You are on page 1of 19

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY

Faculty of Social Science and Humanities


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3133 FALSAFAH DAN ISU SEMASA


BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1 - TUGASAN BERTULIS
(Semester ____, Year _________) Session_______

TAJUK : PENGAMALAN PRINSIP KESOPANAN DAN KESUSILAAN DALAM KALANGAN


MASYARAKAT SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN PERPADUAN NEGARA

PROG. / KUMPULAN : __________________________


NAMA PENSYARAH : _________________________________

Nama Pelajar No. I.D

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

PENILAIAN 1 : TUGASAN BERTULIS (30 %)


KRITERIA SKOR

Kejelasan Penulisan
Analisis
Daya Usaha

Inisiatif

Minat

Jumlah (100 markah)


____ / 25 x 100 =
Komen umum:

*For Reviewer use only:


Name of Examiner
Name of Reviewer
Signature of Reviewer
Date

0
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1.
1.0 Pengenalan 2
2. Isi
2.0 Faktor Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Asas 3–5
Pembentukan Perpaduan Negara

3.0 Cabaran Pelaksanaan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan


6–8
sebagai Asas Pembentukan Perpaduan Negara

4.0 Cadangan Penyelesaian Perlaksanaan Prinsip Kesopanan 9 – 10


dan Kesusilaan sebagai Asas Pembentukan Perpaduan Negara

3. 5.0 Kesimpulan 11
4. 6.0 Senarai Rujukan 12 – 13
5. 7.0 Lampiran

7.1 Lampiran Gambar 18

7.2 Keratan Akhbar 19

7.3 Borang Agihan Tugasan 20

7.4 Borang Deklarasi 21

7.5 Laporan Keaslian 22

1
1.0 PENGENALAN Commented [MOU1]: Dalam bahagian PENGENALAN,
elemen fakta diutamakan untuk melihat adakah pelajar
tahu/faham mengenai tajuk/topik yang mereka pilih.
Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan telah diisytiharkan secara Contohnya, tajuk pelajar ialah Pengamalan Prinsip
Kesopanan dan Kesusilaan dalam Kalangan Masyarakat
rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Tuanku Ismail Sebagai Asas Pembentukan Perpaduan Negara. Pada
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin bersempena ulang tahun kemerdekaan bahagian pengenalan, pelajar perlu menulis mengenai latar
belakang kesopanan dan kesusilaan/ sejarah/ maksud dan
Malaysia yang ke-13 terhadap seluruh rakyat Malaysia (Kesopanan Dan Kesusilaan Nadi apa sahaja yang berkaitan dengan fakta berkaitan topik.
Alasan: Jika pelajar boleh membincangkan perkara yang
Keharmonian Negara, 2021). Sebab Rukun Negara diwujudkan merupakan hasil perbincangan berkaitan dengan fakta keberangkalian untuk
mengeluarkan pendapat bagi mengulas sub-topik (isi) yang
yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 selari/berkaitan dengan topik utama adalah tinggi kerana
mereka dapat menguasai asasnya.
yang menimbulkan pergaduhan dan rusuhan kaum serta pengorbanan rakyat yang berlaku di Kuala Commented [MOU2]: Citation ada
Lumpur. Oleh itu, Rukun Negara diwujudkan sebagai satu doktrin kepada semua lapisan masyarakat
untuk pembentukan dan pencapaian perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara
Malaysia. Rukun Negara juga merupakan amalan perlu dilakukan dan visi bagi merealisasikan kontrak
sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia sebagai contoh kaum Melayu, kaum Cina

dan kaum India.

Terdapat lima prinsip yang berteraskan kepada Rukun Negara iaitu, Kepercayaan kepada
Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang
serta Kesopanan dan kesusilaan. Lima prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara sentiasa
memberi penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaan dan nilai hidup mahupun nilai agama
dalam kehidupan rakyat Malaysia. Melalui lima prinsip tersebut, masyarakat yang berbilang kaum
dapat hidup bersama-sama dalam keadaan harmoni jika mengamalkan sikap saling bertoleransi,
saling menyayangi antara satu sama lain sehingga mewujudkan dan membentuk sebuah
masyarakat yang bersatu padu. Meskipun kebanyakan daripada golongan masyarakat mengetahui
dan mengenali lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara namun masih terdapat
sebahagian daripada mereka yang kurang mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan
seharian.

