You are on page 1of 17

KOLEJ EKONOMI TENAGA DAN SAINS SOSIAL

PUTRAJAYA KAMPUS
SEMESTER 1 2021/2022
_________________________________________________________
PENILAIAN AKHIR INDIVIDU (ULASAN ARTIKEL)
HUBUNGAN ETNIK
MPU3313
SEKSYEN 01
_________________________________________________________

TAJUK
SEJARAH MALAYSIA, SEJARAH SIAPA?

PENELITIAN KURIKULUM SEJARAH DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

PENSYARAH
DR. HAIZAN BTE MOHD. TAHA

TARIKH PENYERAHAN
18 DISEMBER 2021

NAMA PELAJAR

MUHAMMAD FAUZI BIN ZULQURNAIN

NO. ID PELAJAR

EP01081581
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ......................................................................................................................... 3

2.0 RINGKASAN ARTIKEL ............................................................................................................. 4

3.0 ULASAN KRITIS ....................................................................................................................... 10

3.1 Isu Utama Yang Dibangkitkan Oleh Penulis ........................................................................ 10

3.2 Adakah Isu Itu Menarik ? ...................................................................................................... 11

3.3 Adakah Isu Yang Dibangkitkan Oleh Penulis Relevan Bagi Anda Sebagai Seorang

Penyelidik? .................................................................................................................................... 12

3.4 Persetujuan Tentang Kandungan Artikel ............................................................................. 14

3.5 Adakah Artikel Ini Dapat Mengubah Atau Memberi Kesan Kepada Pemikiran Anda? . 14

3.6 Penemuan Baru Yang Diperoleh Daripada Artikel ............................................................. 15

4.0 KESIMPULAN ........................................................................................................................... 16

4.1 Bagaiman Anda Akan Menggunakan Ilmu Pengetahuan Ini Dalam Kajian Yang Akan

Anda Lakukan Pada Masa Hadapan? ........................................................................................ 16

4.2 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ulasan artikel ini. ............................... 16
1.0 PENDAHULUAN

Sejarah Malaysia, Sejarah Siapa? Penelitian Kurikulum Sejarah di Dalam Sistem


Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah artikel yang padat dengan fakta sejarah dan
latar belakang kepelbagaian kaum di Malaysia sejak era sebelum Merdeka hinggalah pasca
Kemerdekaan. Artikel yang sungguh menarik ini adalah hasil nukilan Encik Anuar Ahmad
yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Nukilan
ini membincangkan faktor – faktor “pluralist dilemma” atau dilema kepelbagaian di
Malaysia bersandarkan tiga faktor utama. Encik Anuar Ahmad merupakan pensyarah di
Fakulti Pendidikan UKM dan merupakan seorang pensyarah Pendidikan Sejarah. Dengan
ilmunya yang luas, maka terhasilah sebuah nukilan artikel ini yang sarat dengan fakta
sejarah untuk kita ulaskan menerusi kertas ulasan ini. Seperti yang ditekankan dalam tajuk
utama artikel iaitu, kurikulum sejarah di dalam sistem pendidikan, tentulah artikel ini
banyak menyentuh cabaran dan faktor yang menjerumus kepada faktor tersebut dari
konteks kurikulum dan pendidikan. Sesungguhnya kerencaman budaya etnik yang wujud
adalah berpaksikan interaksi secara sosial boleh menyebabkan perdebatan dan konflik.
Penulis banyak menekankan akan kepentingan “dasar” dalam sesuatu perkara kerana para
penggubal dasar pendidikan khususnya menghadapi dilema atau “pluralist dilemma”
semasa merencanakan sesebuah dasar pendidikan. Oleh yang demikian, penulis akan
merungkaikan persoalan tersebut menerusi tiga bahagian atau sub-topik. Yang pertama
adalah berkaitan pembetukan masyarakat plural. Kedua, pengaruh ilmu kolonial terhadap
pendidika sejarah dan yang terakhir adalah tentang kewujudan perdebatan “bangsa impiab”
di dalam Masyarakat. Oleh yang demikian, saya akan mengulas serba sedikit isi kandungan
dan fakta menarik yang terkandung di dalam artikel tersebut.
2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel Sejarah Malaysia, Sejarah Siapa? Penelitian Kurikulum Sejarah


di Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, objektif penulis untuk menghasilkan nukilan
ini adalah jelas untuk menzahirkan penjelasan tentang persoalan akan kandungan
kurikulum pendidikan sejarah atau secara ringkasnya kandungan silibus pendidikan sejarah
yang di amalkan di Malaysia. Selain itu, penulis juga membangkitkan beberapa persoalan
tentang kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia bersandarkan latar belakang sejarah
etnik semasa era kolonial barat di Tanah Melayu. Penulis juga mengimbau kembali
peristiwa hitam 13 Mei 1969 pada abstrak artikel yang menjadi mimpi ngeri masyrakat kita
agar di jadikan pengajaran supaya tidak berulang kembali. Kerencaman budaya atau
kepelbagaian budaya yang wujud jelas mengakibatkan konflik serta perdebatan yang cuba
di kaitkan oleh penulis dalam konteks silibus pendidikan sejarah kerana menurutnya, para
pengubal dasar atau pembina dasar pendidikan menghadapi situasi sukar untuk menyusun
atur silibus yang mendorong kepada keadaan “pluralist dilemma” dalam konteks disiplin
ilmu kemasyarakatan.

