You are on page 1of 26

CTU 555 - MALAYSIAN HISTORY

STRATEGI RASULULLAH SAW DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MAJMUK

KAMALUDDIN BIN KAMIS

2015561553

BACHELOR OF SPORTS MANAGEMENT (HONS.)

FACULTY OF SPORTS SCIENCE AND RECREATION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UITM SHAH ALAM

USTAZ MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAZAK

17 MAY 2020
FORMAT KERTAS KERJA
SEJARAH MALAYSIA [CTU 555]
SEPTEMBER 2015

Perkara yang perlu adad dalam Kertas Kerja:

1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Definisi Terma
1.8 Kajian Literatur
1.9 Metodologi Kajian
1.9.1 Kajian Perpustakaan
1.9.2 Kajian Lapangan
1.9.2.1 Soal Selidik
1.9.2.2 Interview
1.9.2.3 Pemerhatian
1.10 Kesimpulan
1.11 Bibliografi/Rujukan

Bagaimana cara menulis kertas kerja /Kaedah

1.1 Pendahuluan/Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah : buat ulasan tentang tajuk kajian yang ingin
dibuat.
1.3 Peryataan Masalah : apa masalah kajian yang ingin cuba dikaji dan
cabaran semasa membuat kajian
1.4 Objektif kajian – hadkan kepada 3 objektif utama sahaja
1.5 Kepentingan Kajian : apa pentingnya kajian kepada individu,
masyarakat dan negara
2
1.6 Skop kajian : Fokus siapakah responden yang hendak dijadikan
sebagai sampel kajian
- Lokasi kajian/tempat kajian
1.7 Definisi Terma – berikan definisi setiap perkataan yang terdapat
dalam tajuk kajain.
1.8 Kajian Literatur – sumber yang diperolehi daripada buku, majalah,
jurnal, internet, dll. sebagai bahan kepada tajuk yang dikaji.
- Kajian literatur ini penting dalam sesebuah kajian
- Contoh : penulisan sumber :
- Diletakkan selepas teks dengan menggunakan APA style. (Baterah
Alias, 2013: 3)
- Contoh : Kesepaduan etnik di Malaysia ….( Baterah Alias, 2013:
3)
- atau : Menurut Baterah Alias (2013) dalam kajiannya yang
bertajuk Hubungan Etnik Di Malaysia, kesepaduan kaum di
Malaysia……

1.9 Metodologi Kajian


- Sumber Data
 Kajian Perpustakaan/ Kajian Teoritikal
 Kajian Lapangan : Kajian Empirikal
 Soal Selidik
 Interview
 Pemerhatian
 Demografi Responden :
 Jantina
 Umur
 Status Pendidikan
 Bangsa
 Agama
 Dapatan Kajian/Hasil Kajian

3
 Analisa hasil kajian yang telah diperolehi berdasarkan
data yang dikumpul sama ada menggunakan soal selidik,
interview dan metode pemerhatian
 Analisa boleh dipersembahkan dalam bentuk rajah, graf,
jadual dan sebagainya
 Sekiranya menjalankan berbentuk interview . rekodkan
interview dan persembahkan dalam pebentangan kertas kerja

1.10 Kesimpulan atau Rumusan


1.11 Rujukan

Contoh :

Baterah Alias (2013), Revisi Hubungan Etnik Di Malaysia, Shah


Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsul Amri baharuddin (2012), Modul Hubungan Etnik, Bangi :


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Aziz dan Asmadi Yaakob (2013), Sejarah Malaysia,………

Format Kertas Kerja:

i. Penulisan kertas kerja adalah berbentuk esei bukan point-form


ii. Panjang : 15 muka surat dan ke atas
iii. Spacing : double spacing
iv. Kertas : A4(Font: 12)
v. Bentuk Tulisan : Times News Roman atau Arial
vi. Kandungan : a. Pendahuluan/Pengenalan

b. Isi/Fakta

4
c. Kesimpulan atau Rumusan

d. Rujukan

- 5 buah buku dan bahan- bahan lain.

vi. Kulit Depan : - Nama Kursus:

- Kod Kursus
- Tajuk
- Nama Ahli Kumpulan &
No: Matrik
- Program
- Nama Kumpulan
- Nama Pensyarah
- Tarikh Hantar

***Perhatian : Sila hantar kertas kerja dan slide pembentangan dalam bentuk soft
dan hardcopy yang dimasukkan dalam CD.

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKASURAT

1.1 PENDAHULUAN 3-4

1.2 STRATEGI RASULULLAH SAW DALAM MEMBENTUK 5


MASYARAKAT MAJMUK

1.2.1 Konsep masyarakat majmuk


5-6

7-8
1.2.2 Piagam Madinah

5
9-11

12-13

1.2.3 Prinsip hak asasi dalam Piagam Madinah

13

1.2.4 Pembinaan masjid di Madinah

13-18

1.2.5 Persaudaraan kaum Ansar dan Muhajirin

1.2.6 Majlis Syura

1.3 KESIMPULAN 19

1.4 RUJUKAN 20

1.1 PENDAHULUAN

Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada
dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem
ekonomi, politik dan sosial, menurut J.S.Furnivall (1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan
kelompok-kelompok yang terdiri daripada pelbagai ragam dalam satu kelompok unit politik. 
Kelompok-kelompok pelbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi
tidak bergabung tambah J.S.Furnivall lagi. 

