaan boleh dgunakan
kerana ia merupakan satu pendekatan yang tidak menggunakan elemen kekerasan seperti
mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci atau mencederakan pihak lain. Menurut Nur Sarah
Baharuddin (2017: 17), Nelson Mandela menentang penguasaan Barat dan dasar apartheid
mereka di Afrika Selatan, tetapi bagi beliau kekerasan bukan langkah terbaik untuk
menghentikan perkara tersebut kerana apabila kekerasan digunakan untuk menyelesaikan
masalah, kita sebenarnya mencipta masalah. Jika kita merujuk kepada sejarah disebabkan
sikap positif yang diamalkan oleh Mandela, beliau turut mendapat sokongan daripada
masyarakat Barat sendiri untuk menamatkan krisis yang berlaku di Afrika Selatan. Jika
prinsip Rukun Negara yang kelima dijadikan sebagai pegangan untuk menyelesaikan isu yang
melibatkan politik, setiap masalah akan dapat diselesaikan kerana fokus utama adalah
penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama, rakyat akan memandang tinggi pemimpin
politik kerana keupayaan mereka menangani masalah dengan sebaik mungkin.

4
Cabaran Pelaksanaan Kesopanan dan Kesusilaan

Walaupun ideologi Rukun Negara telah diwujudkan sejak tahun 1970 tetapi masih wujud
cabaran atau permasalahan dalam pelaksanaannya dan ini termasuklah prinsip kesopanan dan
kesusilaan. Hal ini tidak hanya melibatkan kumpulan tertentu tetapi keseluruhan masyarakat
di Malaysia tanpa mengira latar belakang. Punca utama hal ini berlaku kerana sikap individu
yang menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak penting. Menurut Azwani
Aziz, ‘individualistik’ yang terdapat dalam diri seseorang akan menyebabkan mereka sukar
untuk melihat faedah sesuatu perkara dalam skala yang lebih besar (Aziz, A., 2021: 29).
Prinsip kesopanan dan kesusilaan jika diteliti mampu membawa kebaikan bukan sahaja
kepada masyarakat Malaysia, tetapi juga kemajuan negara. Walau bagaimanapun, jika kita
hanya mementingkan diri sendiri adalah mustahil kesopanan dan kesusilaan boleh dijadikan
sebagai satu amalan dan budaya di Malaysia. Di sini boleh dikatakan bahawa ‘diri’ adalah
cabaran terbesar kerana jika ‘diri’ menolak adalah mustahil prinsip ini boleh difahami dan
dihayati.

Selain itu, sistem pendidikan turut menjadi punca kepada berlakunya cabaran dalam
pelaksanaan prinsip kesopanan dan kesusilaan. Boleh dikatakan bahawa setiap rakyat
Malaysia, bermula daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah akan membaca ikrar
Rukun Negara semasa perhimpunan dijalankan. Bertahun-tahun ikrar tersebut dibaca tetapi
penghayatan tiada. Kesopanan dan kesusilaan bukanlah perkataan atau perbuatan yang sukar
untuk difahami atau diamalkan, tetapi apakah punca ianya sukar untuk dihayati? Keadaan ini
berlaku kerana sistem pendidikan kita lebih tertumpu kepada penghafalan berbanding
memahami sesuatu dengan dengan lebih jelas. Benny Thomas dan Herney Ahmad dalam
Rukun Negara dan Globalisasi di Malaysia (2022: 19), turut menyentuh isu yang sama dan
mereka mengatakan bahawa disebabkan mentaliti masyarakat yang menilai seseorang
berdasarkan pencapaian ‘A’ telah menyebabkan generasi muda lebih cenderung untuk
menghafal daripada memahami sesuatu subjek yang dipelajari. Oleh itu, boleh katakan obsesi
terhadap ‘A’ telah mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan dan ianya memberi kesan
terhadap penghayatan kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, berdasarkan temubual wartawan Morning Express TV bersama dengan


Puan Nadiah Abdul Rahman, beliau berpendapat status dan kedudukan telah menjadikan
sesetengah pihak beranggapan bahawa mereka terkecuali daripada melaksanakan kesopanan
dan kesusilaan (Morning Express TV, t.t). Melalui media massa dan media sosial, kita selalu

