You are on page 1of 4

Jelaskan kepentingan dan sumbangan Hubungan Antarabangsa sebagai satu bidang pengajian

akademik. Beri penjelasan anda dengan mengaitkannya dengan satu isi semasa yang relevan .

Hubungan antarabangsa merupakan pertalian atau perkaitan diantara satu negara dengan negara

lain. Dalam kehidupan manusia, hubungan merupakan satu perkara yang tidak dapat dihindarkan

dan dielakkan dalam apa jua perkara. Manusia perlu mempunyai hubungan diatara satu sama lain

untuk saling melengkapi. Hal ini kerana bertujuan untuk memenuhi kepentingan dan matlamat

tertentu. Dalam konteks hubungan antarabangsa, perkara ini turut terjadi. Oleh sebab itu wujud

hubungan antarabangsa dimana negara-negara di dunia akan mengadakan hubungan

antarabangsa untuk memenuhi kepentingan dan matlamat negara agar tercapai. Proses hubungan

antarabangsa ini berkemungkinan besar akan mencetuskan beberapa konflik atau kerjasama

dalam penggunaaan kekerasan atau kerjasama diantara negara-negara dalam menghadapi

masalah dan keperluan negara. Dalam memberi definisi hubungan antarabangsa pelbagai definisi

akan diberikan oleh setiap orang berdasarkan pemahaman yang mereka perolehi. Secara umum,

ramai yang akan menyatakan hubungan antarabangsa ialah pertalian, interaksi dan perkaitan di

antara negara-negara dalam dunia. Akan tetapi, makna yang sebenarnya ialah berkaitan kajian.

hubungan antarabangsa merupakan satu kajian tentang hubungan antara negara-negara yang ada

dalam sistem antarabangsa. Hubungan antabangsa yang berlaku dalam dunia bukan sahaja

melibatkan hubungan antara negara dengan negara, tetapi ia juga merupakan hubungan yang

turut melibatkan entiti-entiti. Entiti tersebut adalah terdiri daripada organisasi dan institusi

antarabangsa, syarikat-syarikat multinasional dan individu-individu. Walaupun Hubungan

Antarabangsa adalah cabang disiplin yang agak baru bermula dari abad ke-17, namun ia adalah

suatu bidang yang maju , kerana keadaan yang sangat intensif yang terbentuk di dunia moden.
Seterusnya , kepentingan yang dapat diperoleh daripada bidang hubungan antarabangsa dalam

pengajian akademik ialah kepentingan kepada negara . Sebagai contoh semua negara, sama ada

besar atau kecil, kuat atau lemah mempunyai kepentingan tertentu yang dikenali sebagai

kepentingan nasional . Kepentingan nasional menjadi konsep utama yang digunakan bagi

menjelaskan dan merumuskan teori kewujudan negara dalam keadaan berasingan antara satu

dengan lain. Setiap negara akan berusaha mempertahankan dan memajukan kepentingan negara

masing-masing dalam menjalankan hubungan dengan negara lain . Negara akan mementingkan

dan mempertahankan nilai seperti keselamatan, kedaulatan, keutuhan wilayah, kebajikan

ekonomi dan kestabilan. Dalam proses melindungi kepentingan nasional, sesebuah negara

mungkin berkonflik dengan sebuah negara yang lain. Contohnya, tindakan yang diambil oleh

negara 'B' dianggap memberi ancaman terhadap keselamatan negara 'A' khususnya tindakan yang

mampu menjejaskan kepentingan nasional ‘A'. Ketegangan, konflik atau peperangan

berkemungkinan meletus kerana mempertahankan kepentingan nasional masing-masing.

sepenuhnya hubungan antara negara, pengetahuan dari mana-mana program siswazah hubungan

antarabangsa pasti akan sangat membantu. Untuk itu, lihat senarai program lulusan hubungan

antarabangsa teratas yang kami ada di sini dan pastikan anda membuat pilihan. Dengan ijazah

dalam mana-mana program ini, anda boleh menjadi agen perubahan keperluan dunia. Bidang ini

merangkumi menangani isu-isu penting seperti menangani jenayah, hak asasi manusia,

globalisasi, pembangunan ekonomi antara lain.