6
Agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara–cara kehidupan sendiri adalah ciri-ciri
pegangan kuat setiap kelompok. Masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai komuniti
hidup secara berdekatan tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Dalam bidang ekonomi
pula, sistem pembahagian buruh adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu
mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan. 

Golongan bukan Islam boleh menubuhkan negara dan mentadbirnya tanpa bantuan
agama, tetapi bagi umat Islam mereka tidak boleh berbuat demikian. Dalam Islam,
tiada organisasi yang bersifat agama dan dunia semata-mata yang ditadbir yang diuruskan secara
terpisah. Islam adalah bersifat universal yang berasaskan kepada wahyu dalam bentuk
syariah.Menurut Sheikh Mahmud Shaltut, pertalian agama dan negara begitu erat sekali. Beliau
mengumpamakannya seperti pertalian batu asas dengan sebuah binaan.

Agama menjadi batu asas dan pemandu kepada negara. Bagaimana hendak
digambarkan sebuah negara yang tidak berasaskan agama sebagaimana tidak mungkin
dapat digambarkan Islam tanpa pemandu masyarakat dan politik negara. Jika wujud negara
sebegitu rupa, maka ia bukanlah sebuah negara Islam. Dalam ajaran Islam, politik dan agama ini
saling perlu memerlukan dalam mewujudkan kestabilan dan keharmonian kehidupan
manusia.

Demikianlah, Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti
kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama
Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan
dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan
Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi.

Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian
etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling

7
mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel ini akan membincangkan pandangan Islam
terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam.

Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh
berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok
dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan
perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku.

Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecahbelah dan bermusuhan.
Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan
kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang
bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu, Rujukan Surah al-Hujurat 49: 13.)

1.2 STRATEGI RASULULLAH SAW DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT

MAJMUK

Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat


manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung
kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan
ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama
manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan

8
persaudaraan menurut lunas-lunas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan
ikatan akidah yang mantap.

Oleh yang demikian, konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas
dan instrumen yang efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani
bersifat universal dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman. Pada zaman
pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah berjaya membentuk satu masyarakat yang
bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam khususnya.

1.2.1 Konsep masyarakat majmuk

Antara objektif konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap
melengkapi (simbiosis) sesama insan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan
sejarah permulaan Islam, dinukilkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan Ansar
dan golongan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra. Peristiwa ini perlu dihayati dan
diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh masyarakat Islam kini.
Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi
tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama
manusia).

Justeru itu, sekiranya manusia menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul.
Sebagai natijahnya, ia akan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan akhirnya akan
membentuk bangsa yang kuat. Antara sebab kejatuhan kegemilangan tamadun silam adalah
disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam. Umat Islam pada ketika itu, dibelenggu dengan
krisis sentimen aliran mazhab. Masing-masing cuba menonjolkan kewibawaan pendapat pelopor
mazhab yang didokong, dan akhirnya wujud bibit-bibit perpecahan sehingga mengeruhkan

9
perpaduan di kalangan umat Islam. Sebaliknya, perselisihan pendapat di kalangan para ulama’
satu rahmat, bagi umat Islam namun disalah tafsirkan sehingga meniupkan api ekstrimis
sehingga boleh memecahkan perpaduan.

Corak kepimpinan yang Nabi s.a.w bawa dalam pembentukan negara Islam iaitu dengan
pimpinan yang penuh berdisiplin. Sebagaimana yang diketahui umum, bangsa Arab sebelum
kedatangan Islam berada dalam keadaan huru-hara dan pertelingkahan sering berlaku
kerana
pada ketika itu, tidak ada kerajaan ataupun pemerintahan yang teratur dalam mengendalikan hal-
ehwal pentadbiran mereka. Namun apabila baginda dilahirkan dan menerima tugas Islamiah,
baginda mengubah corak pemerintahan tersebut secara beransur-ansur dan baginda
telah
mengatur satu pemerintahan yang lengkap dan sempurna.
Walaupun ketika berada di Makkah, baginda memulakan tugas tersebut hanyalah khusus
kepada soal akidah dan ibadat kepada Allah SWT sahaja. Namun setelah baginda berhijrah ke
Madinah, tugas-tugas tersebut mula meliputi kepada soal-soal tata negara yang
berhubung
dengan hal-ehwal keduniaan dan kehidupan demi untuk kebahagiaan dan keamanan manusia.
Antara urusan keduniaan yang dibentuk oleh pimpinan Rasulullah s.a.w meliputi
urusan
rumahtangga, masyarakat (gotong-royong, kerjasama, menyelesaikan perbalahan), urusan
perhubungan antarabangsa iaitu termasuk berkaitan peraturan perdagangan, peperangan,
peraturan perdamaian dan sebagainya, serta pimpinan (pemilihan pemimpin,
tanggungjawab
pemimpin dan hubungan pemimpin dengan rakyat (Hj. Dusuki Hj.Ahmad 1983:80).
Corak kepimpinan yang Nabi s.a.w bawa dalam pembentukan negara Islam iaitu dengan
pimpinan yang penuh berdisiplin. Sebagaimana yang diketahui umum, bangsa Arab sebelum
kedatangan Islam berada dalam keadaan huru-hara dan pertelingkahan sering berlaku
kerana
pada ketika itu, tidak ada kerajaan ataupun pemerintahan yang teratur dalam mengendalikan hal-
ehwal pentadbiran mereka. Namun apabila baginda dilahirkan dan menerima tugas Islamiah,
baginda mengubah corak pemerintahan tersebut secara beransur-ansur dan baginda
telah
mengatur satu pemerintahan yang lengkap dan sempurna.
Walaupun ketika berada di Makkah, baginda memulakan tugas tersebut hanyalah khusus
kepada soal akidah dan ibadat kepada Allah SWT sahaja. Namun setelah baginda berhijrah ke
Madinah, tugas-tugas tersebut mula meliputi kepada soal-soal tata negara yang
berhubung
dengan hal-ehwal keduniaan dan kehidupan demi untuk kebahagiaan dan keamanan manusia.
Antara urusan keduniaan yang dibentuk oleh pimpinan Rasulullah s.a.w meliputi
urusan
rumahtangga, masyarakat (gotong-royong, kerjasama, menyelesaikan perbalahan), urusan
perhubungan antarabangsa iaitu termasuk berkaitan peraturan perdagangan, peperangan,