Dalam perbincangan ini, isu utama yang akan dibincangkan merupakan Prinsip Kesopanan
dan Kesusilaan. Menurut kamus dewan, kesopanan bermaksud tatasusila dan tingkah laku yang
baik dan kesusilaan bermaksud adat istiadat yang baik. Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan
merupakan prinsip kelima yang bermakna bahawa rakyat Malaysia haruslah bertolak ansur,
bertimbang rasa dan berkelakuan baik (Jabatan Penerangan Malaysia,2022: 22). Isu utama Commented [MOU3]: Citation.

perbincangan berkaitan dengan prinsip kelima ini kerana ianya berkaitan dengan nilai
kemanusiaan dan tingkah laku yang dapat mempengaruhi aspek sosial, pendidikan dan politik.

2
2.0 Faktor Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Asas Pembentukan Perpaduan
Negara Commented [MOU4]: Semua sub topik perlu ditulis dengan
ayat yang sempurna dan jelas seperti ini

Aspek Sosial Bahagian sub topik pertama perlu berkaitan dengan aspek
kepentingan atau faktor yang menyebabkan aspek yang
ditulis tersebut penting atau diperlukan oleh negara atau
Pengamalan prinsip kesopanan dan kesusilaan penting dalam menyatukan warganegara Malaysia
masyarakat. Pada bahagian ini pelajar boleh menulis isi
tanpa mengira latar belakang dan kaum masing-masing. Hal ini demikian kerana dengan berbentuk pendapat. Ini bertujuan untuk melihat sejauh
mana pelajar menguasai sub-topik yang dibincangkan.
pengalaman prinsip ini, kesan positif iaitu masyarakat yang harmoni dan aman dapat dibentukkan, Elemen fakta juga boleh digunakan untuk menyokong idea
atau pendapat tersebut.
ia menjadi asas untuk membentukkan masyarakat yang hidup bersatu padu. Sifat dan sikap
Kepentingan/Faktor adalah fokus utama bagi sub-topik ini.
seseorang yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan Jadi dalam bahagian ini, kesopanan dan kesusilaan serta
pembentukan perpaduan perlu berkaitan dengan "faktor"
satu sama lain dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia (Mohamed,
Faktor+kesopanan dan kesusilaan+pembentukan perpaduan
2018). Prinsip ini memberi penekanan terhadap aspek nilai kemanusiaan agar setiap lapisan
Commented [MOU5]: citation
masyarakat dapat menghormati dan menerima perbezaan masing-masing (Halim, 2020). Hal ini
dikatakan warganegara yang bersikap sopan dan susila akan mempunyai akhlak moral tinggi,
memahami wujudnya perbezaan dalam kalangan masyarakat majmuk dan menjauhkan diri
daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif yang akan menyebabkan konflik antara
masyarakat. Misalnya, agama Islam hanya membolehkan penganutnya menikmati makanan yang
halal. Masyarakat Malaysia yang bermoral tinggi mestilah tidak menjebak masyarakat yang
beragama Islam dengan memberi makanan yang tidak halal. Maka, perselisihan faham antara satu
sama lain dapat dielakkan.

Selain daripada ini, prinsip ini juga mementingkan masyarakat untuk bertingkah laku dan
berakhlak dengan mulia. Maka, kita akan menghindarkan diri daripada perbuatan yang angkuh
atau menghina perasaan seseorang. Umpamanya, kita mestilah melayan golongan kurang upaya
sama seperti kita melayan orang yang sempurna. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada
memandang sebelah mata dan mentertawakan apabila berhadapan mereka. Dengan ini, golongan
tersebut tidak akan rasa diri telah disisihkan atau tidak dipentingkan oleh masyarakat. Selain itu,
kesopanan dan kesusilaan juga menjadikan seseorang berbudi bahasa yang menggunakan
perkataan yang elok dan tutur kata yang mulia semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai murni yang positif seperti
bersikap lemah lembut terhadap orang lain dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
Sebagai contoh, kita patutlah bercakap dengan halus atau tidak mengeluarkan kata-kata kesat
dalam pergaulan. Dengan sikap yang berbudi bahasa, masyarakat yang pelbagai kaum dapat hidup
dengan bersatu-padu dan mengelakkan pergaduhan antara satu sama lain. Pengamalan prinsip
kesopanan dan kesusilaan dalam jati diri masyarakat dapat melahirkan masyarakat yang
menghormati perbezaan masing-masing, berakhlak mulia dan berbudi bahasa.

