You are on page 1of 10

KERTAS LAPORAN KERJA

CTU 553 / 555


HUBUNGAN ETNIK / SEJARAH MALAYSIA
UiTM CAWANGAN PERLIS
SEMESTER 3

Tajuk Artikel

MEDIA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN BUDAYA MENURUT ISLAM

MARKAH ARTIKEL REVIEW Markah Diperolehi


Struktur dan Gaya Penulisan (6%)
Ringkasan Penting (6%)
Analisa Kritis (6%)
Kualiti dan Memenuhi Syarat (6%)
Etika dan Profesional (6%)
30
JUMLAH MARKAH (30%)

Maklumat Ahli Kumpulan


Nombor Kumpulan Kod
Pelajar Program
1 NUR HANANI BT HASNIZAN 2019405518 RAS2543A AS254
2 NUR HIDAYATUL JANNAH BINTI MIZI 2019268812 RAS2543A AS254
3 NUR IMAN BINTI KAMARUDIN AZHAR 2019883944 RAS2543A AS254
4 ASNIZA BINTI ZUL’AZMAN 2019230346 RAS2543A AS254
5 NUR AIN SYAFIQHA BINTI SHAHRUL
2019218868 RAS2543A AS254
NAZLIN
No Telefon Bimbit ( Ketua Sahaja) 019-6291901 (NUR HANANI)
PENGESAHAN PENSYARAH
(MEDIA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN BUDAYA MENURUT ISLAM)

DISEDIAKAN OLEH :

NUR HANANI BT HASNIZAN (2019405518)


NUR HIDAYATUL JANNAH BINTI MIZI (2019268812)
NUR IMAN BT KAMARUDIN (2019883944)
ASNIZA BT ZUL’AZMAN (2019230346)
NUR AIN SYAFIQHA BT SHAHRUL NAZLIN (2019218868)

Kertas kerja ARTIKEL REVIEW ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian
Sepanjang Semester bagi Kod Kursus CTU553 / 555 – Hubungan Etnik / Sejarah Malaysia
khusus bagi pelajar dari Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang
diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar perakuan yang dibuat boleh
dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.

Disahkan oleh:

-------------------------
Dr Azhar bin Abdul Rahman
Pensyarah Penilai
CTU553 / 555
Disember 2020

2
ISI KANDUNGAN

Struktur dan Gaya Penulisan

i. Biodata Penulis………………………………………………. 4

ii. Sumber Perolehan Artikel…………………………………… 4

iii. Justifikasi Pemilihan Artikel…………………………………. 4

Ringkasan Penting Teks……………………………… 5

Analisa Kritis

i. Impak Artikel Kepada Penganalisa…………………………… 7

ii. Kaitan Artikel dan Silibus yang Dipelajari…………………… 8

iii. Kepentingan Kandungan Artikel kepada Masyarakat………... 9

Rubrik Pemarkahan…………………………………... 10

3
1.0 STRUKTUR DAN GAYA PENULISAN

1.1 BIODATA PENULIS


Muhammad Khairul Nizam Jensani merupakan seorang pereka atas talian. Beliau
berasal daripada Skudai,Johor dan pernah melanjutkan pengajian di International Islamic
School Malaysia di peringkat A-Level dan School of Chemical and Energy Engineering
di peringkat ijazah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu penyelidik di
Universiti Teknologi Malaysia. Pada Ogos 2020, beliau telah melanjutkan pengajian
Master Degree dalam bidang Biogas-Electricity di Universiti Teknologi Malaysia.

Seterusnya, Kumanan Eswaran merupakan seorang penyelidik daripada Universiti


Teknologi Malaysia. Beliau berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan. Beliau
melanjutkan pengajian di Universiti tersebut bermula pada tahun 2016 sehingga 2020.

Akhir sekali, Sulaiman Shakib Mohd Noor merupakan seorang pensyarah kanan
daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau juga merupakan pensyarah di
Akademi Tamadun Islam di Universiti Teknologi Malaysia.

1.2 SUMBER PEROLEHAN ARTIKEL

Media Sosial dan Pembentukan Budaya Menurut Islam

http://eprints.utm.my/id/eprint/85121/1/12%20KumananNizam_MediaSosialdanPemb
entukanBudaya.177-194.pdf

1.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ARTIKEL

Artikel yang dipilih mempunyai banyak kaitan dengan silibus yang dipelajari oleh
kami dan boleh dihuraikan dan diberikan contoh. Artikel ini turut menjelaskan
bagaimana media sosial dapat mempengaruhi pemikiran dan budi bahasa dan memberi
kesan kepada generasi masa hadapan umat islam.