10
peraturan perdamaian dan sebagainya, serta pimpinan (pemilihan pemimpin,
tanggungjawab
pemimpin dan hubungan pemimpin dengan rakyat (Hj. Dusuki Hj.Ahmad 1983:80).
Corak kepimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam pembentukan negara
Islam iaitu dengan pimpinan yang penuh berdisiplin. Sebagaimana yang diketahui umum, bangsa
Arab sebelum kedatangan Islam berada dalam keadaan huru-hara dan pertelingkahan sering
berlaku kerana pada ketika itu, tidak ada kerajaan ataupun pemerintahan yang teratur dalam
mengendalikan hal-ehwal pentadbiran mereka. Namun, apabila baginda dilahirkan dan menerima
tugas Islamiah, baginda mengubah corak pemerintahan tersebut secara beransur-ansur dan
baginda telah mengatur satu pemerintahan yang lengkap dan sempurna.

Walaupun ketika berada di Makkah, baginda memulakan tugas tersebut hanyalah khusus
kepada soal akidah dan ibadat kepada Allah SWT sahaja. Namun setelah baginda berhijrah ke
Madinah, tugas-tugas tersebut mula meliputi kepada soal-soal tata negara yang berhubung
dengan hal-ehwal keduniaan dan kehidupan demi untuk kebahagiaan dan keamanan manusia.

Antara urusan keduniaan yang dibentuk oleh pimpinan Rasulullah SAW


meliputi urusan rumahtangga, masyarakat (gotong-royong, kerjasama, menyelesaikan
perbalahan), urusan perhubungan antarabangsa iaitu termasuk berkaitan peraturan perdagangan,
peperangan, peraturan perdamaian dan sebagainya, serta pimpinan (pemilihan pemimpin,
tanggungjawab pemimpin dan hubungan pemimpin dengan rakyat (Hj. Dusuki Hj.Ahmad
1983:80).

1.2.2 Piagam Madinah

Satu fakta sejarah yang membuktikan bahawwa masyarakat Madinah di bawah


kepimpinan Rasulullah SAW adalah satu komuniti yang berbilang kaum, etnik dan agama dalam

11
satu sistem bernegara iaitu, dengan wujudnya satu perjanjian bertulis pada tahun 622M. Di
dalamnya merangkumi semua penduduk yang ada di Madinah ketika itu. Perjanjian bertulis ini
dikenali dalam turath Islam sebagai Sahifah Madinah atau dalam bahasa Melayunya, Piagam
Madinah. Piagam Madinah ini adalah satu perjanjian bertulis yang dibuat oleh Nabi Muhammad
SAW sendiri sebagai satu perjanjian antara pelbagai masyarakat iaitu Muhajirin, Ansar, pelbagai
etnik Yahudi dan Musyrikin. Perjanjian memperakui kebebasan dan kemerdekaan mereka dalam
menganuti agamanya, menjamin keselamatan harta benda mereka, mennentukan kewajipan dan
menjamin hak mereka sebagai warganegara Madinah (Hj. Abdul Hadi Awang Muhammad
1992:4).

Perjanjian ini mengandungi 47 fasal yang merangkumi perkara mengenai pembentukan


umat. Penyataan yang mengakui hak-hak dan kewajipan semua golongan, pernyataan
perlunya menegakkan persatuan persamaan, kebebasan, musyawarah, keadilan,
pertahanan dan perdamain, amar ma’ruf nahi mungkar, ketaqwaan dan ketaatan,
pernyataan posisi Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat dan lain-lain. Piagam
Madinah merupakan satu piagam yang lengkap dari segi struktur politik sosial mahupun
ketenteraan. Contohnya dalam fasal 2 hingga 11 memperkatakan mengenai tebusan darah dan
tebusan tawanan iaitu langkah penting untuk kesejahteraan sosial dalam struktur kabilah orang
Arab.Begitu juga dengan fasal 12 hingga 19 yang memberi jaminan sosial kepada seluruh
penduduk Madinah walaupun umat Islam umat istimewa. Terdapat juga beberapa fasal yang
terpenting dan ia dapat dirumuskan seperti berikut (Ridzuwan 2001:25):

 Nabi Muhammad diakui menjadi ketua negara bagi semua penduduk. Sebarang masalah
hendaklah dirujuk kepada baginda untuk penyelesaian.