3
Aspek Pendidikan

Selain itu, pengamalan prinsip kelima dalam aspek pendidikan dapat mewujudkan generasi
muda yang bersikap akhlak dan moraliti yang tinggi. Ibu bapa haruslah memainkan peranan
penting dalam menunjukkan teladan terhadap anak sejak dari kecil tentang pengamalan
prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seharian. Menurut Prof Datuk Dr Teo
Kok Seong, ibu bapa perlu memperlihatkan tingkah laku yang baik dalam konteks kesopanan dan
juga akhlak yang baik dalam konteks susila ini. (Halim, 2020) Sebagai contoh, ibu bapa Commented [MOU6]: citation

haruslah bertutur kata dengan perkataan yang sopan dan berperibadi yang baik ketika
berkomunikasi dengan anak. Kesannya, anak akan belajar menghormati orang yang berlainan
kaum dengan tidak mengatakan sesuatu yang akan menimbulkan ketidakselesaan orang lain
dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Pendedahan bacaan ikrar Rukun Negara
oleh ibu bapa terhadap anak turut mendorong anak lebih mengenali dan memahami faktor
prinsip kelima ini penting untuk disemai dalam jati diri. Maka, anak akan mengamalkan aspek
nilai kemanusiaan seperti menolong dan menghulurkan tangan terhadap orang yang memerlukan
bantuan. Dengan itu, silaturahim antara satu sama lain dapat terjalin sebagai asas pembentukan
perpaduan negara.

Seterusnya, sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum dan guru
berperanan penting dalam mendidik pelajar supaya perkembangan personaliti dan tingkah laku
baik pelajar dapat disemai. Sejak dari bangku sekolah pelajar akan mula mengenali dan belajar
tentang adat resam, budaya dan agama rakan-rakan di sekelilingnya. Oleh itu, pelajar akan
menunjukkan nilai bertolak ansur dan menghormati rakan lain yang mengamalkan bahasa ibunda
masing-masing. Sebagai contoh, pelajar cina akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dengan sopan ketika berkomunikasi dengan pelajar Melayu memandangkan kebanyakan
daripada mereka tidak mahir dalam pertuturan bahasa cina. Maka, salah faham antara satu sama
lain dapat dielakkan jika pelajar saling bertolak ansur dalam penggunaan bahasa yang mudah
difahami oleh orang lain seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

4
Aspek Politik

Di samping itu, prinsip kesopanan dan kesusilaan juga perlu diamalkan oleh ahli-ahli
politik supaya memastikan kestabilan politik serta kebajikan masyarakat terjamin. Dalam aspek
politik, para pemimpin Malaysia merupakan contoh teladan bagi rakyat tentang pengamalan
prinsip kesopanan dan kesusilaan. Sebagai contoh, tingkah laku pemimpin yang baik dalam
tatabahasa, bertutur kata dengan berperilaku yang baik serta bersopan-santun semasa
berkomunikasi dengan ahli-ahli politiknya, merupakan satu rujukan kepada rakyat tentang
pengamalan prinsip kesopanan dan kesusilaan. Mereka hendaklah berhati-hati mengeluarkan
perkataan secara lisan mahupun tulisan supaya tidak mengganggu sentiment dan perasaan
kebencian antara kaum di Malaysia. Sifat seseorang yang bersopan santun dan bertatasusila adalah
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam kalangan
masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia (Rawiahanis, 2015). Namun, kebanyakan pemimpin Commented [MOU7]: citation

di Malaysia tidak mengamalkan prinsip ini dan mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan
rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan pemimpin hanya mempertahankan ideologi dan kepentingan
masing-masing tanpa mempertimbangkan kepentingan prinsip-prinsip lain seperti prinsip
kesopanan dan kesusilaan serta mencetus kemarahan rakyat dan perpaduan masyarakat tidak dapat
dicapai seperti yang disangka (Shafezah Abdul Wahab, 2021). Antara contoh yang ketara adalah Commented [MOU8]: citation

ahli parlimen Barisan Nasional Kinabatangan, Datuk Bung Mothar mengatakan perkataan kasar
apabila ahli parlimen Pakatan Harapan bangkit mencelah ucapan beliau, perkataan yang disebut
telah menunjuk ahli politik tidak mengamalkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dan ia juga akan
menjadi contoh kepada rakyat yang melakukan tingkah laku beliau (Faiz Zainudin, 2021). Commented [MOU9]: citation

