You are on page 1of 11

UITM CAWANGAN KELANTAN

AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)

CTU552

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

KERJA KURSUS :

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL

PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN MASA KINI

-NOR FAUZIAN KASSIM

KUMPULAN :

CS240

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO PELAJAR
AHMAD ASLAM BIN YAMANI 2020844226
MUHAMMAD ZULHELMI BIN MUHAMMAD OTHMAN 2020618198
NUR AININA BINTI MUHMAD RAJI 2020852988
SITI NURHALIZA BINTI MAT KHAMIS 2020476478
NUR ARINAH IZZATI BINTI MOHD AFAZI 2020834486

PENILAIAN MARKAH
Pengenalan (4%)
Isi dan Huraian (12%)
Cadangan/Komentar/Kesimpulan (4%)
Sumber Rujukan (5%)
Etika dan Moral Profesional (5%)
JUMLAH MARKAH (30%)

DISEDIAKAN UNTUK : MARKAH


DIPEROLEHI
AHMAD MURSHIDI BIN MUSTAPA

30
SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................. 1


2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL .......................................................... 2
3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL ....................................................................... 4
4.0 PENUTUP/KESIMPULAN ........................................................................... 8
5.0 SENARAI RUJUKAN …………………………………………………… 9
1.0 PENGENALAN

i. Tajuk artikel: Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Modul Pendidikan Akhlak

(Isu dan Cabaran Masa Kini)

ii. Nama penulis: Nor Fauzian binti Kassim (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak

Negara) dan Fauziah Hanim binti Abdul Jalal, PhD (Fakulti Pendidikan dan Pembangunan

Manusia)

iii. Penerbit: Research Gate Publication

iv. Tarikh: 20 May 2016

v. Persidangan: Seminar Penyelidikan Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI) pada May 2015

Kami daripada Kumpulan A telah bersetuju untuk memilih artikel yang bertajuk Kurikulum

Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Modul Pendidikan Akhlak dari sudut isu dan cabarannya

pada masa kini. Artikel ini merupakan hasil penulisan Nor Fauzian binti Kassim

(fauzian@ipsah.edu.my) daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara

dan Fauziah Hanim binti Abdul Jalal, PhD (fauziah@fppm.upsi.edu.my) daripada Fakulti

Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Artikel yang dianalisis ini adalah terbitan daripada

Research Gate Publication. Persidangan ini dibuat pada satu program yang bernama Seminar

Penyelidikan Kebangsaan yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada

May 2015. Tambahan lagi, penulisan ini dibuat setahun selepas penganjuran seminar iaitu pada

20 May 2016.

1
2.0 ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk mengupas dan membincangkan tentang isu dan

cabaran yang dihadapi oleh golongan tenaga pendidik dan kanak-kanak pada masa kini dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan modul

pendidikan akhlak . Penulis juga telah mengutarakan tiga permasalahan yang berlaku dalam

kalangan tenaga pendidik dan juga permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh golongan

kanak-kanak dalam penguasaan pembelajaran mereka terutamanya dalam konteks atau aspek

kerohanian dan moral .

Hasil perbincangan daripada artikel “Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan

Modul Pendidikan Akhlak (Isu dan Cabaran Masa Kini)”,penulis artikel secara keseluruhannya

menerangkan kaedah ataupun pedagogi yang mempunyai kandungan kurikulum yang kurang

tepat dan jelas, kemahiran pedagogi atau kaedah penyampaian pengajaran yang kurang

dikuasai dan kekurangan sumber pengajaran yang boleh menjadi medium dalam

menyampaikan kurikulum agar lebih berkesan . Penulis mendapati Kanak-kanak menghadapi

masalah dalam penguasaan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan aspek kerohanian

dan moral . Antara masalah yang dihadapi dalam mendidik kanak kanak ini adalah disebabkan

oleh gejala keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi . Permasalahan akhlak yang wujud

dalam kalangan pelajar samada berbentuk akhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan

dengan Allah sering dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara . Selain itu juga,

masyarakat menjadi semakin ghairah mengejar kemajuan dalam kehidupan selaras dengan

hasrat negara munuju kepada status negara maju . Hal ini dikatakan demikian kerana,

masyarakat menjadi lalai dan terleka dengan tuntutan agama atau disiplin ilmu yang

berteraskan keagamaan terutamanya dalam mendidik anak-anak . Pendidikan awal terhadap

kanak-kanak amat penting untuk menjadikan kanak-kanak tersebut menjadi insan yang

berguna di masa hadapan kelak .