 Semua penduduk Madinah bebas beragama dan bebas mengamalkan adat istiadat serta
upacara masing-masing.

 Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi.

 Semua penduduk Madinah mestilah mempertahankan Kota Madinah daripada diserang


oleh musuh.

12
 Orang Yahudi hendaklah membayar perbelanjaan peperangan bersama-sama dengan
orang Islam. Mereka tidak boleh berperang melainkan mendapat keizinan
daripada Rasulullah s.a.w.

 Semua penduduk Madinah tidak boleh bermusuhan atau dengki mendengki


sesama sendiri. Mereka hendaklah hidup sebagai satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

 Keselamatan orang Yahudi termasuklah nyawa dan harta benda terjamin selagi mereka
taat syarat-syarat perjanjian di dalam perlembagaan.

Bagi melancarkan lagi pemtadbiran politik, baginda telah melantik Abu bakar dan Umar al-
Khattab r.a. sebagai pembantunya dalam urusan pemerintahan negara. Manakala Khuzaifah bin
Yaman sebagai setiausaha sulitnya. Banyak lagi jawatan yang telah ditubuhkan oleh baginda
untuk melicinkan urusan dalam negara seperti jawatan ta’lim, pencatat atau jururekod, pemegang
mohor, pemungut hasil dalam negeri, pegawai daerah, pengawas barang-barang dagangan,
penguatkuasa undang-undang, pemungut cukai kepala dan pemungut zakat. Kesemua
ini disandang oleh para sahabat yang telus dan adil berdasarkan kelayakan mereka.
Bagi melancarkan urusan luar Negara pula, baginda telah menghantar perutusan untuk
menyebarkan Islam ke negara-negara jiran seperti Parsi, Habsyah dan sebagainya. Oleh itu
segala peraturan dan dasar yang digarapkan oleh Rasulullah dalam perlembagaan ini
mampu mewujudkan suasana keamanan dan kesejahteraan yangmana sekaligus dapat
mewujudkan sebuah negara Islam yang unggul dimata dunia. Hal ini jelas terbukti
berdasarkan kepada objektif utama piagam.

1.2.3 Prinsip hak asasi dalam Piagam Madinah

Terdapat beberapa prinsip hak asasi dan politik pemerintahan yang terdapat di dalam Piagam
Madinah di antaranya ialah:

13
1. Prinsip ummah.

2. Prinsip perpaduan dan persaudaraan.

3. Prinsip persamaan hak dan kewajipan.

4. Prinsip kebebasan (kemerdekaan).

5. Prinsip perpaduan antara umat yang beragama.

6. Prinsip keselamatan, berbangsa, bernegara dan beragama.

7. Prinsip ihsan hidup berjiran.

8. Prinsip ta’awun ala al-birr wa al-taqwa.

9. Prinsip perdamaian sejagat.

10. Prinsip musyawarah.

11. Prinsip keadilan dan ihsan.

12. Prinsip kepimpinan dan ketauladan.

13. Prinsip iman dan taqwa

14. Prinsip amal ma’ruf nahi mungkar.

Berdasarkan 14 prinsip yang terdapat di dalam Piagam Madinah menunjukkan betapa


lengkapnya sistem pemerintahan Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah di Madinah,
kemudian diwarisi oleh kepimpinan Khulafa’ al-Rashidin, seterusnya dilanjutkan oleh
pemerintahan di bawah kuasa khalifah Umawiah, Abasiah, dan Uthmaniah yang mengambil
masa lebih kurang 13 abad lamanya. Walaupun pemerintahan Islam selama ini diwarnai dengan
suka dan duka, timbul dan tenggelam, terutamanya di akhir kepimpinan Khulafa al-Rashidin dan
selepasnya tetapi secara rasminya sistem pemerintahan yang tetap menjadi Islam sebagai asas
politik dan perundangan.

14
Fazlur Rahman (1982) sependapat dengan Thomas W. Arnold (1965) menyimpulkan
kepimpinan yang dipimpin Rasulullah SAW telah membentuk satu pembentukan negara Islam
pertama dan sebagai titik permulaan berdirinya organisasi politik dalam sejarah Islam bahkan
sejarah sejarah politik dunia pada masa kini (Zulkipli & Ahmad Redzuwan 1999:5). Berkaitan
dengan undang-undang, Baginda SAW telah membuat peraturan berdasarkan kebenaran dan
keadilan yang berpandukan wahyu Allah SWT. Peraturan ini meliputi peraturan ibadat, urusan
jual beli, tata negara dan lain-lain perkara.

Peraturan ini diwajibkan oleh semua pengikutnya tanpa mengira golongan atasan atau
bawahan, mulia atau hina, kaya atau miskin. Hal ini kerana, kebenaran adalah menjadi undang-
undang dalam menentukan hukuman. Perlaksanaan peraturan ini bukan sahaja khusus untuk
penduduk Islam, tetapi untuk semua yang bernaung di bawah negara Islam (Hj Dusuki Hj.
Ahmad 1983:88).