Selain itu , Dalam menghadapi berbagai cabaran seperti kemiskinan, perang, penebangan hutan,

dan wabak penyakit, tidak ada fakta yang membuktikan bahawa dunia sangat memerlukan

individu yang bersedia memberikan kesan positif. Mempelajari hubungan antarabangsa adalah
cara yang baik . Bidang ini memberi kepentingan tinggi kepada ekonomi, budaya, pendidikan

dan sains politik dengan itu, mengkaji kesan sosial yang mereka miliki. Anda juga akan

mengetahui mengapa dan bagaimana negara, pemerintah, dan individu bertindak balas terhadap

masalah seperti yang mereka lakukan. Beberapa institusi pendidikan tinggi kini menggabungkan

pengajian wajib dan pengalaman kerja ke dalam skema kerja mereka untuk memanfaatkan

peluang pelajar untuk mempunyai pengetahuan praktikal tentang apa yang mereka diajar di

kelas. Oleh itu, mempunyai pengalaman antarabangsa membolehkan anda memahami di mana

dan bagaimana dasar, strategi, konflik dan undang-undang mempunyai kesan di seluruh dunia.

Bidang pengajian yang disebut hubungan antarabangsa ini mempunyai pemahaman lintas budaya

mengenai perjalanan di luar sempadan negara tertentu. Oleh itu, ini menjadikan anda lebih

bersemangat untuk melawan prasangka. Mempelajari hubungan antarabangsa akan memperluas

pengetahuan anda mengenai isu-isu politik dan global, ini membantu anda berfikir secara logik

dan memahami mengapa negara-negara tertentu berkelakuan dengan cara tertentu . Banyak

faedahnya selain daripada memperoleh pengetahuan tentang hubungan antarabangsa,

terutamanya kerana mempelajari hubungan antarabangsa bukan hanya mengenai satu perkara

tetapi pelbagai faktor yang merangkumi bidang tersebut. Oleh itu, ini memantapkan anda untuk

menganalisis peristiwa dunia dan menjelaskan secara kritis peristiwa tersebut secara tepat

Kesimpulannya hubungan antarabangsa bukan sahaja terjalin atas dasar politik. Tetapihubungan

antarabangsa juga boleh terjalin diatas dasar aspek lain seperti perniagaan, sosiobudaya, misi

keamanan dan sebagainya. Kaedah yang sistematik dan berkesan perlu digunakan dalam usaha

menjelaskan isu-isu antarabangsa iaitu melalui kaedah penjelasan berdasarkan geografi atau

tumpuan terhadap komponen-komponen tertentu dalam hubungan antarabangsa. Selain itu ,


dalam mengkaji hubungan antarabangsa perlulah mempunyai teori bagi memahami teori dunia

dengan lebih jelas. Teori amat penting dalam proses membuat polisi antarabangsa bagi sesuatu

negara. Hubungan antarabangsa yang terjalin harus dijaga kerana kadangkala ia menimbulkan

kesan negatif dan begitu juga sebaliknya. Struktur dan konsep yang terdapat dalam hubungan

antarabangsa perlu diteliti dan dipahami agar tidak lari daripada makna asalnya. Penglibatan

Malaysia dalam hubungan antarabangsa mempunyai peranan dan sumbangan yang tersendiri dan

langkah tersebut perlu dipertingktkan dari semasa ke semasa agar kedudukan negra dalam

hubungan antarabanga dapat diperteguhkan dan dipertahankan.

Rujukan

1. https://ms.facts-news.org/definisi-hubungan-antarabangsa

2. https://www.academia.edu/6440164/Apa_itu_hubungan_antarabangsa

3. Keling, Mohamad Faisol (2012) Hubungan antarabangsa dan isu terpilih. UUM Press,

Universiti Utara Malaysia. ISBN 978-967-0474-21-2 .

4. Waltz, K. (1959). Man, state and war. New York: Columbia University Press .

You might also like