Berdasarkan hasil nukilan Encik Anuar Ahmad ini, beliau menekankan secara spesifik
akan sesuatu perihal itu agar pembaca dapat mengaitkan kembali kepada persoalan asal
iaitu berkaitan pendidikan sejarah. Beliau menggariskan tiga perkara penting iaitu,
pembentukan masyrakat plural. Kedua, pengaruh ilmu kolonial dan yang terakhir ialah
kewujudan perdebatan “bangsa impian” atau nation of interest. Perkara ini amat penting
supaya pembaca tidak tersalah fakta semasa membuat kesimpulan awal semasa pembacaan
awal. Oleh yang demikian, tema kajian artikel ini adalah berkaitan dengan hubungkait
antara kesepaduan sosial antara etnik dan penerimaan silibus pendidikan sejarah dalam
kalangan pelajar. Penulis amat menekankan akan latar belakang pendidikan di Malaysia
bermula dari era sebelum Merdeka dan pasca Kemerdekaan. Penulis membuka
mukadimahnya dengan membentangkan fakta Penyata Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu
1951 yang merupakan gambaran awal akan adanya masalah untuk mewujudkan sistem
kebangsaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, Penyata Pelajaran Razak 1956 adalah acuan
awal kepada perlaksanaan persefahaman serta kesepaduan sosial antara kaum melalui
sistem pendidikan yang kekal hingga kini.
Bersandarkan perkara di atas juga, penulis ada memetik ucapan mantan Perdana
Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapannya bertajuk “The Way
Forward” pada 1991 yang jelas menyatakan pembinaan negara bangsa Malaysia
merupakan cabaran utama daripada sembilan senarai cabaran untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 kelak. Kenyataan dari Perdana Menteri ke-4 ini amat jelas
bahawasanya sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu masih belum wujud pada masa
itu dan sesuatu harus dilakukan untuk menyatukan masyarakat. Oleh itu, penulis
menterjemahkan perkara itu semua kembali kepada konteks dasar pendidikan kerana
pendidikan adalah senjata utama untuk mengubah ideologi masyarakat. Antara dasar
pendidikan yang diperkenalkan adalah PIPP tahun 1996 dan PPPM 2013 – 2025 dengan
matlamat melahirkan masyarakat yang sayangkan negara, bangsa dan sentiasa hidup
bersatu serta harmoni.

Jelas penulis lagi, institusi pendidikan formal berperanan besar untuk mengawal dan
membangunkan kestabilan masyarakat dalam sesebuah Negara. Akan tetapi, “pluralist
dilemma” yang di nyatakan pada awal persoalan artikel penulis meruapakan cabaran
terbesar oleh penggubal dasar kerana terpaksa memenuhi kehendak minoriti dan majoriti
agar sistem pendidikan yang di laksanakan bersifat inklusif atau menyeluruh. Agenda –
agenda besar seperti kesedaran patriotisme, toleransi, saling menghormati, menghargai
orang lain, nilai kebanggaan dan rasa setia negara merupakan matlamat yang perlu ada
dalam sistem pendidikan. Penulis berpendapat, kita berhadapan dengan situasi belah bahagi
antara menguruskan dan memahami kepelbagaian etnik serta pada sisi lain pula cuba
menyediakan kurikulum sejarah atas asas bangsa Malaysia. Oleh sebab itu, penulis cuba
untuk merungkaikan pernyataan tersebut menerusi nukilan artikelnya.

Menerusi hujah fakta pertama iaitu pembinaan korpus ilmu kolonial dalam pendidikan
sejarah penulis telah pemberikan pernyataan bahawa pembentukan identiti etnik di
Malaysia bersandarkan kepada “colonial knowledge”. Ini kerana, penulis telah memetik
beberapa fakta daripada hasil buku nukilan Professor Shamsul dalam empat karyanya yang
bertajuk “Colonial Knowledge and the Construction of Malay and Malayness : Exploring
the Literacy Component” tahun 1999, “Identity Contestation in Malaysia : A Comparative
Commentary on Malayness and Chinesness” tahun 1999, “A History of an Identity, An
Identity of a History : The Idea and Practice of Malaysness in Malaysia Reconsidered”
tahun 2001 dan “Ilmu Kolonial Dalam Pembentukan Sejarah Inteletual Malaysia : Satu
Pandangan” tahun 2011. Hasil kajian penulis melalui pembacaan nukilan Professor
Shamsul berpandangan bahawa ilmu kolonial bukan sahaja digunakan sebagai alat untuk
memerintah malahan cukup penting sebagai alat ideologikal untuk membentuk pemikiran
yang dijajah dalam satu bentuk atau arahan.