Hak dan tanggungjawab yang dinyatakan di atas adalah beberapa prinsip penting yang
digariskan dalam Perlembagaan Madinah yang tediri daripada 47 Fasal (telah dijelaskan dalam
Unit 2). Masyarakat majmuk yang dibentuk di Madinah telah berjaya menjamin keadilan dan hak
semua warganegara. Islam telah diterima hampir sepertiga dunia; dari Madinah, Eropah, Afrika,
Asia dan negara-negara lain kerana sifat kepelbagaian yang ada dalam masyarakatnya.

Kepimpinan Islam telah tertegak di Madinah semasa di bawah pemerintahan Nabi Muhammad
s.a.w. di mana baginda telah membentuk sebuah negara Islam yang berteraskan
perlembagaannya kepada perintah Allah SWT. Baginda telah menyusun masyarakat berasaskan
siasah Islamiah dalam urusan keduniaan dan keagamaan yang meletakkan segala asas hukum
syarak sehingga tiada satupun yang ditinggalkan oleh baginda.
Antara tugas baginda di madinah dalam membentuk masyarakat Islam ialah mengatur
sistem pertahanan negara, menjaga keselamatan umat di samping memperlengkapkan struktur
pentadbiran negara agar dapat menjalankan urusan negara dengan adil, menyebarkan dakwah
islamiah secara lebih meluas, mengikat beberapa perjanjian dan menghantar duta-duta negara ke
negara jiran. Semunya ini diurudkan oleh baginda selaku Ketua Negara, malah di waktu yang

15
sama baginda juga sebagai utusan Allah SWT san pembawa khabar gembira. Bagi mencapai
matlamat pembentukkan masyarakat Madinah di bawah kepimpinan Islam, baginda
telah
mengambil beberapa langkah utama dalam meletakkan Madinah sebgai sebuah negara yang
terkenal dengan pentadbiran yang bersistematik
Kepimpinan Islam telah tertegak di Madinah semasa di bawah pemerintahan Nabi
Muhammad s.a.w. di mana baginda telah membentuk sebuah negara Islam yang
berteraskan perlembagaannya kepada perintah Allah SWT. Baginda telah menyusun masyarakat
berasaskan siasah Islamiah dalam urusan keduniaan dan keagamaan yang meletakkan segala asas
hukum syarak sehingga tiada satupun yang ditinggalkan oleh baginda.

Antara tugas baginda di madinah dalam membentuk masyarakat Islam ialah mengatur
sistem pertahanan negara, menjaga keselamatan umat di samping memperlengkapkan struktur
pentadbiran negara agar dapat menjalankan urusan negara dengan adil, menyebarkan
dakwahislamiah secara lebih meluas, mengikat beberapa perjanjian dan menghantar duta-duta
negara ke negara jiran. Semunya ini diurudkan oleh baginda selaku Ketua Negara, malah di
waktu yang sama baginda juga sebagai utusan Allah SWT dan pembawa khabar gembira. Bagi
mencapai matlamat pembentukkan masyarakat Madinah di bawah kepimpinan Islam, baginda
telah mengambil beberapa langkah utama dalam meletakkan Madinah sebgai sebuah negara yang
terkenal dengan pentadbiran yang bersistematik.

Dalam mentadbir kerajaan Islam Madinah, Rasulullah s.a.w. menempuh suatu perjalanan
yang amat berat ketika baginda berada di Mekah hinggalah baginda berhijrah ke Madinah iaitu
sebuah bandar yang dipelopori oleh beberapa kaum. Terdapat banyak kebijaksanaan yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja tiba di Madinah. Inisiatif yang terawal yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja tiba di madinah dalam hijrah al-kubra ialah
mengasaskan masjid.

Sebagai pemimpin bervisi jauh dan mempunyai komitmen penuh dalam


menggerakkan kesedaran Islam, pembinaan masjid dilihat sebagai agenda yang sangat penting

16
dalam merangka pembangunan duniawi mahupun ukhrawi. Sehubungan dengan itu, langkah
terawal dilakukan Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja tiba di Madinah ialah mendirikan masjid.

1.2.4 Pembinaan masjid di Madinah

Pembinaan masjid pertama yang dilakukan Rasulullah SAW di Quba’ sebaik sahaja
beliau tiba di Madinah dan ia merupakan langkah politik yang cukup strategik dan bijak. Ini
kerana Rasulullah mengetahui melalui institusi ini seluruh tenaga, fikiran dan emosi masyarakat
Islam dapat disatukan dan digerakkan untuk pembangunan masyarakat dan Islam. Malah ia juga
merupakan langkah terbaik dalam mempertahankan survival politik umat Islam daripada terus
ditindas dan diburu dengan golongan musyrik.

Pembinaan masjid ini dari segi psikologinya telah memberikan satu keyakinan yang
tinggi di kalangan orang-orang Islam di Madinah. Di pihak yang lain pula, orang-orang
musyrikin Makkah dan Madinah merasa tertekan dengan kebangkitan baru umat Islam yang
digerakkan oleh instiusi masjid. Kewujudan masjid ini secara psikologinya merupakan
kemenangan awal umat Islam dari segi moral dan politik ke atas orang-orang kafir (al-Solabi
2007:306).