Apabila individu yang bermoral tinggi dilahirkan akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni, juga perpaduan. Selain itu, dalam aspek politik, rakyat Malaysia
hendaklah mengikut prinsip supaya mengelakkan rakyat daripada saling mencela dan menghina
yang boleh mengakibatkan api permusuhan seterusnya mencetuskan ketegangan dan
mengakibatkan peristiwa 513 berulang lagi. Prinsip kesopanan dan kesusilaan juga dapat
memupuk sikap toleransi antara perhubungan satu sama lain dalam masyarakat majmuk di
Malaysia.

5
3.0 Cabaran Pelaksanaan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Asas Pembentukan
Perpaduan Negara Commented [MOU10]: Bahagian sub topik kedua,
skop utamanya adalah "Cabaran". Pelajar perlu menulis
isu yang menjadi cabaran/ halangan/ masalah terhadap
topik yang dibincangkan.
Cabaran Aspek Sosial
Cabaran+kesopanan dan kesusilaan+pembentukan
Ideologi Rukun Negara ke-5 iaitu prinsip kesopanan dan kesusilaan masih mempunyai
perpaduan
beberapa cabaran dalam pelaksanaan dalam membentuk perpaduan dan keharmonian
masyarakat. Antara cabaran dalam melaksanakan prinsip ini terbahagi kepada beberapa aspek
iaitu aspek sosial, pendidikan dan politik. Aspek-aspek ini telah memberi cabaran besar kepada
rakyat serta masyarakat dalam membina masyarakat yang bersatupadu.

Cabaran pertama yang dihadapi dalam melaksanakan prinsip kesopanan dan kesusilaan adalah Commented [MOU11]: Selaraskan format indent

dalam aspek sosial. Cabaran yang ketara adalah kepelbagaian kaum. Melalui artikel yang
dihasilkan oleh Wan Norhasniah Wan Husin dengan tajuk ‘Peradaban dan Perkauman di
Malaysia. Hubungan Etnik Melayu-Cina. Kuala Lumpur’ mentakrifkan etnik sebagai satu
komuniti manusia yang mempunyai tanggapan diri yang sama terhadap satu tradisi yang
mencakupi agama, bahasa, adat resam dan sistem nilai yang merangkumi budaya etnik serta
mempunyai kesinambungan dari segi sejarah, keturunan atau wilayah asal. Selain itu, kaum
utama seperti Melayu, India dan Cina dalam masyarakat Malaysia, kita masih mempunyai
pelbagai kaum lain seperti Orang Asli, Iban serta suku bumiputera yang mendiami Sabah dan
Sarawak. (Abdul Rahman Embong, 2015). Rakyat Malaysia masih mempunyai rintangan ke Commented [MOU12]: citation

arah perpaduan kaum dalam bentuk rintangan mentaliti. Dalam rintangan mentaliti ini,
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kebiasaan wujud stereotaip, diskriminasi dan
prejudis. Hal ini akan menyebabkan persepsi suatu kaum yang tidak tetap atau salah terhadap
kaum yang lain (Lina Mastura .et. al 2021). Persepsi yang salah ini terbina dalam jiwa dan Commented [MOU13]: citation

minda mereka dan ia akan menjejas hubungan dan perpaduan serta menyebabkan konflik
antara satu kaum dengan kaum lain jika persepsi ini tidak ditangani. Sebagai contoh, Peristiwa
13 Mei 1969 berlaku telah menunjuk persepsi kaum yang salah terhadap kaum lain serta
tercetus konflik yang teruk. Oleh itu, cabaran melaksanakan prinsip kesopanan dan kesusilaan
untuk membangunkan perpaduan masyarakat dalam aspek sosial adalah kepelbagaian kaum yang
terdapat di Malaysia.