2
Keberkesanan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak yang sukar diukur juga

merupakan antara isu yang dihadapi . Beberapa faktor telah dikemukakan penulis di dalam

artikel ini, antaranya ialah ilmu dan kandungan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak

perlulah memenuhi kehendak dan keperluan serta perkembangan awal kanak-kanak . Selain

itu, kemahiran guru yang perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam ilmu pedagogi dan

psikologi perlu mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, penyelesaian masalah, dan

sebagainya. Seterusnya, keadaan kelas (Premis) juga merupakan faktor yang dihadapi dalam

kalangan kanak-kanak . Pengurusan ruang dalam bilik darjah serta pengurusan ruang luar

bangunan yang selamat dan sistematik akan menggalakkan kesedíaan pembelajaran seterusnya

mempengaruhi tingkah laku murid . Suasana kelas yang kondusif juga akan membuatkan

kanak-kanak bersemangat untuk belajar.

Keberkesanan kurikulum turut dihuraikan bersama kepentingannya terhadap proses

pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pembinaan Modul Pendidikan Akhlak diharapkan

dapat menjadi solusi alternatif dalam menghadapi isu dan cabaran tersebut. Pendidikan yang

berlandaskan syariat Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik semata-

mata malah ianya lebih ke arah pemupukan nilai dan pembentukan akhlak terhadap kanak-

kanak sejak dari mereka kecil lagi. Di samping itu, kurikulum integratif juga disarankan agar

lebih relevan dalam menangani isu dan cabaran globalisasi seiring dengan hasrat transformasi

dalam pendidikan menuju ke status negara maju. Melalui pendidikan awal kanak-kanak juga

dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi mampu untuk

bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.

3
3.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL

Isu utama yang terdapat dalam artikel ini adalah tentang isu dan pemasalahan yang bakal

dihadapi oleh warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat dalam mendidik kanak kanak pada

masa kini. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu asas pembinaan sesuatu bangsa.

Untuk memastikan seseorang kanak-kanak pada masa kini seimbang dari segi kerohanian dan

intelek, mereka haruslah di didik sejak kecil lagi supaya dapat melahirkan insan yang berakhlak

mulia. Namun begitu, masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa menyebabkan

timbul kerisauan pada warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan

di dalam artikel ini adalah cabaran dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK).

Hal ini kerana, pendidikan ini amat penting untuk perkembangan tahap pembelajaran kanak-

kanak. Pendidikan ini juga dapat membantu kanak-kanak dalam pelbagai aspek pengetahuan

dan potensi. Selain itu, ianya bukan sahaja untuk memastikan kanak-kanak pandai membaca,

menulis dan mengira tetapi ianya adalah untuk memastikan potensi kanak-kanak dalam semua

aspek pertumbuhan seimbang.

Di samping itu, kurikulum Pendidikan Islam pula adalah untuk memantapkan akidah

dalam diri kanak-kanak seterusnya mencapai matlamat pembinaan modal insan. Murid-murid

yang beragama islam diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam manakala

Pendidikan Moral diambil oleh murid-murid yang bukan beragama islam. Pendidikan islam

yang diajar di sekolah hendaklah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Objektif dan matlamat

yang ingin dicapai dari pembelajaran Pendidikan Islam ini adalah untuk memastikan murid

dapat mengetahui apa itu rukun islam, rukun iman, bersuci dari hadas, berwuduk, melakukan

pergerakan solat dan pelbagainya. Seterusnya, objektif dan matlamat Pendidikan Moral adalah

untuk melahirkan murid yang mempunyai sifat kerajinan, kasih sayang, kejujuran, berdikari,

keberanian, baik hati dan lain-lain. Malangnya, timbul permasalahan dalam warga pendidik

apabila mereka tidak jelas dengan isi kandungan mengenai kurikulum. Pendidikan Islam diajar

4
adalah bertujuan untuk memastikan nilai-nilai yang terkandung di dalam Al-Quran dipraktikan.