Umat Islam yang terdapat di Madinah pada ketika itu mempunyai dua kelompok besar yang
terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa orang
9
Muhajirin telah menjadi miskin dan susah setelah berpindah ke Madinah. Mereka
telah

17
meninggalkan keluarga, kampung halaman serta harta benda mereka di Makkah semata-mata
kerana mengikut kehendak agama dan akidah. Berdasarkan situasi inilah Rasulullah s.a.w. telah
memulakan usahanya untuk merapatkan keduanya, baginda telah mengadakan sistem
persaudaraan bagi menjamin kekukuhan umat Islam. Ini merupakan satu cara ke arah penyatuan
barisan umat Islam dan untuk mengikis perasaan permusuhan yang selama ini bertapak di jiwa
mereka kerana sebelum ini mereka (khususnya kaum Ansar) dihantui dengan pelbagai peristiwa
peperangan sesama mereka (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 2001: 24).
Sebagai langkah ke arah tersebut Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan antara
golongan Ansar dan Muhajirin dengan ikatan Ukhwah Islamiah. Dengan demikian telah wujud
suatu perasaan persaudaraan berdasarkan darah. Kesannya baginda telah berjaya membentuk
sebuah masyarakat Islam, di mana semua orang Islam bersaudara. Maka lahirlah
perasaan
muhibah, tolong-menolong diantara satu sama lain. Terbukti, masyarakat ketika itu hidup bersatu
padu di bawah satu akidah dan di bawah slogan “semua umat Islam adalah bersaudara”.
Sebagaimana Firman Allah Taala yang maksudnya: “Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu
adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (al-Hujurat :

1.2.5 Persaudaraan kaum Ansar dan Muhajirin

Umat Islam yang terdapat di Madinah pada ketika itu mempunyai dua kelompok besar
yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa
orang Muhajirin telah menjadi miskin dan susah setelah berpindah ke Madinah. Mereka telah
meninggalkan keluarga, kampung halaman serta harta benda mereka di Makkah semata-mata
kerana mengikut kehendak agama dan akidah. Berdasarkan situasi inilah Rasulullah s.a.w. telah
memulakan usahanya untuk merapatkan keduanya, baginda telah mengadakan sistem
persaudaraan bagi menjamin kekukuhan umat Islam. Ini merupakan satu cara ke arah penyatuan
barisan umat Islam dan untuk mengikis perasaan permusuhan yang selama ini bertapak di jiwa
mereka kerana sebelum ini mereka (khususnya kaum Ansar) dihantui dengan pelbagai peristiwa
peperangan sesama mereka (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus 2001: 24).

Sebagai langkah ke arah tersebut Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan


antara golongan Ansar dan Muhajirin dengan ikatan Ukhwah Islamiah. Dengan demikian telah
wujud suatu perasaan persaudaraan berdasarkan darah. Kesannya baginda telah berjaya

18
membentuk sebuah masyarakat Islam, di mana semua orang Islam bersaudara. Maka
lahirlah perasaan muhibah, tolong-menolong diantara satu sama lain. Terbukti, masyarakat
ketika itu hidup bersatu pad di bawah satu akidah dan di bawah slogan “semua umat Islam
adalah bersaudara”. Sebagaimana Firman Allah Taala yang maksudnya: “Sebenarnya orang-
orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (al-Hujurat :10).

1.2.6 Majlis Syura

Selain itu, syura merupakan satu kaedah dan prinsip penting yang diajar dalam
agama Islam dalam melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil, dan adil.
Pelaksanaan syura di bawah pemerintahan Islam telah menjadi suatu kefardhuan
sebagaimana yang telah disebut secara jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta tegah
disepakati oleh para ulama. Sementara itu, para sarjana memberi definisi syura dengan
pengertian yang berbeza antaranya ialah pada pandangan Ibn Manzur (1968: 434), syura adalah
penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Manakala Edward William Lane (1968:
1616) mengatakan syura adalah gathered it from its hives abd other places.

Di sini apa yang dapat dirumuskan dari kedua-dua definisi tersebut bahawa syura
memerlukan unsur-unsur kearah fikiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam
pemerintahan. Manakala tuntutan pelaksanaan syura telah disebut dengan jelas di dalam al-
Quran. Al-Quran merupakan kitab petunjuk di dalam keperluan masyarakat terhadap syura
kerana syura sebagai makanisme penting kearah mewujudkan kepimpinan Islam yang adil.
Kepentingan syura telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud:
“Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan”. (Al-Quran 3:159).

Dengan itu, syura boleh dikaitkan dengan tiga dimensi iaitu:

19
1. Rasulullah telah diperintahkan oleh Allah melaksanakan syura di dalam pentadbiran hal
ehwal keislaman dan masyarakat Islam. Pelaksanaan perintah ini penting supaya ia menjadi
contoh kepada para sahabat baginda dan generasi kemudian dalam urusan kepimpinan ummah.

2. Adalah menjadi sifat umat Islam menjalankan urusan mereka samada di dalam urusan
keduniaan mahupun agama berasaskan prinsip syura. Pelaksanaan prinsip syura ini juga
melambangkan kesatuan umat Islam di dalam semua tindakan.

3. Perlaksanaan syariat Islam memerlukan organisasi dan umat yang sentiasa melakukan
mesyuarat diantara sesama mereka dalam menggerakkan usaha-usaha tersebut.

Sebagaimana umat Islam ketahui pelaksanaan syura di dalam pemerintahan Islam telah
dijalankan diawal kemunculan negara Islam lagi iaitu di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah adalah orang yang paling banyak mengadakan mesyuarat dan baginda
sering berbincang dan berunding dengan para sahabatnya yang terdiri daripada kalangan cerdik
pandai, berpengalaman, dan pakar dalam bidang politik, pentadbiran, peperangan dan lain-lain
perkara seperti masalah yang memerlukan keputusan segera dalam penyelesaiannya.