Hal ini digelar sebagai “penaklukan epistemologi” iaitu berlakunya penaklukkan sistem
pemikiran dan ilmu pengetahuan pribumi oleh sistem pemikiran dan ilmu pengetahuan
eropah yang dibawa dan diperkenalkan di tanah jajahan seperti di Tanah Melayu pada masa
itu. Pemikiran kolonial ini merupakan suatu bentuk ilmu yang khusus dicipta oleh penjajah
yang membawa kepada pengaruh ilmu kolonial dalam epistemologi masyarakat di
Semenanjung Tanah Melayu sehingga membentuk masyarakat plural atau majmuk. Penulis
mengimbau fakta dapatannya daripada buku Kohn (1996) di India apabila pihak British
berjaya menggunakan pendekatan “colonial knowledge” untuk menguasai masyarakat di
India. Bersandarkan fakta yang dikemukakan oleh penulis, terdapat enam peringkat
bagaimana proses pembentukan ilmu kolonial berlaku di Tanah Melayu.

Pertama, pihak kolonial memastikan penguasaan bahasa pribumi sebaik yang mungkin.
Hal ini membolehkan mereka berkomunikasi dengan anak pribumi semasa melakukan
penguatkuasaan sistem perundangan.

Yang kedua, melakukan survei secara sistematik atau perekodan untuk mengumpulkan
maklumat berkaitan kehidupan sosial masyarakat pribumi. Sebagai contoh, mereka
merekod alam sekitar untuk penghasilan peta, daftar penduduk untuk tujuan laporan rasmi
pentadbiran mereka.

Yang ketiga, pengumpulan maklumat dalam bentuk statistik seperti bancian penduduk
dan tanah jajahan. Bancian penduduk membolehkan mereka membina data berpandukan
kategori tertentu yag diklasifikasikan bersifat etnisiti.

Keempat adalah dengan mewujudkan sistem penyimpanan yan teratur bagi menyimpan
atau mempamerkan pelbagai jenis artifak yang dikumpulkan di muzium, zoo, taman bunga
dan koleksi peribadi bagi mengetegahkan “sejarah” kepada mereka yang dijajah.
Kelima, pihak kolonial mewujudukan sistem ‘surveillance’ dan ‘intelligence’ atas
alasan keselamatan dan ketenteraman awam. Sistem seumpamanya ini adalah sangat
signifikan bagi memastikan jaminan keselamatan dan kestabilan politik mereka. Sebagai
contoh, sistem pengesanan rasmi atau apa kita kenali kini, kad pengenalan dan cap jari
diperkenalkan pemerintah kolonial.

Yang terakhir, memastikan kewujudan sistem kepustakaan histriografi atau


persejarahan yang dikenali sebagai hak pribumi dan sumbernya dijadikan sebagai bahan
pembelajaran yang diajar secara turun temurun atau melalui ‘mass education’ secara
formal. Kesannya, anak pribumi akan menghayati sejarah bangsanya kerana ilmu ini
berpaksikan sistem klasifikasi dan teori sosial eropah.

Secara tuntasnya, penulis bersetuju dengan kenyataan Professor Shamsul 1996 yang
berpendapat bahawa ilmu kolonial telah menjadi “the natural embodiments of history,
territory and society” kepada sesebuah bangsa dan negara. Jelasnya, pihak British berjaya
memperkenalkan nama, kategori dan konsep yang khusus bersandarkan data empirikal
diperoleh melalui histriography, survey, muselogical, enumerative, travel, surveillance.
Melalui kesemua teknik ini, pihak yang dijajah seperti Tanah Melayu akan hilang identiti
etniknya kerana kurikulum pendidikan pihak kolonial hanya berkaitan kuasa mereka
sahaja. Penulis berkata, ini bersandarkan fakta sejarah di mana Stamford Raffles telah
menamakan semula buku teks Melayu daripada “Peraturan Segala Raja – Raja Sejarah
Melayu atau Malay Annals tahun 1997. Begitu juga apabila menamakan semula Peninsular
sebagai tanah asal orang Melayu kepada Tanah Melayu.

Seterusnya penulis merungkaikan faktor kedua, iaitu pembentukkan masyarakat plural:


pengalaman Malaysia. Seperti semua maklum, malahan di peringkat global sekalipun
Malaysia dikenali sebagai masyarkat plural atau pelbagai dengan komuniti Melayu, Cina,
India dan lain – lain bangsa hidup sebelah menyebelah tetapi memiliki kepercayaan agama,
budaya dan bahasa yang berbeza. Ini adalah hasil dasar kolonial yang berjaya dilaksanakan
oleh British di Malaysia, Burma dan Veitnam. Definisi masyarakat plural amat berkait rapat
dengan latar belakang pembentukan identiti etnik, malah penulis senada dengan pandangan
beberapa sarjana bahawa dasar kolonialisme adalah punca utama kepada berlakunya etnisiti
dan keadaan pluralisme itu. Penulis memetik nukilan Shamsul 1996, dalam bahasa inggeris
“several society etnic groupings involved in the same political and economic order but
otherwise largely distinct from one another”.

Sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 landskap masyarakat plural telah
diwarisi daripada era kolonial british. Kepelbagaian ini telah berkembang apabila dasar
migrasi British secara besar – besaran membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu pada awal abad ke-19 atas pengaruh ekonomi yang sedang berkembang. Penulis
menyatakan terdapat tiga gelombang utama proses masyarakat plural di Malaysia. Pada
peringkat awalnya digelar sebagai ‘Age of Commerce’ pada abad ke-12 hinga abad ke – 14
di sekitar kepulauan Melayu. Ketika ini gelombang migrasi datangnya dari masyarakat
nusantara antara pulau – pulau dan tanah besar oleh masyarakat Sumatera, Sulu, Borneo
Champa dan Makasar dan lain – lain. Pada masa yang sama kepulauan Melayu telah mula
menerima kunjungan pedangang dari Arab, China, India, Eropah untuk berniaga dan
segelintir mubaligh agama menyebarkan pula agama Hindu, Buddha dan Islam kepada
masyarakat setempat. Gelombang kedua pula bermula pada era penjajahan Eropah di Tanah
Melayu oleh kuasa besar seperti Sepanyol, Portugis, Belanda dan British. Kehadiran kuasa
besar ini telah mengubah corak masyarakat dan wilayah alam melayu sepenuhnya dengan
perlaksanaan dasar kolonialisasi mereka. Perkara yang amat ketara wujud pada masa ini
adalah adanya pengasingan ruang politik dan ekonomi antara Melayu, Cina dan India.
Namun secara politiknya pihak British mengawal selia pentadbiran kecuali hal agama Islam
dan adat istiadat Melayu diberikan kepada golongan elit Melayu seperti pembesar atau
Sultan dan Raja. Perbeza pula bagi kaum Cina dan India apabila ketua mereka dilantik terus
oleh British.

Gelombang ketiga yang dinyatakan oleh penulis pula adalah selepas tamatnya Perang
Dunia Kedua atau pasca Kemerdekaan Tanah Melayu. Ia di takrifkan sebagai “Era
menguruskan kepelbagaian masyarakat warisan kolonial”. Maka tercetusnya pelan
pemodenan atauu ‘Modernization Project’ dalam landskap politik, ekonomi dan sosial
seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB), Dasar pendidikan pasca merdeka seperti Laporan
Razak 1956, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020. Pada akhir penulisan sub-
topik ini penulis meninggalkan tanda tanya atau persoalan adakah akan wujudnya
gelombang keempat pada masa hadapan akibat kemasukkan imigran secara berleluasa di
Malaysia?.
Penulis seterusnya membangkitkan isu kepelbagaian etnik dan perlaksanaan kurikulum
sejarah di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada sub topik ini barulah penulis mula
menyatakan persoalan dalam konteks pendidikan kebangsaan. Penulis mengaitkan
pendidikan sejarah menggunakan tiga kerangka konseptual yang terdiri daripada
pembentukan masyarakat majmuk, pengamalan ilmu kolonial dan kewujudan nation-of-
intents yang secara langsung menunjukkan wujudnya pluralist dilemma seperti yang
dinyatakan penulis pada awal – awal mukadimahnya. Untuk mengukuhkan lagi kenyataan
tersebut penulis telah mendapatkan hasil kajian daripada tiga sumber ilmiah yang berbeza
untuk mencari jawapan kepada persoalannya.

Yang pertama, kajian yang dilaksanakan oleh Nelson pada 2009 berkaitan pandangan
pelajar Iban yang mewakili kumpulan minoriti. Hasil kajian tersebut bersetuju bahawa
sukatan pelajaran Sejarah bercorak sejarah orang Melayu di Semenanjung Malaysia sahaja.
Dapatan ini konsisten dengan penemuan kajian oleh Ahmad Ali Seman pada 2008 yang
mendapati mata pelajaran Sejarah bercorak orang Melayu sahaja. Yang kedua, kajian oleh
Helen Ting pada 2013 berkaitan “Konsep Ketuanan Melayu” dalam buku Teks Sejarah
juga membuktikan weujudnya perdebatan dalam kalangan ahli politik bukan melayu
khususnya orang Cina. Ditambah lagi dengan persoalan apakah sumbangan masyarakat
bukan Melayu dalam gerakan anti Malayan Union. Hasil kajian ketiga pula oleh Sandra K.
Manickam pada 2005 dalam buku bertajuk “Textbooks and Nation Construction in
Malaysia” juga berpandangan yang sama dengan hasil dapatan kajian kedua. Tambahan
pula situasi tersebut mewujudkan kepelbagaian konsep oleh pelajar yang berbeza etnik.
Konsep “rakyat” dan “rakyat tempatan”, konsep bangsa, konsep warganegara dikatakan
berbeza pemahamannya antara pelajar Melayu bumiputera dengan pelajar bukan Melayu.
Malah, konsep “rakyat” itu juga berbeza antara pasca merdeka dan sebelum merdeka. Di
akhir nukilan sub topik ini, penulis menjelaskan semula bahawa artikelnya tidak
membincangkan secara mendalam akan isu ‘ketuanan melayu’ tetapi penulis cuba
menjelaskan akan perdebatan tentang isu ‘nation of intent’ dalam mencapai cita – cita
membina negara bangsa dari sudut pendidikan sejarah.