Imam Al-Ghazali (2005) telah menekankan bahawa pentingnya ibu bapa dan warga pendidik

menunjukkan tingkah laku yang baik kerana ianya juga merupakan kurikulum dalam

pendidikan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak mempunyai sifat yang suka

meniru perilaku yang ada di hadapan mereka menyebabkan kanak-kanak belajar daripada

pemerhatian mereka dan apabila dibiarkan ianya akan menjadi kebiasaan. Untuk menangani

masalah ini, ibu bapa dan warga pendidik memainkan peranan yang amat penting. Mereka

seharusnya memberi ganjaran atau hukuman kepada kanak-kanak. Pendidikan Islam amatlah

penting untuk kanak-kanak dan perlu diterapkan dalam diri mereka sejak kecil lagi supaya

mereka dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Oleh itu, islam amatlah menekankan

pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak seterusnya dapat memantapkan akhlak mereka.

Kerisauan mula timbul pada warga pendidik apabila mereka kekurangan modul yang boleh

dijadikan panduan untuk menyampaikan pengajaran mereka secara efektif. Di dalam

matapelajaran Pendidikan Islam telah menekankan tentang ilmu naqli iaitu dalil-dalil yang

bersumberkan dari Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas, dan aqli pula adalah dalil yang

bersumber dari akal aqli dalam bahasa Arab akal selagi tidak melanggar penyataan alquran dan

hadis. Allah S.W.T hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya

mereka yang dapat memahami agama dan syariat-Nya, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

seperti yang dinyatakan oleh imam Al-Ghazali. Ilmu pula terbahagi kepada dua iaitu ilmu

agama dan ilmu intelektual dan kedua-duanya terbahagi kepada ilmu mahmudah iaitu amalan

terpuji dan mazmumah iaitu amalan yang tercela.

Isu-isu yang dibangkitkan ini sangat bersesuaian kerana isu-isu yang dibangkitkan ini

memberi impak yang besar kepada kedua-dua belah pihak iaitu golongan pendidik bukan

sahaja guru-guru malah kepada ibu bapa dan turut kepada kanak-kanak juga. Hal ini kerana,

guru-guru perlulah menunjukkan sikap yang baik dihadapan anak-anak didik mereka

5
terutamanya ibu bapa kerana masa anak-anak bersama ibu bapa lebih lama berbanding masa

mereka dengan guru-guru mereka. Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) ini amatlah

penting pada masa kini bagi persediaan untuk mereka ke sekolah rendah dalam usaha

membangunkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Di

samping itu, apa yang dilihat oleh anak-anak pada masa kecil itulah yang menjadi ikutan

mereka apabila mereka besar nanti. Bahkan bukan itu sahaja, apa yang paling utama dalam

kehidupan mereka adalah mereka perlulah dididik mengikut kurikulum Pendidikan Awal

Kanak-Kanak (PAKK) dimana perlulah diwajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam agar

dapat serba sedikit memantapkan ilmu agama mereka diusia muda. Pendidik perlu lebih kreatif

dalam melihat sejauh mana perkembangan yang dapat dicapai oleh kanak-kanak selain

membentuk sahsiah diri serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jelas

sekali isu-isu ini perlulah dibangkitkan kerana dapat kita lihat pada masa kini, golongan pelajar

yang tidak hormat kepada guru-guru mereka dan juga orang awam malah ada juga yang tidak

hormat kepada ibu bapa mereka sendiri. Selain itu, golongan pelajar juga ramai yang terlibat

dengan masalah-masalah seperti vandalisme, pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan lain-

lain. Hal ini kerana, terdapat kelemahan pada Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

(PAKK) contohnya warga pendidik mengajar anak-anak didik mereka secara ala kadar atau

tidak menekankan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam PAKK. Selain itu, mungkin para

pendidik sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anak-anak didik mereka seperti

ibu bapa bergaduh didepan mata anak-anak mereka, guru-guru serta ibu bapa berpakaian yang

menjolok mata, ibu bapa lansung tidak menghiraukan perkembangan anak-anak mereka dan

lain-lain. Pihak-pihak yang berwajib perlu sentiasa saling bantu-membantu untuk mengelakkan

perkara ini terjadi. Ini kerana anak-anak ibarat kain putih, para pendidik yang mencorakkanya.