6
Cabaran Aspek Pendidikan

Selanjutnya, untuk pembentukan perpaduan negara Malaysia lebih baik, aspek


pendidikan memainkan peranan penting terhadap setiap rakyat Malaysia. Hal ini demikian,
Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan pelbagai kaum. Oleh itu, Malaysia akan
menghadapi cabaran yang lebih besar berbanding dengan negara lain. Pendidikan adalah
pengetahuan dan pengajaran yang paling awal terhadap setiap orang, ibu bapa mesti adalah
orang pertama yang memberi pendidikan dan ilmu kepada anak-anak dan memainkan teladan
yang penting, kerana ini membawa kepada anak-anak mereka perspektif pada setiap orang,
perkara dan objek. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kanak-
kanak pada masa hadapan contohnya membuat pilihan sekolah, kawan, kerja dan sebagainya.
Cabaran yang dihadapi dalam aspek pendidikan adalah negara Malaysia mempunyai sekolah
pelbagai kaum dari sekolah rendah hingga universiti, seperti sekolah rendah Cina, sekolah
rendah kebangsaan(SJKC), sekolah Tamil (SJKT) dan sekolah kebangsaan (SK), melalui
undang-undang perlembagaan dalam Perkara 12(a) iaitu hak berkenaan dengan pendidikan.
Perkara ini telah menerangkan bahawa rakyat Malaysia bebas memiliki pendidikan mengikuti
agama atau bahasa ibunda mereka tanpa menjejas peleluasan Perkara 8 (Lawnet, 2009). Oleh Commented [MOU14]: citation

itu, rakyat Malaysia bebas memilih sekolah dari peringkat rendah hingga peringkat university
(Mior Khairul, 2011). Oleh itu, ramai pelajar cenderung untuk mendaftar di sekolah- sekolah Commented [MOU15]: citation

milik kaum sendiri sejak kecil. Hanya sebilangan kecil pelajar yang memilih untuk berintegrasi
dengan sekolah etnik lain untuk belajar. Ini akan menyebabkan ramai orang membesar dengan
konsep tidak boleh berkomunikasi dengan kaum lain secara sopan dan bergaul untuk
mempelajari budaya dan agama orang lain, dan sebagainya.
\

7
Cabaran Aspek Politik
Di samping itu, cabaran bagi aspek politik adalah peranan parti-parti politik. Keadaan
politik negara sentiasa berada dalam kestabilan sejak kemerdekaan sebelum wabak Covid-19
wujud. Oleh itu, politik Malaysia jurang mengalami peristiwa yang teruk kecuali pada tahun 1969,
dan peristiwa itu membawa Malaysia ke dalam landskap politik yang baharu ia kerajaan pada masa
itu mementingkan perpaduan antara pelbagai kaum. Namun senario politik semasa turut berubah.
Semenjak Pilihanraya Umum (PRU) 2008, perubahan senario politik dapat dilihat melalui pilihan
raya yang diadakan (Marshelayanti Mohamad Razali & Wan Asna Wan Mohd Nor, 2020). Dalam Commented [MOU16]: citation

hal ini, parti-parti politik di Malaysia cenderung mengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh,
United Malays National Organizations(UMNO), Parti Islam Se-Malaya(PAS), Malaya Chinese
Association(MCA) dan Malayan Indian Congress(MIC), parti-parti tersebut ditubuhkan pada awal
adalah melicinkan pentadbiran kerajaan untuk memperjuang kepentingan kaum masing-masing.
Namun, parti-parti tersebut telah menjadi satu isu untuk mencetus perpaduan negara sebab rakyat
menyokong parti yang berkaitan kepentingan kaum sendiri sahaja. Contoh, kaum Melayu akan
menyokong UMNO, PAS manakala kaum Cina akan menyokong MCA dan dan kaum India akan
menyokong MIC, ini akan mencetuskan perpaduan rakyat apabila kita hendak menyelesaikan
masalah masyarakat.