Di akhir nukilan, penulis membincangkan soal pengurusan kepelbagaian dalam


kurikulum sejarah di dalam kerangka kesepaduan sosial. Penulis menegaskan, pengalaman
kita selama lebih 50 tahun menguruskan pendidikan sejarah memberi kekuatan untuk kita
meneruskan apa yang sedia ada. Pastinya usaha ini tidak akan memuaskan hati semua pihak
akan tetapi hasil kajian sebelum – sebelum ini telah memberikan kita bukti bahawa
pendidikan sejarah sedia ada memberikan kita harapan untuk membina negara bangsa.
Penulis menegaskan, fungsi utama pendidikan sejarah adalah untuk membina masyarakat
yang mempraktikkan kesepaduan sosial dan apapun usaha untuk menjayakan agenda
pendidikan haruslah sesuai dengan isi kandungan kurikulumnya berpaksikan acuan
masyarakat sedia ada. Tentunya pendidikan sejarah adalah agen utama untuk
membangunkan jati diri kebangsaan, menerima dan mempraktiskan kesepaduan sosial dan
wasilah mengeratkan ikatan kenegaraan yang positif. Penulis amat bersetuju dengan
kenyataan Awang Had Salleh 1990 yang berpendapat negara seperti kita amat kritikal
dalam mencapai kesepaduan sosial melalui pendidikan sejarah dan satu sistem pendidikan
yang seragam amat diperlukan.

3.0 ULASAN KRITIS

Taksiran kali ini adalah bertujuan untuk menganalisa serta mengulas artikel yang telah
diberikan bertajuk “Sejarah Malaysia, Sejarah Siapa? Penelitian Kurikulum Sejarah di
Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan”. Melalui kertas kerja ulasan artikel ini akan
mengetengahkan dan memperincikan pendapat akan isu – isu persoalan yang dibangkitkan
oleh penulis serta fakta sejarah yang diberikan oleh penulis serta menghuraikan dengan
lebih mendalam berserta hujah yang kukuh tentang kandungan yang terdapat dalam artikel
karya penulis tersebut.

3.1 Isu Utama Yang Dibangkitkan Oleh Penulis

Isu utama yang telah dibangkitkan oleh penulis adalah berkenaan dengan “pluralist
dilemma” yang bermaksud dilema kepelbagaiaan yang dihadapi para penggubal dasar
pendidikan dan pembina kurikulum dalam merancana silibus pendidikan khususnya
pendidikan sejarah. Persoalan yang dibangkitkan oleh penulis pula adalah mengenai
sukatan pelajaran sejarah. Apakah yang boleh dimasukkan dan apakah pula kriteria yang
dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab ini kerana penulis ada
membincangkan hasil dapatan kajian yang menyatakan bahawa pendidikan sejarah hanya
berkisar tentang sejarah orang Melayu dan terdapat lebih dari tiga dapatan kajian yang
bersetuju atau konsisten dengan kenyataan itu. Segala isu yang diketengahkan merupakan
isu kritikal dan perlulah dicari jalan penyelesaian atau penjelasan. Dalam soal isu juga
penulis mengariskan tiga faktor utama sebagai ‘knowledge baseline’ yang dijadikan
hubungkait antara latar belakang sejarah negara dan pendidikan sejarah. Faktor pertama
adalah pembentukan masyarakat plural. Kedua, pengaruh ilmu kolonial terhadap
pendidikan sejarah dan yang ketiga, kewujudan perdebatan ‘bangsa impian’ di dalam
masyarakat.

Isu pertama yang dibangkitkan oleh penulis adalah bersandarkan Laporan Barnes 1950
dan desakan penubuhan Laporan Fenn-Wu 1951 yang dikatakn jelas merupakan petanda
awal akan kegagalan mewujudkan sistem kebangsaan di negara ini. Penulis juga ada
memetik kenyataan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr, Mahathir Mohammad
dalam ucapan beliau bertajuk “The Way Forward” enggariskan sembilan cabaran utama
untuk menjadi negara maju adalah untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh pembuat dasar berkaitan pendidikan adalah
unuk membuat penilaian yang seteliti mungkin bagi memenuhi kemahuan golongan
minoriti dan pada masa yang sama untuk mengekalkan kepentingan majoriti agar sistem
pendidikan yang dihasilkan adalah bersifat inklusif. Dasar kurikulum itu juga harulsh
dipenuhi dengan konsep – konsep besar seperti kesedaran patriotisme, toleransi, saling
menghormati, menghargai orang lain, nilai kebanggaan dan rasa setianegara.

Cabaran terakhir atau isu terakhir digariskan penulis adalah mengenai dilema kita untuk
memahami dan menguruskan kepelbagaian etnik dalam masyarakat negara ini dan pada
satu sisi lain pula cuba menyediakan kurikulum sejarah berpaksikan semangat membina
bangsa Malaysia yang satu.