Dalam organisasi pentadbiran negara di Madinah, baginda telah membentuk satu majlis
mesyuarat yang terdiri daripada 14 orang sahabat yang tepilih dan juga mempunyai ciri-ciri
seperti kuat, pintar dan gigih menjalankan dakwah Islamiah. Syura dari segi hierarki organisasi
telah diletakkan pada kedudukan yang tinggi iaitu setaraf dengan Ketua Setiausaha Negara
dan Pemegang Mohor Rasul. Manakala ahli syura terdiri daripada sahabat-sahabat yang
cerdik, mempunyai pelbagai kelebihan dan berjiwa besar dalam mengembangkan Islam. Ahli
majlis syura antaranya ialah Hamzah, Jaafar, Abu Bakar, Ali, Ibn Mas’ud, Salman, Ammar,
Huzaifah, Abu Zar, Miqdad dan Bilal (Ahmad Ibrahim Abu Sin 1991: 132).

Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi contoh yang baik kepada umatnya dalam hal
menghormati dan melaksanakan dasar ini. Mereka bermesyuarat dalam mengambil sesuatu

20
keputusan terhadap sesuatu perkara.Terdapat beberapa contoh bagaimana Rasulullah SAW
merealisasikan konsep syura bersama para sahabatnya.

Antaranya ketika berhadapan dengan peperangan Uhud, selepas baginda bermesyuarat


dengan umat Islam untuk menentukan strategi perang sama ada bertahan di Madinah atau keluar
menyerang. Majority berpendapat lebih baik keluar, tetapi baginda dan beberapa para sahabat
lain tidak bersetuju demikian, namun baginda tetap mengikut pendapat majoriti.Seterusnya, di
dalam peperangan Khandaq, baginda lebih baik berdamai dengan musuh iaitu berdamai dengan
qabilah Ghatfan. Baginda bermesyuarat dengan Sa’ad bin Mu’az dan Sa’ad bin Ubadah tentang
kemungkinan iaitu dengan memberikan satu pertiga penghasilam Madinah kepada qabilah
itu supaya mereka mengambil sikap berkecuali dalam peperangan Khandaq.

Cadangan Rasulullah SAW tidak dipersetujui oleh mereka, lalu baginda mengikut
pendapat mereka yang tidak ingin berdamai dengan kabilah tersebut (Ahmad Redzuwan 2001:
36).Selain daripada itu, syura juga berlaku di dalam bidang ketenteraan misalnya, baignda
meminta pendapat di kalangan pengikutnya bagi melicinkan lagi strategi peperangan. Contohnya
di dalam urusan memilih penempatan tentera Muslim dalam peperangan Badar yang berlaku
pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW yang mengetuai pasukan tentera Muslim memilih
tempat tertentu.

Baginda kemudiannya ditanya oleh sahabat yang bernama Hubbab bin Mundhir:
“Adakah pemilihan tempat ini strategi dan muslihat peperangan?” lalu baginda menjawab: “Ia
hanyalah strategi dan muslihat peperangan”. Oleh itu, Hubbab bin Mundhir
mencadangkan supaya dipindahkan ke tempat lain yang lebih ssesuai. Cadangan itu diterima
kerana hujah yang diberikan memang bersesuaian. Kisah ini jelas menggambarkan bahawa
ssyura diamalkan oleh Rasulullah SAW tanpa menggunakan kuasa vetonya selaku pemimpin
negara untuk memaksa semu pihak untuk menerima pandangannya (Muhammad Abu Shuhbah
1992: 134).

21
Permesyuaratan mengikut mejoriti juga berlaku di dalam peristiwa Hudaibiah, baginda
bermesyuarat dan berpendapat lebih baik ditawan golongan musyrik, tetapi Abu Bakar berkata
kepada baginda: “Kita datang bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk
mengambik umrah”. Baginda bersetuju dengan pendapat Abu Bakar r.a begitu juga
sesudahnya baginda Rasulullah SAW wafat, orang Islam telah berkumpul di Thaqifah Bani
Saidah. Orang Ansar mengeluarkan pendapat mereka tentang khalifah. Orang Muhajirin
juga berbuat demikian. Mereka sama-sama bermesyuarat dan akhirnya bersetuju melantik Abu
Bakar r.a memegang tampuk pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Selain itu, perlaksanaan syura juga berlaku dalam kepimpinan negara apabila baginda
menghimpunkan wakil bagi setiap kelompok masyarakat yang wujud di Madinah
untuk mengadakan rundingan dengan mereka. Rundingan ini berkisar mengenai cadangan
membentuk masyarakat yang selamat di Madinah, mempertingkatkan sistem pertahanan serta
mewujudkan kerjasama dalam mentadbir kota Madinah.

Dalam hal ini sebenarnya baginda boleh bertindak sendiri dengan menetapkan peraturan
yang perlu dipatuhi. Namun, apa yang berlaku adalah beignda tetap inginkan pandangan
majoriti yang disuarakan oleh wakil setiap kelompok masyarakat. Dengan persetujuan
majoriti, baru baginda Rasulullah SAW merangka perjanjian-perjanjian yang terkandung dalam
Sahifah Madinah.