8
4.0 Cadangan Penyelesaian Perlaksanaan Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan sebagai Asas
Pembentukan Perpaduan Negara Commented [MOU17]: Bahagian sub topik ketiga, fokus
utamanya adalah "Penyelesaian". Penyelesaian perlu
berkaitan dengan sub-topik yang dibincangkan

Cadangan Penyelesaian Aspek Sosial ***ELAKKAN penulisan yang longgar/keliru seperti:

- Hanya menjelaskan cadangan/langkah mewujudkan


Antara cadangan penyelesaian aspek sosial ialah masyarakat haruslah mementingkan dan kesopanan dan kesusilaan secara umum tanpa dikaitkan
dengan perpaduan
menghayati prinsip kelima ini. Prinsip rukun negara juga merupakan bersifat universal yang - Hanya menerangkan cadangan/langkah mengamalkan
Rukun Negara secara umum tanpa menyentuh topik utama
merentasi nilai-nilai murni semua bangsa dan agama serta mampu menjadi panduan kepada warga iaitu kesopanan dan kesusilaan sebagai asas perpaduan.
negara.(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, 2020). Masyarakat Malaysia harus bersikap
Sepatutnya
terbuka dalam menghayati dan memahami prinsip kesopanan dan kesusilaan. Oleh itu, Sejak kecil Penyelesaian+kesopanan dan kesusilaan+ perpaduan

sekolah akan mendidik kita tentang prinsip rukun negara sangat penting di masyarakat kita untuk
perpaduan negara kita. Semasa kita membaca Ikrar Rukun Negara, kita boleh dapat iktibar
menerapkan kebaikan prinsip ini dalam jati diri. Untuk berlatih prinsip kesopanan dan kesusilaan,
kita boleh mengadakan gotong-royong untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan jurang
masyarakat untuk menjayakan sesuatu sekiranya saling bertimbang rasa (Johari Yap, 2021). Commented [MOU18]: citation

Semasa semua rakyat percaya dan berlatih prinsip rukun negara kesopanan dan kesusilaan, negara
kita akan perpaduan semasa rakyat saling memahami. Oleh itu, Rukun negara merupakan jambatan
untuk menyambungkan rakyat Malaysia. Ini kerana dengan Rukun Negara kita dapat mencapai
matlamat yang satu iaitu perpaduan.

Cadangan Penyelesaian Aspek Pendidikan

Penyelesaian terhadap aspek pendidikan yang pertama adalah peranan ibu bapa, ibu bapa memainkan
peranan penjaga dan guru pertama kepada anaknya, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka sejak
kecil tentang tradisi, amalan agama dan sebagainya tentang setiap agama dan kaum. Ini akan memberi
impak yang besar apabila setiap keputusan yang dibuat oleh kanak-kanak semasa mereka membesar
dan cara mereka melayan terhadap orang lain. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mendidik anak
mereka tentang ilmu-ilmu pelbagai kaum dan agama sejak dari kecil. Justeru, pihak kerajaan harus
menyelaraskan sistem persekolahan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.Hal ini demikian dapat
memupuk semangat perpaduan dan keharmonian kaum dengan mengadakan aktiviti di sekolah seperti
‘1Murid 1Sukan’, ia dapat mengamalkan prinsip Rukun Negara ke-5 iaitu ‘Kesopanan dan
kesusilaan’(SG 2017). Seterusnya, kandungan pelajaran yang diajar oleh guru boleh menerapkan Commented [MOU19]: Format citation perlu betul dan
selaras (APA style)
prinsip kesopanan dan kesusilaan supaya pelajar memahami kepentingan perpaduan serta kesan
negatif jika perpaduan kaum tercetus.