3.2 Adakah Isu Itu Menarik ?

Pada pendapat kami, isu yang dizahirkan oleh penulis amat menarik untuk dibaca dan
mudah untuk difahami konteksnya. Hal ini demikian kerana penulis telah menghuraikan
setiap maklumat mengenai isu tersebut secara terperinci, maka konteks hujahan penulis di
dalam artikel tersebut jelas dan tidak sulit untuk difahami. Setiap cabaran yang
dikemukakan disertai dengan penerangan lanjut dan contoh kesan yang tepat. Cabaran
semasa terhadap kesepaduan sosial atau “pluralist dilemma” dapat difahami secara mudah.
Isu tersebut juga memberikan pengetahuan baru dengan penjelasan daripada sumber-
sumber yang sahih dan relevan.

Seterusnya, isu dan diskusi yang diketengahkan oleh penulis amatlah menarik kerana
isu yang dibicarakan ini adalah isu semasa dalam kalangan masyarakat. Isu ini menjadi
perbualan masyarakat dan netizen di media sosial sejak kebelakangan ini lebih – lebih lagi
semasa Malaysia dilanda krisis politik dan ketidakstabilan serta ancaman pandemik Covid-
19 yan tidak berkesudahan. Cabaran – cabaran yang dizahirkan oleh penulis meruapakan
suatu perkara yang telah bermula sejak zaman dahulu lagi era kemerdekaan dan bukannya
isu baharu. Penulis banyak memberikan fakta – fakta sejarah dan latar belakang
kepelbagaian masyarakat di Malaysia bermula dari abad ke-14 hinggalah abad ke-19
selepas Perang Dunia kedua tamat. Pendidikan sejarah merupakan Pendidikan yang amat
penting bagi kita di Malaysia agar setiap warganegara tidak kira kaun dan agama
mengambil iktibar dan lebih memahami corak kepelbagaian di Malaysia yang dianggap
istimewa ini. Para penggubal dasar perlulah memikirkan solusi terbaik dalam isu
Pendidikan sejarah ini untuk merapatkan jurang perpaduan diantara masyarakat lebih –
lebih lagi dalam era moden ini.

Selain itu, isu yang dibahaskan penulis menjadi pembuka hijab masyarakat yang alpa
dengan apa yang dihadapi secara tidak sedar ini. Isu ini memberikan banyak iktibar dan
meningkatkan kesedaran serta kepekaan kepada masyarakat di Malaysia. Bentuk cabaran
yang secara langsung mahupun tidak langsung mampu memberi kesan kepada keruntuhan
perpaduan nasional. Namun, dalam garis masa yang sama masyarakat perlulah memahami
konteks yang lebih meluas berkenaan kepelbagaian bentuk cabaran baru terutama yang
hadir secara halus. Jika masyarakat didedahkan dengan cabaran-cabaran seperti yang
dinyatakan oleh penulis, mereka pasti dapat menjadikan iktibar bermuhasabah diri dan
membina tembok penghalang dalam memelihara diri daripada cabaran ini kerana kita
adalah sebuah keluarga, Keluarga Malaysia.

3.3 Adakah Isu Yang Dibangkitkan Oleh Penulis Relevan Bagi Anda Sebagai

Seorang Penyelidik?

Sebagai seorang pelajar yang sedang menalaah ilmu dan menjalankan penyelidikan
berkaitan artikel, saya berpendapat isu yang diutarakan oleh penulis amatlah relevan kerana
merupakan isu penting berkaitan keharmoniaan negara yang menjamin kestabilan sosial
serta politik. Hal ini kerana pada zaman kian mencabar ini, masyarakat Malaysia
menghadapi pelbagai krisis khususnya ketidakstabilan politik dan sosial antara kaum.
Krisis ini tidaklah seteruk pada zaman dahulu yang sehinggakan terjadinya peristiwa hitam
13 Mei, akan tetapi kita dapat lihat dengan jelas terdapatnya jurang kesepaduan antara
kaum sejak kebelakangan ini. Sebagai negara yang harmoni dan mengamalkan prinsip
berperlembagaan dan terkenal dengan kepelbagaian etnik kita harus mengekalkan nilai
kesepaduan sosial agar apa yang kita kecapi sebelum ini kekal terpelihara.

Usaha kearah kesepaduan sosial dapat kita jalankan bersandarkan nasihat dan
pandangan penulis di dalam artikelnya. Para penggubal dasar perlulah mencari jalan agar
pihak minoriti dan majoriti mendapat hak mereka secara inklusif. Pendidikan adalah agen
paling berkesan untuk mengubah ideologi manusia dan menyemai nilai – nilai murni seperti
yang di cadangkan oleh penulis. Kita harus mengatasi “pluralist dilemma” seperti yang
dibangkitkan oleh penulis pada awal artikel supaya kita dapat melahirkan rakyat Malaysia
yang cintakan bangsa dan sayangkan negara.