Selain daripada itu, kandungan artikel ini juga mempunyai banyak kepentingan
yang boleh disebarkan kepada masyarakat. Juga, artikel ini amatlah mudah dibaca dan
difahami kerana adanya potongan ayat Al-Quran dan terjemahan yang telah disediakan
sekaligus dapat menjadi rujukan untuk penyelidikan di masa hadapan.

4
2.0 RINGKASAN PENTING TEKS

Artikel ini merupakan sebuah kajian penulis iaitu Muhammad Khairul Nizam Jensani,
Kumanan Eswaran dan Sulaiman Shakib Mohd Noor. Artikel ini berkisarkan mengenai
pengaruh media sosial dalam pembentukkan budaya menurut Islam. Artikel ini juga
menceritakan peranan media yang berubah mengikut peredaran masa dalam membentuk
budaya Islam kepada masyarakat. Tumpuan media massa seperti radio dan stesen television
yang memainkan peranan penting dalam pembentukkan budaya Islam telah beralih kepada
media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Antara budaya yang dapat dibentuk
melalui media sosial adalah dari aspek pemakaian, pemakanan, bahasa, sambutan perayaan dan
gaya hidup.

Media sosial adalah medium yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan anak muda dan dianggap sebagai agen terpenting dalam pembentukkan
budaya masyarakat. Islam telah menetapkan garis panduan dalam penggunaan media sosial
supaya tidak bercanggah dengan syariat Islam dan dapat digunakan ke arah kebaikan.
Penggunaan media sosial masyarakat Islam dan bukan Islam tidak dapat dipantau secara
menyeluruh. Mahupun begitu, Islam tidak pula melarang umat Islam untuk bermedia sosial
namun penguna harus bijak dan rasional setiap kali ingin berkongsi mengenai sesuatu dan
pastikan ia tidak bercanggah dengan kepentingan syiar Islam.

Perkara yang gemar dikongsi oleh masyarakat melalui media sosial gaya pemakaian.
Gaya pemakaian yang dipamerkan atau dikongsi hendaklah mematuhi syarat pemakaian Islam
dimana wanita tidak boleh berpakaian ketat, menjolok mata dan tiada hiasan yang melampau.
Bagi lelaki pula haruslah berpakaian menutupi antara pusat dan lutut. Hal ini kerana Islam amat
mementingkan penjagaan aurat supaya dapat mengelakkan aib dan malu, zina, fitnah dan
gangguan. Cara berpakaian umat Islam yang sopan juga akan mempengaruhi masyarakat bukan
Islam dan mereka akan lebih memahami mengenai etika pemakaian Islam.

Selain itu adalah budaya dari aspek pemakanan. Islam amat prihatin mengenai amalan
makanan. Pemilihan makanan hendaklah dari sumber yang halal, bersih dan jauh dari yang
syubhah dan haram. Islam juga menekankan konsep bersederhana dan tidak berlebihan seperti
makan apabila lapar dan henti sebelum kenyang. Antara amalan pemakanan yang disarankan
oleh Islam adalah berpuasa dan membuka selera dengan air dan buah-buahan terlebih dahulu.
Amalan ini dapat mengurangkan risiko berpenyakit. Islam juga menitik beratkan adab yang

5
sopan ketika makan seperti berdoa sebelum makan, makan dalam posisi duduk dan makan
menggunakan tangan kanan.

Seterusnya adalah budaya dari aspek bahasa. Penggunaan bahasa adalah untuk
berkomunikasi secara verbal. Bahasa yang sering dikaitkan dengan Islam adalah bahasa Arab.
Namun begitu, Islam tidak melarang penggunaan bahasa lain. Malah dalam berdakwah juga
bahasa lain adalah dibenarkan supaya intipati dakwah dapat difahami dengan mudah. Namun,
tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan bahasa Arab merupakan asas untuk mendalami ilmu
Islam kerana pemahaman Islam akan terbatas sekiranya seseorang individu lemah dalam
penguasaan bahasa Arab malah al-Quran dan hadis semuanya tertulis dan menggunakan dalam
bahasa Arab.

Di samping itu adalah budaya dari aspek perayaan. Setiap kaum mempunyai tradisi yang
tersendiri dan Islam tidak mengahalang umatnya menghadiri majlis masyarakat bukan Islam
selagi majlis itu tidak melanggar syariat Islam. Kriteria yang perlu dijadikan panduan adalah
tiada ritual yang bercanggah dengan akidah Islam, tiada perlakuan yang bertentangan dengan
akhlak dan budaya Islam dan tidak menyentuh sensitiviti. Panduan tersebut perlu dipatuhi agar
dapat memelihara perpaduan negara.