9
Cadangan Penyelesaian Aspek Politik
Selain itu, aspek politik turut memainkan peranan penting dalam pembangunan masa hadapan
negara. Antara cadangan penyelesaian penerapan kesopanan dan kesusilaan dalam aspek politik
merupakan ahli politik haruslah berlatih semangat kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam
Rukun Negara. Sebagai ahli politik,mereka haruslah mementingkan kepentingan rakyat dan negara
sebagai sasaran. Hal ini demikian, mereka memegang jawatan dan mengangkat sumpah sebagai
menteri akan dibebani amanah oleh raja dan rakyat. Oleh itu, ahli politik hendaklah menjadikan teras
kelima dalam Rukun Negara sebagai pemandu dalam perlaksanaan tugas mereka tanpa menggunakan
identiti politik dan ras demi kepentingan masing-masing. (Astro Awani, 2022). Mereka boleh
mempromosikan kepentingan perpaduan untuk negara kita melalui penambahbaikan perpaduan
dalam aspek bahasa, pendidikan, sukan dan ekonomi. Sebagai seorang yang bersopan dan
bersusila, ahli politik tidak harus cuba mendapatkan perbatuan politik dengan mencetuskan isu
perkauman mesti dielakkan (Tan Sri Muhyiddin, 2021). Ini kerana tingkah laku yang kurang
pengamalan prinsip kesopanan dan kesusilaan mesti akan memusnahkan perpaduan negara kita.
Oleh itu, mereka harus berlatih semangat kesopanan dan kesusilaan. Mereka harus mengkaji
keadaan masyarakat untuk memahami dan memenuhi keperluan rakyat. Selain itu, ahli politik
harus mengamalkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dengan prestasi yang bersopan santun. Ini
kerana mereka ialah pembuat keputusan negara (Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, 2020).
Masyarakat Malaysia akan fokus dan terpengaruh dengan tingkah laku yang ditunjuk oleh ahli
politik. Kalau prestasi mereka tidak bersopan dan memainkan tipu helah, masyarakat akan tidak
percaya keputusan yang dibuat oleh mereka. Semasa masyarakat tidak percaya dasar yang dibuat
oleh pembuat keputusan, ini tidak kondusif kepada perpaduan negara. Oleh itu mereka harus
memujuk lawan dengan data bukan dengan bergaduh dalam parlimen ini kerana data sentiasa lebih
memujuk.

10
5.0 Kesimpulan Commented [MOU20]: Bahagian kesimpulan melibatkan
pemahaman pelajar terhadap keseluruhan isi. Elemen
pendapat lebih diutamakan.
Melalui perbincangan ini, kita dapat mengetahui bahawa pengamalan prinsip kelima Rukun
Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan dalam pelbagai aspek amat penting pada masa kini kerana
melaluinya perpaduan negara dapat diwujudkan. Sungguhpun prinsip ini penting sebagai asas
perpaduan negara, namun kemajuan dan perpaduan negara tidak dapat dicapai pada masa depan
jika generasi muda gagal mengamalkan prinsip tersebut dalam diri mereka. Maka, untuk
membuktikan bahawa kita merupakan rakyat yang mencintai negara, sebagai rakyat Malaysia kita
seharusnya berasa bangga dalam mengamalkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan
agar dapat mempengaruhi sesiapa sahaja di sekeliling kita terutamanya generasi muda supaya
mereka turut mengamalkan prinsip ini.

Commented [MOU21]: format spacing antara perenggan


perlu selaras
Kita sewajarnya berpegang teguh kepada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan serta
menghayati erti yang sebenar akan kewujudan prinsip tersebut untuk mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika prinsip kesopanan dan kesusilaan diabaikan akan lahirlah
masyarakat yang tidak bersopan dan bersusila, lalu perpaduan antara satu sama lain juga akan
terjejas (Adnan, 2020). Secara tidak langsung, perpecahan antara pelbagai kaum juga akan berlaku
dalam negara. Oleh itu, prinsip ini sewajarnya diamalkan dan dijadikan sebagai budaya dalam
kalangan masyarakat Malaysia serta diwarisi dari satu generasi ke generasi.

Pada tahun 2015, semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah
menerimapakai Agenda 2030 dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dalam pelbagai
aspek secara seimbang. Matlamat ini dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) atau
Matlamat Pembangunan Mampan yang mengariskan17 matlamat dengan 169 sasaran yang
bertujuan untuk mengubah dunia kea rah yang lebih baik. Antara saranannya adalah menamatkan
kemiskinan dan ketidaksamaan, melindungi planet bumi, memastikan semua individu menikmati
kesihatan, keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan. Pengamalan prinsip Kesopanan dan
Kesusilaan sebagai asas pembentukan perpaduan sangat berkait rapat dengan matlamat SDG ke-4
iaitu Pendidikan Berkualiti (Quality Education) dan SDG ke-16 iaitu Keamanan, Keadilan dan
Institusi yang Kukuh (Peace, Justice and Strong Institutions). Ini kerana semua pihak termasuklah Commented [MOU22]: Perkaitan dengan SDG ada

institusi sosial, pendidik dan pemimpin perlu bersinergi memastikan prinsip ini terus diamalkan
dan dihayati. Sebagai kesannya sebuah negara yang aman dengan rakyat yang adil, bersatu dan
kental dapat diwujudkan.
2716 (patah perkataan)

11
6.0 Senarai Rujukan

Editor Berita. (2020, Julai 6). Kesopanan Dan Kesusilaan Demi Kesejahteraan Sosial.
UMNO Online.
https://umno-online.my/2020/07/07/kesopanan-dan-kesusilaan-demi-kesejahteraan-
sosial/

Jabatan Penerangan Malaysia. (2020). Rukun Negara: Lima kunci perpaduan di Malaysia.
Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.