Secara kesuluruhannya, jelas dapat dilihat bahawa artikel ini dapat serba sedikit

menjawab persoalan tentang isu-isu yang bangkit kerana terdapat pelbagai alternatif untuk

6
mengatasi masalah tersebut. Penggunaan gaya penulisan dalam menghasilkan artikel ini amat

bersesuian kerana penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa tepat dengan isu-isu yang

ingin diutarakan dan penjelasan yang secara ringkas tapi padat dengan maklumat-maklumat

penting. Justeru itu, isu-isu yang ditulis oleh penulis ini amat memberi kesan kepada setiap

pembaca kerana ia memberi kesedaran akan terdapat kekurangan dalam Kurikulum Pendidikan

Awal Kanak-Kanak (PAKK). Tambahan lagi, artikel ini banyak memberi kesan atau

sumbangan antaranya termasuklah walaupun terdapat kekurangan dalam Kurikulum

Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) tetapi para pendidik perlulah mendidik anak-anak

didik mereka berpandukannya kerana ia dapat mengajar dan menjadikan sseseorang kanak-

kanak menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan memberi sumbangan kepada

masyarakat setempat, memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang pentingnya ilmu

untuk digunakan pada masa hadapan, dan memberitahu kita bahawa kanak-kanak seprti kain

putih dimana ibu bapa, guru-guru dan masyarakat la yang mencorakkanya jika buruk maka

buruklah, jika baik maka baiklah seperti kata-kata tokoh Imam Al-Ghazali (2005) anak-anak

ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara sangat bernilai, murni

dan bebas daripada sebarang kerosakan. Antara kata-kata yang lainnya juga jika anak-anak

dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, maka mereka akan membesar dalam persekitaran

yang baik dan menjadi manusia yang baik. Akhirnya, pendidikan awal kanak-kanak pada masa

kini perlu dimanfaatkan supaya dapat membentuk insan yang lebih berkualiti.

7
4.0 PENUTUP/KESIMPULAN

Kesimpulannya, artikel ini menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh golongan tenaga

pendidik dan kanak-kanak pada masa kini. Penekanan terhadap pendidikan awal kanak-kanak

sangat penting pada masa sekarang. Matlamat tenaga pendidik untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmoni bukanlah perkara yang mudah. Pembangunan modal insan ini amat

penting dan memerlukan strategik yang holistik kerana pelbagai cabaran yang menanti tenaga

pendidik mahupun golongan kanak-kanak. Oleh itu, para pendidik mestilah mengaplikasikan

panduan pengajaran yang lebih efektif untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan

kanak-kanak supaya mereka dapat belajar dengan sebaiknya. Maka dengan itu,hasrat untuk

mencapai pembangunan modal insan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan

terlaksana.Oleh itu,semua pihak mestilah saling bantu-membantu terutamanya para pendidik

dalam menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak

agar dapat membetuk modal insan yang bermoral di masa hadapan . Dengan kerjasama semua

pihak termasuklah golongan kanak-kanak dijamin dapat mencapai matlamat untuk melahirkan

generasi yang bermoral dan harmoni.

8
5.0 SENARAI RUJUKAN

Farian Idris. (12 Jan, 2018). Retrieved from Kepentingan Awal Kanak-Kanak :
https://farianidris.blogspot.com/2018/01/kepentingan-pendidikan-awal-kanak-
kanak.html

Nazrah, N. (19 Nov, 2020). HelloDoktor. Retrieved from 4 Perkara Penting Kanak-kanak
WAJIB Belajar Sebelum Dihantar Ke Sekolah, Ibu Semak Dulu!:
https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/pendidikan-awal-kanak-
kanak/#gref

Shiqah. (04 Jan, 2019). KLC. Retrieved from Mengapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sangat
Penting?: https://preschool.klceducation.asia/ms/blogs/why-early-child-education-is-
important%3F

You might also like