Gaya hidup menurut Islam juga dapat dikembangkan melalui media sosial. Melayu di
negara ini begitu sinonim dengan Islam. Ia dapat dibuktikan dengan budaya melayu yang amat
akrab dengan al-Quran dan Islam seperti membaca surah yassin pada malam khamis, membuat
majlis aqiqah dan sebagainya. Akhir sekali adalah budaya dari aspek adat. Adat melayu-Islam
masyarakat ini adalah persis adat jawi iaitu adat yang bercampur yang dipengaruhi oleh budaya
hindu dan buddha. Setelah kedatangan Islam ke Tanah melayu telah mentamadunkan melayu
dan gaya hidup serta adat melayu menjadi lebih kepada berteraskan agama Islam. Oleh sebab
itu, media sosial merupakan agen terpenting dalam membentuk dan mengekalkan budaya
menurut panduan Islam agar masyarakat tidak tersasar jauh dari Islam.

6
3.0 ANALISA KRITIS

3.1 IMPAK ARTIKEL KEPADA PENGANALISA

Melalui penulisan ini, penganalisa menyedari bahawa media sosial sedikit


sebanyak akan mempengaruhi pembentukan budaya dan sekiranya tiada panduan
pengggunaan media sosial dengan betul akan menyebabkan berlakunya perkara yang
tidak diingini. Penganalisa akan memperbetulkan niat mereka dalam penggunaan media
sosial kerana penulis ada menekankan bahawa prinsip awal dalam penggunaan media
sosial adalah bertujuan kebaikan bukannya menyebabkan kebencian, fitnah dan
sebagainya.

Penganalisa juga akan lebih cakna terhadap budaya pemakaian menurut islam
seperti yang telah ditekankan oleh penulis. Kaum hawa hendaklah memakai pakaian yang
menutup aurat lebih- lebih lagi apabila dipaparkan di media sosial. Hal ini demikian
kerana, setiap paparan di media sosial itu akan mewakili islam dan memberi panduan
kepada golongan bukan islam untuk memahami etika pakaian islam kerana telah menjadi
tanggungjawab umat islam untuk membawa budaya islam kepada seluruh dunia.

Penganalisa juga sedar bahawa panduan pemakanan menurut islam perlulah kerap
dipaparkan di media sosial supaya dapat menyedarkan masyarakat islam dalam
penjagaan pemakanan dan mewar-warkan amalan pemakanan islam yang hanya makan
ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang yang telah diamalkan oleh pengamal
perubabatan di seluruh dunia.

Penulisan ini telah memberi kesedaran kepada penganalisa bahawa pentingnya


bahasa dalam pembentukan budaya dan menyebabkan penganalisa sedar terhadap
tanggungjawab melariskan penggunaan bahasa Arab kepada orang islam melalui media
sosial dek kerana bahasa Arab adalah bahasa asas dalam mempelajari islam.

Melalui penulisan ini, penganalisa akan mengetahui bagaimana proses


pembentukan adat dalam masyarakat melayu menurut islam kerana penulis ada
menjelaskan secara terperinci unsur-unsur yang mempengaruhi adat melayu seperti
pengaruh hindu dan buddha, pengaruh campuran hindu dan buddha serta pengaruh islam.

Secara tuntasnya, penganalisa lebih terdedah dengan cara penggunaan media


sosial yang mematuhi syariat islam dan sekaligus menyebarkan agama islam dek kerana
penggunaan media sosial yang pesat dan berkesan.

7
3.2 KAITAN ARTIKEL DAN SILIBUS YANG DIPELAJARI

Memandangkan artikel yang dipilih ini berkaitan dengan isu media sosial dan
pembentukan budaya mengikut islam, dimana ia mengenai media sosial yang begitu
hebat sekarang sehingga mempengaruhi budaya orang islam. Sedikit demi sedikit,
budaya barat ditiru oleh mereka. Manusia ini sifatnya ingin mengetahui, ingin mencuba
untuk meneruskan kelangsungan hidup. Atas konsep ini lah, pelbagai teknologi-
teknologi maya yang dicipta sehingga merosakkan budaya kita sendiri.