Adnan, S. (2020, Julai 14). Di kala Rukun Negara diabaikan. Malaysiakini.


https://www.malaysiakini.com/news/534392

Halim, I. A. (2020, Julai 7). Pentingnya kesopanan dan kesusilaan. Harakahdaily.

https://harakahdaily.net/index.php/2020/07/07/pentingnya-kesopanan-dan-kesusilaan/

Mohamed, F. (2018, September 26). Disebalik Makna Prinsip Rukun Negara.

https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449

Bin Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan
pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika, 4(1).

HIE, Y. H., Samsu, K. H. K., & Adnan, Z. H. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi
dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.

https://www.sistemguruonline.my/2014/10/maksud-1m1s-apa-itu-dasar-1-murid-1.html

Utusan Borneo Online (2020, Julai 8) Kesopanan dan Kesusilaan demi kesejahteraan
sosial.
https://www.utusanborneo.com.my/2020/07/08/kesopanan-dan-kesusilaan-demi-

kesejahteraan-sosial

12
Prof Madya Dr Nazri Muslim (2021,Januari 9), Rukun Negara asas perpaduan, pembinaan negara
bangsa.

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-
pembinaan-negara-bangsa

Astro Awani. (2022, Julai 27). Ahli politik disaran praktik prinsip rukun negara. astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-politik-disaran-praktik-prinsip-rukun-negara-
252089

13
7.0 Lampiran

7.1 Lampiran Gambar

Masyarakat berbilang kaum saling berhormati.

Pelajar yang berlainan agama saling memahami dan bertoleransi demi menjalin persahabatan
melalui pengamalan prinsip kesopanan dan kesusilaan.

Perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan bangsa.

14
7.2 Lampiran Keratan Akhbar

15
7.3 Borang Agihan Tugasan

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY


FACULTY OF SOCIAL SCIENCE AND HUMANITIES
DEPARTMENT OF MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM
SEMESTER _______, _________ (__________)

MPU-3133 FALSAFAH DAN ISU SEMASA


BORANG AGIHAN TUGASAN

Program & Kumpulan: __________________________________

Ketua Kumpulan : _________________________________


Ahli Kumpulan : 1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________
4. _______________________________
5. _______________________________

No. Tugasan Nama Ahli Yang Ditugaskan Tandatangan ahli dan


tarikh siap

1. - Pengenalan

2. - Isi 1

3. - Isi 2

4. - Isi 3

5. - Kesimpulan

6. - Rujukan
- Lampiran

*Tugasan bertulis ini dilaksanakan secara berkumpulan. Maka, setiap ahli wajib bekerjasama
menyelesaikannya bersama-sama. Mana-mana ahli yang gagal memberikan kerjasama, ketua kumpulan
dengan persetujuan semua ahli perlu melaporkan hal ini kepada pensyarah dengan kadar segera disertai
bukti yang kukuh. Pelajar tersebut perlu melaksanakan tugasan secara individu.

16
7.4 Borang Deklarasi
All students’ works submitted for assessment must be attached with the Coursework Declaration in the form and
contents as follows:-
Semester :
Course Code & Title : MPU-3133 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Declaration
I/We confirm that I/we have read and shall comply with all the terms and conditions of TAR College’s
plagiarism policy.

I/We declare that this assignment is free from all forms of plagiarism and for all intents and purposes is
my/our own properly derived work.

I/We further confirm that the same work, where appropriate, has been verified by antiplagiarism
software ( Google classroom ).

1. Signature :

Name :

Date :

2. Signature :

Name :

Date :

3. Signature :

Name :
Date :

4. Signature :

Name :
Date :

5. Signature :

Name :
Date :

6. Signature :

Name :

Date :

17
7.5 Laporan Keaslian

18

You might also like