Kisah ini jelas menggambarkan bahawa ssyura diamalkan oleh Rasulullah SAW tanpa
menggunakan kuasa vetonya selaku pemimpin negara untuk memaksa semua pihak untuk
menerima pandangannya (Muhammad Abu Shuhbah 1992: 134).Permesyuaratan mengikut
mejoriti juga berlaku di dalam peristiwa Hudaibiah, baginda bermesyuarat dan berpendapat
lebih baik ditawan golongan musyrik, tetapi Abu Bakar berkata kepada baginda: “Kita datang
bukan untuk membunuh seseorang tetapi untuk mengambil umrah”.

22
Baginda bersetuju dengan pendapat Abu Bakar r.a begitu juga sesudahnya baginda
Rasulullah SAW wafat, orang Islam telah berkumpul di Thaqifah Bani Saidah. Orang Ansar
mengeluarkan pendapat mereka tentang khalifah. Orang Muhajirin juga berbuat
demikian. Mereka sama-sama bermesyuarat dan akhirnya bersetuju melantik Abu Bakar r.a
memegang tampuk pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Selain itu, perlaksanaan syura juga berlaku dalam kepimpinan negara apabila baginda
menghimpunkan wakil bagi setiap kelompok masyarakat yang wujud di Madinah
untuk mengadakan rundingan dengan mereka. Rundingan ini berkisar mengenai cadangan
membentuk masyarakat yang selamat di Madinah, mempertingkatkan sistem pertahanan serta
mewujudkan kerjasama dalam mentadbir kota Madinah. Dalam hal ini sebenarnya baginda
boleh bertindak sendiri dengan menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi. Namun, apa yang
berlaku adalah beignda tetap inginkan pandangan majoriti yang disuarakan oleh wakil
setiap kelompok masyarakat. Dengan persetujuan majoriti, baru baginda Rasulullah SAW
merangka perjanjian-perjanjian yang terkandung dalam Sahifah Madinah.

Dengan tertegaknya negara Madinah sebagai sebuah Daulah Islamniyyah yang pertama,
maka bukan sahaja perjalanan dakwah Islamiyyah sahaja yang mentap malahan di dalam politik
juga dapat membantu membentuk pemerintahan yang kukuh dan dasar peraturan yang menjamin
akan setiap uamt Islam di bawah pimpinan seorang Rasul yang sentiasa mendapat pimpinan
daripada Allah SWT dengan kewujudan negara Islam pertama ini juga maka ajaran Islam
mula di martabatkan dan dipandang mulia oleh golongan bukan Islam. Malahan perlaksanaan
syura yang dijalankan oleh Rasulullah SAW menunujukkan Rasulullah SAW tidak
mengutamakan pendapat individu seballiknya meminta pendangan orang ramai dalam
memutuskan suatu perkara khususnya yang melibatkan soal kepimpinan dalam negara.

23
Dan ini telah dianggap binding precedent kepada generasi kemudian dalam
menjalankan syura dalam pentadbiran negara.Bahkan Piagam Madinah merupakan satu
perlembagaan politik unggul yang pertama wujud di dunia. Kesempurnaan piagam ini dari
seluruh aspek kehidupan manusia melambangkan bahawa Rasulullah adalah tokoh pemimpin
politik yang berwibawa bukan sahaja dari aspek agama malah juga aspek keduniaan.

Dalam aspek peperangan, jelaslah sejarah yang mengatakan Islam disebarkan bukan
melalui peperangan atau mata pedang tetapi peperangan yang berlaku disebabkan tiga sebab iaitu
untuk mempertahankan diri dan umat Islam daripada ancaman pihak musuh. Ia juga berlaku
kerana umat Islam akan bertindak tegas pada perjanjian yang sudah dipersetujui bersama,
selain bergantung pada keadaan umat Islam pada ketika itu dalam memepertahankan
Islam.

Namun begitu, masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan
hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor iaitu kewajipan terhadap Allah s.w.t.
apabila seseorang itu mengumumkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab akidah atau
agama) dan juga tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam
sebagai dasar pemerintahan negara iaitu tanggungjawab politik.

1.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penerapan nilai dan etika persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh
ajaran Islam dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan dalam komuniti masyarakat. Perpaduan
merupakan paksi utama kepada kesatuan dan akan melahirkan generasi bersatu padu dalam
kelompok masyarakat yang progresif dan dinamik.

24
Justeru itu, dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai variasi kaum, agama dan
bangsa penerapan nilai-nilai murni sebagaimana yang yang dianjurkan oleh ajaran Islam perlu
dihayati dan diasimilasikan dalam realiti masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, sekiranya
nilai-nilai murni diketepikan oleh masyarakat, maka lahirlah generasi yang bersifat
individualistik. Bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang baik, perpaduan
merupakan resepi dan adunan yang terbaik dan kunci utama khususnya bagi rakyat yang
berbilang kaum. 

1.4 RUJUKAN

1. Abul A’la Al-Maududi. 1993. Hukum Dan Konstitusi Sistem Politik Islam.: Penerbit
Mizan Khazanah Ilmu-Ilmu Islam.

25
2. Dusuki Hj. Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

3. Muhammad Abdel Qadir Abu Faris. 2000. Pemerintahan Negara Islam Yang Sebenar.
Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise

26

You might also like