Isu yang dibangkitka dalam artikel ialah berkenaan pendidikan sejarah dan kesepaduan
nasional. Sebagai penyelidik dan warganegara Malaysia yang cintakan negara, ilmu jelas
merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Zaman yang serba moden ini menawarkan
kemudahan dalam mencari ilmu hanya dihujung jari menerusi internet dari sumber yang
sahih. Oleh yang demikian, amat penting bagi masyarakat untuk mengenal pasti ketulenan
sesuatu perkara sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Kita haruslah menggelakkan
kebencian antara satu sama lain dan cuba mencari kata putus bagi sesuatu konflik.

Akhir sekali, sebagai penyelidik dan pemikir kita haruslah mengambil berat akan soal
sejarah lagi – lagi berkaitan latar belakang Malaysia secara keseluruhannya. Pengetahuan
am ini merupakan suatu perkara yang amat berharga dan tidak rugi untuk dikaji atau di
dalami. Ibn Khaldun pernah berkata bahawa dalam ilmu sejarah, adalah tidak tepat jika
seseorang hanya mempelajarinya tetapi tidak membandingkannya dengan apa yang sedang
berlaku sekarang.
3.4 Persetujuan Tentang Kandungan Artikel

Setelah membaca dan memahami artikel tersebut, saya amat bersetuju dengan
kandungan artikel yang ditulis oleh penulis. Era globalisasi moden ini membenarkan
banyak perkara dijadikan cabaran kepada masyarakat Malaysia dalam mengharungi
kehidupan. Cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk dari segi sosial mahupun
ekonomikal. Situasi ini amat jelas dilihat sewaktu negara sedang mengalami pandemik
covid-19. Masyarakat terhimpit dengan pelbagai permasalahan dari segi ekonomi sehingga
masalah sosial. Manusia kehilangan pertimbangan lalu mewujudkan konflik antara kaum
yang mengugat kestabilan negara. Perkara ini amatlah membahayakan dan perlu ditanggani
segera. Penulis artikel menyatakan dengan jelas akan keadaan ini supaya para penggubal
dasar lebih cakna agar tidak menjadi barah dalam kehidupan majmuk masyarakat.

3.5 Adakah Artikel Ini Dapat Mengubah Atau Memberi Kesan Kepada Pemikiran
Anda?
Setelah membaca artikel ini, cara pemikiran saya terhadap kesepaduan sosial dan
sejarah telah berubah. Hal ini kerana, pada sebelumnya saya beranggapan sejarah dan
kesepaduan sosial tidaklah begitu penting, cukuplah kita menghormati orang lain atau
kaum lain. Akan tetapi, untuk menghormati sesuatu, lagi molek jika kita mendalami ilmu
sejarah khususnya latar belakang sejarah Malaysia dan bagaimana Malaysia dikatakan
sebuah negara majmuk seperti yang dinyatakan oleh penulis. Dengan adanya artikel hebat
ini, telah membuka minda saya akan situasi sebenar yang berlaku dalam dunia pendidikan
khususnya silibus sejarah. Oleh yang demikian, mendalami dengan lebih dalam tentang isu
kesepaduan sosial dan kaitanya dengan pendidikan sejarah dapat diatasi dengan lebih
efektif.

Usai menyelidik artikel ini, saya telah mengenal pasti beberapa cabaran yang harus
diatasi oleh para penggubal dasar pendidikan sepertimana dibangkitkan oleh penulis.
Antaranya ialah cabaran untuk memahami dan menguruskan kepelbagaian etnik dalam
kalangan rakyat Malaysia dan cabaran untuk menyediakan kurikulum sejarah atas
semangat membina ‘bangsa Malaysia’ tersebut. Seperti yang dimaklumkan oleh penulis,
hasil kajian ahli penyelidik mengatakkan pendidikan sejarah di Malaysia hanya berkisarkan
sejarah orang Melayu dan menimbulkan soal kepada kaum lain, apakah kaum lain tidak
penting bagi Malaysia?.
3.6 Penemuan Baru Yang Diperoleh Daripada Artikel

Usai meneliti tiap rangkap artikel ini, boleh dikatakan banyak penemuan baharu yang
diperolehi saya. Tiap maklumat yang ditulis oleh penulis merupakan sesuatu yang amat
menarik dan berguna bagi pembaca yang ingin mendalami ilmu berkaitan sejarah latar
belakang Malaysia. Sebagai contoh, penulis membangkitkan soal ‘pluralisme’ yang
menyatakan bahawa setiap masyarakat mempunyai sifat – sifat kemajmukan seperti
kemajmukan etnik, budaya, agama serta institusi. Perkara ini mewujudkan ketidakstabilan
ekspresi politik dalam sistem multi parti. Penulis juga membangkitkan perkaitan
masyarakat ‘plural’ dengan latar belakang sejarah pembentukan identiti etnik atau “identity
formation” yang wujud di Malaysia. Identiti etnik ini adalah hasil dasar kolonialisme
sewaktu zaman penjajahan kuasa barat seperti British di Tanah Melayu yang membentuk
fenomena etnisiti. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
keadaan plural ini tetap diwarisi.