5
didedahkan dengan kes-kes yang melibatkan kesopanan dan kesusilaan diketepikan oleh
golongan kayangan dan begitu juga dengan wakil-wakil rakyat atau ahli politik. Contohnya
berdasarkan laporan Evening Express Online (28 Disember 2020), ahli Parlimen Village
Forest telah mengeluarkan satu kenyataan kepada Sabah, “jika tidak mahu mengikuti
ketetapan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pusat, boleh keluar daripada Malaysia.”
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kesopanan dan kesusilaan tidak diamalkan dan ini
boleh menyebabkan Sabah beranggapan tidak perlu untuk menunjukkan rasa hormat terhadap
Semenanjung Malaysia kerana yang dilihat lebih kepada mementingkan diri berbanding
penyelesaian masalah. Melalui isu ini boleh difahami kerana nila setitik rosak susu
sebelangga kerana wujud kumpulan yang mementingkan kepentingan mereka semata-mata
turut mempengaruhi pihak lain dalam mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

6
Langkah Menjadikan Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Amalan dan Budaya

Tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat cabaran dalam menjadikan prinsip rukun negara
yang kelima ini sebagai sebahagian amalan dan budaya masyarakat di negara kita. Sesuatu
perlu dilakukan bagi memastikan cabaran ini tidak menjadi sebagai satu penghalang kepada
perkembangan kesopanan dan kesusilaan seperti yang dikatakan oleh wartawan Morning
Evening Herald. Dalam penulisannya The Future of ‘Kesopanan dan Kesusilaan’, beliau
mengatakan bahawa golongan atasan di sesebuah institusi sama ada ianya sebuah keluarga,
masyarakat, negara ataupun syarikat, mereka yang mempunyai kedudukan perlu
mengamalkan kesopanan dan kesusilaan kerana akan menggalakkan yang lain untuk
melakukan benda yang sama secara tidak langsung (Ng, C.H, Morning Evening Herald, 29
Disember 2021: 12). Hal ini kerana mereka yang mempunyai pengaruh atau kedudukan akan
menjadi suri teladan dalam masyarakat. Contohnya, ibu bapa adalah suri teladan bagi anak-
anak dan pemimpin adalah suri teladan bagi masyarakat. Jika dalam kehidupan seharian ibu
bapa dan pemimpin menekankan kesopanan dan kesusilaan dalam menghadapi setiap keadaan
sama ada positif atau negatif, ianya akan memberi satu gambaran kepada anak-anak dan
masyarakat bahawa kesopanan dan kesusilaan sebagai satu nilai penting dalam kehidupan.

Selain itu, media massa dan media sosial memainkan peranan penting dalam
mempromosikan kesopanan dan kesusilaan. Hal ini kerana kemampuan media dalam
menyebarkan maklumat dalam skala yang besar. Bencana banjir yang berlaku pada Disember
2021 di Selangor memperlihatkan kuasa media dalam mempromosikan dan mendorong
masyarakat untuk saling tolong menolong. Salah satu kepentingan media yang tidak boleh
dinafikan adalah ia mampu mempengaruhi dan mengubah corak pemikiran seseorang
terhadap sesuatu perkara (Priscilla, L., t.t). Jika media selalu menyiarkan maklumat berkaitan
kesan positif jika kesopanan dan kesusilaan diamalkan dan juga kesan negatif jika diabaikan,
ini dapat mengubah pandangan seseorang terhadap prinsip Rukun Negara tersebut. Amalan
tolong menolong ini adalah selari dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan kerana tujuan
prinsip ini diwujudkan adalah untuk melahirkan masyarakat yang sanggup mengetepikan
perbezaan latar belakang dan kepentingan diri demi kebaikan bersama.

Langkah yang lain yang boleh dilakukan adalah menambahbaik sistem pendidikan
yang sedia ada. Pencapaian ‘A’ dalam sesuatu subjek adalah sesuatu yang membanggakan
tetapi jika pencapaian tersebut berdasarkan penghafalan dan bukan pemahaman, ia akan

7
menjadikan kita sukar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di dunia realiti. Kita juga
seharusnya tidak membebankan mereka untuk memperolehi ‘A’ supaya mereka boleh fokus
dalam memahami apa yang dipelajari. Hal ini kerana kita tidak mahu seseorang pelajar itu
hanya ‘A’ dalam mata pelajaran, tetapi ‘F’ dalam pengamalan nilai-nilai murni. Jika keadaan
seperti ini berlaku, tidak perlu dipersoalkan kenapa kes buli yang melibatkan pelajar selalu
berlaku. Generasi muda merupakan harapan negara pada masa hadapan dan oleh yang
demikian, kita perlu berusaha untuk melahirkan generasi yang mampu memahami dan
menghayati sesuatu yang mereka pelajari di sekolah ataupun institusi pengajian tinggi.