Ini boleh dikaitkan dengan silibus Sejarah Malaysia dan Hubungan Etnik, oleh
Dr.Azhar bin Abdul Rahman. Bab tiga, iaitu bertajuk Islam dan Hubungan Etnik, Asas
Masyarakat Islam. Dimana perkara asas masyarakat Islam terbina melalui tiga perkara
iaitu, akidah, syariah dan akhlak. Dengan kukuhnya tiga perkara ini sahaja, tidak akan
ada isu antara pengaruh budaya budaya terhadap masyarakat islam. Oleh kerana itulah,
artikel ini membincangkan bahawa begitu mudahnya masyarakat islam ini terpengaruh
jika asas penting bagi masyarakat islam ini tidak terjaga dan tidak dididik dengan betul.

Tambahan pula, artikel ini menunjukkan bahawa begitu hebat sekali media
sosial mempengaruhi masyarakat sehingaa ia dijadikan media ekspresi dan eksistensi
diri, serta dijadikan tempat penyeberan berita dan informasi. Tamabahan pula,
penggunaan media sosial ini digunakan daripada kanak-kanak sehingga golongan tua.
Tanpa media sosial, masyarakat akan ketinggalan. Hal ini juga boleh dikaitkan dengan
syariah islam, dimana terdapat lima hukum yang ditaklifkan kepada manusia sama ada
wajib, sunat, harus, makruh dan akhir sekali adalah haram. Perkara ini boleh dijatuhkan
haram, sekiranya umat manusia terlalu bergantung kepada media sosial sehingga
mengabai perkara wajib, dan menyebarkan perkara haram di media sosial.

Apabila masyarakat islam sudah mempunyai akidah yang kukuh, syariah yang
jelas, akhlah yang bagus, perihal antara pengaruh media sosial terhadap budaya
masyarakat islam tidak menjadi masalah. Dengan kesedaran Allah SWT sentiasa
mengawasi setiap perbuatan dan tahu perbuatan manusia, ini dapat meningkatkan dan
memperbaiki lagi amalan soleh manusia sekali gus berupaya membentuk asas
masyarakat islam yang baik.

8
3.3 KEPENTINGAN KANDUNGAN ARTIKEL KEPADA MASYARAKAT

Artikel ini amat penting kepada masyarakat kerana ianya menerangkan beberapa
info penting tentang mengapakah media sosial memberi impak yang amat besar kepada
masyarakat. Kita sering mengganggap bahawa media sosial tidak memberi apa-apa
faedah tetapi artikel ini menceritakan sebaliknya. Artikel ini menjelaskan bahawa media
sosial dapat digunakan untuk menyebarkan maklumat tentang Islam.

Islam tidak secara khusus menentukan bagaimana bentuk pakaian untuk seorang
muslim atau muslimah seperti apa yang harus dipakai kain apa, jenis apa, berapa helai,
warna apa dan sebagainya. Kreativiti dalam pemakaian terserah kepada individu
mengikut kesesuaian tempat dan masa selagi tidak melanggar had undang-undang Islam.
Perkara itu termasuk dalam urusan duniawi di mana Rasulullah S.A.W menyerahkan
kreativiti kepada manusia untuk berfikir.

Seterusnya, penulis menekankan bahawa kita perlu mengambil makanan dari


sumber yang halal kerana ianya memberi banyak faedah seperti makanan yang halal
memberi ketenangan kepada jiwa kerana sesuai dengan fitrah manusia, dapat
mendekatkan diri kepada Allah SWT, ibadah dan amal soleh yang dilakukannya diterima
dan doa yang dia doakan dimakbulkan, dapat menyelamatkan seseorang dari siksaan api
neraka, membentuk daging dan darah yang baik sekaligus dapat membantu melahirkan
manusia yang mempunyai keperibadian yang terpuji dan mencegah pelbagai penyakit.

Artikel ini juga menyarankan umat Islam untuk menggunakan media sosial untuk
menyebarkan penggunaan Bahasa Arab kerana kedudukan bahasa ini tinggi dalam
sejarah peradaban Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam, sangat digalakkan untuk
belajar bahasa Arab. Perkara ini penting bagi pembaca kerana ada sesetengah daripada
kita yang mengganggap bahawa terdapat banyak Bahasa lain yang lebih menarik untuk
dipelajari.

Selain itu, artikel ini juga penting kepada masyarakat kerana ianya menerangkan
cara hidup umat Islam yang tinggal di negara yang hidupnya berbilang kaum. Islam tidak
pernah menghalang umatnya untuk menyambut perayaan, asalkan perayaan yang
disambut tidak menyalahi syarak disisi Islam. Rakyat Islam perlu mempunyai
pemahaman yang lebih baik tentang perbezaan antara perayaan tradisional dan perayaan
agama supaya penjelasan berkenaan penglibatan rakyat di masa hadapan dalam meraikan
sebarang perayaan seumpamanya adalah lebih tepat.

9
10

You might also like