Penemuan akhir yang saya anggap sangat menarik bagi pembaca dan pengkaji adalah
berkaitan dengan fasa – fasa gelombangan pembentukan masyarakat plural di Malaysia.
Menurut penulis, terdapat tiga gelombang utama yang dijadikan kayu ukur dalam
memahami proses plural yang berlaku di Malaysia. Yang pertama adalah ‘age of
commerce’ pada abad ke-12 semasa zaman kemahsyuran kesultanan Melayu Melaka
hinggalah abad ke-14. Pedagang dari seantaro dunia dan kepualauan terdekat datang
berdagang dan menyebarkan fahaman agama seperti Islam, Buddha, dan Hindu.
Gelombang kedua pula ditakrifkan semasa era penjajahan Eropah di Tanah Melayu yang
merujuk kepada gelombang lebih besar penaklukkan kuasa Barat ini dengan pelbagai dasar
dan agenda mereka. Kuasa besar seperti Sepanyol, Belanda, Portugis dan British meluaskan
empayarnya ke kepulauan Melayu sebagai usaha pembentukan masyarakat plural yang
memberi kesan dari segi perubahan struktur masyarakat tempatan kesan dasar kolonialisasi.
Gelombang terakhir pula merujuk kepada era pasca Perang Dunia Kedua. Era ini digelar
sebagai “Era menguruskan kepelbagaian masyarakat warisan kolonial”. Pada peringkat
inilah bermulanya era modenisasi dalam arena politik, ekonomi, serta sosial di Malaysia.
Pelbagai dasar diperkenalkan Kerajaan seperti DEB, Dasar Pembangunan Nasional dan
Wawasan 2020. Secara konklusinya, penemuan – penemuan ini mewujudkan situasi
“authority-defined” dan “everyday defined” yang membawa kepada terma “Nation of
Intent”.
4.0 KESIMPULAN

4.1 Bagaiman Anda Akan Menggunakan Ilmu Pengetahuan Ini Dalam Kajian Yang

Akan Anda Lakukan Pada Masa Hadapan?

Ilmu adalah anugerah terangung Tuhan kepada Manusia, melaluinya kita dapat berfikir
dan membuat keputusan serta memahami erti kehidupan. Oleh itu, antara cara untuk
mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini dalam kajian akan datang adalah dengan
memberikan fakta yang tepat semasa memberikan hujah penulisan. Berdasarkan artikel
yang telah dikaji, penulis amat menitikberatkan soal sejarah dan fakta – fakta berkaitan
agar sesuatu persoalan dan penjelesan yang dinyatakan bersifat konkrit dan mudah
difahami oleh pembaca. Hal ini pada hemat saya adalah untuk mengelakkan sebarang
konflik atau salah faham terhadap kenyataan yang dikeluarkan. Kaedah ini dilihat amat
penting untuk mengisi ilmu yang sebelum ini terlopong atau terkurang disebabkan kealpaan
ataupun adalah ilmu baharu bagi seseorang. Tanpa ilmu pengetahuan yang inklusif akan
sesebuah konsep, seseorang itu di khuatiri akan meragui akan kesahihan kenyataan yang
diutarakan oleh penulis. Oleh itu, dengan ilmu dan fakta hujah yang tepat lagi padat dan
ringkas mampu menguatkan pegangan seseorang. Masyarakat di seru untuk mengamalkan
dan mengaplikasikan ilm yang dipelajari dan seharusnya mencari peluang untuk menguna-
pakai ilmu yang dipelajari tersebut.

4.2 Cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti kajian ulasan artikel ini.

Secara konstruktifnya, terdapat beberapa cadangan yang dilihat dapat meningkatkan


lagi kualiti kajian ulasan artikel ini. Yang pertamanya, semasa akhir pembacaan artikel
penulis, penulis tidak menggariskan dengan jelas apakah cara yang terbaik atau pandangan
penulis akan perihal kepelbagaian masyarakat dan dasar kurikulum sejarah dalam kerangka
kesepaduan sosial. Penulis ada menyatakan, jika kita sekadar sedar adanya perdebatan akan
sejarah siapa yang harus diangkat, masalah yang dibangkitkan tidak akan selesai begitu
sahaja. Oleh itu, penulis perlu menjelaskan dengan lebih mendalam akan perihal ini agar
pembaca dapat membuat perkaitan dan memahami apa yang cuba beliau sampaikan. Pada
keseluruhannya, penulisan beliau amatlah baik dan mudah difahami serta padat dengan info
penting. Akhirulkalam, diharapkan artikel yang dihasilkan oleh penulis mampu memberi
perubahan kepada dasar pendidikan khususnya berkaitan pendidikan sejarah agar segala
persoalan yang ditimbulkan menemui titik noktah penyelesaian demi kemakmuran
Malaysia. Saya ingin memetik ucapan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri
Yaakob semasa perasmian Keluarga Malaysia, “...Ayuh! kita teguh bersama mendepani
apa jua dugaan, meraikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam memperkasa
perpaduan dan integrasi nasional dengan semangat Keluarga Malaysia. Ibarat ‘sakit sama
mengaduh, luka sama menyiuk.” Sesungguhnya kita adalah sebuah keluarga, Keluarga
Malaysia.

You might also like