8
Kesimpulan

Melalui perbincangan ini, boleh dikatakan bahawa kesopanan dan kesusilaan adalah relevan
bukan sahaja bagi masyarakat sebelum ini, tetapi kita pada hari ini. Prinsip ini, boleh
membantu kita melahirkan semua masyarakat dan negara yang harmoni dalam pelbagai aspek
jika ianya mampu diamalkan dan dijadikan sebagai satu budaya yang mencerminkan
masyarakat Malaysia. Sebenarnya, bukan hanya Malaysia yang menekankan ianya dijadikan
sebagai satu pegangan dan dihayati oleh semua peringkat masyarakat, tetapi juga turut
berlaku di negara lain. Perbezaan hanyalah pada istilah atau perkataan yang digunakan untuk
menerangkan berkaitan dengan nilai tersebut. Indonesia sebagai contoh dalam ideologi
Pancasila menggunakan ‘kemanusiaan yang adil dan beradab’ untuk melahirkan masyarakat
yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan (Sabat, O., detikEdu, 14 September 2021).
Walaupun, prinsip kesopanan dan kesusilaan penting, tetapi jika diketepikan ia akan menjadi
sesuatu yang tidak bermakna.

Sebagai rakyat Malaysia yang mencintai Malaysia dan masyarakat yang lainnya, kita
boleh membuktikannya dengan mengamalkan kesopanan dan kesusilaan kepada semua tanpa
mengira latar belakang. Hal ini kerana sesuatu perkara perlu dibuktikan dan kenyataan sahaja
tidak cukup untuk menentukan kebenarannya. Jika kita mampu membuktikan bahawa kita
mencintai negara kita dan menerima kepelbagaian kaum yang kita miliki tidak mustahil
negara kita akan mencapai status negara maju pada masa hadapan. Hal ini kerana kemajuan
sesebuah negara bergantung kepada kestabilan sosial, iaitu hubungan yang baik antara satu
sama lain dalam sesebuah masyarakat. Jika kestabilan sosial dapat dibentuk, ianya akan akan
mendorong kepada kestabilan ekonomi dan politik. Kestabilan yang seimbamg dalam sosial,
ekonomi dan politik akan mempercepatkan kemajuan sesebuah negara.

(.......patah perkataan)

9
Rujukan

Baharudin, N.S., (2017). Dokumen penjajahan Barat di benua Afrika. Setapak. Wangsa Maju
University Press.

Jabatan Penerangan Malaysia. (2020). Rukun Negara: Lima kunci perpaduan di Malaysia.
Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.

Ng, C.H. (Disember 29, 2021). The future of ‘kesopanan dan kesusilaan’. Morning Evening
Herald, m.s 3.

Tan, K.C. (t.t). “Etika moral dalam ekonomi: Satu kajian analisis.” Jurnal Wangsa Maju. 29,
12 - 29. doi: 10a.1037/0021-3514.36.31.13n4

Thomas, B., & Ahmad, H. (2022). “Rukun Negara dan globalisasi di Malaysia.” Wangsa
Maju Study, 37 (1), 17-29.

Zainal, F. (Disember 24, 2021). Zulkifli: Gurdwara food is halal. The Star, 24 Disember
2021. https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/24/zulkifli-gurdwara-food-
is-halal

______________. (t.t). Adakah pengecualian dalam Rukun Negara [fail video]. Diperolehi
daripada: https://www.youtube.com.my/xnbbnnohh=mmjhbhhh (Diakses pada
Disember 29, 2021)

***Hasil tugasan bertulis dan senarai rujukan di sini adalah rekaan semata-mata. Jadikan
contoh ini sebagai panduan format sahaja. Pelajar diingatkan secara tegas supaya lebih
telus dan berintegriti dalam menghasilkan tugasan.

10
Lampiran

Gambar/ graf/ diagram/ statistik atau lain-lain

Borang Agihan Tugasan

Assignment Declaration Form


Originality Report (muka surat pertama) 11

You might also like